Pages

Friday, October 2, 2015

minggu complaint sedunia

assalamualaikum, bismillah.

Kalau kita niat betul2 nak infakkan diri untuk jalan Allah dan Rasul, hidup takkan bertambah mudah kan? tapi siapa kata yang tak mudah itu bukan jalan bahagia. In fact, it is.. kita kena duduk, belajar dan define balik bahagia kita tu apa. despite of membesarkan halangan dan mehnah yang ada.

sejak kebelakangan ni, selalu dengar orang complaint sana sini. 

drained.
occupied.
exhausted.

penat 
penat
penat.

aku pun penat dengan orang complaint penat ni T.T. bukan nak marah, memang Allah ciptakan manusia bersifat keluh kesah, suka mengeluh. (tapi ada exceptional la untuk orang beriman; ni contoh boleh pi tadabbur ke surah Al-maarij) kadang tu termengeluh jugalah. huu. astaghfirullah. tapi selalu ambil langkah diamkan aje. kalau yang terkeluar semuanya negatif, siapa yang sekurang2nya nak neutralkan..? Dalam hati padahal membuak-buak rasa nak cakap

 ' kau ingat kau sorang je penat? aku ni tak penat?  kau sorang je pergi hospital? aku ni tak ada hospital? kau sorang jalan kaki? aku ni ada jet ke? kau sorang pergi usrah.. daurah? aku ni duduk rumah ke? kau sorang ada exam, ada presentation case ke? aku tak ada? kau sorang je kena buat tugasan rumah?' 

astaghfirullahh. fikiran jahat tu boleh je nak list panjang lagi...kalau terkeluar betul tu, memang kasar sangat bunyinya. huu. astaghfirullah wa astaghfirullah.

hari tu ada ukhti mengadu;

katanya ditegur (oleh orang yang belum beusrah lagi- stop after a while..) supaya jangan busy sangat berprogram, usrah daurah, fokus juga study.

ukhti tu kata , kalau boleh saya ni nak cakap je ' aku kena buat semua ni sebab kau lah tak buat kerja!'

berbaur emosi juga. huu memang hakikatnya bila ada orang tak buat kerja pihak yang lain akan menanggung bebannya sangat pedih untuk ditelan. lantas kau pula masih sanggup berhenti daripada menyampaikan risalah ni?

bukankah penat kerana dakwah, kerana Allah itu indah?
jauh lebih indah daripada kerehatan, kelapangan maksiat dan dosa. bukankah begitu akhawati fillah?

boleh senyum dalam hati bila orang mengadu penat kerana dakwah (ni bukan cari pasal penat), boleh tersenyum bila tahu, hidupnya sudah busy kerana fikirkan dakwah. dan itulah satu tanda sudah membesarnya seseorang dalam tarbiyah. alhamdulillah.

satu benda penting untuk kita ni tak occupied dengan masalah diri sendiri tak habis2 adalah dengan bergelumang dengan masalah2 sekitar dakwah dan tarbiyah. dari situ kau tahu, tak ada banyaknya masa untuk masalah diri sendiri.. 

jadi, okay lah untuk penat sikit? boleh kan? *cakap dekat diri sendiri*
tak apa lah ada masalah sikit, walaupun macam nak meroyan nak nangis, tabir diri dengan keberhasilan adalah keputusasaan.. never give up. bertahan boleh? :)

ingatkan lagi dan lagi.. supaya tak lupa..bahawa

'sesungguhnya Allah membeli dari orang2 mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh., (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam taurat , injil dan Al-quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? maka bergemberalah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung ' (9:111)

kita akan terus jalan sampai ke tujuan. shall we? insyaAllah.*biceps*

saya paling terasa habis lah, bila seorang ukhti cakap, dalam bentuk sindiran halus - ' kalau yang doktor, memang busy, baguslah juga ada yang tak dapat sumbang benda lain, tapi sumbangkan duit.. tapi dakwah ni bukan perlukan duit.. huhu

dakwah ni perlukan kamu, kamu tu. tenaga dan kerahan tenaga untuk dakwah..membina manusia'

sebijik. walaupun aku sendiri memang tak menafikan langsung pentingnya figure dakwah yang professional ; maksudnya jadi pakar, cemerlang..etc ( nak jugaklah kan biidznillah insyaAllah) tapi beyond that, dakwah ni sendiri memerlukan kita bekerja secara langsung membina manusia. dari tenaga, masa, buah fikirnya.. sebab banyak mana sangat kita dapat tarik orang kalau orang tahu kita ni public figure, kita ni hebat kalau kita tak turun bina manusia? terbinakah manusia sekadar tahu? this, make me think of orientasi, obsesi dakwah yang sebenar..memahami manhaj taghyir semula.

Allahu, ingatkan jika terlupa.
tegur jika tersalah,
tarik semula jika tersasar.

nak tsabat sampai jumpa Allah. tu je.

wallahua'lam.