Pages

Wednesday, July 8, 2015

seminggu di Jogja.

Assalamualaikum, bismillah.

Dah lebih seminggu meninggalkan bumi Jogja. Rasa macam baru semalam..uhuuu.

Lama dah juga sebenarnya plan nak ke Indonesia. Bila k.Nadi plan nak buat elective di sana, aku apa lagi, panjang pula langkah. Banyak mengenali bumi Indonesia sebenarnya daripada buku atau novel sebab suka baca novel karya indonesia. hihi

Beli ticket last minit, drama beli ticket lain sebab nak balik lewat sikit nak join program. Alhamdulillah, spent 8 days in Jogja. And it was absolutely awesome. Bestnyaaa rasa dapat jaulah and get to know akhawat local. Dan setiap kali berjumpa akhawat lain di tempat mereka, Allah sentiasa memberikan kita banyak benda untuk belajar.

Kalau semasa jaulah ke Mesir dan Jordan pun begitu. Nak belajar dari akhawat, memang boleh jumpa di Malaysia je, tapi still tak sama dengan kita ke tempat mereka. Tinggal di mana mereka tinggal, lihat kehidupan mereka, makan apa yang mereka makan, etc. so mohle berjaulah. Jaulah tau bukan setakat melancong. Eh.

Selain tu, kita boleh tengok juga local people tu survive untuk hidup macammana. Rasa macam ya Allah gigihnya mereka berusaha untuk cari rezeki. Orang jual itu ini, offer servis itu ini. Macam semua benda nak dijadikan pekerjaan. Dan banyak sangatla yang kita kena belajar bersyukur dengan hidup kita sekarang :(

Bayt Falah.
Selama 8 hari tu, aku tinggal di RI Falah di Jakal. Alamak, tak ingat exactly berapa orang tinggal di bayt Falah tu, tapi ramaila. Berbelas. Sebab mostly dah clinical years, on off pun jumpa semua. Paling rasa best sangat, bayt falah ni selain sentuhan akhawat yang special, mereka ada 2 bilik baju. And semua orang punya baju dalam bilik tu, and boleh pilihla nak pakai baju mana2 pun. Kalau nak setahun, tukar baju setiap hari lain-lain pun macam boleh kot. Hoho. Selain tu, mereka ada 2 bilik study, dan surau. Dan everyday mereka budayakan sharing dengan housemates sebelum tidur.

Sikap share dan open mereka, memang amazing! Banyak lagi la kalau RI di UK&Ireland nak kena belajar. Kita ni, banyak personal space. Huhu. Dan aku suka survival life mereka pakat semua ada motor. Cam cool & kental. Gituuh.

First few days, aku stay di rumah , sebab masa tu k.nadi pun tak habis elective lagi. I’m fine je, as long as ada buku. Haha. Ada sekali tu aku dengan Afi (adik dari Surabaya) nak keluar la jalan-jalan naik motor. Allah takdirkan kami accident – minor je. Terlanggar kereta then terjatuh dengan jalan besar. Traumatized kejap. Tapi okay je. Bila sharing malam tu teringat la ‘kita sebenarnya tak perlu pun benda yang besar happened to us untuk dapatkan ‘ibrah’ apa2 ujian yang Allah takdirkan untuk kita tu, sebenanrnya mungkin satu proses penyucian atas kekotoran jiwa kita. Huhuu.

sekitar masjid Jogokariyan
meronggeng.
Then petang tu, k.sya bawak naik motor jalan2. Macam batak sekejap sebab coolnya k.sya menyelit2. Aku yang duduk belakang ni yang over nervous. Next day, kami jalan2 dengan akhawat area Jogja (pantai parangritis ke nama ? ahaa) iftar di luar then terawih di Masjid Jogokariyan. Excited sangat sebenarnya nak pergi masjid tu sebab selalu tengok pakcik Salim (A.fillah) update pasal activity masjid tu. Anyway, I’m a big fan of pakcik salim (heh) sebab sangat inspired orang yang menulis dengan ulasan sirah dan penuh ibrah. Walhal kadang tu cerita tu sangat familiar. Tapi angle yang dikupas tu berbeza. Sekali kena segedebuk : ‘itulah bezanya orang berfikrah menulis’ Dan that’s how kita yang claim kita ni berfikrah sepatutnya menulis. Huhu. nanges. Kalau ulama dulu, menulis karya banyak tapisan, banyak mengembara, baru hasil legend. Kita ni uhuk3 menulis sesuka hati je (ni memang aku lah ni -.-)

sekitar masjid Univ Jogja
The next day, aku dan k.nadi diberi peluang oleh Allah iftar bersama keluarga Pak Budi (ikhwah local- PKS) kawan kepada Abg k.nadi. suka dengar perbualan dalam bahasa Indo. Bahasanya terasa halus. Kalau Pak Budi & isterinya tegur anak dia pun macam rasa lembut je. Hee. Dapat iftar sate kambing. Nak nangis T__T orang suka gila kambing macam aku ni, nikmat apakah yang mahu didustakan. Hewhew.


Masa dalam kereta tu, ada borak2 cakap nak cari buku2 tarbiyah dan kemurobbian. Sekali rezeki alhamdulillah, Pak Budi bawa ke rumah Ustaz Cahyadi takariawan. Penulis buku2 kekeluargaan – siri buku keakhawatan, buku di jalan dakwah aku menikah, etc dan terkini wonderful family. borong banyak juga la buku2 tarbiyah di situ.

ummi Irma
Dan alhamdulillah berkesempatan juga join jilsah ruhiyah mereka dengan sharing daripada akhawat PKS - Ummi Irma. sahraingnya menyucuk, kisal perihal taubat. dengan sentuhan bahasa yang halus, juga siap ada background music, alhamdulillah.

Last night sebelum balik (sobsob) kami iftar bersama2 di luar. Alhamdulillah. a week well spent. too many things dapat, tak tertulis semuanya. To All akhawat , K.faramie, K.Sya, K.Abel, K.Shida, K.Pawashisda, K.baby, K.Has, K.Ann, K.Ati, K.Ana, Yan, Afi  , i owe you guys a lot ! jazakunnallahukhayr katheera, May Allah bless all of you. moga kita dapat berkumpul dan berjumpa lagi di tempat yang paling terbaik - syurga (Y) :)

dan k.nadi juga :)
tille we meet again, insyaAllah, biidznillah :)
c'mon! dah masuk 10 malam terakhir. never give up *biceps*

No comments: