Pages

Monday, May 18, 2015

cita-cita guru saya untuk dihidupkan.

assalamualaiikum, bismillah.

selamat hari guru semua :)
teringat cikgu-cikgu.
yang bukan sekadar memberi inspirasi, tapi juga menghidupkan hati-hati.

* * * * * * 
melahirkan agamawan.

ramadhan tu, ramadhan pasca SPM, lebih kurang gitulah. tak ingat exactly bila.

tapi malam tu usai berterawih di masjid UIA, ustazah Zaimah ajak aku teman beliau keluar sebentar untuk menghantar barang di rumah sahabatnya. Ustazah Zaimah merupakan guru tarbiyah di sekolah, juga guru Pend. Syariah Islamiyah aku masa di Tingkatan 5, dan tasawwur islami di Ting. 3.

rasanya hampir pukul 12 malam juga kami keluar dan hampir pukul 1 juga pulang untuk iktikaf di masjid UIA. dalam kereta kami berbual macam-macam. aku ingat aku agak mengantuk juga sebenarnya. tapi aku tak lupa kata-kata ni;

ustazah menyarankan aku untuk menyambung degree dalam pengajian Islam. 

kata beliau, ramai sudah senior2, yang cemerlang SPMnya, 12A, 11A, 10A, akhirnya sambung bidang sains. siapa pelajar cemerlang yang nak ambil pengajian islam? kita memerlukan pelajar cemerlanglah untuk ambil pengajian islam supaya akhirnya menjadi ulama' yang faqih dalam bidang agama.

kata-kata itu menghantui aku. aku minat pengajian islam, sungguh. subjek pengajian islam; PSI, PQS tasawwur islami.. mudah nak score A. pada aku saat itu, subjek agama adalah subjek yang mudah untuk difahami dan dihafal. 

buku-buku agama abi yang bersusun, kadang2 aku selak. pernah sekali, ada guru pelatih datang di sekolah, masa tu kami disuruh membuat pembentangan pasal fiqh. aku pulang, merujuk kitab fiqh abi, sedangkan saat itu aku baru di tingkatan 2 dan diberi penghargaan sebagai pembentang terbaik masa itu. Aku membaca buku tafsir dari rak rumah usai SPM sebagai bahan bacaan untuk topup diri kerana minat untuk memahami lebih dalam. tidak pernah sesiapa memaksa, itu inisiatif sendiri. rasa macam 'fresh' bila membacanya. aku membuat kompilasi hadith-hadith, dan ayat quran sebagai rujukan peribadi. dah hilang ke mana tah agaknya buku tu.

aku pernah berangan untuk ke timur tengah untuk mendalami pengajian islam. tapi sekarang, akhirnya kesemua itu tidak ke mana. serasanya ini mungkin alasan, tapi masa terhad untuk membaca kitab-kitab tafsir mahupun fiqh dan sebagainya sekarang. aku paling cemburu dengan Aminah, kakak aku yang mendalami bidang pengajian islam.

cita-cita ustazah pada aku mati. akhirnya aku mengambil medik. sama seperti kebanyakan senior yang cemerlang- ke jurusan sains.

aku kadang rasa malu pada ustazah. jujurnya dengan ustazah, aku tak merasa bangga dengan mengambil medik ni. 

masa exam hari tu, apabila kawan aku bertanyakan tentang pendapat tentang adik lelakinya yang dilema mahu mengambil bahasa arab mahupun engineering, aku serba-serbi teringat cita-cita ustazah ini. aku tanya dia.

'Bahasa arab tinggi dapat berapa?'
'A+'
'Ya Allah, haa, ambil je bahasa arab, siapa lagi yang patut kalau bukan orang yang cemerlang b.arabnya. biarlahh, ramai lagi orang boleh ambil engineering'

gitulah tungtangtungtang aku cakap untuk ambillah bahasa arab, walaupun cuba juga lah tolerate benda lain tapi serasanya naaak sangat please, yang cemerlang, ambillah bidang agama. jadilah fuqaha'.

ada satu lagi kata-kata Ust Hasnan pada aku yang saat ini belum hidup. beliau guru B.arab aku dan guru Al-Quran aku. aku suka kalau kelas Qur'an dengan beliau, sebab ust selalu memotivasikan. kalau tilawah,, bila check, aku akan cuba pastikan habis membaca satu page tanpa ditegur tajwidnya. Aku lemah bab menjaga hafalan Al-quran, mudah menghafal , tetapi cepat lupa. selalu juga struggle. tapi ust sangat memotivasikan aku untuk sambung ke DQ, supaya aku menjadi hafizah. aku ingin, tapi tidak kesampaian lagi. kalau bukan aku, pass dekat anak-anaklah nanti. gituh.

aku suka push adik2 lelaki aku supaya ambil kelas tahfiz. tapi diorang ni malas jugak ah kot.
kalau ada peluang, aku naaak sangat galakkan sesiapa yang cemerlang, sambung bidang agama. 

sebab, kalau aku tak dapat hidupkan, aku nak ada juga orang lain hidupkan.

masyarakat kita masih lagi lah yang ambil jurusan sains juga yang di besar2kan.
dan aku kecewa, kalau akhirnya kita banyak ustaz ustazah selebriti yang apabila ditanya tentang ilmu agama, merujuk google juga jika dibandingkan dengan kitab muktabar yang lain.
dan bertambah kecewa, bila yang mempelajari islam tapi seolah2 tidak memahami agama (.)

sekian, coretan mengingati murabbi.

#banyak lagi kalau nak tulis pasal inspirasi dari guru lain. terlalu banyak! hanya mampu share sebahagiannya sahaja.

No comments: