Pages

Monday, April 27, 2015

Ibrahim a.s mengajariku

assalamualaikum, bismillah.

ada banyak bentuk-bentuk soalan yang kita tanya
dengan sebabnya jujur nak tahu - maka
jawapannya sering kita ingat,
meskipun, telah bertahun masa berlalu.

'abi, khalilah tu maksudnya apa?'
'khalilah tu khalilullah. kekasih Allah. Biar jadi kekasih Allah'
'oooo' - gembira sedari itu.

rupanya Abi tidak berkata benar.
Khalilah tu bukan khalilullah
bukan. jangan nak perasan lah (macam emo pulak. hihi)

 khalilullah itu Ibrahim a.s. specific gelarannya untuk Ibrahim a.s.

'wattakhozalLahu Ibrahiima kholiila'
'Dan Allah telah memilih Ibrahim menjadi kesayanganNya' (4:125)

sejak tahu,  nabi Ibrahim jadi one of my fav prophet. konon inspired nak menempel sikit pada gelaran. 

cerita nya cliche. nampak cliche. tapi kalau faham sebenar2nya, no wonder Ibrahim a.s menjadi kesayangannya. dan dari situ, kita mengukur diri sendiri betapa jauhnya panggang dari api!

dia yang mengharapkan zuriat sampai memutih rambut di kepala. belum juga rezekinya. harapannya tak pernah putus, bahkan semakin mendalam. lalu saat Ismail yang sangat santun dan penyabar itu lahir, Allah kata tinggalkan. sudahlah di tempat tanpa tanaman, tanpa jaminan. 

ingat senang? mudahkah? jawapan pastinya TIDAK sama sekali.

Bila Ismail di'pulangkan' ke sisi, jadi peneman, pembantu setia dan pengubat hati, lalu Allah perintahkan disembelih. 3 malam berturut2, arahannya menjenguk mimpi. tanpa ragu dia membenarkan,

ingat senang? mudahkan? jawapan pastinya TIDAK sama sekali.

sebenarnya adakah Nabi Ibrahim ini bukan manusia tanpa ada rasa. tidakkah baginda rasa menyesak di dalam dada, tidakkah rasa terbeban jiwanya? pastilah beliau merasakan.

dan kita belajar daripadanya, keikhlasan pengabdian pada Allah telah membelakangkan segala rasa. Keikhlasan memang tak selalu tumbuh dari rasa ringan dalam melaksanakan perintah. (walaupun pada keadaan tertentu jawapannya ya). Dari kisah Ibrahim, ikhlas bisa tumbuh dari kerja-kerja berat yang dirasakan, bebanan jiwa, terhimpitnya rasa yang diusahakan untuk mengalahkan nafsu sendiri. 

itulah pengorbanan.

dan begitulah selayaknya menjadi kekasih Allah.

cintanya pada Allah telus. tak dibatasi oleh perasaan meskipun sesaat. ringan mahupun berat. berat mahupun sangat berat. sangat berat mahupun terlalu berat.

kita selalu persoalkan soal rasa,
sehingga lupa di manakah cinta ? 

cuaca hari ni hujan panas hujan panas.
manakah pelangi? belum muncul jua di jendela.
 :)

No comments: