Pages

Saturday, September 12, 2015

Penat kan hidup ni?

Assalamualaikum, bismillah.

Alhamdulillah, dah nak masuk minggu ke 3 jejak Ireland semula. alhamdulillah. Rasanya, paling berat moment tinggalkan Malaysia tahun ni, Banyaknya benda yang aku kesalkan dan wish to do better kalau diberi peluang. Pada lingkungan family khususnya. Still tak merasa puas berbakti, melakukan taat, dan itulah amal yang tak dapat digantikan masa di sini. sobs. i miss them so badly, but do they miss me? *ha ha drama daaah* :(

kalau personal target alhamdulillah dapat dah lesen kereta masa summer hari tu. wiwiwi. okay mesti orang macam hekelleh baru nak ambil ke. haip, suka hati lah. -.- Allah mudahkan sangat masa ambil lesen tu. cg memandu siap gurau 'awak ni agaknya baca yaasin 7x ke apa'  ahha.  cikgu tak tahu, aku solat hajat hampir tiap malam. haha, sebab sangat tak yakin dengan diri sendiri. memang niatkan untuk melancarkan lagi urusan dakwah.. ikut hati tak ada teringin sangat nak ada lesen sebab tu tak pernah beria pun after spm whatsover..

maka kembalilah aku pada bumi ireland yang sungguh ideal. oh it is!
dan kembali kepada kehidupan  yang memenatkan. either physically, emotionally/ both lah. belum apa2 rasa macam dah ada chronic sleep deprivation. LOL. 
tahun 4 perubatan, orang kata expect the worst. hmmm ada pilihan lain ke? redah je lah, biiznillah.

Dan menyedari semakin banyaknya kerja (sebenarnya kerja memang banyak, dah selama ni tak berapa nak sedar tu kenapa.)... maka semakin banyak lagi pengorbanan yang dituntut. masa, tenaga, pemikiran, wang etc..

dan aku sentiasa mengingatkan diri,
saat sibuk, letih, saat duka...

moga-moga intensity yang meningkat pada sibuknya, lelahnya, dukanya,
membuatkan semakin dalam rindu ku pada syurga.

itu salah satu motivasi besar hidup aku.

best gila kalau sibuk dalam kesenangan...tak penat pulak tu... 

'sesungguhnya penghuni syurga pada hari itu bersenang-senang dalam kesibukan mereka' (36:55)

'..yang dengan kurniaNya menempatkan kami dalam tempat yang kekal (syurga) : di dalamnya kami tidak merasa lelah dan tidak pula merasa lesu" (35:35)


tapi mohon jangan berangan sangat, hakikatnya masih di dunia, dan kerja kita banyak belum selesai. berdoa sangat Allah kurniakan hikmah dan keberkatan waktu. sangat-sangat perlukan T___T

menulis dengan rushing dan paksaan sebab semakin lama semakin berhabuk blog.
kata nak menulis demi Nya. okay itu lagi sadis.

ok, bersiap dulu.
pihak sponsor MARA nak jumpa. sound seriouss.
tapi aku memang looking forward for lunch free yang sedap. ops.

astghfirullah. wasalam~

No comments: