Pages

Tuesday, February 3, 2015

Paris, 2015, 22.

assalamualaikum, bismillah. 

Assalamualaikum 2015, hai 22.

heh, what a cliche title for a new post for another new year --,

2015 mula menyelak dengan emosi yang bermacam-macam. 'Ala kulli haal, alhamdulillah :)

i'm not getting any younger. kena terima hakikat ni. (tahun ni InsyaAllah dah nak jadi makcik dah hudaaaaaa. adik hang dah nak jadi ibu hang hu ha hu ha lagi. kuikuikui) first week untuk every year jugalah umur pun berganjak. ada apa pada umur. ceh. huuu. i was touched masa birthday hari tu, beria memang kalau boleh sorok notification reminder bagai sebab err takpela kot. it's just a day- like any other normal days. nothing special sangat,. tapi on that day. yang jauh dari Malaysia juga yang wish dulu.. Family terawal sehari, Cg shikin first (hehe,) dan Roses...kawan-kawan yang lama kot tak jumpa juga yang ingat. ye, roommate ingat, bagi hadiah buku- the best gift ever :)  Yang jumpa hari-hari, yang jumpa dalam liqa' saban minggu pun belum tentu ingat. hehe , its not the matter of ingat tak ingat, wish tak wish. heh, small matters ;p cuma, kasih sayang tu tak terbatas dengan jarak, meski pun kekerapan bertemu. Dan rupanya wahh, hati juga boleh tersentuh ya dengan ingatan tulus ikhlas. ceh kata seorang budak bajet hati keras 

Alhamdulillah untuk tahun yang baru, umur yang bertambah. moga lebih dekat dengan Dia!

ok, stop. next cerita. 

throwback jaulah 2014.
(PMS)-(Paris)-(Multaqa Tarbawi Nasional)

10 hari. 

nak dipendekkan cerita... sebenarnya...tak adalah jaulah sangat. sebab pergi berdua je ke Paris  (with k.Athee) compared to previous years; berdosen! cuma bila jumpa adik-adik juniors dekat sana, haa rasalah meriah sikit kan... kononnya kami; nak angkat tema keakhawatan masa jaulah ni. sebab... hmm, perlu ke sebab? (ha ha, foine, sebab sedar le tak akhawat sangat. hmm) 

serius sikit, huda. o-kai.

Niat dari awal, tu Allah tahu and mudahkan je :) dapat je pengisian/sentuhan bertepatan dengan tema-keakhawatan kami. dari PMS sampai ke Paris (walaupun tertidur masa dengar pengisian online keakhawatan sambil laptop masih terbuka..pastu lepas bangun tanya each other, apa point kita dapat? --' ish3) sampai ke MTN dapat juga pengisian directly/indirectly. Dan oh tak terkejut, of course buku 'Agar bidadari cemburu padamu' yang kami nak bedah sepanjang jaulah hanya habis dibaca after jaulah. hee.

sekitar perjumpaan fasi di PMS
sebahagian peserta PMS.

okay, niatnya nak buat short je post. sebab tak sanggup dah tunda lagi jadi perkasam post ni dalam draft. lebih sebulan dah --' Err

balik dari PMS, tumpang rumah sister di Birm sekejap sebelum nak ambil flight esok paginya dari Birm Airport. perasaan kami berdua in denial. betul ke kita nak pergi Paris ni. Aku tido je malam tu. tak ada gaya orang nak pack barang. tapi orang tidur, aku bangun le malas-malas  packing barang dan haa gelabah la juga nak kena baca sikit-sikit pasal sejarah Paris ni. spesifically kaitannya dengan islam.

few nights before, occupied dengan hal PMS je sampai terabai planning Paris ni. the real sebab kenapa nak sangat pergi Paris ni, jeng jeng jeng rahsia. heh. tapi walaupun berat hati je nak pergi, tak ada la sampai nak buat kerja gila tak payah pergi. tiket beli last minit dah la mahal kot T.T berfikiran warasla kami. kita pergi-hentam sahajalah labu..

Paris, hari pertama.

bajet-bajet masa, rasanya okay la kot sempat kejar flight. buat apa datang awal airport kan. bukan boleh buat apa sangat. tapi imegresen Birm Airport ni leceh pula. masa dah suntuk. kami kena keluarkan macam-macam device pulak tu (siap bawak laptop, cita-cita nak buat assignment, hmm habuk pun takda! ;p) lepas je imegresen memang lari tak cukup tanah. k.athee gerak dulu. drama; 'akak pergi je dulu, tak yah tunggu saya!'  hilanglah dari pandangan. lepas settle imegresen check, cari screen check gate. jantung nak cabut tengok screen dah highlight merah : FINAL CALL. 

dah separuh redha. dalam hati memang dah pasrah, kalau urusan ini baik, Kau izinkanlah ya Allah.

alhamdulillah Allah izinkan.. hari pertama kena hentam 100 euro naik teksi T___T menangis tak berlagu kami. sampai hostel, kebuluq, keluar terus cari makan, jalan-jalan eiffel tower malam tu. malam tu malam christmas, dan orang tak ramai. tak payah beratur tiket apa2 pun

panjat Eiffel tower. Aku pencinta malam dan tempat tinggi. heh

carila makanan sekitar eiffel tower tu. ada juga christmas market yang masih buka. Dapat paella halal, serius nak lompat sampai langit! alhamdulillah. petang tu hujan, kami lapar sangat, pastu tak ada kerusi yang proper, duduk je bawah pokok dekat taman sebelah sambil makan bawah hujan.. layan.. background music bersamamu..*berbumbungkan angkasa kelabu..*


nila besi buruk tu. hihi. kami lepak dari petang sampai malam dekat sini. konon romantis. hmm,..

hari kedua.

hari kedua, kami tak pergi mana-mana sangat, jalan ke masjid, nak jumpa komuniti muslim dekat sini. memang duduk masjid la disamping cari makan sekitar masjid tu. pergi Zuhur macam tu, balik maghrib.

masjid ni sungguh mengingatkan aku pada Spain, seni bina masjid ni ala-ala al-Hambra, ukiran dia, taman2nya. rugi siapa pergi Paris tak datang masjid ni.

petang-petang sikit kami join halaqah makcik2 dekat situ. boleh le cakap arab sikit2 dengan makcik2 ni ( aku memang betul2 kena improve arab, karat!) walupun tasmi' juz amma je, nebes jugak oi. 

maghrib


hari ketiga

pagi, kami jalan lagi ke eiffel tower dengan adik2 junior. lepas tu gerak ke Arc de triumpe. monumen famous dekat Paris ni. kalau tengok filem 99 cahaya di langit eropah (tak habis tengok lagi) ada babak dia cakap la yang napoleon bina benda ni dan, garis lurus salah satu jalan menghala terus ke kaabah. tak tahu la betul ke idok.

petang nak ke malam sikit kami jalan ke museun The Luvre yang ada gambar Mona Lisa yang famous tu. tapi, tak beria pun tengok. hanya tengok orang ramai keliling gambar tu then jalan pusing museum tu. perut pun dah lapar, jalan pun dah banyak, cari makan le kan.

tak sangka nak paella halal punya pasal, pergi balik Eiffel Tower. hihi. dah selesai tu kami pun balik hostel.
dari atas. panjat jangan tak panjat

sebahagian kawasan dalam museum tu
esok pagi-pagi dah gerak ke airport, balik ke Birm, untuk sambung dengan MTN. tu lah serba serbi jaulah pendek kami. aku jadi tak reti pula nak cerita 'jaulah' kali ni. gambar pun tak ada banyak sangat, perasaannya berbeza dan pengajaran yang dikutip pun berbeza. bila dah tertangguh menulis, macam nila jadinya, nak tulis apa pun dah tak tahu, rasa pun dah tak rasa lagi :/ 

'ala kulli hal, alhamdulillah.
tak ada sebab tak nak bersyukur dengan apa yang dilalui dalam hidup ni kan.

astaghfirullah, salam~

No comments: