Pages

Monday, May 18, 2015

cita-cita guru saya untuk dihidupkan.

assalamualaiikum, bismillah.

selamat hari guru semua :)
teringat cikgu-cikgu.
yang bukan sekadar memberi inspirasi, tapi juga menghidupkan hati-hati.

* * * * * * 
melahirkan agamawan.

ramadhan tu, ramadhan pasca SPM, lebih kurang gitulah. tak ingat exactly bila.

tapi malam tu usai berterawih di masjid UIA, ustazah Zaimah ajak aku teman beliau keluar sebentar untuk menghantar barang di rumah sahabatnya. Ustazah Zaimah merupakan guru tarbiyah di sekolah, juga guru Pend. Syariah Islamiyah aku masa di Tingkatan 5, dan tasawwur islami di Ting. 3.

rasanya hampir pukul 12 malam juga kami keluar dan hampir pukul 1 juga pulang untuk iktikaf di masjid UIA. dalam kereta kami berbual macam-macam. aku ingat aku agak mengantuk juga sebenarnya. tapi aku tak lupa kata-kata ni;

ustazah menyarankan aku untuk menyambung degree dalam pengajian Islam. 

kata beliau, ramai sudah senior2, yang cemerlang SPMnya, 12A, 11A, 10A, akhirnya sambung bidang sains. siapa pelajar cemerlang yang nak ambil pengajian islam? kita memerlukan pelajar cemerlanglah untuk ambil pengajian islam supaya akhirnya menjadi ulama' yang faqih dalam bidang agama.

kata-kata itu menghantui aku. aku minat pengajian islam, sungguh. subjek pengajian islam; PSI, PQS tasawwur islami.. mudah nak score A. pada aku saat itu, subjek agama adalah subjek yang mudah untuk difahami dan dihafal. 

buku-buku agama abi yang bersusun, kadang2 aku selak. pernah sekali, ada guru pelatih datang di sekolah, masa tu kami disuruh membuat pembentangan pasal fiqh. aku pulang, merujuk kitab fiqh abi, sedangkan saat itu aku baru di tingkatan 2 dan diberi penghargaan sebagai pembentang terbaik masa itu. Aku membaca buku tafsir dari rak rumah usai SPM sebagai bahan bacaan untuk topup diri kerana minat untuk memahami lebih dalam. tidak pernah sesiapa memaksa, itu inisiatif sendiri. rasa macam 'fresh' bila membacanya. aku membuat kompilasi hadith-hadith, dan ayat quran sebagai rujukan peribadi. dah hilang ke mana tah agaknya buku tu.

aku pernah berangan untuk ke timur tengah untuk mendalami pengajian islam. tapi sekarang, akhirnya kesemua itu tidak ke mana. serasanya ini mungkin alasan, tapi masa terhad untuk membaca kitab-kitab tafsir mahupun fiqh dan sebagainya sekarang. aku paling cemburu dengan Aminah, kakak aku yang mendalami bidang pengajian islam.

cita-cita ustazah pada aku mati. akhirnya aku mengambil medik. sama seperti kebanyakan senior yang cemerlang- ke jurusan sains.

aku kadang rasa malu pada ustazah. jujurnya dengan ustazah, aku tak merasa bangga dengan mengambil medik ni. 

masa exam hari tu, apabila kawan aku bertanyakan tentang pendapat tentang adik lelakinya yang dilema mahu mengambil bahasa arab mahupun engineering, aku serba-serbi teringat cita-cita ustazah ini. aku tanya dia.

'Bahasa arab tinggi dapat berapa?'
'A+'
'Ya Allah, haa, ambil je bahasa arab, siapa lagi yang patut kalau bukan orang yang cemerlang b.arabnya. biarlahh, ramai lagi orang boleh ambil engineering'

gitulah tungtangtungtang aku cakap untuk ambillah bahasa arab, walaupun cuba juga lah tolerate benda lain tapi serasanya naaak sangat please, yang cemerlang, ambillah bidang agama. jadilah fuqaha'.

ada satu lagi kata-kata Ust Hasnan pada aku yang saat ini belum hidup. beliau guru B.arab aku dan guru Al-Quran aku. aku suka kalau kelas Qur'an dengan beliau, sebab ust selalu memotivasikan. kalau tilawah,, bila check, aku akan cuba pastikan habis membaca satu page tanpa ditegur tajwidnya. Aku lemah bab menjaga hafalan Al-quran, mudah menghafal , tetapi cepat lupa. selalu juga struggle. tapi ust sangat memotivasikan aku untuk sambung ke DQ, supaya aku menjadi hafizah. aku ingin, tapi tidak kesampaian lagi. kalau bukan aku, pass dekat anak-anaklah nanti. gituh.

aku suka push adik2 lelaki aku supaya ambil kelas tahfiz. tapi diorang ni malas jugak ah kot.
kalau ada peluang, aku naaak sangat galakkan sesiapa yang cemerlang, sambung bidang agama. 

sebab, kalau aku tak dapat hidupkan, aku nak ada juga orang lain hidupkan.

masyarakat kita masih lagi lah yang ambil jurusan sains juga yang di besar2kan.
dan aku kecewa, kalau akhirnya kita banyak ustaz ustazah selebriti yang apabila ditanya tentang ilmu agama, merujuk google juga jika dibandingkan dengan kitab muktabar yang lain.
dan bertambah kecewa, bila yang mempelajari islam tapi seolah2 tidak memahami agama (.)

sekian, coretan mengingati murabbi.

#banyak lagi kalau nak tulis pasal inspirasi dari guru lain. terlalu banyak! hanya mampu share sebahagiannya sahaja.

Monday, May 4, 2015

catatan untuk hari jadi umi

assalamualaikum, bismillah.

pusing kepala sikit :P
hari ni hari jadi umi,
yang ke 50. umi dah separuh abad. cepat kan masa berlalu.
rindunya umi. dulu asyik ada je tak puas hati. degil sangat. sekarang bila jauh ni, haila rindunya di hati.

fasa nak exam ni, menjadi2 je nangis tak pasal-pasal. blame the hormones! huhu
teringat memori umrah dengan abi umi pun boleh nangis.
tengok gambar abi janggut dah putih pun nangis.
best sangat ke duduk oversea ni? ada satu bab yang tak best,
kurangnya masa bersama parents. huda takut huda lupa yang abiumi semakin meniti usia. sobs.

back to umi. nak cerita pasal umi lah hari ni. rindu lettew
superwoman nya umi.. semua benda nak buat. huhu. ada je masa dia. betullah the toughest job ni menjadi umi. hihi.

umi lepas mengajar dekat sekolah, mengajar tusyen pulak, usrah sendiri la, usrah yang dibawa la, pastu boleh pula ambil tempahan masak, masak suka2 untuk kawan la, untuk usrahla, buat buku la, tanda kertas exam lagila,. dulu umi lagi macam2, jual nasi lemak, roti la. kalau lunch pack siap untuk kitorang semua, baju raya, baju sekolah semua jahit sendiri.

umi ni tak penat ke?
kadang tu aku pulak yang suruh umi rehat (elleh sebenarnya mesti kadang tu malas nak tolong kan. hehs -..-)

dan umi, treshold tinggi.

umi pernah kata, cara mudah nak senangkan hati umi bangun lagi awal dari umi. yang ni huda ingat.

susahnya umii :( huda selalu kalah.
tiap kali konon nak berlumba, pagi nak masuk tandas, lalu bilik umi, umi selalu dah qiyam dulu. dah mengaji dulu. umi ni macam tak pernah tinggal dhuha je. pastu kalau nak terawih. dia macam lagi muda dari kita. huhu. umi mungkin minimum kalau khatam masa bulan puasa 3x. mana umi ada masa ni umi? umi kerja je kan?

umi tak suka orang tidur lepas subuh, nanti kena denda tak da sarapan la (tapi selalu je curi jugak makan. haha), kena basuh peti ais, kena siang ikan udang sotong yang dia baru beli la. haha. zaman awal remaja dulu, kan nakal, weekend tu kerjanya nak rehat lah konon. padan muka kena denda, tu belum masuk kalau kena bebel nasihat. hmm.

i just can't imagine, kalau umi balik usrah dia lewat jam 1 pagi ke, esoknya dia dah bangun awal boleh qiyam, boleh sempat buat sarapan semua, siap sidai, gosok baju semua pastu gi kerja. mana umi dapat semua kekuatan ni?

now i know perasaan umi, kenapa umi tak senang orang tidur lepas subuh, suka banyak berehat..
sebab sebenarnya banyak benda boleh buat .. kan umi kan? bila dah hidup sendiri, urus rumah sendiri, baru huda faham. sekarang dah tak ada lah rasa nak annoyed kalau kena membebel. ops. hihi

umi satu benda aku perasan dia memang tak suka lambat. pantang!
kalau nak pergi mana2, kadang tu kena tinggal sebab lambat siap. sabau je la -.-'
kalau bab kerja, rilek la umi, sekolah umi kan dekat je, tapi nak juga by 630 tu umi dah terpacak dekat sekolah. umi mengaji dulu kan bila sampai tu? macam huda tak tahu. huda kan pernah ikut umi. masa kita duduk Rawang dan ulang alik ke Gombak, pagi2 masa umi drive, kitorang tidooor je sepanjang tu. tapi umi baca ma'thurat kan? sekarang umi pun mesti baca ma'thurat juga masa nak pergi kerja tapi mesti tak sempat habis sebab dekat je sekarang. hehe

rumah dulu dekat Rawang jauh lagi besar, umi memang suka beli buku, kita siap ada library dekat rumah. huda suka lepak library rumah lama kita tu. dan masa tu umi masih mengajar di SBPI. tapi sebab nak juga sekolahkan kami adik-beradik dekat al-amin gombak, sian kot ulang alik hari-hari. umi pilih berhenti kerja kan? lepas tu apply jadi cikgu biasa dekat Gombak. apply kuarters guru kerajaan dekat gombak. rumah kita jadi kecil je sekarang. ruang tamu sekarang ni, lebih kecil dari bilik tidur abiumi dulu kan. abiumi tak kesah ke? huda tak suka bila rumah kecil ni, bilik abiumi dah tak muat untuk kita satu famili solat jemaah macam dulu. kenapa abiumi berkorban macam tu sekali?

sebab tarbiyah. peliknya.

kesempitan dunia, umiabi ajar kita lapangkan dengan keluasan akhirat.

abi pun kata dulu, kalau bukan sebab nak sekolahkan kami adik beradik dekat Al-amin, kita hidup lebih senang dari sekarang. tsiqah benar abiumi dengan tarbiyah di Al-amin. masa tu abi macam marah dekat kitorang sebab tak bersyukur. huda nangis lepas abi cakap ingat abi tak rasa ke nak ada kereta mewah sikit, kawan2 abi kalau cakap dekat abi, abi tak kisah pun. tapi abi kena berkorban sikit, yuran sekolah mahal. huda nangis juga bila abi tak bagi huda nak pindah mrsm/sbp. masa tu nak memberontak je, tak faham. abi kata stay juga al-amin. tak ada chance langsung nak bawak berunding. umi mestilah takkan tolong nego jugak.

hebat sangat ke tarbiyah tu?

tak faham juga dulu masa dengar umi macam marah wafda tak ada usrah.

hebat sangat ke usrah tu?

tapi huda dah start faham dah sekarang umi..
kan huda dah cakap huda dah dewasa. hehs

how you manage your time always amaze me lah umi. huda rasa lah kan, ni teori huda, bukanlah umi ada banyak lebih masa dari orang lain, cuma masa umi berkat. tengok lah apa umi buat.. tu huda tengah belajar la juga sikit-sikit.

threshold umi tinggi,
ni untuk huda je ke apa?
kalau untuk study, umi mestilah nak yang terbaik. semua mak pun macam tu. so huda chillax je.
kadang keyakinan tu datang sebab kepercayaan umi bagi.
sebab doa yang umi titipkan.
tapi camne ni, nak graduate dengan 1st class honours nangiss. huhu. average je boleh umi? haha

threshold umi tinggi.
kalau bab masak, umi terror sangat ni kenapa? huda terror juga, tapi terrorist. huu ok tak lawak.
huda bukan tak suka masak dekat rumah (alasan sikit) tapi masakan huda tak sedap sangat. umi pernah je kan kutuk kritik. haha. lagi2, kalau nak lawan dengan Husna, Aminah dan Wafda, boleh pandang sebelah mata je lah huda ni. sebab tu dekat rumah baik huda tolong masak nasi, buat air, dan basuh pinggan je (alasan lagi) tapi ni betul ni umi. pastu huda tak tahu la kenapa ada juga orang kata huda masak sedap (perasan ni) ada la kot tempias dari umi, tapi sebab diorang ni, tak rasa masakan umi, Wafda, Aminah dan Husna. tu diorang tak tahu. kahkahkah

umi garang dan tegas. yang huda terikut sangat ni, gene umi la ni. untung umi dapat abi punya lah lemah lembut. (abi tak takut ke dengan umi? hoho) tapi takkan nak salahkan umi, arwah atok yang tegas dan garang sangat, mungkin moyang pun garang,,didikan turun temurun kot. so kita nak salahkan sapa ni umi? hehe

umi tak macam mak orang lain, dulu huda suka compare.
tapi kan umi, huda tak kesah pun, mak orang lain pun tak macam umi. lalalala. kita ni kan kena bersyukur. ada sejuta kebaikan dan keistimewaan umi kalau huda nak compare dengan mak orang lain. you are just perfect  the way you are :)

who i am today, banyak hasil didikan umi.
alhamdulillah thummalhamdulillah for that :)

sekarang huda stress nak exam, call umi, mesti umi macam tak nak layan sangat. umi optimis je kata huda boleh buat. okay, huda boleh insyaAllah *biceps*. tapi nak juga release tension, so huda release tension dengan menulis catatan untuk umi ni. haha.

huda macam ada instinct abiumi baca blog huda -.-
umi nak hadiah apa? huda paling loser bab nak hadiahkan orang apa.
jangan minta menantu dah le umi. kasar sangat guraunya tu. Lol.

eh eh eh syok pulak menulis.
okaylah nak off to study!

i love you lah umi. lillahita'ala <3 p="">
umi happy lah tu, satu family berkumpul dinner sekali.
I is jelouss

anak umi yang bertuah ni hanya mampu tunjuk kek virtual je XD
tak tipu, kek tu memang buat sendiri. tak sempat nak pos balik msia. lol
astaghfirullah. wasalam~