Pages

Wednesday, April 29, 2015

it's okay to cry, because sky does it too :)

assalamualaikum, bismillah.

did i broke your heart?
yes, you did. and you did it perfectly.

but worry not, He heals me :)

hari ni langit hujan dari saat aku baru buka jendela, langit masih gelap sampai nak tutup semula.
the rain, yang buat aku lebih nikmat menghina diri, menyungkur sujud, mengangkat tangan.
merasakan sebenarnya betapa dekatnya Dia yang selalu aku sendiri jauhkan :(
maka seharian, mataku juga berhujan.. 

hujan di bilik ni rupanya lebih lebat dari hujan di luar.

pagi ni, aku mulakan hari dengan alhamdulillah rasanya sangat produktif, 
menelaah buku seusai subuh dan ma'thurat jam 5 pagi sampai matahari mula menaik tinggi. I really enjoy my starting day. 

sampai saatnya, satu mesej yang sudah lama aku tunggu. dengan mengharapkan sesuatu yang jauh lebih baik. i prayed to Allah to fix this prob in His own way. because I just can't do it by myself. i tried, but failed tremendously.  aku menyesali semua kelakuanku. dalam segala bentuk keadaan. ego aku pecahkan, to say sorry. tapi  mungkin kerana presentation nya tak cantik. perhaps i just don't deserve to be forgiven.. that time - I did it for the sake of Allah.  bukan lagi desakan luar yang menyesakkan. but who can judge it? 

no answer. i stop hoping for any reply. better not.

what else to do. i have nothing more to say...

until today.
received unexpected message.

the powerful message- that made me decided to disconnect for a while. I cried immediately like a little baby and run to grab my Quran. Doa yang aku amalkan selalu, serasanya hari ni, aku cuba merasakan.
'..agar Engkau menjadikan Al-Quran sebagai penyejuk hatiku, cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku..'

menyelak ayat Allah, buat tangisan aku semakin menderas. 

'(Nabi Yaakub) menjawab "Hanya kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku.  Dan aku mengetahui dari Allah, apa yang kamu ketahui.
'Wahai anak2ku! pergilah kamu, carilah (berita) tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang2 yang kafir'
its been quite a long time aku tak menangis seteruk hari ni. saatnya aku paling rapuh, aku tak mampu nak bersandar pada yang juga rapuh. dan today I just let myself nangis semahu2nya, sebab rasa lama nya simpan kan..

what happened today jawapannya bukan buat aku semakin kecewa dengan manusia. hilang percaya mahupun jauh rasa tersisih. kalau yang paling rugi, mungkin akulah. i know someone else can be happily ever with whoever they have. because, till today i still hardly can imagine anyone near to me who i can seek for help/ who to ask for; atleast to lend me an ear or even shoulder. maybe its just me.

tapi 

hari ni, Allah, dengan garis takdir yang paling cantik Dia tetapkan, buatkan aku semakin tidak pantas meletakkan pengharapan pada manusia. indeed you shouldn't pun in the first place. sebab kasih sayang Dia, rahmat Dia terlalu besar. sehina mana pun kita, seberapa juta kali pun kita berdosa pada Allah, Allah tak pernah cakap keampunannya berlimit. tak pernah. tak pernah. keampunan Dia, mampu melenyapkan segala kesalahan buruk kita yang lalu. tak meletakkan kita pada state rasa berdosa sesisanya. dan mengizinkan kita move on dengan penuh rasa ingin menjadi yang terbaik. tak terharukah *banjir*  ighfirlana ya Allah.

when i decided to disconnect for a while. aku ingin jujur pada Allah saat aku jatuh menjunam aku hanya mahu cari Dia. tak mahu mendahulukan yang lain. pada satu rakaat ke rakaat yang lain, mengapakah tak mahu berhenti air mata ni. menjelang tenghari, mata dah sembab sangat rasa pun dah penat. i decided to sleep. tapi sebelum tu I deleted all the conversations that I had. not even one left.. I just don't want to remember anything and I asked Allah to ease me to forget about it all. tak tahu tertidur bila, berhenti nangis pun bila tak ingat. bangun solat zuhur pun masih basah, asar pun. crying is just a normal response to pain, kan. so worry not. 

If we never felt pain, how would we know He is a Healer? If we never felt sadness, how would we know He is a Comforter..? no other words than alhamdulillah can I say to thank Him.

because I did asked Him to fix it on His own way, and I accept it.  His way is beyond imagination. terlalu banyak hikmah. couldn't ask more :)  

alhamdulillah i'am fine now. subhanallah, what a relief..

hazrati dan syahirah yang innocent je, because i look so fine, didn't I? ;P thanks sebab bawa keluar makan. hidup udara petang. jalan di bawah langit yang masih gerimis, alhamdulillah. 

now, i'm okay, alhamdulillah thummalhamdulillah.
He is just a perfect Healer.
senyum dah. tak nak dah nangis for something yang not worth to cry for. *janji?

not being defensive, apatah lagi meraih any simpati. 
bukan orang baca pun,
tapi for me menulis sememangnya satu terapi :)


p/s : (!) desperately in need of dua for my final exam. 6, 8, and 11 May. May Allah ease InsyaAllah.

Monday, April 27, 2015

Ibrahim a.s mengajariku

assalamualaikum, bismillah.

ada banyak bentuk-bentuk soalan yang kita tanya
dengan sebabnya jujur nak tahu - maka
jawapannya sering kita ingat,
meskipun, telah bertahun masa berlalu.

'abi, khalilah tu maksudnya apa?'
'khalilah tu khalilullah. kekasih Allah. Biar jadi kekasih Allah'
'oooo' - gembira sedari itu.

rupanya Abi tidak berkata benar.
Khalilah tu bukan khalilullah
bukan. jangan nak perasan lah (macam emo pulak. hihi)

 khalilullah itu Ibrahim a.s. specific gelarannya untuk Ibrahim a.s.

'wattakhozalLahu Ibrahiima kholiila'
'Dan Allah telah memilih Ibrahim menjadi kesayanganNya' (4:125)

sejak tahu,  nabi Ibrahim jadi one of my fav prophet. konon inspired nak menempel sikit pada gelaran. 

cerita nya cliche. nampak cliche. tapi kalau faham sebenar2nya, no wonder Ibrahim a.s menjadi kesayangannya. dan dari situ, kita mengukur diri sendiri betapa jauhnya panggang dari api!

dia yang mengharapkan zuriat sampai memutih rambut di kepala. belum juga rezekinya. harapannya tak pernah putus, bahkan semakin mendalam. lalu saat Ismail yang sangat santun dan penyabar itu lahir, Allah kata tinggalkan. sudahlah di tempat tanpa tanaman, tanpa jaminan. 

ingat senang? mudahkah? jawapan pastinya TIDAK sama sekali.

Bila Ismail di'pulangkan' ke sisi, jadi peneman, pembantu setia dan pengubat hati, lalu Allah perintahkan disembelih. 3 malam berturut2, arahannya menjenguk mimpi. tanpa ragu dia membenarkan,

ingat senang? mudahkan? jawapan pastinya TIDAK sama sekali.

sebenarnya adakah Nabi Ibrahim ini bukan manusia tanpa ada rasa. tidakkah baginda rasa menyesak di dalam dada, tidakkah rasa terbeban jiwanya? pastilah beliau merasakan.

dan kita belajar daripadanya, keikhlasan pengabdian pada Allah telah membelakangkan segala rasa. Keikhlasan memang tak selalu tumbuh dari rasa ringan dalam melaksanakan perintah. (walaupun pada keadaan tertentu jawapannya ya). Dari kisah Ibrahim, ikhlas bisa tumbuh dari kerja-kerja berat yang dirasakan, bebanan jiwa, terhimpitnya rasa yang diusahakan untuk mengalahkan nafsu sendiri. 

itulah pengorbanan.

dan begitulah selayaknya menjadi kekasih Allah.

cintanya pada Allah telus. tak dibatasi oleh perasaan meskipun sesaat. ringan mahupun berat. berat mahupun sangat berat. sangat berat mahupun terlalu berat.

kita selalu persoalkan soal rasa,
sehingga lupa di manakah cinta ? 

cuaca hari ni hujan panas hujan panas.
manakah pelangi? belum muncul jua di jendela.
 :)

Saturday, April 25, 2015

perjuangkanlah!

assalamualaikum, bismillah.

'hidup kita ni pendek je, bila kita nak pergi pun kita tak tahu. kita kena particular dan pilih benda-benda penting je nak buat dalam hidup ni. benda-benda tak penting tu tinggalkan! sebab masa yang kita ada sikit je kan'

aku tambah perisa sikitlah ayat atas tu. nada dan ayat sebenar lagi berapi, fuh fuh berdengung dengar. hihi. but who can deny it? memang betul pun T.T

'Dia (Allah) berfirman, "Kamu tinggal di bumi hanya sebentar sahaja, jika kamu benar-benar mengetahui. Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?' (23:114-115)

se-das.

jadi, apa yang kita rasa penting dan perjuangkan dalam hidup ni? dan setiap yang lahir di bumi ni memang dilahirkan dengan jiwa pejuang. meskipun sehina-hina memperjuangkan nafsu sendiri T.T

The day when i realised, Allah memberikan kehidupan kepada aku dengan masuknya gerabak Dakwah dan Tarbiyah ini, aku tahu aku tak mampu nak berpatah balik. tak mampu.

walaupun progress menjadikan seluruh kehidupan ni, hanya tertumpu kepada keredhaan Allah susah, bukan sekali aku jatuh, tapi cuma tak mampu untuk terus biarkan diri jatuh :( how hard it is, aku cuma nak tetap berada di atas jalan ni, dan mati sebagai 'rijal siddiq' (ameen!)

antaranya, secebis dari hidup kita yang ada, kita kena korbankan untuk program-program DnT ni. Dan, makna perjuangkan adalah kita tahu kadang susah, tapi kita cuba juga berusaha. bukan hanya berserah kepada kekangan. dan kalaupun memang ada sesuatu yang sangat besar kekangannya (cth : nak exam ka- yang lebih aula saat tu) kita merasakan untuk buat sebaiknya pada pelepasan yang diberikan dan merasakan nak je jugak pergi. moga2, meski badan tak pergi, pahala dapat dah.

bercakap pasal ni, memang bukan senang. sekali kena dekat kepala sendiri saat memang tercekik memang boleh nangis. aku tak tahu kenapa nervous sangat nak balik Malaysia summer ni :( selalu nanti ada rasa bersalah kalau jadi takut macam tak pentingkan family- kalau clash dengan family gathering guana? :( eventhough i know, family faham je,,, tapi just ada rasa tu terapung2 dalam hati. haiya. of course la bila dekat rumah, kena buat-buat rajin tolong buat kerja rumah kalau jenis yang tak rajin tu, haha. tapi seminggu awal tu mesti affected sikit dengan jetlag. ni kalau aku last year lah.

tahun ni kalau panjang umur insyaAllah tahun ke-2 balik summer, keseimbangan dan kesejahteraan ni aku nak perjuangkan. ahh, poyo je ayat. tapi personally aku sedih je la (bukan judge orang ni, pukul rata je nih. huu) kalau dah tahun ke-3 balik summer, tahun ke-4 ke, masalah sama since tahun pertama balik summer, sayanglah. kita perjuangkan lah.. jangan biar stagnant. kelangsungan tarbiyah kena jaga dekat mana2 pun.

what i can think of, ni selamba je gaya aku, mindset parents siap-siap. aku beria call parents, tanya2 khabar macam biasa, pastu mesej la cakap, apa yang tersirat dan terbuku di hati. haha. makayah kita sayang kita, dia okay je kot. hentam je ni.

malu, tapi share lah sikit, this is sebahagian mesej what I wrote approx 3 weeks ago  to my parents untuk dapat jawapan OK. tak kesahlah nanti OK ke tak OK sebenarnya. cuba lah dulu. dan disclaimer awal2, aku sebenarnya bukan jenis banyak cerita dengan parents, bukan jenis curhat juga, so memang terkejutlah agaknya abiumi dapat mesej anak dara dia sorang ni. panjang pulak haha. drama lah kau ni huda -.-

'pertamanya huda bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memberi nikmat dan mentakdirkan  abi umi sebagai ibu bapa huda yang telah memperkenalkan huda dan kami semua dengan islam sejak lahir sehingga kini. Dan juga telah memberikan pendidikan dan tarbiyah yang terbaik kepada kami.
Alhamdulillah dan t.kasih kpd abiumi semoga Allah memberikan balasan sebaik2nya.
Huda rasanya tak ada sorok apa2 yang Huda buat daripada abiumi. Huda rasa abiumi sedia maklum huda komited dengan program dakwah dan tarbiyah sejak dari sekolah lagi. dan alhamdulillah sekarang masih lagi komited..
sekarang masih lagi juga belajar untuk berubah dari segi akhlak, perangai dan pengurusan hidup, dll. Tp alhamdulillah huda merasakan dengan terlibatnya huda dengan dakwah dan tarbiyah ni memberikan kehidupan yang lebih baik dan membuatkan huda cuba untuk menjadi yang terbaik dalam setiap yang huda lakukan. study buat betul2, berhubung dengan orang dengan baik, bersyukur, sabar, etc. Dan yang lebih penting dari itu mendidik huda menjadi hamba ynag lebih baik kepada Allah s.w.t. 
Huda tersangat2 menghargai jika abiumi , memberikan nasihat dan teguran yang sangat diperlukan untuk menjadi manusia yang lebih baik. Huda rasa macam dah dewasa sikit hihi (HAHA, did i wrote this. lol) tapi masih lagi anak abiumi yang memerlukan bimbingan. 
huda nak serius, tanpa menyorok apa2. abiumi redha ke dengan penglibatan Huda ni?
kadang2 huda rasa dia menuntut juga masa yang banyak, dengan study medic lagi T_T. Dan mungkin akan mengorbankan sedikit masa dengan keluarga tapi huda akan berusaha juga untuk memenuhi hak sebaiknya kepada  semua tuntutan insyaAllah. Huda yakin, Allah takkan membebani hambaNya lebih dari kemampuan. 
 
dengan redha abiumi, huda berharap dan berdoa, moga penglibatan huda ni ikhlas kerana Allah dan bukan setakat memberi manfaat kepada huda tetapi juga aset untuk abiumi juga dunia akhirat. semoga kita akhirnya sama2 dapat bertemu dan berkumpul di syurga. *emoticon kenyit mata sikit*'

LOL. firstly, boleh gelak semua orang, sebab aku pun gelakkan diri juga. sebab bila baca balik dah lama tu, seriuslah huda kau tulis benda ni, pecah ego semua. cets. ayat bunga2 ni abiumi faham ke. haha. apa agaknya reaksi mereka. lepas tu aku buat2 je lah macam tak ada apa2 yang berlaku/ seolah2 tak pernah send pun mesej tu :p  bila nak send tu rasa macam pejam mata, ah tekan je. pastu in denial tinggal hp lama tak tengok, nervous + cuak nak tunggu jawapan. *gaya masa mesej anak usrah. tak ke? haha*

okay, tak kesahla. dapat jawapan ok pun ok dah. Second thing, aku ni tak boleh drive and that is my biggest threat la bila balik Malaysia nanti tak mobile. kalau nak ke uskab ke ke daurah ke, kena la pandai2. so aku memang aim nak ambil lesen summer ni. bodek-bodek sikit lah umi, sampai umi kata 'okay umi belanja' walaupun macambertuah punya budak, tapi let me tell you, kadang dalam perjuangan ni kita kena mengada sikit. haha. dah habis call umi, call abi, 'abi daftarkan untuk kelas memandu boleh? kalau daftar awal balik boleh terus start. huda balik sekian sekian..' hamboi pushy+double mengada betul. hihi  >.<

okay tu cuma sikit bab aku cuba perjuangkan untuk mobile dan pergi prog dengan rasa parents redha dan tak terkilan dengan kita. banyak lagi lah nak kena perjuangkan. dan perjuangan ni berterusan, hari ni berjaya esok mungkin gagal. dan setiap yang kita perjuangkan tak sama. u might think, kecik je orang lain punya struggle. tak kesahlah besar atau kecil, yang penting usaha. so apa yang kalian mahu dan perjuangkan? do you ever think of it?

gambar hiasan :P

astaghfirullah, chow. wassalam~

*yeay dah habis kelas untuk tahun ni! cutiii la. cuti pemendanya, exam final. mohon doa mudah semua insyaAllah :)
*last rotation was anaestetic. Telah berjaya membuatkan aku rasa nak jadi anaesthetist. suka la tu nak 'pengsan'kan orang. hmm