Pages

Thursday, December 22, 2016

isu ummat bukanlah semudah tekan butang 'share'

assalamualaikum, bismillah.

alhamdulillah, alhamdulillah hampir seminggu juga di Malaysia. sleep cycle paling hancur sekali T___T 

alhamduillah, kenduri Wafda pun dah selesai, penat pun dah hilang.. rumah pun dah kembali sunyi tak riuh rendah dah.. semua dah kembali ke sarang masing2.

malam lepas kenduri, i was crying in my bed.
selain daripada memang suffer from insomnia (taklah, sebenarnya memang jetlagged -.-) 
bercampur perasaan gembira dan sedih.

alhamdulillah kenduri Wafda memberikan aku peluang jumpa sanak saudara pakcik makcik dalam satu event. i feel blessed. besarnya nikmat ada family. adik beradik umi 14 orang jumpa semua alhamdulillah. adik beradik abi tak dapat jumpa Wak awii hehe yang lain jumpa alhadulillah.

tapi terbayang juga, apa jadi dengan saudara kita yang sekelip mata hilang keluarga.
lagi dibayangkan, lagi sebak.

bila teringat kutip pinggan orang makan masa kenduri, senangnyakan kita ni take for granted. makanan mudah2 kita bazirkan :(

tak tahu kenapa rasa emo sangat.

hari sebelum nak balik sini, masa nak dinner. aku dah ulang alik masuk dapur nak makan. sebab lapar. haha. tengah tunggu Zack goreng ayam. selesai goreng batch 1st, aku makan dulu.

' Zack, tah pahape kan kita ni.. apa tah kita buat, rasa helpless sangat tengok umat islam sekarang '
'sedap ayam awak ni, jzkk zack'

kita ni just nak mujahadah islahkan diri dan study, tambah ilmu. 
makan pun dapat makan. tak adalah apa yang susah sangat.. ironic!

hari yang sama , ex mutarabbi aku masa dekat sekolah text, tanya khabar, dia minta tips study. Allahu.. mana ada tipsnya. paksa je lah diri. hehe (walaupun banyak juga masa tak serius) tapi aku selit cakap, one of  my motivation memang tengok keadaan umat.

'akak suka juga fikir keadaan umat islam yang dizalimi, macam dibunuh merata2 akak rasa ummah ni perlukan orang yang cemerlang untuk bantu dan akak kena jadi orang tu'

tak ada dapat buat apa pun, melainkan kita ingat mereka dalam mujahadah kita mengislahkan diri.
walaupun semangatnya turun naik huhu

dulu aku tampal kata-kata ni kat bilik;
' setiap minit yang kita bazirkan, akan melambatkan kebangkitan islam'

i need bigger aim untuk buat aku termotivasi.
huhu, entahlah kadang rasa cukup je dengan hidup ni.
alah,, bukannya banyak sangat keinginan nak capai. nak bawak pergi mana?
memanglah nak jadi berjaya, kaya, etc tapi kalau untuk reason kepuasan diri sendiri, tak tahulah aku termotivasi ke tak.

our ummah need us.

malam sebelum bertolak balik malayasia, aku tidur awal sikit, bangun2, siapkan sikit nota2 history taking, settlekan sikit urusan study sebelum balik, dan finalizekan packing barang.

nak keluar 4 pagi tu Tira dah bangun,
masa kami salam Tira pesan ;

'nanti musafir, doakan saudara kita di Aleppo'

sobs
ramai je rasa helpless sangat dengan what's happening sekarang
lepas satu, satu...

tak pernah habis issue gaza, 
datang rohingya,
datang lagi Aleppo..

apalagi lepas ni T______T

dan menanggapi isu ummah ni, tak semudah share semua video..
aku tak ada masalah untuk orang share, dan memeriahkan lagi timeline FB tu...

tapi, 
benda tu memang lagi mudah

daripada...

kita bersungguh2 serius dalam proses mengislahkan diri.
jaga mutabaah amal, jaga masa, jaga hubungan etc.

itulah satu2nya cara yang paling berhasil, meskipun jalannya lambat..
dan benda ni susah, dan tak ramai orang nak buat benda susah :(

bukan tak bagi gembira, bersuka ria..ada masa2nya bergurau, berguraulah :)

tapi seluruh kehidupan ni kena serius.
dan serius ni lawannya bermain-main.
tahu orang bermain2 dengan dunia?

nauzubillah :(

jomlah serius?

Tuesday, December 13, 2016

last chapter of 2016

assalamualaikum bismillah.

alhamdulillah, hari ni hari last aku pergi hospital (untuk 2016 la ofcourse.) balik rasa lenguh kaki aku pulun ambil history hari ni, tapi rasa lega, dan bersyukur hari ni went well alhamdulillah.

walaupun sebenarnya sangat in denial nak kena ada dekat hospital by 730 a.m. aku tinggalkan rumah masa housemates tengah ma'thurat, dan tak sempat breakfast. sempat ratah segenggam cheese je. lol. pagi ni mula dengan ward round dengan team. it was okay, Mr G suka tanya soalan, that's good to keep my brain working. haha kalau krikrkrik tu takpelah niat belajar. heh

lepas tu attend radiology meeting, dan aku approach Mr G, sebab tak proper pula kalau tak bagitahu yang esok aku dah balik Malaysia. (walaupun dah inform Department of Surgery dan surgical coordinator)

' Mr G. i haven't told you that i'll be flying back to Malaysia tomorrow morning for my sister's wedding. Err so, i won't be here from tomorrow onward. Do you want me to do anything or give me some feedback? '

' oh, don't worry,, you're a good attender and you're very smart. If you want to see patient, Mr M probably worth to see today ' 

' Alright, thank you very much '

mulalah aku mencari patient. aku 'jamak taqdim' jelah jumpa patient ni. hoho

1st patient aku pergi ke day surgery ward. Mr G ada cakap masa dia bagi list patient untuk theatre, kalau nak jumpa patient tu pun boleh. Disebabkan dia akan masuk theare, aku jumpa dia dululah nanti dia dah masuk theatre tak jumpa. so he has skin cancer; SCC (squamous cell carcinoma) just had biopsy 3 weeks ago, otherwise very well & healthy. aku tanya progression lesion tu, so semangat anak dia yang ada dekat situ, tunjuk gambar mula-mula lesion tu macammana. I need to practice more on how to describe skin lesion! noted eheh.

2nd patient sebenarnya aku ada cuba nak ambil history dia minggu lepas, tapi masa tu dia ada visitor, so alang-alang patient yang aku nak jumpa ada hal, aku singgah dekat dia. Tak ada 'singgah' sangatlah, sebab banyak cakap makcik ni. bagus juga, aku pun tak adalah awkward. hehe. so, she is now 6 day post op right hemicolectomy with a background of ascending colon tumour. makcik ni ada pelbagai jenis scar (midline laparotomy, hysterectomy, cholecystectomy, mastectomy..) dengan british accent dia, dan pelbagai jenis pegangan hidup dia, aku layankan aja. last tu dapat wish ' good luck with your study!' pun dah rasa worth my time.. 

3rd patient yang aku jumpa dia ada stoma complications: skin infection and enlarging ulcers. have long history of colitis, reversion of ileostomy, and few more conditions. it happened that she is my GP's wife masa last rotation ! haha, so kitorang borak jadi panjang pasal family, pasal how she's coping with the the illness. dia pulak pernah jadi nurse, so yeah borak2 medical + life stuff .sambung pulak dia tanya aku exam bila, aku pun cerita jugak hari ni hari last aku, sebab nak balik Malaysia. Dia siap cakap, aku nak buat apa2 dekat dia buatlah, nak ambil darah ke, anything. haha so niceee. habis tu dia cakap ' you must be flying for your exam in April, because you'll have great holiday this winter ' wahaha, insyaAllah ameen! takut aku berjimba sangat je winter holiday ni. huu

last patient aku jumpa ni Mr M. suggested patient from Mr G.(masa ward round Mr G dah cakap pun dekat Mr M medical student akan datang balik)  Pakcik ni agaknya memang tengah tunggu student datang dia dah ready masa aku datang. huhu. dia ada gluteal abscess. started dengan  hip pain. 1 day post gluteal abcsess  incision & drainage. pakcik ni rasanya memang kaya sebab, routine dia bulan 10 , 11, 2 camtu dia akan pergi portugal. untuk weather yang lebih warm. wahhh. pakcik ni baik, sangat cooperative. usually akan thank patient bila dah sudah tu, dan dia reply ;

'thank you for being thoughtful too'  aku dah nak keluar, siap pesan singgah kedai dia ulang lagi nama kedai dia. ya pakcik, saya dah cari dah kedai pakcik tu, dan dah like your Fbpage. haha, aku patut try pergi ni, boleh dapat meal percuma ni. lol

that's the end of my last day in hospital for 2016.
gaya tak sabar sangat nak keluar hospital.. lol
macam sayu gak tiba-tiba habis dah..
takyah nak rindu hospital sangat huda..
lepas ni memang tu lah rumah kedua...aha!

1st & last time dapat hospital ni. bye!
alhamdulillah, alhamdulillah.
mengharapkan tahun 2017 yang lebih baik, insyaAllah. 

Saturday, December 10, 2016

surgeon oh surgeon!

assalamualaikum, bismillah.

'where is the patient? you lead the way'

kami pun mengekor mana J nak bawa kami berenam jumpa patient dia untuk bedside tutorial.  laju setiap orang jalan menonong. naik tangga ke tingkat satu, tingkat dua.. aku orang 2nd last, perlahankan langkah. dan di belakang aku, Mr P; retired surgeon yangdi'takuti' masa tutorial 2nd year. ehehe. Dia jalan perlahan perlahan.. tak dapat mengikut rentak kami anak muda...

beberapa seketika baru dia sampai.. bila dia masuk bilik, sementara kami tunggu di luar, ada seorang pesakit di bilik berdekatan datang ke arah kami di koridor. dan bercakap dengan F, tanya; 'is that Mr P? He's very nicee'

selesai kami meninggalkan bilik, melalui koridor tu, pesakit tu menyapa Mr P, dan bersalam dengan riak sungguh gembira macam jumpa figure yang sungguh dikagumi...

habis tu Mr P bawa kami ke library, untuk further discussion about the 3 cases yang kami jumpa and topic presentation by each of us.

sebelum start tu.. sempat dia tegur J,

' i am not trying to be very technical, but just now you mentioned family history of cancer in front of the patient, and if i am the patient, i will be very sad.. you know.. for patient, cancer means... what?'

'death' jawab J

'yes, exactly. you can say it, but i personally won't do that' 

siapa kata surgeon ni mean sangat..

habis tu, mr P remind semula pasal apa point penting hari ni.

' you have to be more inquisitive, and more enthusiastic about patient' 
dari dalam hospital sambil ke library dia ingatkan

'get a good history'

aku rasa aku lah tu yang banyak kena improve. walaupun dah bincang malam sebelum tu dengan k.aini, untuk volunteer present case seterusnya, mesti ada punya benda yang tak cukup.

dan yes, surgeon (hampir semua) sangat particular tentang everything -.-
sebab deal dengan indications, make a decision; it's either yes or no. you have to be decisive.

dan, ohh God, Mr P suka sangat tanya pasal history of macam2. nama scar la.. (kalau aku, ala tak kesah la nama tu datang dari mana. lol) peptic ulcer disease, siapa yang discover h.pylori is the main cause of it? (again,,, alaaa mana lah nak ambil tahu. huhu) 

' anyone have the latest version of physiology textbook?'

semua senyap.

'don't you guys read it? who's the latest author?'

senyap lagi.

'the latest author doesn't have medical background. anyway..i'm still reading physiology till now.. '

dedicatednya dengan ilmu. rasa malu sangat. sedih la sikit tak dapat attend tutorial next week dengan Mr P.

*  *  *  *  *  *
kalau ada surgeon yang sangatlah cerewet, kena ambil semua history patient sebelum masuk OT, surgeon expect student ada di mana dia berada..fuhh penat jugalah macamtu.. balik kalau dah lewat, nak study pun badan dah letih, esok kena pergi hospital awal lagi.. alhamdulillah surgeon aku ni lepak dan relax sungguh. (tapi aku ler yang tak boleh relax sangat)

' i don't think student should be in theatre at all. you can go wherever you learn best'

dekat opd (out-patient department) ; 

'don't feel that you have to stay. you are free to leave anytime'

walaupun orang selalu kata surgeon ni, mean. mostly tak interact sangat dengan orang, attitude tak okay, ego blablabla.. I've met surgeon yang memang kena kutuk jelah dengan staff kat theatre tu. huhu. kalau salah, memang dia naik suara. banyak dengar negative la pasal surgeon ni. kesian pulaklah depa ni.

tapi, bila jumpa surgeon yang baik-baik je ni,
kita tahu,, kita tak boleh generalisekan semua orang.

i would say, surgeon adalah insan yang sungguh dedicated (kalau tolak tepi attitude yang tak bagus) long working hours, training dahsyat, emergency cases lagi, dah la selalu start kerja awal pagi ( surgeon aku Mr G, dia haritu bawak pergi ward round dulu sebelum MDT, sebab dia kata radiologist usually don't wake up very early. hihi)

best je surgery ni, cuma tak sanggup nak hadapi working environment dia. huu
nak tengok langit cerah!!

alhamdulillah dah habis week 1 surgery rotation.
kita tengok apa akan jadi lagi lepas ni...

Thursday, December 8, 2016

cepatlah winter break

assalamualaikum wbt.

hari ni sebelum zohor aku dah balik rumah. hmm not feeling too bad, just rasa not feeling great today. lepas tu rasa huaaaa mana mood studyy mana?! hari bukankah masih muda...

pagi-pagi pergi MDT, sampai depan bangunan untuk MDT (multidisciplinary team) meeting, jam menunjukkan 8:01. no wayyy, lewat. dan yesssss Mr G* dah ada dekat bilik tu. walaupun MDT start lebih kurang 10 minit lepas tu (sebab lagi ramaai orang lewat haha), mungkin orang tak kisah, cuma it's not good to start your day dengan impression lewat. walaupun semalam Mr G lewat , dan 2 hari sebelum ni partner aku lewat.. hmmm it's just my day today.

lepas tu pergi theatre sekejap, then ada bedside tutorial, lepas tu ingat nak ambil history patient. asyik sesat je cari ward dekat Bons Hospital ni. Dah ada list patients tapi tak dapat jumpa. sorang tu refused medical student, ada sorang tengah pre-op, sorang ada visitor, sorang tu dia tengah tidur. minta patient dari geng surgery juga, patient dia bagi tu salah number bed, sudahnya tak jumpa. Hmm library Bons tutup hari ni. aku pun dah hilang mood. huwaaa sakit kaki pusing2, doing nothing, decide balik rumah awal. sampai bilik, tak buka coat apa semua, grab bean bag letak kat lantai , tukar baju, baring kat bean bag fuuhh. Alhamdulillah ada donut beli semalam, cheer up sikit aku yang tambahan baru sudah emo laptop buat hal dari semalam tak dapat connect internet. i wanna studyy :(

anyway, alhamdulillah. begitulah hidup. ada naik turunnya.
for the past 3 days, aku rasa sangat gigih (konon) dan bermotivasi untuk ke hospital, ke library, positif dengan hidup di sela-sela rotation surgery yang meng'stress'kan sebab banyak benda nak kena revise dan belajar.  aku akan balik rumah lewat malam 10 p.m ++ lepas lepak library/Ayyash, habiskan apa-apa nak study sebelum balik. sampai rumah just baca quran +- baca buku non-medic, atau siapkan untuk hari esok. dan tidurrr... macam robot sikit juga

dan, bila macamni, apalah yang lebih diinginkan daripada cuti. hew. 

dan winter plan aku tahun ni, pun boleh tahan ups and downs nya.

memandangkan ni winter terakhir sebagai student (insyaAllah ameen) dekat sini, dan aku memang tak zabar nak winter holiday. was soo excited untuk plan trip ke tempat yang ada snow, aku nak main skii, teringin nak pergi Hallstat Austria, takpun Swiss for short vacay, 3-4 hari max. budak final med kena buat gaya final med -,-

susah juga nak cari partner yang nak main ski, nak tengok nature je, nak buat benda mencabar sikit, . ada orang reject aku sebab aku nak hiking, harhar. bila dah jumpa geng, takdirnya aku terpaksa cancel semua plan.

atas urusan yang lebih penting daripada keinginan2 aku yang lama terpendam (ceh), aku ketepikan. Hampir keseluruhan duit simpanan aku, aku dahulukan untuk bayaran yuran pengajian seorang kawan. Dan..aku redha, tak terkilan pun. it was my own decision and choice. dan tak nampak dah plan winter trip aku. 

ada juga orang bertanya-tanya sebab yelah aku kan excited plan. dan aku akan jawab 

'tak jadi, stay dekat Cork je. Better for me untuk focus study dan buat final report final year project'

mungkin ni terbaik untuk aku. Dan berat untuk cakap dengan partner aku, aku minta maaf tak dapat join winter plan kali ni last minit cancel nak beli dah ticket semua- skiing etc. masa tu cakap, rasa tak cukup duit. dia kata boleh pinjamkan. i was like, noo takkan nak berhutang semata-mata nak pergi winter trip yang teringin sangat. lebih baik hidup papa kedana dari berhutang -.-

dan no more discussion pasal winter plan since that.
aku percaya, aku ada plan , Allah pun ada plan.

kalau Allah tarik sesuatu, dia akan gantikan pasti yang lebih baik.
Apa yang ditakdirkan pasti semua ada hikmah.

dan , alhamdulillah, lepas segala macam drama, 
winter break kali ni, aku akan balik Malaysia!
Alhamdulillah.

Aku tak pernah terfikir akan balik Malaysia pun sebenarnya.
dan tak sabar, dan tak pernah rasa excited sangat macam kali ni.
aku pun pelik sangat kenapa.
penangan final year kot.

you need family. and home.

yeah, thank you Allah.
i'm coming home!

hopefully boleh recharge and revive! :)

masakan umi,
char kuay teow
roti canai mamak
school holiday, nak ajak zaid hiking
donut big apple 
kuih tradisional malaysia
pasar malam
balik kampung
jumpa kawan
ziarah cikgu

and the list goes on...

percayalah, badan aku je masih kat sini, fikiran semua dah terbang balik Malaysia (!) 
see ya!

Thursday, November 17, 2016

It's okay not to be/feel okay

assalamualaikum, bismillah.

minggu ke-3 GP (General Practice) rotation.
boleh kata macam-macam jenis manusia jumpa.
dan boleh kata separuh daripadanya ada masalah mental ; mood disorder, tertekan (read : depression), kebimbangan (read: anxiety), dll

hari ni, seorang je patient yang 'normal', yang lain semua ada masalah mental. (ni rasa nak tulis something ni) rasa macam common sangat benda ni. bila kementerian kesihatan Malaysia dedahkan baru-baru ni 1/3 rakyat Malaysia ada masalah mental, hmm..'aku kah itu?' lol

tak normal ke kalau kadang2 kita rasa stresss sangat! sedih lebih dari biasa? kita rasa takde motivasi, kita takde mood, salah ke rasa macam ni? takde selera makan, rasa bersalah, rasa tak berguna, tak boleh tidur, nak nangis tiba2.. etc

don't be too hard on yourself.

acknowledge it.

patient yang pernah aku jumpa bukan semuanya tak educated. bukannya semua 'bernasib malang'. bukan semuanya tidak 'beragama'!

sebagai manusia, kadang-kadang memang kita rasa macam tu. NORMAL. mungkin sebab keadaan yang tertekan (banyak assignment nak kena hantar, banyak expectation ke), boleh jadi sebab emosi tak stabil (untuk perempuan, i feel you. haha), atau mungkin juga sebab masalah keluarga, kewangan, pelajaran.

it's okay if you don't feel okay.
acknowledge it.

jangan fikir aku sorang je ke bermasalah? aku ni tak beriman ke? (orang beriman kan kena tenang? hehe) atau lebih dahsyat, inikah balasan Tuhan?

jangan hukum diri sendiri, apatah lagi berburuk sangka dengan Tuhan.

you're okay.

so, okay benda tu normal, acknowledge it, so what's next?

ni crucial & penting.
kalau kita tak boleh atasi dengan cara yang betul, boleh jadi lagi teruk. you might need medications for that.

1) Back to Him. kena juga letak no. 1 walaupun aku kata segalanya manusiawi tapi jawapannya kadang-kadang bukan bersifat sooo 'manusia'. so yeah, dari Allah datang segalanya, kepadaNya jua kita kembalikan. perbaiki solat, hayati bacaan quran.

2) TAKE A BREAK. buatlah apa2 yang boleh buat kita relax, pergi jalan-jalan, tengok alam.. exercise (kalau ikut research, tak boleh dinafikan sangat membantu. sebab dulu aku tak percaya, so aku punyalah rajin satu hari cari evidence pasal kebaikan exercise. hee.), makan ice-cream, cendol ke apa2lah. kalau rasa tidur extra sikit can recharge your energy, please do. TAPI dalam batasan dan panduan syar'ie. (tanya diri, dan hati sendiri)

TAPI

3) give youself a time limit. kena ada goal. kalau kau putus cinta ke, stress melampau, kena buang kerja ke, plan semua tak jadi, ke that's okay nak 'meroyan' (ingat, dalam batasan. hehe), nak menangis, tapi jangan layan lama sangat. let say bagi diri sendiri 2 hari masa. after 2 hari, move on. MOVE ON. lagi cepat kita move on, lagi bagus, there is more life than 'the problem'. okay, chin up.

AND

4) talk to someone. jangan isolate diri sendiri. please don't (aku kalau boleh nak merayu, aku merayu) if you need someone to talk to, tapi tak jumpa siapa, you can talk to me. ceh tetiba. point is : talk about it. kalau dekat GP, diorang akan refer to caunsellor etc.

5) ulang 1, 1, 1, hingga 4.
6) kalau berterusan.. jumpa doktor. seek medical advices sebab could be organic causes. jangan jumpa bomoh!!! hikhik

okay.
tu je.

believe me, bila aku tulis ni, pertama-tamanya untuk aku sendiri.
bila jumpa back to back patient yang depressed tak best tahu tak rasa dia.
simpati, maka simpatilah pada diri sendiri.

ada satu benda, yang aku tak sedar..
sehinggalah aku baca raheeq makhtum dan menjumpai kisah sahih diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam kitaB ''at-tadbir'' mengisahkan Rasulullah 'stress', sedih sangat masa wahyu tak turun, baginda berlari-lari kencang ke puncak gunung, untuk mencampakkan dirinya (suicidal thoughts+attempts) berulang-ulang kali; dan tiap kali itu malaikat Jibril berkata ;

'Wahai Muhammad! sesungguhnya engkau adalah benar-benar utusan Allah!'

context mungkin berbeza.
tapi aku merasakan itu hakikat manusiawi.

kalau tak ada orang pernah assure yourself.. and I am indeed no one,
tapi boleh saya cakap something?

'it's okay not to be okay. you're perfectly fine'

mind yourself!

Tuesday, November 8, 2016

diingatkan semula

assalamualaikum, bismillah.

tutup buku medic.
ok huda, it's the time.

tarik pula buku muntalaq.

kalau orang ada test mingguan tiap2 minggu, yang kena prepare (samaada nak atau taknak), itulah yang aku rasa kalau nak prepare liqa usrah tiap minggu.

sometimes, kalau aku prepare untuk 2 minggu terus, tenang sikit.
kalau nak bawa bahan yang aku rasa aku selesa dengan, dan sedikit menguasai aku relax sikit.
kadang kalau ada kesempatan lebih sikit, buat lebih banyak sumber tambahan dan bacaan.  
kalau paling tak sempat pun,.. hmm takde istilah ni, sempatkan juga lol. 

dan setiap kali prepare, kena fokus, untuk faham betul2. kadang ulang 2-3 kali ayat yang sama.
kadang takes 2-3 hari untuk hadam. i don't mind prepare lebih sikit, untuk faham, (sebab aku tak confident kalau tak faham)

tapi malam tu.... i just can't T____T

lama dah tak sambung muntalaq ni. 

check last tanda.. sambung... bab 7, chapter last..

(kesungguhan Al-Kailani menerangkan kewajipan berdakwah)

baca..
dan terus baca..

no, i can't continue this.

literally tutup buku, tak sudahkan.. ya Allah.. tak boleh :(

esok (cuba) buka lagi..

sambung...
Beliau menganggap peluang yang diberikan Allah S.W.T. kepada seseorang hamba untuk berada di maqam dakwah ini adalah merupakan sebesar-besar nikmat. Sibuknya hamba itu di dalam dakwah adalah menjadi bukti benarnya dia sebagai pengikut dan penyambung tugas Nabi S.A.W..
sambung lagi..
Syeikh al-Kailani meringkaskan sifat-sifat da‘i dan syarat-syarat untuk mendapat perakuan thiqah di dalam satu sifat yang padat; iaitu sifat tajarrud yang sempurna dan melibatkan diri secara total ke dalam dakwah. Dengan demikian, da‘i itu akan lupakan kepentingan dirinya. Tumpuannya hanyalah kepada orang yang diserunya dan hanya menuturkan perkataan yang memberi kebaikan kepada mad‘u. Dunia da‘i pula adalah luas tanpa had, tanpa perniagaan, tiada hawa nafsu dan tiada mengejar pangkat. Semua itu tiada dalam dunianya. Yang ada di dalam dunia da‘i hanyalah para mad‘u yang didakwahnya. Itulah perniagaannya, keenakannya dan pangkat kebesarannya.
seorang daie yang ditsiqahi, sifatnya tajarrud kamil. melepaskan dirinya dari hal lain dengan sempurna. dan itu jauh sekali jika bercermin diri. I just can't continue reading it. and what? menyampaikan? munafiknya :(

daie contoh : melihatnya, kehidupannya, pekerjaannya, pemikirannya, kita tahu dia hidup dengan dakwah. maka dakwah pun hidup bersamanya.

tsiqahkah kita pada daie, yang punya terlalu baaaaaaanyak masa di media sosial, terlalu sedikitnya membaca, kurangnya berziarah, terlalu berlebih dalam berbelanja, mengikut hawa nafsu, banyak makan, banyak tidur, suka mengumpul barang yang tidak perlu, melebih-lebih dalam urusan dunia.. ??

sambung lagi..
Dia seolah-olah menjadi manusia yang tidak mempunyai nafsu, keinginan dan keseronokan dunia. Dia lupa makan minumnya, pakaiannya, hatta dirinya sendiri kerana mengenangkan makhluk Allah S.W.T. Di dalam hatinya tidak ada dirinya. Yang ada hanyalah makhluk Allah S.W.T (yang menjadi mad‘unya). Apa yang dimintanya hanyalah perkara yang boleh membawa kebaikan kepada manusia kerana dia telah menyerahkan dirinya di bawah ketentuan Allah S.W.T.
jauh sekali..
terlalu tenggelam dalam hidup 'kononnya' final med yang busy, it's hard to admit, but it is true. ia melalaikan aku dari tugas dakwah.. bukan sekadar pada amalnya (ya ya, walaupun diberi kelonggaran), tapi juga pada syuurnya. pada perasaannya. 

disambung lagi
Demi Allah, dakwah ini tidak akan berjaya dan sampai kepada tujuan dan cita-citanya sekiranya kita hanya memberikannya waktu lapang kita untuknya, sedangkan kita tidak melupakan diri dan makan minum kita.
 bermain-mainnyalah diri ni. too much. 

ia membuatkan aku terfikir... katalah 20 tahun akan datang, masih di atas jalan ini.. tapi sekadar, masa lapang, (banyak ke masa lapang doktor? haha) hasil apa yang kita sangkakan? just too sad tengok diri.. 

kalau nak masuk fellowship untuk jadi doktor pakar, you need to sacrifice maybe 5tahun++ bersungguh-sungguh, tunggang terbalik sikit makan tidur. itulah bayarnnya. dan itu urusan dunia..?

aku pernah di fasa terlalulah sangat nak impress doktor, nak boleh jawab soalan..dalam otak aku siang malam study je. aku tak boleh fikir benda lain. sampai penat. literally penatnya lahaaaii kau ni kejar apa..

dan tanya diri sendiri ; so what huda kalau ko tak boleh jawab soalan consultant pun? so? 

kalau tak boleh jawab soalan Allah apa kau buat dekat dunia ni?

i'm not trying to tell myself academic tak penting (sebelum aku kenal tarbiyah...hidup aku, keseronokan aku memang buku je. tapi masa tu tak jumpa benda lagi 'seronok') ; aku hanya perlu sesekali mengingatkan diri (dan diingatkan), it's more life than just your career, ye. sebab kadang bila tak ingatkan... kau lupa diri..kau boleh lemas.

faghfirlana ya rab.

dan, bila check dalam usrah, rupanya aku tersilap, bukan chapter tu yang patutnya aku sambung dalam liqa'. Allah memang takdirkan untuk ingatkan diri aku. heh. tahu takut :0

Thursday, October 27, 2016

post-long case medicine

assalamualaikum, bismillah.

alhamdulillah, thummalhamdulillah, 

hari ni ada long/major case medicine, my very first long case untuk final med. dan it is medicine. semua benda lah possible ditanya -.-' konon nak stay up lama sikit, dalam 1230 tu otak aku dah tak boleh absorb dah. huhu. tak ngantuk tapi tak dapat nak tidur, bila tidur mimpi dah macam-macam dah. haiyyaaaa

tiba-tiba dah ada orang kejut, remind aku kena bersiap mandi semua sebelum subuh. (sayang housemates! ;*) tapi in denial dia hanya Allah yang tahu. mandi pun macam 'whyyy, whyy i have to do this.. lol' aku punya turn jumpa patient pukul 730 pagi. Mercy Hospital ni jalan kaki adalah 30 minit. nak naik basikal, tak ada lampu. dan subuh pukul 627 pagi. what do you expect pukul 7 tu langit macam mana? hehehe memang gelap.

around 640 selesai jemaaah subuh. decide naik taxi, taknak gelabah juga. pakcik taxi baik sangat T____T free2 dapat motivasi pagi.

'you'll be okay. you've been ready for this, you just need to keep calm.. (siap gaya tangan)
this would be your last exam (tak adalah last sangat) its worth your time and effort!
have a cup of coffee, keep calm.
you'll be okay. fingercross (siap buat gaya), hopefully. (ni sign 'InsyaAllah' diorang hehe)
best of luck!'

banyak la sebenarnya dia bagi kata-kata semangat. alhamdulillah!

sampai-sampai hospital, gelap la juga. lampu corridor dekat ward tak semua buka lagi. jumpa patient yang diassigned pun, lampu katil dia je buka, lampu bilik belum lagi. bila dah nak habis aku ambil history dan exam, baru nurse datang buka lampu, kejut patient

'good morning!!'

dia buka langsir bed aku. 
'ops! sorry!'

haha issokay, memang awal pun nak ada exam pagi-pagi macamni kan nurse kan? hehe. walaupun aku nervous sangat dan literally shaking depan patient masa ambil history. belum masuk gelabah aku tertinggal BNF atas meja dekat rumah. beria je pinjam from library! sabor jelah. 'ala kulli haal, alhamdulillah it went well.

examiner aku Prof V. One of the respected cardiologist. cardiologist memang jenis busy dan berpagi-pagi kot. dan aku orang kedua, orang pertama turn jumpa patient pukul 715. luls. patient aku history dia agak straight forward; Coronary Artery Disease.

started dengan a bit nervous masa present history :(

'okay so what did you find on examination?'

' on examination, he was lying down comfortable no sign of any distress, not attached to oxygen. Capillary refill is normal, no sign of cyanosis. His heart sound 1st is present with diminished 2nd heart sound. (prof dah start reposition. cuak gak) there is harsh ejection systolic murmur, heard loudest at aortic area; right 2nd intercostal space best heard during expiration with intensity 3/6 and it radiates to the carotid'

'okay..'
'he has good air entry bilaterally in the lung, no added sound'
'okayy.. any other abnormal finding?'
'oh he has some bruises on his tummy..'
'why is that?'
'it's from the heparin injection'
'okay2.. go on'

'your summary?'
'this is Mr M 70 y/o man, non smoker, with very strong family history of heart disease presented to AnE due to sudden chest pain. on examination, he has harsh ejection systolic murmur 3/6 intensity.' 

baru nak cakap impression.

'what diagnosis do you think?'
'the findings are consistent with Coronary Artery Disease'

panjang la pulakkk nak tulis full conversation. lol. pastu kami jumpa patient, dia dengar patient's heart. nervous! takut make up cerita. wallahi that's my first time betul2 menjiwai nak listen to patient's heart. siap tutup mata nak khusyuk dengar lol. hopefully patient tak rasa aku pelik, lama gak duk dengar suara hati jantung dia.

then prof tanya pasal investigation, kalau ECG, particularly nak tengok apa? (Left Ventricular Hypertrophy) , echo? angiogram? sesuai tak buat stress test? indication CABG surgery ? kalau dekat patient, nak tengok apa specifically. aku tak dapat tangkap sangat soalan ni. dia rephrase kalau dekat kaki patient nak tengok apa. ahha! veins for graft. tengok kalau ada vericose vein. Indications for valve replacement? banyak lah juga soalan dia tanya. huhu macam kena drill habis-habisan.

last question he asked;

'what is your differential diagnosis if you hear murmur all over the pericardium?'

(ni memang soalan specific dia pernah tanya masa tutorial! i am grateful i attended the tutorial)

' it could be Aortic stenosis combined with Mitral regurgitation (1), Gallavardin syndrome (2), posterior leaflet syndrome (3), or maybe just purely Aortis stenosis that is very severe (4)' 

alhamdulillah. he gave me distinction for that. alhamdulillah.

'you did very well, you did very well'

All praises to Allah. alhamdulillah. aku sebenarnya dah plan, maybe i should treat myself dengan makan lunch dekat town ke lepas exam (biasalah post exam), tapi last2 decide nak treat myself dengan puasa esok. hoho. sebagai tanda syukur Allah juga izinkan, mudahkan. 

sampai rumah, petang sikit ada Irish 4th year yang attach dengan team prof V mesej. 

'Hey is the Thursday tutorial good? Radiology'

tak perasan mesej dia. 2nd mesej about 15 minutes later..

' I meant to tell you that Prof said you did very well !' 

lol, apakah dia ni, manis mulut, dia ni jugaklah nak tengok template aku punya history taking macammana. sebab ada sekali tu masa present dengan consultant dia kata , your presentation was very good. it wasn't really -..-

panjang lebar aku cakap of course radiology tutorial tu bagus. haha

'i hope prof really meant it. Thanks *E'

'oh he was very impressed haha. must get your cardiology notes off you!! hahaha'

'you just need to attend his tutorial, he already told you the answers for all the questions he asked!'

lol. i really meant it, datanglah semua tutorial, ikutlah semua aktiviti team. no tricks. Memang ada yang rasa tak membantu sangat, baik balik study. tapi pada aku, my personal aim untuk tahun ni memang lah nak score exam, tapi jauh lagi dari tu kot. think about what type of doctor you want to be. aku selalu rasa, semua benda insyaAllah useful je, kalau bukan untuk exam final year, as doctor nanti. yang paling penting be Ihsan. you don't have to justify to someone else pun kalau tak nak pergi tutorial, tak nak ikut team, no one really cares. just be honest to yourself. Allah akan sentiasa akan balas segalanya dengan seadil-adilnya.

dengan ini, minggu ni last week rotation medicine. banyak sangat benda kena improve dan cover huhu. i didn't do well masa 4th med written exam. takut sangat writen exam summer nanti.. tapi insyaAllah mohle kita berusaha. ada masa lagii*biceps* seru semangat..

tadi balik jalan kaki lalu main campus, ada graduation ceremony.

surrounding dia lain macam... tengok orang pakai jubah convo, dengan family semua. bergambar.. happy..

dalam hati..  :

'InsyaAllah Huda, sikit lagi.. sikit lagi.. May 2017 kita convo eh'

:)

Thursday, October 13, 2016

sakit

assalamualaikum, bismillah.

Paling tak suka layan diri sendiri kalau sakit. Tak suka. Sebab akan selalu kata dekat diri sendiri 'aku okay insyaAllah'

Walhal semalam dan pagi ni nangis dalam duvet tak nak sakit. 'Tapi ya Allah, mcm tak larat je ni :( '

Semalam paksa juga, because I can't afford to miss my tutorial. Dah janji dengan Dr. Padahal struggle cari patient petang tu, beratnya kepala nak siapkan case malam tu, pergi ward awal paginya cari patient chart tak jumpa pulak tu. belasah.. Rasa worth juga sikit bila dapat feedback okay- honours. 'okay this is 1st class honours question ; do you know what is IgG4 disease?' bye Dr, tak tahu -.- cuba lagi, 2 more weeks to long case exam. huhu

Buat selamba. Buat biasa. Badan gigil boleh tahan, pening kepala boleh selamba lagi, Tapi bila batuk hit me hard dan tak mampu nak konon tahan (cover) dah, it makes me cry even more. 'Allah, I have lots to do, tak nak sakit please' bangun pagi dah lipat duvet dah, rasa okay dari semalam-ready to go. Tapi masa ma'thurat, I don't think I'm okay today. lepas ma'thurat, paksa juga makan ubat, buka balik duvet. pakai double duvet sbb nak peluh cepat,,nak sihat. Ingat nak berjaga pukul 740 sempat kejar tutorial at 815. Tapi terjaga around 830 huhu. Berkira nak msg Dr 'won't be able to come to hospital today. Took some meds since yesterday but still not getting better' message sent.

terjaga balik 11 pagi.
sebab ada tangan dekat dahi.
ada orang letak kain basah atas kepala.

'awak okay?'
'kalau saya buat bubur awak nak makan?'

'saya dah okay, saya dah okay'
letak tangan sendiri dekat dahi, dekat leher, just to make sure i'm okay. tak panas, alhamdulillah i'm okay. told you, i'm okay. badan je lenjun peluh.
thanks Tim, saya tak marah. huhu

ter-nangis juga bangun kemas duvet. 'saya tak sakit' 'i'm okay'.
kepala je berat sikit. tapi gagah bangun. tak suka layan,

mandi, makan,

alhamdulillah i'm okay.
not as healthy as usual, feeling a bit unwell, but not that sick either.
just a reminder, you can get sick, Huda.
you are a human. 
nabi Ya'qub sakit, nabi Ayyub sakit.
makin dekat dengan Allah.

ni sikit je. 

don't push yourself too hard.
syukuri nikmat sihat.

please, take care everyone.
at least get some rest.

Monday, October 3, 2016

another walimah (insyaAllah)

assalamualaikum bismillah.

semalam ada tutorial dekat hospital. well, final year..hmm sabtu pun ada tutorial (kahkahkah gelakkan diri sendiri)

masa lunch break aku decide balik rumah nak makan nasi. kata tekak melayu kan..(selain daripada nak jimat duit la of course.)

so masa tengah break tu, dapat mesej dalam group family


' huda nnt wafda kawen ko xde jugak (muka monyet tutup mulut. Lol) '

aku macam whatttt?! apa cerita ni,

tetiba berbelas gambar masuk. amboi korang memang cani kaaaann bertunang semua bukan nak bagitahu aku. daripada Husna, Minah, dan Wafda. nak surprisekan aku pun agak2lah. memang aku terjelopok lah dari kerusi dapat adik beradik perempuan macam ni. hmm

' 30/31 Dis InsyaAllah '

seriuslah wehhhh. sesuka hati je tak consider aku T__T aku dah fefeeling adik-beradik tiri dah rasa. hmm. nasa tu memang tengah Christmas Break, kalau nak kira duit untuk tiket flight, sekarang pun boleh beli. cuma, aku ada exam after tu, ada submission report Final Year Project. 

aku pun tak tahu nak buat apa. pasrah je ke macam masa missed nikah/walimah Husna dan Aminah :'(

tiap tahun balik ada hadiah ; adik ipar baru, anak buah, abang ipar... ni nak balik nanti iA another anak buah dan abang ipar. woah berkembang biak keturunan Kamilen. ahaha! alhamdulillah 'ala kulli haal. 5 tahun di perantaun ini kesannya huda! hihi

i've said to someone who are very dear to me ; 'in any circumstances, kalau boleh nak tunggu Wafda kawen dulu kot. sebagai kakak sulung' cehh bajet berkorban kasih sayang adikberadik bagai air yang dicincang takkan putus. gituhh. but I am serious. one of my dua, and plan. (sebenarnya one of my alasan juga kalau orang nak tanya tak fikir ka? kononnya tak nak fikir kalau tak ada dalam plan. ceh)

masa tu tak ada khabar pun wafda ni macam ada calon. 

dan...

aku tak sangka akan secepat ni.
oh myyyy.. kena cari alasan lain ni bahaha!

'ala kulli haaal,
alhamdulillah. aku doakan urusannya dipermudahkan.
rasa feeling dia dapat berita ni kali ni macam sayu semacam hmm..

pastu ada pulak housemate sakat

'so awak dah tahu ke awak anak angkat ke anak pungut?' LOL

umiabi, balik tahun depan InsyaAllah Huda bawa balik degree ya, InsyaAllah. ekekeke


*  *  *  *  *  *

everytime adik beradik nak kawen (baru 2x je huda) aku akan sentiasa teringat munajat abi. abi share dengan aku masa kami pergi umrah bersama. dan, sentiasa akan sebak kalau baca. especially bila Wafda pulak ni haa nak kawen..

4/6/2014
12:11

MUNAJAT HAMBAMU DI MAKKAH, DENGAN KEMULIAAN BAITULLAH DAN DALAM KEMULIAAN BULAN SYAABAN
Ya Allah, Kau Tuhanku yang telah menciptakan kesempurnaan kejadian manusia, Kau Jualah Tuhanku yang menentukan hamba-hambaMu yang mencintai agamaMu, mencintai kehidupan yang diperjuangkan oleh kekasihMu dan junjungan kami, baginda Rasulullah SAW. 
Ya Allah, anak-anak kami adalah hamba-hambaMu yang telah hambaMu berikan pendidikan semampu hambaMu untuk menjadi penerus perjuangan mencintai kehidupan yang ditunjuk ajar oleh kekasihMu, junjungan kami baginda Rasulullah SAW, ampunkan hambaMu ini ya Allah atas segala kesalahan,kecuaian,kekurangan dan ketidakkesempurnaan hambaMu mendidik mereka untuk menjadi hamba-hambaMu yang berpegangan teguh,sabar dengan cabaran dan istiqamah dalam cara  hidup berpegang dengan melaksanakan segala perintah agamaMu,mengikut jejak sunnah NabiMu. 
Ya Allah kurniakan kepada anak-anak kami pasangan hidupnya di kalangan hamba-hambaMu yang menurut jejak kehidupan keturunan orang-orang yang soleh,dari keturunan orang-orang yang soleh dan cekal menanggung amanah menjadi orang -orang yang berjuang melahirkan keturunan orang-orang yang soleh hingga akhir keturunan kami tetap di kalangan hamba-hambaMu yang soleh. 
Ya Allah, mereka adalah penyambung zuriat kami untuk menjayakan cara hidup menurut Ketetapan agamaMu hingga sempurna untuk menjadikan Islam memimpin dunia.
Ya Allah, pilihlah seluruh zuriat keturunan kami di kalangan mereka daripada hamba-hambaMu yang mempunyai peranan penting menyempurnakan kehidupan umat Islam menjadi Khilafah di dunia. 
Ya Allah, Kaulah pemutus menentukan pasangan hidup anak-anak kami. Kurniakan kepada anak-anak kami pasangan hidup yang mampu menyempurnakan kehidupan rumahtangga yang Kau redhai, permudahkan ketentuanMu itu dengan bantuan-bantuan dariMu jua untuk memelihara perhubungan sesama mereka agar tetap terpelihara agama dan terpelihara hubungan silaturahim antara keluarga hingga akhir zaman. 
Ya Allah, sesungguhnya Engkau telah mencipta kejadian manusia dengan sebaik-baik kejadian dan sesungguhnya Engkau telah menyempurnakan agama Islam untuk ikutan cara hidup umat Muhammad hingga akhir zaman. 
Ya Allah, kurniakan kekuatan dan kesungguhan mereka dan pasangan mereka untuk menyempurnakan amalan ajaran agama dalam kehidupan rumahtangga menepati kesempurnaan agamaMu. Jauhkan mereka daripada perbuatan dosa dan kemungkaran sepanjang perjalanan membina kehidupan rumahtangga dan melahirkan keturunan dari kalangan orang-orang yang soleh. 
Ya Allah, mereka adalah contoh-contoh hamba-hambaMu yang mencintai ajaran agamaMu. Ya Allah, bimbinglah mereka untuk melaksanakan perbuatan-perbuatan yang boleh mendekatkan manusia untuk cinta dan melaksanakan ajaran agamaMu, istiqamah dengan sunnah Nabi Muhammad SAW.Jangan Engkau mendatangkan ujian dan fitnah dalam cara hidup mereka yang menjadi hijab kepada manusia untuk mencintai agamMu,lindungi tingkah laku mereka daripada menjadi penyebab menjauhkan manusia daripada mengamalkan ajaran agamaMu, sebaliknya Kau anugerahkan kepada mereka kepakaran dalam pekerjaan mereka yang dapat menarik manusia tunduk dan patuh kepada agamaMu. 
Ya Allah,kukuhkan keimanan mereka dan pegangan hidup mereka untuk istiqamah hanya membesarkan keagongan dan kekuasaanMu hingga akhir zaman.Juga kukuhkan keimanan mereka untuk tetap berpegang mengimani NabiMu dengan penuh yakin membenarkan dengan menerima dan patuh terhadap apa yang dibawanya hingga akhir zaman.
rindu rumah.
rindu mereka.

bertabahlah Huda! Esok akan start rotation medicine. setelah sebulan mereput masa tutorial block tak jumpa patient -.- huh, moga Allah mudahkan semuanya InsyaAllah.

Friday, September 30, 2016

see it as an opportunity

assalamualaikum, bismillah.

alhamdulillah another jumuah. aku selalu post hari jumaat. sebab agaknya tu salah satu usaha aku nak produktif pada hari jumaat. hoho (padahal hari2 kena produktif patutnya)

*  *  *  *  *  *

masa aku 3rd year, ada satu assessment pharmacology aku ; markah aku dapat 49.7.
lulus 50 lah of course.
mestila aku nangis.

tu bukan final exam, 
aku cari jalan untuk improve.
aku email Dr F cakap aku nak discuss paper aku.

masuk bilik dia, 

dia go trough paper aku.

'you did well on your essay, you just need to improve your MCQ'

'you don't have to worry, others got lower marks than you. you still have final exam'

dia suggestlah buku tambahan etc.
cakap itu ini. sebab masa tu aku down. aku rasa aku paling teruklah masa tu.
aku suka dapat consultation yang penuh motivasi ni.
and it's free. hahaha

(sebab tu ko suka jumpa lecturer kan? haha)

habis tu, 
dia sudahkan..;

' i know the pain you feel right now, but you must see it as opportunity rather than complete pain' 

aku keluar dengan mata bertakung. cets.
aku pegang kata2 tu.

masa aku 4th year ada satu bedside tutorial medicine.
student yang turned up cuma aku seorang.

dan aku tak tahu Dr F yang akan conduct tutorial tu. nervous bak hang

dia bagi aku patient yang dia kata bagus untuk long case final year. fuhh
so aku buat jelah. jumpa patient, ambil history, exam etc.

dan present dekat dia. dia comment, bagi feedbacks semua.
aku assume dia tak kenal aku. 
sebelum habis session tu..

' i think i remember you'

sudahh..

' and you're not that bad. you're very good (sambil angguk kepala) '

you will always remember those kind souls who makes you feel good. 
especially bila you doubt about yourself.

Friday, September 23, 2016

final year ; titik mula di hujung.

assalamualaikum wbt, bismillah.

alhamdulillah, another jumuaah today :)

pada yang rajin memesan mengupdate blog, siap demand cerita2 summer, walimah2 yang dihadiri, maaflah... doalah aku ni rajin sedikit, juga dikurniakan masa yang diberkati. hihi.

ada katanya ; blog aku ini memang personal sungguh. (hoho) kalau nak public sangat mungkin aku post kat Fb. haha tapi aku selesa begini. tapi janganlah kamu tertipu, ia hanya sebahagian.. daripada bahagian-bahagian rasa hati. tiada paksaan, jika ada yang sudi baca, dialukan.. aku cuma ingin merdeka dari menulis untuk memuaskan orang lain.

* * * * *
beberapa minggu yang lalu i can still remember the scene.
di bilik study;
' huda, macammana huda balance? '

tiba-tiba. aku terhenti. pada rutin pagi, kebiasaan aku menulis, mengupdate aktiviti di kalendar. mengemas meja etc. mungkin monolog aku didengar..   'okay huda, hari ni ada ni... nanti usrah, esok usrah QA yadayadyayada ' 

yeah, i love to talk to myself. mungkin kena monolog dalaman. haha!

'hmmm???'

' yelah, boleh ke balance. entahlah dengan ikhwah pun terus terang kata tak nak pergi daurah sebab concern akademik'

gulp! *peluh* i wish i don't have to answer this kind of question, dengan spesific keadaan. mungkin pada final year ('fasa rehat') aku masih berusaha membawa liqa' usrah mingguan, pergi ke daurah, meeting tarbiyah etc. NI soalan paling susah untuk final year lah kot. lol

' pasal ikhwah tu tak apalah. biarlah.. kalau nak kata yang patut lagi tak payah pergi daurah, saya kot. diorang tu scorer kot.. (ops. takda ikhwah baca blog aku ni hahahah)

entahlah.. saya tak boleh nak cakap on behalf of them..itu tak adil.. 

tapi saya personally,, bukan setahun dua kot dalam tarbiyah ni.bukan lama jugak pun nak kata saya dapat kefahaman tarbiyah, jatuh cinta dengannya, masa tu saya form 4. masa tu, form 5 kami pun akan face exam besar SPM. ada 3 kawan sekali. kami bawak usrah , kami pegang badan kepimpinan sekolah. dan kami bertekad kita kena score SPM, pada kefahaman dan tujuan dakwah kami. (pada tahap itu)'

'alhamdulillah. (ketiganya masih di jalan ni, dan semua dapat belajar oversea walaupun bidang berbeza. moga Allah tsabatkan kita)
 mungkin SPM tak susah sangat, tapi final year medik. huh. i know it's hard..
it's super duper hard. medic ni memang kena letak jiwa raga, masa semua. 

cuma, pada tahap tarbiyah dan kefahaman sedia ada saya, 
saya cuma tak mampu nak menzalimi diri saya. hak tarbiyah dan dakwah yang telah saya fahami selama ini.

selagi saya mampu, saya buat. banyak yang kita kena korbankan mungkin masa rehat kita, masa tidur kita tu, huhu
dan ada pada masa-masanya prioritinya berbeza. tuntutan dakwahnya berbeza.
ada masa tak dapat pergi daurah, tak pergilah. '

senada. ada keluhan berat kot di hujung ayat (hoho). 

at this time, tak ada kot istilah balance, kalau yang difahami itu 50-50 baru balance. aku tak mampu balance. don't get me wrong, i'm trying my best untuk perform academically. I wanna grad with honours, I wanna become a great physician, InsyaAllah. I love medicine. walapun selalu love-hate-complicated relationship. haha

akhirnya kita sendiri yang tahu pada neraca kita, kita nak meletakkan sesuatu itu macammana. tipu kalau aku tak cakap, betapa mudahnya tenggelam di sebalik buku-buku akademik, jadual dan tuntutan studi sehingga masa untuk DnT tinggal yang berbaki :(

tapi... 
selagi kita faham, tarbiyah dan dakwah yang kita hidup dengannya inilah yang kita kena perjuangkan, kita perjuangkanlah sehabis upaya, sebaik mungkin. kita berikan masa-masa terbaik dan usaha yang terbaik. meski berat. susah.. i know, i'm struggling too..

cuma, aku tahu ini hanya permulaan, pada jalan hidup yang lagi panjang. rileklah bro, sis, single lagi kot, belum ada anak isteri/suami, belum ada jawatan, belum ada nama, pangkat, harta..hehe

aku pun tak tahu adakah aku akan terus tsabat. selalu juga risau. tapi kita usahalah. 

dan, pada minggu2 soalan mencabar itulah, aku membaca sekitar tentang 'pengorbanan', (elleh, tak ada pun berkorban apanya kau ni huda -,-) tentang rukhsah yang jangan terlalu dimanjakan! meh la nak share 1 hadith yang memotivasikan aku. ecehh

dari Abu Hurairah, ia berkata : seorang yang buta pernah menemui nabi s.a.w dan berujar , " Wahai rasulullah, saya tidak memiliki seseorang yang dapat menuntunku ke masjid.'' Lalu dia meminta keringanan kepada Rasulullah untuk solat di rumah. Ketika sahabat itu berpaling, beliau kembali bertanya, "Apakah engkau mendengar panggilan solat (adzan)? '' Lelaki itu menjawab, "Iya." beliau bersabda , " Penuhilah seruan tersebut (hadiri solat jemaah), " (HR Muslim, Abu Daud, Nasa'i, dan Ibnu Majah)

dan tahukan siapa lelaki buta itu?
Dialah Abdullah B. Ummi Makhtum.
bukan lelaki biasa yang mudah2 minta keuzuran dan mencipta alasan.
dan kita sendiri tahulah akhirnya segemilang apakah beliau.

beliaulah yang sebatas 'kebutaan' itu menemani Mus'ab B. Umair pada permulaan dakwah di Madinah
beliaulah yang sebatas 'kebutaan' itu memegang panji di medan perang.

dan diatas banyak lagi kehebatannya,
kerana beliau jugalah, kekasih kita Rasulullah s.a.w ditegur Allah.

kita cuma mencari qudwah, meminjam himmah
lalu kita tanyakan diri sendiri, apa yang sebenarnya kita kejar dalam hidup ini?

Saling mendoakan jom? :)

since ni tahun terakhir sebagai Undergrad student di Ireland (InsyaAllah), haha nantikan post-post berbentuk appreciation, motivation, memories, di samping bittersweet moments. eceh. LOL ada masa ke tu Khalilah Alhuda?? :*

class photo ucc medicine 2017 

Saturday, August 27, 2016

perwarisan yang kita risaukan

assalamualaikum, bismillah.

oh hai? okay alhamdulillah aku dah selamat kembali ke bumi Cork. Dah 3 hari- yang penuh in denial dan miserable. layanan family masa cuti summer lepas buat aku berat nak pulang menghabiskan degree ni. berlemak- terhegeh-hegeh bak kata umi nak packing barang, macam-macam benda tinggal, dekat KLIA buat drama macam-macam lahai.

'ala kulli hal alhamdulillah, alhamdulillah. 

c'mon huda; final lap!  jangan nak lemau baru nak start ni. mudahkanlah ya Allah. hanya kepadaMu aku sembah dan aku mohon pertolongan.

'apa yang awak risaukan?'

'i'm expecting too much from myself
but... i'm not ready (yet) ;( '
 

' do not think limits.
stop worrying, please '

Dan, tahun akhir pengajian, kononnya orang kata (ke aku yang rasa) dah risau apa agaknya yang akan ditinggalkan. kalau ada rezeki sambung kerja sini, InsyaAllah aku sambung, tapi kalau tak, maknanya.. lepas grad balik Malaysia lah.

dan keep on repeating the same question ; Cork macammana nanti? Ireland? UK?

cets. tulah buat kerja betul2 taknak, cuba buat betul2 dari awal -.- , baru nak pening sekarang? lepas tu rasa tanpa kita berada di dalam kafilah dakwah- amal di Cork-Ireland-UK macammana dakwah di sini? macam tu ke mindsetnya? fuhhh

dan aku belajar benda besar tentang mindset perwarisan pada summer yang baru ni.

alhamdulillah berpeluang kembali ke sekolah untuk train (tak adalah train sangat sebenarnya) team debat sekolah dan team bola jaring (padahal lama dah tinggal, tak layak rasanya bila cg panggil.huhu). Dan dengan izin Allah juga berkesempatan hadiri JOM (journey of a muslim) - program pre-departure untuk pelajar sebelum ke UK dan Ireland.

pada aku, apa yang common tentang 3 peristiwa itu adalah- usaha perwarisan.
dan aku berusaha untuk menjadi satu watak dalam peristiwa itu adalah kerana ada terbit rasa sayang pada ke 3-3 amal tersebut. sebab itu adalah part of me. in the past or even now.

kerana sayang; kita usahakan.

dan paling menyentuh hati - bila dekat JOM. dengan penuh sedar, pada tazkirah maghrib, aku renung wajah adik-adik yang aku kenal pun barangkali tidak.. satu perasaan yang menyebabkan air mata bertakung di kelopak mata.

i don't know how to describe my feeling at that time.. haru ke, hiba ke entah.

tengok adik-adik junior sekolah punya team debat dan team netball pun ada perasaan yang lebih kurang sama.

tapi itu bukan isunya.

jauh lebih itu, yang menghentak hati adalah..

'kalau kita tak buat apa-apa pun ada pewarisnya juga. ada InsyaAllah. bahkan mungkin yang lebih baik'

dalam beramal, dalam jalan dakwah ni, 
kita buat kerja kita. serisau mana kita. Allah jualah yang tetap akan menguruskan segalanya.

aku tak menafikan dakwah ini juga bukannya magic. kita bukan zaman abrahah, kita perlu bekerja, bekerja, bekerja.

tapi, kalau kita merasakan kerana kita- akan berhasilnya sesuatu, atau kalau tanpa kita tidak akan berhasilnya sesuatu, aku rasa itu mindset yang tidak tepat.
yang bahkan membunuh jiwa para dai yang bekerja.
mematikan motivasi si daie yang berusaha.

jika kita masih terus menerus mengukur dakwah ini dengan hasilnya, sehingga sebuah 'legasi' menjadi dominasi dan tujuan kita beramal,  maka akan lebih banyaklah daie yang akan kecewa. bahkan boleh lari meninggalkan kafilah ini.

sebab lebih banyak hasil yang tak manjadi (hmm, mungkin pada aku)

dan kita bekerja bukan untuk menabur jasa pada dakwah. bukan juga mengukur keberjayaannya pada saat kita mahu melihatnya di depan mata. saat ini! ah terburu-burunya!  

satu ayat yang cukup untuk menbuatkan kita tunduk merendah diri dalam beramal; sesungguhnya..dakwah ini tidak memerlukan kita, bahkan kitalah yang memerlukan amal dakwah dalam mengagungkan Allah sebagai pengagungan terbesar bagi seorang hamba.

tak apalah kalau yang menjadinya hanya seorang.
yang dicampak ke laut menjadi pulau.

tak apalah yang lebih banyaknya mempersoalkan gerak kerja dakwah kita, melihat sinis bahkan menentang, asal kita kita gembira menjadi kuli Tuhan.

tidak bahagiakah?

dalam usaha kita mewariskan sesuatu be it- dakwah or anything else yang kita pernah hidup dengannya, disubur cinta olehnya, kesemuanya moga2 dilakukan dengan penuh kerelaan, untuk 'kegembiraan' kita bukan satu kerja untuk dimegahkan.

tanpa kita sendiri beramal, ke mana kita?

' dan jika kamu berpaling niscaya Allah akan mengganti(mu), dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini).' (47:38)

' Jika Allah menghendaki, nescaya Dia memusnahkan kamu hai manusia, dan Dia datangkan umat yang lain (sebagai penggantimu)..' (4:133)

' Jika Dia menghendaki, nescaya Dia membinasakan kamu dan mengganti(mu) dengan makhluk yang baru, dan yang demikian itu sekali-kali tidak sukar bagi Allah'  (14: 19-20)


tanpa kita, bukan dakwah tak jalan. 
jangan begitu perasan ya akhi, ukhti..

diganti - dan itu tidaklah sukar bagi Allah.

semoga terus dengan himmah mewariskan amal-amal yang berhujungnya di syurga. 
hasilnya menjadi tetamu nabi, melihat wajah Allah.

tsabbit qulubana ya Allah!