Pages

Monday, March 30, 2015

kita daie belum cukup serius & rabbani

assalamualaikum, bismillah.

aku suka, bila aku sengaja tanya sorang kakak lebih kurang macam ini lah ;

'apa yang menyebabkan akak stay dalam DnT, how you adapt with the situation? mesti lain kan tempat baru. kawan-kawan sama2 membesar, sama2 faham kita tak ada' 

'regardless of anything else, akak cuma nak stay sebab, akak tahu..akak cuma tak boleh hidup tanpa DnT'

padu. 

semakin lama berjalan atas jalan ni (walaupun hakikatnya, tak layak langsung nak claim lama - maksud aku, prosess masa kita lah, sudah bertahun, bukan sehari dua) semakin kita tahu , bukan semakin senang. itu hakikatnya. kalau kita rasa, masih lagi mengharapkan manja-manja belaian murabbiah, definitely bukan itu lagilah yang kita harapkan. silaplah. masih mengharapkan manis-sweet all the time definitely not.

aku personally, kurang gemar mutarabbi di'belai' dengan tarbiyah manja. semua benda siap, asyik dibelanja, nak ajak datang daurah kena 'rasuah' dulu dengan macam2, puas dipujuk, dan pelbagai lagi.. hehe, tak rasa salah pun, tapi kalau tidak diajar rasa sikitlah berkorban, akhirnya binaan dakwah kita mereka yang lembik. tak sanggup bersusah. bila dah bergelar 'pendukung' dakwah ni nanti kalau masih rasa tak best daurah dekat masjid, suka selesa macammana.. huu. having said that, aku tahu it is a long process.

aku (err) serasanya tidak di'besar'kan dengan tarbiyah yang bersifat manja-sweet ni. murabbiah aku awal-awal dulu, membesarkan kami dengan menyuburkan ukhuwah dan cinta-dalam beramal'. ceh ayat aku. tak tahu lah nak pilih ayat apa sebenarnya. nak explain pun tak reti. dan tak fair pun compare, beza sangat situasinya.

dan, aku suka memerhati, dan belajar melihat orang yang sungguh-sungguh beramal dalam DnT ni. sebab sungguh, dalam-dalam aku nak tsabat lah sampai jumpa Allah, InsyaAllah.

dan, i couldn't find any other reason yang make them steadfast and keep on beramal, meskipun apalah juga keadaannya, melainkan sebab cinta yang tulus kerana Allah. sebab cinta kepada Dakwah. Bukan sebab orang atau keadaan, meskipun itupun memberikan impak yang besar juga. dan, aku mempercayainya, saat cinta Allah dan Dakwah yang dibawa nabi ni melebur dalam diri seseorang maka dia akan menjadi sangat serius. Dengan tarbiyah dirinya, dan amal dakwinya. serius ni bukanlah bermakna tidak bergurau ;p. tapi serius dalam penyusunan jadual hidupnya. apa yang hendak dilakukan sehari-hari dari bangun paginya hingga tidur semula.

sebab tarbiyah dan dakwah ni, bukan once off. bukan ikut event. bukan acara. ;( ia adalah kehidupan.

ada masa-masanya, boleh jadi kita terlalu sesak dengan aktiviti so-called-dakwah ni. back to back. lepas uruskan program umum, kena meeting, kena fikir anak usrah lagi, nak ziarah anak usrah, nak prepare jadi penyampai pula, timeline perancangan perjalanan usrah tak settle lagi, argh pengisian tambahan sendiri 2x seminggu, usrah sendiri lagi, nak habiskan tilawah sekadar setengah juzuk sehari pun kadang semput, belum masuk tanggungan study(!)  hah, boleh la lagi konon-konon tak cukup nak listkan... Allahu....

sampai2, adakah layak rasa dah cukup berbuat? sampai rasa macam aku je buat semua.. mana semua orang?? astaghfirullah..kadang-kadang keadaan seperti ini, boleh menyebabkan seseorang stress dan depressed, nastaghfirullah..

buat diri, juga akhawati fillah, kita sedia tahu, seperti itulah dakwah, takut nak cakap sebab tak beramal. tapi biarlah kita benar2 tahu hakiktnya sampai kita memaknainya. Dakwah ini akan meminta semuanya dari kita. sampai fikiran kita, sampai perhatian kita, berjalan, duduk dan tidur kita.. dakwah bukan tidak melelahkan. (kadang teramat lelah!)  dakwah ini bukannya tidak menyakitkan. Bahkan saban hari, ramai daie merasa sakit saban hari, rasa tak disupport, rasa tersisih, makan hati..  belum masuk masalah personal lagi..double depressed, down..dan bukan sedikit yang diulit kefuturan.. Allah..

tapi sudah tiba masanya kita berlaku jujur kepada Allah..

mampukah kita hidup tanpa dakwah dan tarbiyah ini setelah Allah memberikan kita kehidupan 'baru' dengannya? jika hari-hari kita lelah dan sakit itu akhirnya, menjadi norma kehidupan kita, maka kita redha untuk adapt dengannya.. kerana kita nak menyahut seruan yang menghidupkan ini.
' Wahai orang2 beriman! Penuhilah seruan Allah dan Rasul, apabila dia menyerukan kepadamu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan [8:24] '
dan sudah tiba masanya kita benar-benar serius dengan hari-hari kita, (dan sudah pasti ia menuntut perjuangan berterusan!) sebagaimana kita tahu kalau ada masa-masanya kita 'sesak' dengan agenda dakwah, sampai betul2 menjiwai lah makana 'kewajipan melebihi masa yang ada'-  begitulah kita perlu memaknai hari yang kita free dan berkelapangan. sebab rasul kita telah mengingatkan kita  ; kita mudah terpedaya dengannya (!)

kita belum jujur dengan Allah dan dakwah ini, kalau kita tak pernah cuba meningkatkan tarbiyah diri kita, takkan nak salahkan tak cukup bahan tambahan, tak cukup mabit, tapi sendiri pun tak berkeras dengan diri untuk solat awal waktu, dhuha, qiyam, puasa dan lain2nya. kita masih daie yang bermain-main jika sela masa lapang kita tidak dimanfaatkan sebaiknya T__T apatah lagi jika kita menjemput jahiliyah dan kemungkaran. Allah.. kalau kita busy misalnya, facebook pun tak sempat buka, tengok notification penting ja, tapi bila banyak masa, scroll sampai berjam..

ramai daie, boleh all out dalam beramal, buat itu ini sampai drained. tetapi ramai juga tewas saat bersendirian dan masa lapang.

sangat kecewa..., (contohnya..)
jika masih lagi hujung minggu balun tidur sampai tengahari (!)
jika masih layan movie..., masih tidak menjaga hubungan lain jantina,..
masih takada list buku nak baca apa lepas ni,
masih itu ini..  :( *terbakar*

kita kena bersungguh belajar menjadi daie yang rabbani.
kita manusia, seringkali mungkin kita tewas, dan rasa macam oh useless nya aku, munafiknya aku, aku futur..
tapi kembalilah bermujahadah..

aku suka mengingatkan diri aku sendiri dengan menulis, kalau lupa, baca balik. ingat balik kenapa aku tulis ni dulu. menulis bukan untuk orang lain, tapi terutamanya untuk diri sendiri. kita nak jadi daie rabbani, bukan sebab orang, bukan sebab nak jaga qudwah kononnya, nak pelihara tsiqah, bukan tetapi segala mujahadah yang kita lakukan kerana Allah dan akhirnya untuk kebaikan diri kita juga.

' dan barangsiapa berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu untuk dirinya sendiri. Sungguh, Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam' (29:6) '

jarang rasanya hujung minggu boleh duduk rumah,
sungguh, satu ujian..
tidakkah boleh membunuh?

Monday, March 16, 2015

move on.

assalamualaikum, bismillah.

khamis. dalam washroom.

' Is tomorrow would be your last day? '
' oh yeah. how time flies..'
' ~uuhh.. really? i'll come tomorrow to say goodbye to you '

pagi jumaat- yang macam lain je rasa. mungkin sebab ada exam. hihi. cuak je dengan gelabah pen tak bawakla. macam-macam. sampai-sampai je macam biasa la greet everyone, 'morning...! how r u..' ah sesimple itu je rutin aku saban hari. tambah senyum la di bibir. hehe.

pagi tu, lepak dengan receptionist sekejap.

' today is your last day? '
' yaa, and i have exam today as well '
' ~uuhh. come here dear, ' tangan didepa. free hug.

dan jumpa la Dr B, greet macam biasa , ' Khalilah u'll have your exam now ' 'huh, NOW?!' baru sampai kot. 'yeah, don't worry u'll be fine ' dan tu memang ayat penenang Dr. B selalunya.

selama ni kalau ambil history taking, Dr B takkan ada sekali. so aku just akan present je. bila exam ni, nervous terlebih. tapi alhamdulillah everything went well..


hari tu terlelap dalam bas, bangun2 tengok luar eh snow.. random je terus rakam video ni. sah, tak ada kerja sangat. walaupun hari-hari ulang alik dalam 1.5 jam pergi, and 1.5 jam balik, best je rasa. sebab banyak belajar dan macam2 boleh reflect. dah minggu-minggu last, lagi banyak dibiarkan dengan patient. ada lah kadang tu kena tinggal buat consultation sampai setengah jam. aku pun krik krik le. dah check vital semua, dah korek tanya macam2, aku pun tak tahu nak sembang apa dah.

ada patient tu, setengah jam jugak la aku duduk dengan dia. dia pernah join British army dulu datang Malaysia. masa zaman2 pasca merdeka. so aku dapat dengar cerita dia lebih banyak daripada info kenapa dia datang klinik hari ni. hehe. macam-macam orang jumpa, macam-macam ragam. itu yang best. dan mencabar at the same time.

sebab aku memang suka budak2, so memang suka je layan budak-budak. paling ingat Paddy, 2 tahun. sebab jumpa dia 2x sepanjang rotation tu. so main2, bila nak balik tu ' will you follow us going back? ' aww. haha ' sorry, i can't. i have to stay here' senyum je lah. sampai dekat receptionist dekat luar dia ajak ikut sekali. i would love to, but i can't.. *can't wait for anak buah nak main-main dengan diorang. haha*

tak semua benda kita tengok yang baik2, ada je kadang yang kurang baik. dari pihak doktor mahupun patient. tapi sebab bukan tu point yang nak dipelajari, so ignore je lah benda tu.

dengan staff, tak ada lah borak sangat. kadang2 je lah, masa lunch. ada juga tolong titikkan ubat dekat mata staff. haha. yang tak pernah missed adalah greet bila datang and nak balik and senyum. kadang tanya dah makan ke belum..
feedback.
things to improve : differential diagnosis, ni memang lemah sangat T__T okay takpe, boleh improve. jalan masih jauh. harini, bila masuk hospital. literally rasa nak nangis . hoho. rasa macam aaaaa nak balik GP rotation je lahh. lepak je. okay, tu mungkin emo hari 1st tak tahu tempat dekat mana, tak jumpa team dekat mana, then tak tahu nak buat apa. sudahnya, lepas tutorial, clerk 1 patient then balik rumah T.T

mungkin sebab GP rotation macam sempoi, bila masuk hospital ni rasa macam xcool je. hoho. apapun, kadang tu, dalam hidup ni kita tak banyak pilihan. kalau tak suka, kena sukakan jugak.

in denial sebenarnya dengan hospital rotation.
hopefully everything will be fine.

Tuesday, March 10, 2015

mac

assalamualaikum, bismillah.

rupanya..semakin lama semakin sukar mengekalkan momentum menulis. semakin mudah untuk mengupdate dengan internet 24-7 dengan pelbagai gadget, semakin berat pula tangan menaip.

keinginan menulis tidak pernah mati. cuma mungkinkah semakin takut persangkaan orang. semakin takut rasanya kalau semakin lama dalam siraman tarbiyah, expectation orang; tulisannya harus semakin basah (?) hmmm. ataukah semakin kita mengerti, semakin kita berhati-hati.. ? entah, aku pun tak tahu.

(i)

bila famili update tentang benda sekecil-kecil hari sukan zaid dan zaim, aku jadi jatuh rindu pada rumah, pada famili. aku missed banyak benda. seriously. kisah-kisah abi umi bekerja, keluhan kakak dan adik-adik saban hari..

akhirnya, bila kita berjalan, memang ini kah lumrahnya..? kita tak mampu memikul dan mengutip semuanya, meskipun memori. cuma aku memang aku. huda yang cengeng kata abi. lol. home is where my heart is. aku berdebarla nak balik Malaysia, rasa diri sendiri takut terasing, for sure banyak benda tak tahu, terlepas. dahla jenis tak suka ambil tahu cuma untung kalau ada orang nak bagitahu --'

(ii)

tahu tak macammana bila ada rasa nak give up dengan orang? nak kena buat apa sebenarnya? apa nak jadi jadila.. bila aku rasa benda tu.. masa tulah Allah hadirkan adik yang mengadu macammana nak overcome rasa nak give up dengan orang? beratnya nak jawab hanya Allah je tahu. Hakikatnya, yang memandu hati dan emosi kita masih banyak lagi sebab-sebab personal rather than meruntuhkan ego dan perasaan sendiri.

its hard to say apa yang kita rasa. luka sendiri boleh ubat sendiri. aku tak suka pun biarkan orang lain affect diri aku. kalau orang buat aku sedih, geram ke.. okay perasaan tu diam sekejap dalam diri. esok malas dah nak fikir.

tapi kita ni memang hidup untuk diri sendiri ke? tak fikir pasal orang? padahal orang yang give up dengan kau huda. aku lemah sangat lah bab perasaan ni. akhirnya duduk sendiri dekat bilik doktor pun bila fikir-fikir boleh nak nangis sebab how heartlessnya kau huda. tapi pastu tak tahu dah tu nak buat apa, konon cuba untuk solvekan tapi seems macam tak berjaya. ulang balik cycle yang sama. kadang rasa nak give up dengan keadaan. aku terfikir juga, perlu ke aku ter-stucked dengan benda remeh leceh macam ni.. banyak benda kot aku nak fikir lagi. but yet, berulang-ulang. bukan nak tuju pada orang, tapi nak balikkan pada diri sendiri. selagi belum dapat overcome masalah se'kecil' ini, ia terus akan datang bertubi-tubi...

(iii)

untuk orang yang kurang sabar macam aku-yang cuba, usaha, pastu gagal, then usaha lagi, gagal lagi- memang kenalah sebijik bahan bacaan berkisar sabar.

baru tamat menghabiskan karya Amru Khalid ; Mari bersabar! tuntutan bersabar dalam kehidupan sehari-hari.

menarik sangat..

Rasulullah bersabda , " sesungguhnya sabar (awalnya) harus dengan disabar-sabarkan " (diriwayatkan oleh Ibnu Hajar di dalam 'Fathul Bari')

first time tahu. rasa macam terus bersemangat jugalah nak jadi orang yang sabar. practice le, awal-awal memang macam kartun la sabar tu, tapi semua benda kena ada langkah mula. dan tingkatan sabar dalam kehidupan, banyak.. dan urutannya, ekstrak dari buku ni..

1) sabar melakukan ketaatan
2) sabar dari kemaksiatan
3) sabar menghadapi musibah.

kenapa sabar menghadapi musibah dikupas dan disusun jadi lagi bawah? aku pun ada soalan yang sama. tapi, hakikatnya, sabar menghadapi musibah adalah bersifat idthirari (terpaksa), memang tak boleh ubah, kena terima. on the other hand, sabar melakukan ketaatan dan menghindari maksiat merupakan bersifat ikhtiyari (pilihan). nak buat, buat, tak nak sudah

then, soalan lagi. kenapa sabar melakukan ketaatan lebih tinggi daripada sabar dari kemaksiatan? para ulama' berpendapat ; kerana hakikatnya  Allah memang telah menciptakan kita untuk menyembahNya. dan ianya mestila terealisasi dengan amal ketaatan. juga Allah jelas-jelas menyukai amal kebaikan, dengan mengganjari kebaikan 10 kali ganda

tips. something to peonder..

Amirul mukminin Umar r.a berkata "tidaklah setiap musibah menimpaku, melainkan aku menganggapnya ringan, kerana empat perkara ;

pertama : bahawa musibah ini bukan musibah yang paling besar.
kedua: bahawa musibah ini tidak mengani agamaku.
ketiga : bahawa Allah akan menggantikannya dengan syurga.
keempat : bahawa aku mengingat musibah yang aku alami ketika berpisah dengan kekasihku, Rasulullah s.a.w ;'(

orang hebat, mindset mereka hebat. pemikiran mereka, sikap optimis mereka sangat2 refleks peribadi.

nak kata apa lagi? cakap banyak pun tanpa amal tiadalah gunanaya.

wallahua'lam,
will update soon, pasal kehidupan DnT, medic life, selain daripada macam diari je --,

Adios. wasalam.