Pages

Saturday, July 25, 2015

beginilah dakwah mengajariku

assalamualaikum, bismillah.

alhamdulillah dah lebih seminggu syawal menyapa. sekaligus tetamu ramadhan telah pun berlalu. entahkan jumpa lagi ataupun tidak. tak mampu nak menidakkan, ada sisa-sisa kekesalan kerana tidak menyambut tetamu ramadhan dengan sebaik2nya. so sooo sad. sobs

dan syawal ini, Allah memberiku kesempatan menziarahi keluarga mutarabbi di N.9 dan Johor dengan antara benda penting nak dikatakan - ' Next term, akak tak dapat bawak usrah korang lagi ' bunyi macam aah drama betul sampai nak kena tunggu raya ke, nak tunggu jumpa ke. e'elleh, mesej je lah. tak susah mana.

memang tak susah, tapi terlalu berat untuk melepaskan.  kerana terlalu banyak Allah mentarbiyahku sepanjang menjalani setahun yang lalu.

' muntij ke nak buat macam tu? ' - soalan utama dan pertama

' itu persoalan kedua, yang utama adalah penerusan dakwah di sana ' terdiam.

kalau untuk suka-suka, i won't do this. seriously. walaupun jauh dari layak untuk menyatakan, namun kerana sayangkan dakwah ini, aku membawa diriku ke Belfast, UK. mencari jiwa-jiwa baru untuk ummah ini. 

dan juga jauh dari layak untuk mengatakan aku yang paling layak melakukan tugas ini, aku membawa diriku dengan penuh segala kekurangan menimba pengalaman. dengan semangat ingin belajar dan ditarbiyah. jika bukan mereka yang belajar/ditarbiyah daripadaku, maka akulah yang akan belajar/ditarbiyah oleh mereka.

i won't say ini tugas, bahkan ianya kehidupan. maka kehidupanku berubah sejak itu. hujung minggu sentiasa penuh. hampir mustahil untuk menetap di Cork tanpa sebab. apatah lagi kata orang mereput di rumah. hewhew. petang jumaat/pagi sabtu destinasiku ke Belfast. menaiki bas dari Cork ke Dublin kemudian Dublin ke Belfast memakan masa lebih kurang 6 jam satu hala.

meski banyaknya masa habis di atas bas dan di dalam perjalanan, tidaklah aku menyesalinya. maka aku belajar menggunakan masa tersebut untuk mengulangkaji pelajaran, membaca bahan tambahan ataupun tidurlah. apa lagi- dan kadang2 sampai sahaja di Belfast aku sudah keletihan- terus ketiduran. dan itulah antara masa yang aku sesali. sudahlah masa di sana pendek, tidur pula, patut mungkin banyak yang boleh dibuat dan dibualkan :(

Ahh, siapa kata tak malu, untuk memulakan perhubungan baru dengan orang2 yang baru. (bukan yang sudah mengenali dan mengikat diri dengan tarbiyah) untuk membawa mereka kepada islam- pada jarak yang terlalu terbatas- dengan personality aku yang agak 'reserve' tapi aku belajar biidznillah aaah redah je lah. (haha -takdelah 'haha' sangat okay) tiada benda yang mustahil. nak kata awkward- memang awkward tapi as time goes by, okay je. asal muka kebal lah, bertahan. tak reti berborak, belajarlah. tak reti nak jadi listener, jadilah.. dan kerana terlalu banyaknya benda terbatas, aku belajar banyakkan memohon dan memohon kepada Dia untuk memudahkan segala urusan. Tak payahlah jadi penyeru, jika miskin doa. huhu. Kita tiada sedikitpun upaya tanpaNya. kisah yang sedih, menangis, kepenatan, hampir putus asa juga menjadi perencahnya - tapi segalanya sedikit2 hilang bila besarnya lagi keinginan kita membawa deen ini mahupun masalah itu hanyut ditelan masa. hoho

Yang selalu menjadi motivasi adalah ayat2 Allah, kisah2 nabi dan sahabat. dan aku akan terus menyedari, yang aku lalui tak pernah sama meski dibanding sebutir pasir T_T 

dan membuatkan aku sungguh sesalkan, betapa lemahnya memainkan peranan sebagai murabbi pada kedaan yang tidak ideal ini. jarak yang memisahkan dan waktu bersama yang sedikit. jika kita belajar untuk muayasyah, untuk saling bertaaruf, sungguhlah sangat terbatas. dan liqa yang dibawa dalam keadaan sebegini - kadang tu hanya mampu sekadar online, jauh daripada idealnya sebuah liqa tarbawi yang muntij. down kot bila rasa jadi murabbi hampeh

dan aku merasakan cemburunya jika mutarabbi itu dekat. lalu jika dekat, mengapa kalian tidak ziarah, kenapa kalian tidak habis berbuat? itulah antara luahan hati aku yang melihat dari sudut itu (sahaja- banyak lagi sebenarnya skop lain kan). mutarabbi adalah nikmat dan anugerah bagi seorang murabbi.

bukankah banyaknya kekurangan dan keadaan ini memberi kecenderungan kepada keputusasaan? dan itulah cabarannya. selain (tak mampu dinafikan) memakan tenaga, harta dan wang ringgit euro juga mengusik kestabilan emosi. yang bukan sedikit. betapa banyaknya roommate (uhuk) yang menjadi saksi/mangsa drama2 tanpa bayaran ni, huhu. ampun.

dengan tuntutan akademik yang juga semakin berat, ujian yang meningkat namun 'ala kulli haal, alhamdulillah meskipun bukanlah perfect score, jatuh bangun tahun ini (lepas) tahun yang mengajarkan lebih erti sabar, tekun, tidak berputus asa, dan lebih banyak meningkatkan prestasi honours dan first class honour secara keseluruhan, alhamdulillah.

dengan meski keterbatasan wang, namun Allah sentiasa mencukupkan. dan aku memang tak suka meminta. malu. pernah sekali tu, seorang ukhti paksa aku terima duitnya- aku menolak, sehingga katanya ; ' kalau awak tak nak takpe, ni bukan untuk awak, guna untuk adik2 awak ' membuatkan aku terima dengan mata berkaca.

dan aku sungguh kasihan pada mereka (adik2), punya murabbi serba kurang seperti aku- (seorang yang di Plymouth, UK hanya pernah aku ziarahi sekali). - jauh dari yang sering mewujudkan memori2 indah, kata2 manis, selingan hadiah. sedikit sekali dari sudut itu mampu aku lakukan. jika yang diharapkan adalah yang demikian, maka aku gagal. moga2 yang terus-terusan mengikat mereka dengan Allah adalah nikmat dari Allah itu sendiri. lagilah tidak ada sekelumit mahu mereka kenangkan diriku, attach dengan diriku. melainkan yang terlalu aku inginkan adalah sayangnya mereka pada Allah dan rasulullah juga tetap dalam tarbiyah dan dakwah ini. itu sahaja sudah mencukupi.

melihatkan mujahadah mereka yang berdua menaiki bas jauh-jauh berpenat untuk ke daurah, yang lagi jauh naik flight, naik bas untuk ke daurah, hanya Allah yang mampu membalas.

maafkan atas segala kelemahan diri. yang banyak menzalimi. 

dakwah mengajariku, (mungkin yang aku baru belajar hanya 0.0001%) untuk berbuat terlebih dahulu. hasilnya serahkan pada Allah. Dakwah mengajariku, beban ini, mesti dipikul oleh jiwa yang kental, sabar, sabar, sabar dan sabar. Dakwah mengajariku, dengan tamparan hebatnya untuk sentiasa meluruskan niat. jika tidak, segala2nya sia-sia (naudzubillahiminzalik). dakwah mengajariku, jangan nak waah sangat dengan amal yang sedikit, juga ikhlas sepalit, lalu apakah yang tinggal untuk kelak di hari berbangkit? Allahu Allah.

Dan terlalu banyak, dengan dakwah ini (meskipun saking sukar T.T) mengajariku bagaimana selayaknya meletakkan Allah sebagai ghayah.

semester akan datang, tahun 4 perubatan (cuaknyaaa ;0), dengan medan amal yang berbeza cabarannya moga2 Allah terus menetapkan atas nikmat iman, islam, tarbiyah dan dakwah ini.

juga buat semua saudara atas nama iman, atas segala perbezaan perjuangan dan struggle masing2, bertahanlah, moga syahid hadiah buat semua. dan berehatlah nanti di syurga. jatuh, bangkitlah. yuk bekerja lagi yuk!

dah bisa melepaskan :) bajet officially lah ni. hmm
kalian akan menemukan murabbi yang lebih baik insyaAllah.
Moga terus dilimpahi redha ilahi.

No comments: