Pages

Sunday, June 7, 2015

Summer Training Camp '15 (II)

Assalamualaikum, bismillah.

Okay sambung (sebenarnya semua dah siap tulis dah tinggal nak publish je. Hew)

Kubu dibahagikan, panglima dilantik, strategi dirangka..Para peserta berjaga2 sampai ke subuh, then solat subuh berjemaah. Peserta masih dalam mood berjaga-jaga. Tapi aku suruh mereka semua tidur, berhenti berbincang apa-apa strategi pun. Rupanya kami je kot barisan AJK yang tidur nyenyak. ^^, yang panglima katanya memang tak dapat tidur takut diserang bila-bila masa. Tu yang ada peserta tidur siap berkasut kaki dekat luar, badan di dalam khemah tidur tanpa sleeping bag (kegilaan apakah ini) sejuk kot ;/ tapi memang salute lah usaha menjiwai mood berjaga-jaga walaupun rasa lucu juga..


Pagi tu kami buat biasa je.. then, persiapan kubu pasukan masing2 diteruskan (peserta dibahagi 2 kumpulan besar) 1 kubu di atas bukit, 1 kubu di bawah bukit bersebelahan sungai. Dan war akan bermula bila-bila masa sahaja apabila siren dibunyikan. Kami adakan mini explorace sebagai peluang untuk setiap pasukan mengutip peluru. Dan peserta diuji dari segi fizikal++, emotional dan spiritual juga. Ada checkpoint rendam dalam sungai, muhasabah, brainwash,  activity physical etc.


Para peserta beraktiviti daripada pagi sampai ke petang, tanpa break- (memang sengaja tidak diberi rehat). Bengkek je peserta bila roll call lambat seminit, majoriti kena denda lompat katak sampai ada yang dah tak terlompat dah. Huhu. Habis mini explorace,  Bila tanya, penat ke? Lapar ke? Ada yang tak mampu menafikan. Walaupun kebanyakannya jawapan tough je sume. Tapi muka boleh nampak jugalah yang panjit. Tapi kental jiwa, mantop3.


Aku arahkan mereka berehat dan makan. Tapi selang seminit dua, siren bersedia di kubu masing2 dibunyikan. Kesian.. baru je nak menjamah sikit makanan dan rehat sikit dah kena panggil. Kalau aku, bengkek jugala..semua kembali ke kubu. Dan diarahkan kalau nak makan ke apa ke dalam keadaan berjaga-jaga.  Siren war bermula dibunyikan tak lama lepas tu. Yang tengah prepare makanan (mostly team atas bukit) ramai syahid secepat kilat kena ambush dengan musuh tak sempat balik kubu. 


Syarat untuk menang (ALL) (1) memusnahkan kubu (2) merampaskan panji (3) matikan musuh atleast tinggal seorang sahaja. Dan peluru digunakan adalah belon air je. Syarat mematikan musuh adalah belon pecah di badan musuh, kalau melantun tak dikira mati. Aku tukang pegang hailer, dan meng’out’kan orang dah syahid to make sure war ni fair n square.


Bila berdiri dari atas bukit, Nampak pasukan yang dari bawah, hantar tentera tak putus2, ‘layer 3 keluar!’ kemain.. rasa macam dahsyat jugala. Team atas bukit tak ramai sangat, dan mereka kekurangan peluru, panglimanya pula cedera, tapi salute lah team atas bukit walaupun serba kekurangan tetap cool. Lawan sampai habis. After panglima cedera (dislocate bahu untuk kali kedua), ganti panglima baru, tentera satu-satu syahid. Ada tentera mereka yang menyeberang sungai paras dada semata-mata nak serang kubu lawan. Ada yang lalu jalan berduri, ada yang bersembunyi.. Yang kubu di bawah bukit, ada pengintip atas pokok, report pergerakan musuh. Boleh tahan jugala semangat. Hehe. Terasa pula nak join. Bila dah nak habis tentera atas bukit, kami AJK jadi ‘munafik’ attack pasukan bawah bukit. Ada yang cuba attack dari pangkalan, ada yang attack attacker terus. Sampai akhirnyaaa war tamat setelah ke 3-3 syarat kemenangan dipenuhi. Antara war game yang aku ‘enjoy’ Alhamdulillah.. (y)


Malamnya kami dah tak ada dah ‘agenda’ tersembunyi. Tido la korang.. Cuma ada 3 pasukan yang didenda ; hirasah sepanjang malam di luar khemah. Itu adalah offer yang mereka sendiri nak buat untuk mendapatkan panji mereka yang dirampas. Aku macam, ‘betul ni?? Semua setuju??’ ‘setuju, boleh insyaAllah’ tabik juga la dengan semangat mereka, sebab sanggup berkorban macam tu. Sejuk dia perghh. Tapi Allah kurniakan suasana yang sangat indah malam tu, bintang banyak sangat di dada langit. Dan bulan bersinar terang. subhanAllah! 


Hari terakhir, dah cool down sikit.. qiyam jamaie, subuh, roll call, senaman pagi macam biasalah.. dan aktiviti penutup, kami anjurkan pertandingan memasak menggunakan bahan yang berdosen lebihnya tu.. segala macam resepi dan nama keluar. Tim memang paling epic ; maggi ball jadi sebulat tekad para daie.  Macam-macam *gelengkepala*


Menjelang zohor, dah selesai majlis penutup dan mengemas campsite. Peserta kali ni, banyak juga yang injured. Sakit kaki memang ofcourse la kan -.-‘ yang collapse masa war pun ada, yang dikejarkan naik ambulance ke hospital pun ada.. ‘ala kulli haal Alhamdulillah baik-baik ja semuanya.


Aku pernah menjadi AJK camping banyak kali juga sebelum ni, cuma kali ni rasa tarbiyah dia special lagi. Semakin kita cuba memahami dalamnya tarbiyah, semakin berbeza impaknya pada event yang nampaknya sama. That’s how tarbiyah would change our perspective and view throughout this life, insyaAllah.

Alhamdulillah.. dah boleh tutup buku pasal STC. Chiaoo ~

2 comments:

sevenNeedLes said...

Sebulat tekad para daieee. Lollllll :'DDD

Khalilah Alhuda said...

tu tak tulis lagi kuih 'kukatup masalahmu dengan cinta ku' :P
welcome home dee :)