Pages

Saturday, September 19, 2015

Dikelilingi orang2 yang menginspirasi

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah dah habis seminggu rotation anaesthetic. It was great! alhamdulillah. Tapi why seminggu je.. rasa macam sekejap masa berlalu. cehh. so far, kalau orang tanya nak pursue bidang apa kalau dalam medic ni, I would say Anaes / Paeds. tapi sebab belum dapat exposure lagi untuk Paeds, so tak tahu lagi akan ubah fikiran atau tidak.. point paed sebab memang suka budak2...

I keep on asking myself kenapa suka anaes. padahal bukan nya err master sangat. Kalau Dr tanya soalan pun krikkrikkrik.. kemudian, tersedar yang membuatkan aku minat adalah persekiraan yang aku terdedah dengannya. spesifically, team yang aku pernah attach dengannya. Nak spesifik lagi adalah orang-orangnya..

tapi bukanla macam best yeehaaa dilayan bak princess, banyak cantik, sorry you are not that special. (yet). ahaha.. errr pernah je kena tarik baju sebab consultant suruh buat intubation sume, dah aku pi leka tengok benda lain dalam theatre tu buat apa, so i admit it as my own fault. pernah je rasa macam ohmy nak nyorok muka bawah tanah sebab apa diaaa Huda ni soalan simple tak boleh jawab. kadang (macam selalu?) tu rasa bodoh je depan Dr. huuu

tapi...

tak pernah rasa direndahkan. that make me feel good. kalau kita tak dapat jawab soalan.., contoh reaksi depa;

' do you have handphone with you right now?' 
' err yes? *muka cuak* '
Dr connectkan dengan wifi theatre, then
' go. google it and let me know'

okay, ingatkan nak buat apa. masa Anaes dengan Mater Hospital Consultant buat macam tu, dekat CUH (Cork Univ Hosp) pun SHO buat camtu. dia macam, it's okay kalau tak tahu, tapi kena tahula, cari.. style anasethetists ni memang cool agaknya.. dan kind of macam jenis tak marah orang.  akan senyum (senyum sinis pun ada gak) walaupun tengok muka macam 'hishh budak ni'. its balance between tegas dan berlembut. Anyway, cara tu buat kita rasa next time kena buat lagi baik, Rasa dia macam orang dah cukup buat baik dah ni, takkan tak bersyukur.. improve sikit. cehh gitula lebih kurang. (aku exaggerate sangat ke?) ada Dr yang siap pusing theatre cari kerusi untuk kita duduk. suruh break makan.. chill je.

ada consultant ni masa tutorial.. disebabkan sorang je kan perempuan melayu bertudung, i pun malu-malu la (puii) nak jawab soalan. kalau nak volunteer tu memang err last choice ah selalunya. huu. Dr siap -nada macam coach ' C'mon Khalilah.. you know it, c'mon.. You are in Ireland, you have to be bold..blabla(panjang pulak ayat encouragement pakcik ni)' tapi muka bajet tenang je jugak -.- after tutorial, dia jumpa siap bagi personal advice style atuk2, 'Don't be shy, don't be afraid, you don't have to be afraid. you know lots of things but you don't tell people. say it loud. in Malaysia you'll be boss...(ye ye je Dr ni. huu) blablabla..' 

dua hari berturut2 aku attach dengan sorang SHO yang suka sangat tanya soalan kira2 (max dose, level of 02 etc), dan suka tanya anatomy, of course la rasa macammmm hmm hmm hmmm tak ingat,, tapi tak pernah kena marah. jadi malu pun ada, last tu sebelum habis, aku cakap 'thanks Dr and I'm sorry for being so slow' berhenti. pusing, gaya lek lek je ' no its okay, next time you need to know the important things ; the definition , the causes, and know the relevant anatomy as well okay?' 'okay, thank you Dr' 

and those words and act of kindness, inspire me a lot. 

dan somehow akhlak (ni ayat aku la) mereka, kebaikan mereka, membuatkan kita juga suka apa yang mereka buat? aku rasa macam tak logik juga sebenarnya tapi that's how it happened i suppose. Diorang tak ada pun beria promote anaes ke...

Dan bila dikaitkan dengan hidup... begitulah dakwah kiranya....qudwah para daie, akhlak mereka, sentuhan natural pada hati manusia.. secara tidak langsung membuatkan manusia suka pada dakwah. kalau pun tak sekali terlibat dalam dakwah, mereka tak ada perspektif negatif terhadap kerja-kerja dakwah. dan tak perlu pun dicanang-canangkan dakwah itu bagaimana, atau apakah pendetailannya, untuk orang mencintainya cukup sekadar menunjukkan qudwah; sebagai bentuk memotretkan wajah dakwah...hebat betul aura qudwah & uswatun hasanah ni,,

dan watak-watak dakwah,
jejak-jejak para pendakwah..,
tercerminkah daripada sosok kita?

nangis sekarang jugak kan T.T

kita meyakini, dengan usaha-usaha dakwah inilah, akhirnya islam akan menang dan bangkit. lalu sejauh mana islam menyatu dalam diri kita para daie?  muhasabah..again and again...

Fathi yakan menulis dalam buku siri madah tarbiyah ; 'memotret wajah dakwah' ;

" Sesungguhnya orang-orang yang darahnya tidak bergejolak, jiwanya tidak mendidih, dan perasaannya tidak disentuh oleh islam dalam setiap kehidupannya, tidak mungkin dijadikan hambatan cita-cita dan harapan. Di tangan mereka tidak akan terwujud kemenangan islam "

padu menusuk kalbu. 

Saturday, September 12, 2015

Penat kan hidup ni?

Assalamualaikum, bismillah.

Alhamdulillah, dah nak masuk minggu ke 3 jejak Ireland semula. alhamdulillah. Rasanya, paling berat moment tinggalkan Malaysia tahun ni, Banyaknya benda yang aku kesalkan dan wish to do better kalau diberi peluang. Pada lingkungan family khususnya. Still tak merasa puas berbakti, melakukan taat, dan itulah amal yang tak dapat digantikan masa di sini. sobs. i miss them so badly, but do they miss me? *ha ha drama daaah* :(

kalau personal target alhamdulillah dapat dah lesen kereta masa summer hari tu. wiwiwi. okay mesti orang macam hekelleh baru nak ambil ke. haip, suka hati lah. -.- Allah mudahkan sangat masa ambil lesen tu. cg memandu siap gurau 'awak ni agaknya baca yaasin 7x ke apa'  ahha.  cikgu tak tahu, aku solat hajat hampir tiap malam. haha, sebab sangat tak yakin dengan diri sendiri. memang niatkan untuk melancarkan lagi urusan dakwah.. ikut hati tak ada teringin sangat nak ada lesen sebab tu tak pernah beria pun after spm whatsover..

maka kembalilah aku pada bumi ireland yang sungguh ideal. oh it is!
dan kembali kepada kehidupan  yang memenatkan. either physically, emotionally/ both lah. belum apa2 rasa macam dah ada chronic sleep deprivation. LOL. 
tahun 4 perubatan, orang kata expect the worst. hmmm ada pilihan lain ke? redah je lah, biiznillah.

Dan menyedari semakin banyaknya kerja (sebenarnya kerja memang banyak, dah selama ni tak berapa nak sedar tu kenapa.)... maka semakin banyak lagi pengorbanan yang dituntut. masa, tenaga, pemikiran, wang etc..

dan aku sentiasa mengingatkan diri,
saat sibuk, letih, saat duka...

moga-moga intensity yang meningkat pada sibuknya, lelahnya, dukanya,
membuatkan semakin dalam rindu ku pada syurga.

itu salah satu motivasi besar hidup aku.

best gila kalau sibuk dalam kesenangan...tak penat pulak tu... 

'sesungguhnya penghuni syurga pada hari itu bersenang-senang dalam kesibukan mereka' (36:55)

'..yang dengan kurniaNya menempatkan kami dalam tempat yang kekal (syurga) : di dalamnya kami tidak merasa lelah dan tidak pula merasa lesu" (35:35)


tapi mohon jangan berangan sangat, hakikatnya masih di dunia, dan kerja kita banyak belum selesai. berdoa sangat Allah kurniakan hikmah dan keberkatan waktu. sangat-sangat perlukan T___T

menulis dengan rushing dan paksaan sebab semakin lama semakin berhabuk blog.
kata nak menulis demi Nya. okay itu lagi sadis.

ok, bersiap dulu.
pihak sponsor MARA nak jumpa. sound seriouss.
tapi aku memang looking forward for lunch free yang sedap. ops.

astghfirullah. wasalam~