Pages

Tuesday, March 10, 2015

mac

assalamualaikum, bismillah.

rupanya..semakin lama semakin sukar mengekalkan momentum menulis. semakin mudah untuk mengupdate dengan internet 24-7 dengan pelbagai gadget, semakin berat pula tangan menaip.

keinginan menulis tidak pernah mati. cuma mungkinkah semakin takut persangkaan orang. semakin takut rasanya kalau semakin lama dalam siraman tarbiyah, expectation orang; tulisannya harus semakin basah (?) hmmm. ataukah semakin kita mengerti, semakin kita berhati-hati.. ? entah, aku pun tak tahu.

(i)

bila famili update tentang benda sekecil-kecil hari sukan zaid dan zaim, aku jadi jatuh rindu pada rumah, pada famili. aku missed banyak benda. seriously. kisah-kisah abi umi bekerja, keluhan kakak dan adik-adik saban hari..

akhirnya, bila kita berjalan, memang ini kah lumrahnya..? kita tak mampu memikul dan mengutip semuanya, meskipun memori. cuma aku memang aku. huda yang cengeng kata abi. lol. home is where my heart is. aku berdebarla nak balik Malaysia, rasa diri sendiri takut terasing, for sure banyak benda tak tahu, terlepas. dahla jenis tak suka ambil tahu cuma untung kalau ada orang nak bagitahu --'

(ii)

tahu tak macammana bila ada rasa nak give up dengan orang? nak kena buat apa sebenarnya? apa nak jadi jadila.. bila aku rasa benda tu.. masa tulah Allah hadirkan adik yang mengadu macammana nak overcome rasa nak give up dengan orang? beratnya nak jawab hanya Allah je tahu. Hakikatnya, yang memandu hati dan emosi kita masih banyak lagi sebab-sebab personal rather than meruntuhkan ego dan perasaan sendiri.

its hard to say apa yang kita rasa. luka sendiri boleh ubat sendiri. aku tak suka pun biarkan orang lain affect diri aku. kalau orang buat aku sedih, geram ke.. okay perasaan tu diam sekejap dalam diri. esok malas dah nak fikir.

tapi kita ni memang hidup untuk diri sendiri ke? tak fikir pasal orang? padahal orang yang give up dengan kau huda. aku lemah sangat lah bab perasaan ni. akhirnya duduk sendiri dekat bilik doktor pun bila fikir-fikir boleh nak nangis sebab how heartlessnya kau huda. tapi pastu tak tahu dah tu nak buat apa, konon cuba untuk solvekan tapi seems macam tak berjaya. ulang balik cycle yang sama. kadang rasa nak give up dengan keadaan. aku terfikir juga, perlu ke aku ter-stucked dengan benda remeh leceh macam ni.. banyak benda kot aku nak fikir lagi. but yet, berulang-ulang. bukan nak tuju pada orang, tapi nak balikkan pada diri sendiri. selagi belum dapat overcome masalah se'kecil' ini, ia terus akan datang bertubi-tubi...

(iii)

untuk orang yang kurang sabar macam aku-yang cuba, usaha, pastu gagal, then usaha lagi, gagal lagi- memang kenalah sebijik bahan bacaan berkisar sabar.

baru tamat menghabiskan karya Amru Khalid ; Mari bersabar! tuntutan bersabar dalam kehidupan sehari-hari.

menarik sangat..

Rasulullah bersabda , " sesungguhnya sabar (awalnya) harus dengan disabar-sabarkan " (diriwayatkan oleh Ibnu Hajar di dalam 'Fathul Bari')

first time tahu. rasa macam terus bersemangat jugalah nak jadi orang yang sabar. practice le, awal-awal memang macam kartun la sabar tu, tapi semua benda kena ada langkah mula. dan tingkatan sabar dalam kehidupan, banyak.. dan urutannya, ekstrak dari buku ni..

1) sabar melakukan ketaatan
2) sabar dari kemaksiatan
3) sabar menghadapi musibah.

kenapa sabar menghadapi musibah dikupas dan disusun jadi lagi bawah? aku pun ada soalan yang sama. tapi, hakikatnya, sabar menghadapi musibah adalah bersifat idthirari (terpaksa), memang tak boleh ubah, kena terima. on the other hand, sabar melakukan ketaatan dan menghindari maksiat merupakan bersifat ikhtiyari (pilihan). nak buat, buat, tak nak sudah

then, soalan lagi. kenapa sabar melakukan ketaatan lebih tinggi daripada sabar dari kemaksiatan? para ulama' berpendapat ; kerana hakikatnya  Allah memang telah menciptakan kita untuk menyembahNya. dan ianya mestila terealisasi dengan amal ketaatan. juga Allah jelas-jelas menyukai amal kebaikan, dengan mengganjari kebaikan 10 kali ganda

tips. something to peonder..

Amirul mukminin Umar r.a berkata "tidaklah setiap musibah menimpaku, melainkan aku menganggapnya ringan, kerana empat perkara ;

pertama : bahawa musibah ini bukan musibah yang paling besar.
kedua: bahawa musibah ini tidak mengani agamaku.
ketiga : bahawa Allah akan menggantikannya dengan syurga.
keempat : bahawa aku mengingat musibah yang aku alami ketika berpisah dengan kekasihku, Rasulullah s.a.w ;'(

orang hebat, mindset mereka hebat. pemikiran mereka, sikap optimis mereka sangat2 refleks peribadi.

nak kata apa lagi? cakap banyak pun tanpa amal tiadalah gunanaya.

wallahua'lam,
will update soon, pasal kehidupan DnT, medic life, selain daripada macam diari je --,

Adios. wasalam. 

No comments: