Pages

Tuesday, February 17, 2015

februari

assalamualaikum, bismillah.

(i)

alhamdulillah, aku dah start rotation GP untuk 5 minggu. GP aku di Fermoy Clinic, naik bas dari city Cork ni lebih kurang 1 jam. so disebabkan Fermoy ni taklah jauh sangat, maka UCC tak sediakan accomodation. ulang-alik la setiap hari.  lebih kurang 9pagi-6petang keluar rumah. rasa macam bekerjaya lah sangat. hew hew hew. robot juga kita ni sebenarnya :( tapi bila jumpa macam-macam jenis patient dan macam-macam drama, ok, rasa macam ada life juga lah medik ni.. how kita perceive kehidupan kita tu kot yang sangat membezakan dengan 'robot' lain. fuhh. tapi ni baru seminggu, kalau bertahun...?

Dekat Fermoy clinic ni, ada 4 Dr, aku dah 'lepak' dengan semua. masyaAllah, semua baik sangat. mainly GP yang aku attached to adalah Dr. B. yang lain-lain tu his collegues. sama baik je semua pun.

' do you need to pray now? ' 

- 2nd day, before nak lunch break. belum masuk waktu lagi pun. concern betul. sebab 1st day tolak nak lunch sebab break agak lewat time tu. so takut tak sempat nak solat.

' have a taste. take one'  hulur coklat tray.
ambil satu. batal puasa. dah rasa bersalah sebab semalam tolak nak makan lunch sekali.

' have you had your lunch? '
' oh don't worry, i brought some food '
' really? (muka tak caya, ingat aku tipu mengelat ke apa) one day you must join us for lunch ' 
'definitely i will'

aku tak reti lah benda-benda kalau dilemma macam ni. contoh Dr ajak lunch. dengan gang Dr lelaki yang lain. early 40 ++ fine, pangkat pakcik2 je lah. tak rasa apa-apa pun, tapi nak buat selamba/avoid that situation? orang lain mungkin rasa that's not a big deal. lek lah. ke aku je selama ni dalam situasi selesa. jarang sangat2lah berhubung dengan lain jantina tanpa keperluan. yang classmate pun. its really hard. menggaru-garu di dalam hati. ni rasa nak abi/zaid/zaim ada dekat sini ;/ lebih sanggup uruskan sendiri apa2 rather than kena berhubung apa-apa. oh shuhh buat dunia sendiri lah -,-

sebab Dr semua baik sangat, macam lagi pressure je. (ke again, aku je overthink? hmm) sebab rasa bersalah kalau dia tanya soalan, pastu nak krik krik krik tak tahu jawab pulak. lagi satu macam kena sedar diri ler.. dah 3rd year, mana boleh nak banyak sengih sangat. ahah

'ala kulli hal, alhamdulillah. 1st week was great. dapat jumpa macam-macam patient, tengok macam-macam examination. real dari baby checkup, ke breast examination ke rectal examination. much more to learn! o Allah, guide me to go through all this..

(ii)

tazkirah kematian dan perjuangan lately ni, banyak sangat datang. yang menyentap aku sungguh-sungguhla hai huda, nak mati macam mana? bukankah hidup ni untuk mati?

rentak hidup yang kadang-kadang sangat occupied dengan tuntutan study dan dakwah (padahal study pun dakwah. nampak tak sekular tu. dan padahal dakwah tu kehidupan. fuhh), boleh buat juga jiwa aku kosong. jadi manusia tanpa 'hati'. pelik, aku tahu. Tapi aku selalu sayu bisik2kan dalam duduk menatap jendela dari bas, dari jalanan melihat orang, dari jeda melakukan apa2 kerja moga Allah tetap pandu hati aku tsabat atas jalan ini, dan Dia redha.. couldn't ask more than that..

sujud yang semakin tak bersifat ketundukan, air mata yang semakin sukar keluar dalam keheningan malam meratapi dosa dan maksiat saban hari, apakah hati aku semakin mati? :( tapi i won't give up doing all this. sejauh mana rasa kosong pun, aku cuma tak mampu nak hidup tanpa naungan kehambaan, dakwah dan tarbiyah.

apa yang aku takut sebenarnya aku hanya jadi Budak dunia, budak dakwah. bukan jadi budak Tuhan.
betul ke nak kejar akhirat ni T.T

'Dan barangsiapa menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh, sedangkan dia beriman, maka mereka itulah yang usahanya dibalas dengan baik' [17:19]


macammana aku nak jumpa Dia dengan hati yang penuh sejahtera nanti? :'(

berlalunya hari yang kadang menguji tubuh aku dengan kepenatan fizikal dan emosi. ya Allah, padahal sikit sekali yang dilakukan.

berbisiklah..kuatlah, supaya tetap bekerja.. lebih sanggup dan tangguhlah memilih penat. menjadilah jiwa yang tak suka kalau senang bersenang-senang. itu bukan tandanya berjuang. hati macam tak tenang dalam lenang. biarlah penat pun selalu. biar sampai lupa rasanya macammana bestnya rasa rehat tu. moga2 nanti bila 'di sana', benar-benarlah rehat itu jadi nikmat.

motivasi terbaik hanya yang datang dari Dia melalui kalam-kalamNya. bukankah?

' dan katakanlah , "bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga rasulNya, dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui yang ghaib dan  yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan" ' [9:105]

off.

Tuesday, February 3, 2015

Paris, 2015, 22.

assalamualaikum, bismillah. 

Assalamualaikum 2015, hai 22.

heh, what a cliche title for a new post for another new year --,

2015 mula menyelak dengan emosi yang bermacam-macam. 'Ala kulli haal, alhamdulillah :)

i'm not getting any younger. kena terima hakikat ni. (tahun ni InsyaAllah dah nak jadi makcik dah hudaaaaaa. adik hang dah nak jadi ibu hang hu ha hu ha lagi. kuikuikui) first week untuk every year jugalah umur pun berganjak. ada apa pada umur. ceh. huuu. i was touched masa birthday hari tu, beria memang kalau boleh sorok notification reminder bagai sebab err takpela kot. it's just a day- like any other normal days. nothing special sangat,. tapi on that day. yang jauh dari Malaysia juga yang wish dulu.. Family terawal sehari, Cg shikin first (hehe,) dan Roses...kawan-kawan yang lama kot tak jumpa juga yang ingat. ye, roommate ingat, bagi hadiah buku- the best gift ever :)  Yang jumpa hari-hari, yang jumpa dalam liqa' saban minggu pun belum tentu ingat. hehe , its not the matter of ingat tak ingat, wish tak wish. heh, small matters ;p cuma, kasih sayang tu tak terbatas dengan jarak, meski pun kekerapan bertemu. Dan rupanya wahh, hati juga boleh tersentuh ya dengan ingatan tulus ikhlas. ceh kata seorang budak bajet hati keras 

Alhamdulillah untuk tahun yang baru, umur yang bertambah. moga lebih dekat dengan Dia!

ok, stop. next cerita. 

throwback jaulah 2014.
(PMS)-(Paris)-(Multaqa Tarbawi Nasional)

10 hari. 

nak dipendekkan cerita... sebenarnya...tak adalah jaulah sangat. sebab pergi berdua je ke Paris  (with k.Athee) compared to previous years; berdosen! cuma bila jumpa adik-adik juniors dekat sana, haa rasalah meriah sikit kan... kononnya kami; nak angkat tema keakhawatan masa jaulah ni. sebab... hmm, perlu ke sebab? (ha ha, foine, sebab sedar le tak akhawat sangat. hmm) 

serius sikit, huda. o-kai.

Niat dari awal, tu Allah tahu and mudahkan je :) dapat je pengisian/sentuhan bertepatan dengan tema-keakhawatan kami. dari PMS sampai ke Paris (walaupun tertidur masa dengar pengisian online keakhawatan sambil laptop masih terbuka..pastu lepas bangun tanya each other, apa point kita dapat? --' ish3) sampai ke MTN dapat juga pengisian directly/indirectly. Dan oh tak terkejut, of course buku 'Agar bidadari cemburu padamu' yang kami nak bedah sepanjang jaulah hanya habis dibaca after jaulah. hee.

sekitar perjumpaan fasi di PMS
sebahagian peserta PMS.

okay, niatnya nak buat short je post. sebab tak sanggup dah tunda lagi jadi perkasam post ni dalam draft. lebih sebulan dah --' Err

balik dari PMS, tumpang rumah sister di Birm sekejap sebelum nak ambil flight esok paginya dari Birm Airport. perasaan kami berdua in denial. betul ke kita nak pergi Paris ni. Aku tido je malam tu. tak ada gaya orang nak pack barang. tapi orang tidur, aku bangun le malas-malas  packing barang dan haa gelabah la juga nak kena baca sikit-sikit pasal sejarah Paris ni. spesifically kaitannya dengan islam.

few nights before, occupied dengan hal PMS je sampai terabai planning Paris ni. the real sebab kenapa nak sangat pergi Paris ni, jeng jeng jeng rahsia. heh. tapi walaupun berat hati je nak pergi, tak ada la sampai nak buat kerja gila tak payah pergi. tiket beli last minit dah la mahal kot T.T berfikiran warasla kami. kita pergi-hentam sahajalah labu..

Paris, hari pertama.

bajet-bajet masa, rasanya okay la kot sempat kejar flight. buat apa datang awal airport kan. bukan boleh buat apa sangat. tapi imegresen Birm Airport ni leceh pula. masa dah suntuk. kami kena keluarkan macam-macam device pulak tu (siap bawak laptop, cita-cita nak buat assignment, hmm habuk pun takda! ;p) lepas je imegresen memang lari tak cukup tanah. k.athee gerak dulu. drama; 'akak pergi je dulu, tak yah tunggu saya!'  hilanglah dari pandangan. lepas settle imegresen check, cari screen check gate. jantung nak cabut tengok screen dah highlight merah : FINAL CALL. 

dah separuh redha. dalam hati memang dah pasrah, kalau urusan ini baik, Kau izinkanlah ya Allah.

alhamdulillah Allah izinkan.. hari pertama kena hentam 100 euro naik teksi T___T menangis tak berlagu kami. sampai hostel, kebuluq, keluar terus cari makan, jalan-jalan eiffel tower malam tu. malam tu malam christmas, dan orang tak ramai. tak payah beratur tiket apa2 pun

panjat Eiffel tower. Aku pencinta malam dan tempat tinggi. heh

carila makanan sekitar eiffel tower tu. ada juga christmas market yang masih buka. Dapat paella halal, serius nak lompat sampai langit! alhamdulillah. petang tu hujan, kami lapar sangat, pastu tak ada kerusi yang proper, duduk je bawah pokok dekat taman sebelah sambil makan bawah hujan.. layan.. background music bersamamu..*berbumbungkan angkasa kelabu..*


nila besi buruk tu. hihi. kami lepak dari petang sampai malam dekat sini. konon romantis. hmm,..

hari kedua.

hari kedua, kami tak pergi mana-mana sangat, jalan ke masjid, nak jumpa komuniti muslim dekat sini. memang duduk masjid la disamping cari makan sekitar masjid tu. pergi Zuhur macam tu, balik maghrib.

masjid ni sungguh mengingatkan aku pada Spain, seni bina masjid ni ala-ala al-Hambra, ukiran dia, taman2nya. rugi siapa pergi Paris tak datang masjid ni.

petang-petang sikit kami join halaqah makcik2 dekat situ. boleh le cakap arab sikit2 dengan makcik2 ni ( aku memang betul2 kena improve arab, karat!) walupun tasmi' juz amma je, nebes jugak oi. 

maghrib


hari ketiga

pagi, kami jalan lagi ke eiffel tower dengan adik2 junior. lepas tu gerak ke Arc de triumpe. monumen famous dekat Paris ni. kalau tengok filem 99 cahaya di langit eropah (tak habis tengok lagi) ada babak dia cakap la yang napoleon bina benda ni dan, garis lurus salah satu jalan menghala terus ke kaabah. tak tahu la betul ke idok.

petang nak ke malam sikit kami jalan ke museun The Luvre yang ada gambar Mona Lisa yang famous tu. tapi, tak beria pun tengok. hanya tengok orang ramai keliling gambar tu then jalan pusing museum tu. perut pun dah lapar, jalan pun dah banyak, cari makan le kan.

tak sangka nak paella halal punya pasal, pergi balik Eiffel Tower. hihi. dah selesai tu kami pun balik hostel.
dari atas. panjat jangan tak panjat

sebahagian kawasan dalam museum tu
esok pagi-pagi dah gerak ke airport, balik ke Birm, untuk sambung dengan MTN. tu lah serba serbi jaulah pendek kami. aku jadi tak reti pula nak cerita 'jaulah' kali ni. gambar pun tak ada banyak sangat, perasaannya berbeza dan pengajaran yang dikutip pun berbeza. bila dah tertangguh menulis, macam nila jadinya, nak tulis apa pun dah tak tahu, rasa pun dah tak rasa lagi :/ 

'ala kulli hal, alhamdulillah.
tak ada sebab tak nak bersyukur dengan apa yang dilalui dalam hidup ni kan.

astaghfirullah, salam~