Pages

Saturday, April 25, 2015

perjuangkanlah!

assalamualaikum, bismillah.

'hidup kita ni pendek je, bila kita nak pergi pun kita tak tahu. kita kena particular dan pilih benda-benda penting je nak buat dalam hidup ni. benda-benda tak penting tu tinggalkan! sebab masa yang kita ada sikit je kan'

aku tambah perisa sikitlah ayat atas tu. nada dan ayat sebenar lagi berapi, fuh fuh berdengung dengar. hihi. but who can deny it? memang betul pun T.T

'Dia (Allah) berfirman, "Kamu tinggal di bumi hanya sebentar sahaja, jika kamu benar-benar mengetahui. Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?' (23:114-115)

se-das.

jadi, apa yang kita rasa penting dan perjuangkan dalam hidup ni? dan setiap yang lahir di bumi ni memang dilahirkan dengan jiwa pejuang. meskipun sehina-hina memperjuangkan nafsu sendiri T.T

The day when i realised, Allah memberikan kehidupan kepada aku dengan masuknya gerabak Dakwah dan Tarbiyah ini, aku tahu aku tak mampu nak berpatah balik. tak mampu.

walaupun progress menjadikan seluruh kehidupan ni, hanya tertumpu kepada keredhaan Allah susah, bukan sekali aku jatuh, tapi cuma tak mampu untuk terus biarkan diri jatuh :( how hard it is, aku cuma nak tetap berada di atas jalan ni, dan mati sebagai 'rijal siddiq' (ameen!)

antaranya, secebis dari hidup kita yang ada, kita kena korbankan untuk program-program DnT ni. Dan, makna perjuangkan adalah kita tahu kadang susah, tapi kita cuba juga berusaha. bukan hanya berserah kepada kekangan. dan kalaupun memang ada sesuatu yang sangat besar kekangannya (cth : nak exam ka- yang lebih aula saat tu) kita merasakan untuk buat sebaiknya pada pelepasan yang diberikan dan merasakan nak je jugak pergi. moga2, meski badan tak pergi, pahala dapat dah.

bercakap pasal ni, memang bukan senang. sekali kena dekat kepala sendiri saat memang tercekik memang boleh nangis. aku tak tahu kenapa nervous sangat nak balik Malaysia summer ni :( selalu nanti ada rasa bersalah kalau jadi takut macam tak pentingkan family- kalau clash dengan family gathering guana? :( eventhough i know, family faham je,,, tapi just ada rasa tu terapung2 dalam hati. haiya. of course la bila dekat rumah, kena buat-buat rajin tolong buat kerja rumah kalau jenis yang tak rajin tu, haha. tapi seminggu awal tu mesti affected sikit dengan jetlag. ni kalau aku last year lah.

tahun ni kalau panjang umur insyaAllah tahun ke-2 balik summer, keseimbangan dan kesejahteraan ni aku nak perjuangkan. ahh, poyo je ayat. tapi personally aku sedih je la (bukan judge orang ni, pukul rata je nih. huu) kalau dah tahun ke-3 balik summer, tahun ke-4 ke, masalah sama since tahun pertama balik summer, sayanglah. kita perjuangkan lah.. jangan biar stagnant. kelangsungan tarbiyah kena jaga dekat mana2 pun.

what i can think of, ni selamba je gaya aku, mindset parents siap-siap. aku beria call parents, tanya2 khabar macam biasa, pastu mesej la cakap, apa yang tersirat dan terbuku di hati. haha. makayah kita sayang kita, dia okay je kot. hentam je ni.

malu, tapi share lah sikit, this is sebahagian mesej what I wrote approx 3 weeks ago  to my parents untuk dapat jawapan OK. tak kesahlah nanti OK ke tak OK sebenarnya. cuba lah dulu. dan disclaimer awal2, aku sebenarnya bukan jenis banyak cerita dengan parents, bukan jenis curhat juga, so memang terkejutlah agaknya abiumi dapat mesej anak dara dia sorang ni. panjang pulak haha. drama lah kau ni huda -.-

'pertamanya huda bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memberi nikmat dan mentakdirkan  abi umi sebagai ibu bapa huda yang telah memperkenalkan huda dan kami semua dengan islam sejak lahir sehingga kini. Dan juga telah memberikan pendidikan dan tarbiyah yang terbaik kepada kami.
Alhamdulillah dan t.kasih kpd abiumi semoga Allah memberikan balasan sebaik2nya.
Huda rasanya tak ada sorok apa2 yang Huda buat daripada abiumi. Huda rasa abiumi sedia maklum huda komited dengan program dakwah dan tarbiyah sejak dari sekolah lagi. dan alhamdulillah sekarang masih lagi komited..
sekarang masih lagi juga belajar untuk berubah dari segi akhlak, perangai dan pengurusan hidup, dll. Tp alhamdulillah huda merasakan dengan terlibatnya huda dengan dakwah dan tarbiyah ni memberikan kehidupan yang lebih baik dan membuatkan huda cuba untuk menjadi yang terbaik dalam setiap yang huda lakukan. study buat betul2, berhubung dengan orang dengan baik, bersyukur, sabar, etc. Dan yang lebih penting dari itu mendidik huda menjadi hamba ynag lebih baik kepada Allah s.w.t. 
Huda tersangat2 menghargai jika abiumi , memberikan nasihat dan teguran yang sangat diperlukan untuk menjadi manusia yang lebih baik. Huda rasa macam dah dewasa sikit hihi (HAHA, did i wrote this. lol) tapi masih lagi anak abiumi yang memerlukan bimbingan. 
huda nak serius, tanpa menyorok apa2. abiumi redha ke dengan penglibatan Huda ni?
kadang2 huda rasa dia menuntut juga masa yang banyak, dengan study medic lagi T_T. Dan mungkin akan mengorbankan sedikit masa dengan keluarga tapi huda akan berusaha juga untuk memenuhi hak sebaiknya kepada  semua tuntutan insyaAllah. Huda yakin, Allah takkan membebani hambaNya lebih dari kemampuan. 
 
dengan redha abiumi, huda berharap dan berdoa, moga penglibatan huda ni ikhlas kerana Allah dan bukan setakat memberi manfaat kepada huda tetapi juga aset untuk abiumi juga dunia akhirat. semoga kita akhirnya sama2 dapat bertemu dan berkumpul di syurga. *emoticon kenyit mata sikit*'

LOL. firstly, boleh gelak semua orang, sebab aku pun gelakkan diri juga. sebab bila baca balik dah lama tu, seriuslah huda kau tulis benda ni, pecah ego semua. cets. ayat bunga2 ni abiumi faham ke. haha. apa agaknya reaksi mereka. lepas tu aku buat2 je lah macam tak ada apa2 yang berlaku/ seolah2 tak pernah send pun mesej tu :p  bila nak send tu rasa macam pejam mata, ah tekan je. pastu in denial tinggal hp lama tak tengok, nervous + cuak nak tunggu jawapan. *gaya masa mesej anak usrah. tak ke? haha*

okay, tak kesahla. dapat jawapan ok pun ok dah. Second thing, aku ni tak boleh drive and that is my biggest threat la bila balik Malaysia nanti tak mobile. kalau nak ke uskab ke ke daurah ke, kena la pandai2. so aku memang aim nak ambil lesen summer ni. bodek-bodek sikit lah umi, sampai umi kata 'okay umi belanja' walaupun macambertuah punya budak, tapi let me tell you, kadang dalam perjuangan ni kita kena mengada sikit. haha. dah habis call umi, call abi, 'abi daftarkan untuk kelas memandu boleh? kalau daftar awal balik boleh terus start. huda balik sekian sekian..' hamboi pushy+double mengada betul. hihi  >.<

okay tu cuma sikit bab aku cuba perjuangkan untuk mobile dan pergi prog dengan rasa parents redha dan tak terkilan dengan kita. banyak lagi lah nak kena perjuangkan. dan perjuangan ni berterusan, hari ni berjaya esok mungkin gagal. dan setiap yang kita perjuangkan tak sama. u might think, kecik je orang lain punya struggle. tak kesahlah besar atau kecil, yang penting usaha. so apa yang kalian mahu dan perjuangkan? do you ever think of it?

gambar hiasan :P

astaghfirullah, chow. wassalam~

*yeay dah habis kelas untuk tahun ni! cutiii la. cuti pemendanya, exam final. mohon doa mudah semua insyaAllah :)
*last rotation was anaestetic. Telah berjaya membuatkan aku rasa nak jadi anaesthetist. suka la tu nak 'pengsan'kan orang. hmm

No comments: