Pages

Wednesday, December 3, 2014

by my side.

assalamualaikum, bismillah.

alhamdulillah, baru habis exam OSCE. oh benci perasaan ni, rasa macam miserable sangat. faham tak perasaan orang yang takut failed. hmm. tapi orang selalu kata aku overthink. hmm yelah.

zaman sekolah, pernah failed sekali. itu je lah seingat aku. ujian chemistry form 4. orang boleh kata ujian biasa, tapi aku tak boleh. malu kot. pengawas lagi. padahal ramai je lagi failed. kuikuikui. punyala beria jumpa PK akademik time,
  
'cg, boleh tak saya nak drop chemistry and saya nak ambil econs' 

tahu, mana ada orang buat macam tu -.-

'tapi saya nak belajar for the sake of ilmu, tak kesahla tak boleh'  sangat la merepek. konon jawapan bajet betul. tapi rupanya perangai suka lari masalah, in denial kan. sebab rasa macam dahsyat sangat aaa rasa failed so nak get rid of it lah. logik aku, nak droplah subjek tu. bijak sangat. tapi of course la tak boleh.

itu episod awal, emosi tak stabil orang yang takut failed- macam aku. tak boleh terima kegagalan. Dan tahu tak, medical school buat aku getting used to failure. bahaha. no, i'm not joking. like seriously, i did failed for a few times.[tak wajar dijadikan contoh ya adik2 -.-'] (test je la. never for a big exam. huu, nauzubillah) 2 tahun in denial, tak nak ambil medic. tak minat. tak menjiwai. stress. blablabla. tahun 3 baru minat sikit sebab dah masuk hospital,

tapi when it comes to exam, post exam - rasa tak nak ambil medic balik. HAHA. emotionally unstable. complicated betul -.-

dalam kepala aku, aku tak boleh failed.
and i started to think, how did i actually overcome this post-exam-over think syndrome. sekarang makin teruk, diarrhea sebab nervous pagi exam tu dah macam lumrah, palpitation la. anxious la. depressed la. worried memanjang je. macam orang takde iman T.T
apa masalahnya? susah? tak boleh buat?
tapi sebenarnya tak susah sangat pun. kalau buat sungguh2, boleh je dapat first class tu..
senang je cakap, tapi aku yakin, tak susah sangat. cuma action je takdak. ho ho

so kenapa tak boleh pulak?

entah. penat la fikir. kadang rasa main-main sangat ke aku ni dengan medic. alahai..
tapi tak (contoh in denial lagi) aku suka je belajar, seriously.

and i just realized.. back then, i always have her.
dia, yang paling banyak dengar segala keluhan aku, kerisauan picisan aku semua. dialah yang tadah telinga. dan bila aku habis muntah semua cerita aku, kerisauan aku dia dah serap, i can be a normal  person again. and looks  pretends like nothing happende in front of others. almost habis banyak exam yang aku duk pikir dahsyat2, semua dialah dengar. mostly memang dia je lah. seorang,. dia tak perlu cakap apa pun. kadang mungkin reply sepatah dua je. tapi, akan layan juga lah perangai pelik merepek aku ni. yang selalu ada jawapan,

that was her, who always  be at my back side.

how i miss her so badly right now :(

bila balik exam tadi, meroyan susah nak move on, fikir serabut sangat, tak tahu nak muntah dekat siapa pastu nak buat huru hara affect orang lain yang lek-lek je ;p

and i just realized, bukan aku tak selalu jatuh,biasalah ada ups ada down. tapi selalu ada dia yang hulur tangan, suruh bangun and jalan balik. chill~ bangun! she never fail to support me on her own way.

she's brilliant. yet, so humble. dengan dia, kalau aku nampak 'bodoh' aku still boleh kawan dengan dia. mostly, kalau aku rasa insecure, rasa inferior, atau tak suka cara diperkecilkan in any ways oleh sesiapa, i will take one step back. aku tak boleh suasana macam tu. tapi dengan dia tak. dialah yang selalu lebih pandai biasaya. tapi aku tak rasa pun jadi terlalu 'tak pandai' sampai tak boleh catch up, sebab dia selalu, dengan bahasanya ; kita bersama, sama-sama. nak kata jauh beza aku dengan dia sekarang, (tak kesah la walaupun lain course) episod dia menangis sebab tak maintain 4 flat, padahal 3.9+ something je kot, tapi episod aku ; nangis nak dapat pass. ha ha

dulu kalau masa selalu dapat no 2 belakang dia dalam kelas, tak dapat maintain pun belakang dia kalau ranking dalam batch. jatuh la beberapa anak tangga. sama2 dapat 11 A, tapi jangan beza berapa A+ dia. i know my own self as a competitive person, tapi kalau dengan dia, tak kisah. tak rasa nak beat dia pun. hihi. sebab kalau bukan dia, kalau bukan dia banyak ajar aku 1-1 , yang selalu tenangkan after every exam, aku tak boleh dapat pun no 2 ke, 11 A (selain daripada Allah izinkanlah ;p)

now, hikmahnya benar, aku mengakui, Allah mengajarkan aku mandiri. tapi tanpa dia, aku tempang berdiri. its hard for me to say it, but its true. she meant a lot to me.*muntah darah sekarang* orang kata, bila nak hilang baru nak menghargai. punyalah lamaaaa baru nak akui. haiya, ego betul.

sekarang nak call pun jarang, kadang dia busy, atau mungkin kebanyakannya aku yang bajet busy tak tercall. kalau bila free mungkinlah dia tengah tidur atau sebaliknya.

amazed juga lah macammana dia sabar dengan aku. ada orang pernah cakap, tak faham friendship aku dengan dia. complicated. selalu gaduh buat dek. pastu tiba-tiba okay. terasa-terasa juga kadang tu, buat lantak juga pastu eh okay. errr. aku pun tak faham la. tapi yang paling aku hargai pasal dia, she never left me. never discriminate me, tak berkira. especially bab ilmu. i can feel it. satu benda yang paling aku belajar dari dia adalah adab dengan ilmu. buku, jangan letak bawah. memang pantang +.+ tapi sekarang kerusi space kecik, kalau terpaksa, aku letak juga bawah.

syarat selalu jumpa, selalu mesej, lovely bagai tu bukanlah benda yang aku brain sangat. aku jenis tak kisah, tak perlu berkepit sangat. tak perlu lah nak expressive sangat, gambar2 ke, mesej sweet mweet ke. boleh diterima kalau sekali sekala, tapi kalau selalu macam pelik je  -.-'

dia pernah cakap, after sooo long kami kawan. dia kata 'kita tak ada kan gambar bersama' pastu macam haah la.. senyao. fikir. haha. bukanlah nak kata perlu, tapi aku ni macam buat dek sangat la kot. since then, aku belajar la sikit-sikit juga. macam kesian je dekat dia. 2 tahun aku duduk ireland ni, kalau birthday, dia mesti post hadiah dari Malaysia. how bad am i, tahun ni tak wish proper pun birthday dia ;/ aku ingat, tapi lupa put into action. hadiah pun belum beli lagi. tapi ingat je nak beli kalau keluar nak beli barang, belum jumpa. aaa sorry.

apa point awal tadi tah.
err, ni mungkin 1 dalam seribu la post macam ni nak muncul.

tapi ni beria nak tulis, walaupun sikit je daripada lautan perasaan yang tersimpan. perghh.
sebab.. rasa something hilang, tanpa dia.

you know who you are.
sorry selalu tak expressive tak reti la ;p
kadang cakap uhibbuki fillah pun...pause. krik krik krik. okbai.

today, i really mean it,
thanks for everything,
uhibbuki fillah :)

alhamdulillah, thank you Allah.

2 comments:

Sakinah Zai said...

Huda ana tahu siapa! Hihi how cute lah you XD *Eh ana follower blog nt jgk jgn main ;p

Khalilah Alhuda said...

Oh noooo
Hey, apa nti buat dekat sini.
*tutup muka*