Pages

Wednesday, June 17, 2015

duhai jiwaku..

assalamualaikum, bismillah..

' Never have I dealt with anything more difficult than my own soul' - Abu Hamid Al-Ghazali

rupanya, semakin kita (aku) dewasa, adakah semakin kita tak tahu menguruskan jiwa. in certain things, kita jadi sangat waras, pada benda yang lainnya kita tak kurang menjadi orang yang tak mengenali jiwanya. tersangat tidak matang dalam tindakan.

duhai jiwaku..

state in denial after exam summer, mostly banyak merengek pada diri sendiri. tak kurang juga meroyannya. 'saya tak boleh, saya tak nak buat itu ini' dah pulang ke Malaysia juga banyak songehnya, ' why... I shouldn't be in this group' astaghfirullah..

lalu, adakah kau (aku) mengimpikan berada dalam dakwah ini semakin lama semakin kurang beban kerjanya, tekanan jiwanya, konflik masalahnya. jika yang demikian, silakanlah jalan... hey, jangan bermimpi..!

' Huda yakin dengan Allah ok :) He is the Best Helper. Dakwah memerlukan daie yang paling kuat pergantungannya pada Allah. U can do it '

duhai jiwaku...

yang telah aku doubt dengan diri sendiri, what i really want to be in this life or to be specific juga; who I want to be with to go trough this life and of course hereafter biidznillah. apa neraca yang benar? what is your base in making any decision. huaaaaa. sampai-sampai aku yang telah diikat emosi dan dirasuki syaitan marah pada ahli keluarga tentang itu.

dan akhirnya aku tahu betapa sombongnya hamba ini. 'awak ni ya Allah, kenapa tak istikharah2 lagi?' i just don't even feel to do it. jawapan yang astaghfirullah. degil sangat kenapa.. sombong sangat. macam awak tahu sangat apa yang terbaik. apa yang awak nak?.. degil sangat, ingat apa yang awak nak awak dapat..

dan i hate myself.. its not you, its me..i'm so sorry..

duhai jiwaku..

yang terlalu rapuh dan berkecamuk. sometimes, aku selalu nak apa yang aku nak je. meskipun kadang tak terluah, selalu tertahan dalam diri. for this coming ramadhan , nervous sangat. Aku still merasakan ramadhan aku di Mesir adalah yang terbaik. buat hati buat jiwa. bila diimbau , betapa freshnya rasa jiwa dalam ramadhan kali itu, rasa nak kembali.. rasa i really need that feeling :( yang kamu nangis malam2 ramadhan tu banyaknya still tak sama nangis sepanjang tahun di bulan lain. Allahu rindu..

dan, aku juga rindu perasaan nangis dengar azan maghrib masuk 1 ramadhan.. 'Allah,, kau izinkan juga lagi aku menjejaki ramadhan.."

tapi hey, bukankah patutnya ramadhan yang datang ni, patut jadi yang terbaik lah kan. insyaAllah what is coming are better than what has passed *biceps*

sangat appreciate banyak tarbiyah bil ahdats (dengan peristiwa). semakin hari semakin sedar banyaknya buat silap. jangan sombong belajar. never stop learning because life never stop teaching you. I need to fix my relationship with Him, so He will guide me to fix the rest, insyaAllah.

Duhai jiwaku ; yang rakus pada dedaunan dunia, berkepomponglah pada Ramadhan; hingga taqwa menjadikanku kekupu jelita, di antara wangian bunga. 

starting next week, akan menyambut Ramadhan seminggu di Indonesia. moga ianya bukanlah satu larian daripada medan amal, (walaupun ada detikan jahat hari tu sebab patutnya shortvacay pergi dengan family tapi cancel last minit ada urusan daurah) bahkan moga ia menjadi kekuatan dan bekalan meniti jalan ini..

dan dia (ibrahim) berkata ; ' Sesungguhnya aku harus pergi (menghadap kepada Tuhanku, Dia akan memberi petunjuk kepadaku ' (37:99)
Dia (Musa) berkata ; ' Itu mereka sedang menyusul aku dan aku bersegera kepada-Mu, Ya Tuhanku, agar Engkau redha (kepadaku) (20:84)

Ramadhan kareem everyone~! happy 'fasting'..

Sunday, June 7, 2015

Summer Training Camp '15 (II)

Assalamualaikum, bismillah.

Okay sambung (sebenarnya semua dah siap tulis dah tinggal nak publish je. Hew)

Kubu dibahagikan, panglima dilantik, strategi dirangka..Para peserta berjaga2 sampai ke subuh, then solat subuh berjemaah. Peserta masih dalam mood berjaga-jaga. Tapi aku suruh mereka semua tidur, berhenti berbincang apa-apa strategi pun. Rupanya kami je kot barisan AJK yang tidur nyenyak. ^^, yang panglima katanya memang tak dapat tidur takut diserang bila-bila masa. Tu yang ada peserta tidur siap berkasut kaki dekat luar, badan di dalam khemah tidur tanpa sleeping bag (kegilaan apakah ini) sejuk kot ;/ tapi memang salute lah usaha menjiwai mood berjaga-jaga walaupun rasa lucu juga..


Pagi tu kami buat biasa je.. then, persiapan kubu pasukan masing2 diteruskan (peserta dibahagi 2 kumpulan besar) 1 kubu di atas bukit, 1 kubu di bawah bukit bersebelahan sungai. Dan war akan bermula bila-bila masa sahaja apabila siren dibunyikan. Kami adakan mini explorace sebagai peluang untuk setiap pasukan mengutip peluru. Dan peserta diuji dari segi fizikal++, emotional dan spiritual juga. Ada checkpoint rendam dalam sungai, muhasabah, brainwash,  activity physical etc.


Para peserta beraktiviti daripada pagi sampai ke petang, tanpa break- (memang sengaja tidak diberi rehat). Bengkek je peserta bila roll call lambat seminit, majoriti kena denda lompat katak sampai ada yang dah tak terlompat dah. Huhu. Habis mini explorace,  Bila tanya, penat ke? Lapar ke? Ada yang tak mampu menafikan. Walaupun kebanyakannya jawapan tough je sume. Tapi muka boleh nampak jugalah yang panjit. Tapi kental jiwa, mantop3.


Aku arahkan mereka berehat dan makan. Tapi selang seminit dua, siren bersedia di kubu masing2 dibunyikan. Kesian.. baru je nak menjamah sikit makanan dan rehat sikit dah kena panggil. Kalau aku, bengkek jugala..semua kembali ke kubu. Dan diarahkan kalau nak makan ke apa ke dalam keadaan berjaga-jaga.  Siren war bermula dibunyikan tak lama lepas tu. Yang tengah prepare makanan (mostly team atas bukit) ramai syahid secepat kilat kena ambush dengan musuh tak sempat balik kubu. 


Syarat untuk menang (ALL) (1) memusnahkan kubu (2) merampaskan panji (3) matikan musuh atleast tinggal seorang sahaja. Dan peluru digunakan adalah belon air je. Syarat mematikan musuh adalah belon pecah di badan musuh, kalau melantun tak dikira mati. Aku tukang pegang hailer, dan meng’out’kan orang dah syahid to make sure war ni fair n square.


Bila berdiri dari atas bukit, Nampak pasukan yang dari bawah, hantar tentera tak putus2, ‘layer 3 keluar!’ kemain.. rasa macam dahsyat jugala. Team atas bukit tak ramai sangat, dan mereka kekurangan peluru, panglimanya pula cedera, tapi salute lah team atas bukit walaupun serba kekurangan tetap cool. Lawan sampai habis. After panglima cedera (dislocate bahu untuk kali kedua), ganti panglima baru, tentera satu-satu syahid. Ada tentera mereka yang menyeberang sungai paras dada semata-mata nak serang kubu lawan. Ada yang lalu jalan berduri, ada yang bersembunyi.. Yang kubu di bawah bukit, ada pengintip atas pokok, report pergerakan musuh. Boleh tahan jugala semangat. Hehe. Terasa pula nak join. Bila dah nak habis tentera atas bukit, kami AJK jadi ‘munafik’ attack pasukan bawah bukit. Ada yang cuba attack dari pangkalan, ada yang attack attacker terus. Sampai akhirnyaaa war tamat setelah ke 3-3 syarat kemenangan dipenuhi. Antara war game yang aku ‘enjoy’ Alhamdulillah.. (y)


Malamnya kami dah tak ada dah ‘agenda’ tersembunyi. Tido la korang.. Cuma ada 3 pasukan yang didenda ; hirasah sepanjang malam di luar khemah. Itu adalah offer yang mereka sendiri nak buat untuk mendapatkan panji mereka yang dirampas. Aku macam, ‘betul ni?? Semua setuju??’ ‘setuju, boleh insyaAllah’ tabik juga la dengan semangat mereka, sebab sanggup berkorban macam tu. Sejuk dia perghh. Tapi Allah kurniakan suasana yang sangat indah malam tu, bintang banyak sangat di dada langit. Dan bulan bersinar terang. subhanAllah! 


Hari terakhir, dah cool down sikit.. qiyam jamaie, subuh, roll call, senaman pagi macam biasalah.. dan aktiviti penutup, kami anjurkan pertandingan memasak menggunakan bahan yang berdosen lebihnya tu.. segala macam resepi dan nama keluar. Tim memang paling epic ; maggi ball jadi sebulat tekad para daie.  Macam-macam *gelengkepala*


Menjelang zohor, dah selesai majlis penutup dan mengemas campsite. Peserta kali ni, banyak juga yang injured. Sakit kaki memang ofcourse la kan -.-‘ yang collapse masa war pun ada, yang dikejarkan naik ambulance ke hospital pun ada.. ‘ala kulli haal Alhamdulillah baik-baik ja semuanya.


Aku pernah menjadi AJK camping banyak kali juga sebelum ni, cuma kali ni rasa tarbiyah dia special lagi. Semakin kita cuba memahami dalamnya tarbiyah, semakin berbeza impaknya pada event yang nampaknya sama. That’s how tarbiyah would change our perspective and view throughout this life, insyaAllah.

Alhamdulillah.. dah boleh tutup buku pasal STC. Chiaoo ~

Wednesday, June 3, 2015

Summer Training Camp '15 (I)

Assalamualaikum, bismillah.

Alhamdulillah, dah selamat mendarat di tanah air hampir 5 hari yang lalu :)

Awal-awal dah warn family, muka sunburnt post-STC punya pasal. Tapi lain jadinya impression 1st abi di KLIA; ‘kenapa kurus sangat ni?' Hitam tak hitam tu cerita kedua, yang penting cukup makan la huda oi. Ni tiup angin terbang -..-

‘Ala kulli haal, walaupun dah lama, nak cerita pasal STC. beberapa hari selepas STC baru boleh move on. Ceh. Stucked in moments lah kononnya. Aku memang sangat suka camping2 ni, jiwa adventurous la konon. Hiking2, haa memang best. Jadi, jarang ada rasa tak nak pergi mana2 camping atau mukhayyam yang lagi-lagi berstatus wajib. Hihi. Ni kena betulkan niat juga lah -.-'

2 tahun datang sebagai peserta, tahun ni tarbiyah berbeza bila Allah pilih untuk menjadi AJK. Mengangkat tema memaknai dan menjiwai keadaan perang Ahzab, inspirasi tema kali ini daripada surah ahzab sendiri. Lebih-lebih lagi ayat 9-27. Mutabaah amal semua peserta pre-STC adalah mentadabbur seluruh surah Al-Ahzab.

Bersama dengan barisan AJK’s yang kebanyakannya juga para doctor, sangat belajarlah tentang mujahadah dan iradah qawiyyah. Struggle join meeting, dengan tuntutan kerja dan anak-anak, tapi tetap memberikan komitmen pada dakwah dan tarbiyah, banyak lagi yang harus belajar. Ni nak exam pun nangis, dah la bujang, cer cite macammana? Huaaa.

Teringat k.Mis dulu tak izinkan aku menjadi ‘kem kom’ atas sebab lack of mercy. Strict sangat. kihkihkh. Dulu back in school aku rasa kalau AJK selalu dapat AJK disiplin/protocol. Nak salahkan sapa? Been well trained. Mehh. Habis anak orang nanti kena denda. Haissh. Maka, aku memang bersedia je jadi AJK teknikal pun tak apa! Tarbiyah berbeza. Sampai2, seruan menjadi kemkom datang. Buat senyap dan tak tahu je lah. Krikkrikkrik. Sampai naqibah panggil. Huda? Haa nak lari mana. InsyaAllah, bolehkan aje. Huu

Best sebenarnya kalau jenis kaki ragging dapat jadi kemkom, jenis tak sabar, memang habislah kau kalau nak cari pasal dengan aku. Maka, dengan itu aku belajar untuk mentarbiyah diri dengan tuntutan sepatutnya. Kalau nak denda tu kenapa?
Hari pertama je sebenarnya dah down jadi kemkom ni. Sebab susah sangat rasanya nak mainkan peranan bila sebenarnya kita dengan peserta tu kaki lepak je, main-main sekali. Tapi nak kena jadi serius kan. Peserta mostly kakak/sebaya. Yang adik2 pun ada juga. Bila down..K.aini kot yang cakap ‘awak janganlah fikir macam tu’. Beberapa kali juga rasa ‘akak, saya rasa tak boleh laa..’ sampai masulah juga yang menekankan we need 2 ways respect dalam mukhayyam ni. Among AJK dan peserta.

Kena ‘bahan’ masa2 renggang tu biasalah. Itu contoh tanda mesra mungkin. Tak terasa pun. Hewhew. Cuma pernah sekali, dada berapi sangat nak marah satu peserta ni. Boleh dia cakap ‘Blah la kau!’ sambil jelir lidah. bila biasalah saja ronda-ronda. Pergh, menyirap. Mungkin sebenarnya itu gurauan. Serius, kalau ikutkan hati, kat situ juga kena. Tapi tahan, kalau tak memang hamba nafsu lah tu masa tu. Memang directly teringat kisah Ali diludah masa nak membunuh musuh masa perang. Terus pusing, angkat kaki. Dalam hati hanya Allah yang tahu.

Hari pertama, tak ada apa sangat, dirikan khemah, buat gadget, buat nama kumpulan, cheers semua. Setiap kali nak buat cheers kami buat style volunteer je. Berdesup2 berebut sampai tak menyempat group nak habis cheers nya --' Kami decide untuk kumpulkan semua makanan, termasuklah kitaorang punya. Konon2 nak catulah. Tapi Ya Allah banyak betul makanan , nak catu pun AJK tak sanggup nak bawa balik pun. Bagi la jugak, ni memang tak adalah merasa betapa laparnya rasulullah dan sahabat masa perang ahzab. Tanya peserta ‘ kenyang tak?’ ‘kenyang…’ ‘lapar tak?’ ‘ tak…’ memanglah tak tercapai hadaf T.T

Yang lawaknya masa nak ambil makanan setelah dibahagikan, ada yang duk cari ni mana makanan yang aku bawa. Mana taknya ada yang bawa grand habislah makanan.  Kechiwa last2 orang lain yang dapat. Jeling dari jauh je. Hihi.

Selepas lihat weather forecast, tentative dirombak, Malam 1st kami decide buat night walk. Aku cadang kita buat nightwalk masuk hutan je sorang-sorang. Hutan pun cantik. Mencabar sikit. Tapi kena reject. Alaaa ;( so okaylah, guna jalan cantik sikit. Ikut syura huda, jangan mengada. Dan disebabkan hal tertentu, AJK yang available untuk night walk hanya 4 orang. Kami cilok babysitter sorang, cukuplah 5 orang nak jaga 63 orang ;O dalam pukul 1 kami survey dulu tempat, not soo bad, gelap pun gelap cuma adalah terkejut suluh biri-biri kepala hitam. Haa tahu terkejut. Hoho. Habis survey, tinggalkan AJK-pair di 2 checkpoints, then aku kena balik campsite lah nak kena kejutkan peserta. Akulah peserta pertama yang lalu trail nightwalk malam tu. Haa, nak uji orang, uji sendiri dulu lah. Cuak jugalah bila torchlight aku yang aku kutip je dekat RI, hanya mampu suluh beberapa cm je. luls

Bila kejut peserta, aku cerita berapi-api bagi cuak sikit lah dekat peserta. Cuaca pun boleh tahan sejuk. Aku pegang hailer siap menggeletar sejuk sangat. Sebenarnya tbh tak mencabar mana pun nightwalk, cuma nak train semua go beyond rasa takut tu. Fitrah manusia pun akan ada rasa takut tu. Tapi kena lawan. Macam2 jugalah keletah peserta. Peserta akhirnya dilepaskan berpasangan. Cuma sorang je berseorangan. Tengah2 tu dapat call daripada AJK lain ‘ ada 6 peserta hilang.. tapi kitaorang dah suruh ikhwah cari’ pulak dahhhh. Gelabah la juga sekejap. Tapi Alhamdulillah lama tu jumpa juga, nak ke kaki bukit dah perginya. Aiyaa.

Ada sekali tu dekat subuh, bunyi mengembek kuat berjemaah. Amboi, biri-biri ni kejut orang qiyam ke apa? Haila,, rupanya ada 2 peserta masuk kandang biri-biri. Boleh pulakk Y.Y last-last AJK ikhwah yang panggil keluar sambil gelakkan depa. mengekeh je aku tahu. Dah bagi instruction terang dah rasanya, pagar kelabu kecil. Ni pagar besarr punya. adehh.

After nightwalk, semua pun solat subuh dan tidur balik. Sebab summer kan, so subuh memang awal pukul 3, so roll call semula pagi pukul 730. Terpisat2 jugalah mata ni nak kena bangun semula nak kena kejutkan peserta lagi. Dah beberapa hari routine mengejutkan orang, ada benda yang lawak lah pada aku. Aku rasa kalau keluar khemah tu macam ada paparazzi. Heh. Nanti adalah terdengar suara belakang antara peserta… ‘ bangun,, huda dah keluar khemah’ ‘okay huda tengah tunduk’ ‘huda dah siap’ gelabah ke comel depa ni?  Haha. ingat aku tak dengar ke. Kadang tu saja je gerak slow-slow ;p paling cemerlang, pada hari terakhir roll call pagi tak ada yang lewat, belum tiup wisel peserta dah siap berkumpul.  So impressed! Haha, semua benda boleh latih, seeeee…

Hari ke 2 plannya hiking Carrauntoohill - the highest peak in Ireland. Patutnya nak gerak seawall 8 pagi, tapi sampai pukul 10 belum dapat hint, kabus tebal dan cuaca memang sejuk dekat atas tu. Boleh hypothermia je semua nanti ;/ Alhamdulillah dalam pukul 11 dah dapat gerak. Permandangan sepanjang hiking subhanAllah memang terpaku, cantik sangat. Beyond words. Aku ditugaskan duduk belakang sekali dengan first aid. Tepuk dahi. Tak suka duduk belakang sebenarnya :( rasa tak aci. Sebab kalau orang depan dah sampai destination depa dah rehat lama, kita baru nak sampai, dapat rehat sikit then terus kena jalan balik. Tak ke kesian..heh

Carrauntoohill in pada aku, antara yang tough juga la. Bukanlah pernah hike banyak sangat gunung ganang bukit bukau tapi yang ni memang seram jugak lah sebab laluan dia kecil, and aku yang tak gayat ni pun tetiba jadi gayat jugalah. Sebabkan dia bukan hutan berimbun, kita memang boleh nampak permandangan di bawah sepanjang naik atas tu. Kalau laluan cantik dia, muat untuk sorang je. Kalau tersalah pijak, boleh jatuh tergolek berguling-guling (pasang lagu Hindustan. Nak sangat kan drama. Huu)

Agak-agak tengahari kami sampai puncak, bila nak turun tu sungguhla sangat berangin dan sejuk. Angin dia tu kadang buat aku static jap. Kang kalau gerak boleh terbang sekali sampai Malaysia terus. Heh. Kaki memang sakit juga lah, adat berhiking.
Balik campsite tak ada activity dah. After maghrib isya ma’thurat, tazkeerah dah boleh terus tidur tapi sekejap je lah dapat tidur, he he.

Kata seorang peserta after STC ‘ kitorang memang berharap janganlah ada apa-apa malam balik hiking tu, sebab kalau ada memang kejamlah AJK’

Semua tahap arthritis dah semua. Aku-aku pun sekali ler. tapi memang sengaja nak push beyond the limit. Kejut tu berkumpul semua macam muka tahan geram je? Ceh. Dalam pukul 2 pagi qiyam jamaie, angin nya mashaAllah sampai ke tulang. Ni bolehla ala-ala perang ahzab sikit. ;) habis je solat ada gimic sikitlah. Ada wakil AJK lari dari kejauhan, sebagai utusan dengan penuh cemas, kata kita dikepung dan diluar sana ada musuh… semua harus bersedia. Mula2 macam terpinga-pinga lah juga peserta ni, tapi after loading semua bangun juga bersiap. Bermulalah Pre-war…

To be continued..