Pages

Friday, January 29, 2016

habis OnG rotation

assalamualaikum, bismillah.

alhamdulillah weeeee last day OnG. rasa cepat sangat masa berlalu.

Prof L.Kenny suka promote,dan timbulkan minat  ketorang semua dengan OnG. Sorry prof, memang best, menarik sangat, tapi saya tak nampak bidang OnG ni jadi my career.. still paeds/Anaest on top of the list :P ahh biased.

Anyway,
sepanjang sebulan rotation ni, aku paling suka pergi AnteNatal Clinic. bukan sebab suka sangat nak check perut2 mak2 buyung atau scan2 baby, tapi suka perhatikan couple yang datang (it sounds weird la huda :O)

kalau anak first (2nd/3rd pun sama), dan both parents are looking forward to have the baby, their reaction during consultation always make me smile. never ever fails to make me smile. punyalah excited tu obvious okay, tengok mata diorang bercahaya tengok heartbeat baby pun dah alahai... yang mak mata berair sebab terharu ke happy ke tak surelah, tapi aku pun macam nak terikut sekali berair mata lol.

Dan, aku suka tengok documentary pasal fetus dalam womb. sebab its just a miracle. subhanAllah. dan masa tengok operation pun rasa macam subhanAllah. tapi distracted sikit la bila baby keluar mata duk melilau kat baby, padahal aku sepatutnya focus on that operation. nak main dengan baby pulak -,-

dan rotation ni,
buat rasa lebih kena mensyukuri nikmat ada ibu . besar sangat pengorbanan para ibu ni..huhu

'ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula)..' (46:15)

'ibunya mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah..'
(31:14)

knowing that fact, dengan memang belajar semua proses tu, tahu fakta2 risiko2 etc & apa yang Allah state dalam quran.. sebenarnya Allah nak kita buat baik je dengan mereka. buat baik kepada mereka kerana Allah *nangis keinsafan*

sebenarnya tak ada nak tulis banyak, just in denial...
tak nak research block next week huhu, please help mee... 

Tuesday, January 26, 2016

melupakan sumbangan di jalan dakwah

assalamualaikum, bismillah..

dah masuk minggu ke - 4 ulang tafsir Al-muddatsir.. susah, susah nak taujihkan :( dari khawatir quraniyyah, lompat tafsir zilal dan wadhih..

bila sekarang fasa tengah murajaah juzuk 28, sampai as-soff, wahai orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan? itu sangat dibenci oleh Allah..

ya Allah, menampar2.. double shots. bleed.
sebab dia feel lebih bila dalam keadaan yang sesuai kot dengan hidup kita.

Al-muzzammil
Al-muddatsir

surah favourite masa qiyam.. kadang baca, memang boleh hanyut dalam bait-bait kata Allah..kadang tenggelam, jiwa terbang dalam dunia lain bersama lantunan ayat Allah

tapi tak kurang selalu juga
hanyut dalam kemengantukan. huhu
hanyut dalam rutin harian
astaghfirullah.


Wahai orang yang berkemul!
bangunlah, lalu berilah peringatan!
dan agungkanlah Tuhanmu
dan bersihkanlah pakaianmu, (hati dan jiwamu)
dan janganlah engkau memberi (dengan maksud) memperoleh balasan yang lebih banyak.


dan janganlah engkau memberi (dengan maksud) memperoleh balasan yang lebih banyak.


dan janganlah engkau memberi (dengan maksud) memperoleh balasan yang lebih banyak.

.
..
...


kalau nak beri, be it apa2, tapi mengharap memperoleh balasan yang lebih banyak, lebih baik jangan beri. Daie, memang terlalu banyak yang dituntut untuk memberi. masa, harta, fikiran, tenaga..

tapi again, jangan harap mendapat balasan yang lebih banyak.

kalau dalam tafsir wadhih kata simple je; jangan kamu memberikan sumbangan meskipun banyak, kemudian kamu merasakan dalam dirimu ia adalah banyak. malah hendaklah kamu meyakini bahawa ia adalah sumbangan yang sedikit..

Allahu Allah..

akhawati fillah,
daie yang sesudah bekerja kuat, lalu mengalami, krisis jiwa, yang burnt out - stress out..
sebenarnya mengharapkan apa?
jom kita muhasabah
(lebih2 lagi diri sendiri, tolong ingatkan kalau aku terlupa, kalau terbabas..)

dalam tafsir zilal, menghuraikan..
Rasulullah diarahkan untuk melupakan dirinya dan tidak mengungkit-ungkit usaha dan perjuangan yang telah dilakukan, atau menganggapnya banyak dan besar..

itu Rasulullah tau...memang tak mampu nak lawan kot :(

pada diri rasulullah, memang telah memberikan banyak tenaga, mencurahkan pengorbanan, dan menjumpai penderitaan yang banyak, Tetapi Allah, menghendaki agar Rasulullah (kita) tidak menganggap besar apa yang dicurahkan, tidak menganggap banyak pengorbanannya, tidak merasa berjasa dengan perjuangannya..

sambung syed Qutb lagi.. dakwah ini, tidak akan bisa berjalan lurus di dalam jiwa yang selalu merasakan dan memikirkan apa yang telah dicurahkan dan dikorbannya.  Kerana pengorbanan dan perjuangan yang besar tidak akan dapat dipikul oleh jiwa kecuali ketika ia melupakannya, bahkan ketika ia tidak merasakannya sama sekali kerana ia tenggelam dalam perasaannya bersama Allah.

Allahu Allah..

lebih jauhlah kita panggang dari api (!)

kadang rasa tempang.
usrahmates jauh, murabbi jauh..
yang dekat, tak sanggup nak bebankan lagi
tapi tuntutan datang bertubi2 (walhal wallahi sebenarnya buat seciput je)
dengan sejuta kelemahan diri rasa hinanya tak mampu nak handle.

tapi somehow, Allah ajar untuk bergantung pada Allah.
berhibur dengan ayat2 Allah
berhibur dengan kisah2 nabi

ada je fasa yang serabut sangat
rasa nak meletup kepala (okay over)
tapi.. kena juga kawal emosi, 

(i know i'm bad at this, will try to be better insyaAllah- tapi kalau tiba2 isolate diri, diam, senyap, aku probably tengah handle diri. i need space to deal with myself. dan ni pelik, tapi somehow berkesan juga pada aku. kalau emosi membuak sangat tu, pi basuh bilik air. haha, bukan nak kata basuh bilik air tu hina, tapi pada aku dia lembutkan sikit hati, tenangkan sikit perasaan)

bila tengah peak tu..
jangan lepas dekat manusia..
tak mampu nak buat, diamkan. 
(nangis lah kalau nak nangis. terapi juga tu. hihi)
tak mampu nak handle, admit.

selagi mampu buat, buatlah dengan tenang dan gembira. weee :)  offer diri, sebab akhirnya memang kita tak tahu pun amal mana yang Allah akan terima kan..jadi apa limitnya nak bersamal?

paling kena avoid is  mujahadah ; ungkit. seolah2 kita menanam, sekelip mata hangus! na'uzubillahi min zalik :(

cari Allah..
Allah paling tahu apa ubatnya.

current buku bacaan. kena pada masanya. huuu


dan doa ni, sangat powerful, dan sangat memberi kesan di hati aku.
dulu masa stress nak exam, nak spm. (e'elleh spm je. huhu) selalu lah ulang. huhu

tapi bukan exam je kan hidup ni.


banyak lagi benda nak fikir.

Baca doa ni je pun, dah separuh masalah hilang :)


Dan kerana TuhanMu, bersabarlah.
(74: 1-7)

Tuesday, January 19, 2016

bahagia & gembira bersama dakwah

assalamualaikum, bismillah.

" katakanlah, Dengan karunia dan rahmat Allah lah hendaknya mereka bergembira (berbahagia). kerana ia lebih baik daripada semua apa yang bisa mereka kumpulkan " ( 10 :58)

come across tafsir, tadabbur ayat ni masa Jaulah ke Scotland winter lepas.
terngiang-ngiang, terbayang-bayang. masa tu baru sampai Edinburgh. lapar, sejuk, gelap.

bila usrah kena tadabbur ayat ni, 
rasa macam, Ya Allah, ni bukan kebetulan kan? 
2nd shot.

kita tahu something wrong inside,
bila bacaan quran kita, tadabbur kita tak basah.
mata tak bertakung airmata baca ayat Allah, hati tak bergetar.
bila 'cuti' kita (aku je kot)  tak mujahadah langsung nak bangun awal sikit sebelum subuh untuk zikir.
malam ambil peluang stay up lama.
alasan sebab tak boleh solat, tak tahajud.
selalu bangun orang kejut nak ma'thurat pagi.
bila murajaah qurannya lembab macam tak boleh ampun.
Allah.. something wrong inside..

hati aku sakit.
Allahummaghfirli dzunubi ya Allah..

bila dalam sakit, tempang rasa dalam beramal :(

rasa nak nangis sorang-sorang. ada masanya rasa serabut.
banyaknya benda nak fikir, nak kena buat.
tapi nak push orang takut..

kadang-kadang kita rasa penat kan? memang sunnatullah nya bukankah begitu?
dengan pengorbanan masa, tenaga, harta, fikiran (yang Allah... cuma sedikit).., 
kita tahu di situlah nilai dan harga sebuah dakwah yang sangat mahal...

kadang tertanya.. 
menyertai dakwah ni memang nak bagi kita rasa penat-memenatkan, berkorban-mengorbankan? begitukah?

tapi Allah kata, sunnatullah nya juga dakwah ini akan menang. kemenangan dan keberhasilan dakwah juga adalah sunnatullah. bekerjalah, kemenenangan akan tiba.. dan kita juga akan merasa bahagia bila dakwah kita berhasil. tak happy ke, mutarbbi membesar? program menyentuh hati mad'u? semakin ramai yang masuk saf perjuangan.. of course la happy..

tapi bahagia para daie merentasi semua itu.

Ayat tadabbur menjengah.. diulang kesekian kalinya..

" katakanlah, Dengan karunia dan rahmat Allah lah hendaknya mereka bergembira (berbahagia). kerana ia lebih baik daripada semua apa yang bisa mereka kumpulkan " ( 10 :58)

kegembiraan yang paling besar adalah bila Allah memberi hidayah kita masuk di saf ini. kita admit, kita happy untuk itu, kita happy jika kerja berhasil. tapi kita tak mampu merasai kebahagian tersebut tanpa rahmat  & kurniaan daripada Allah.

para daie, mengembalikan perasaan bahagianya kepada Allah yang hanya dengannya kita merasakan semua itu. kita sesungguhnya bahagia bila Allah memilih kita memikul beban dakwah ni.

bahagialah..
berbahagialah..
huda, kau bahagia kan?

kata ibnul Qayyim, kata 'Al-Farh' dalam ayat tu merupakan bentuk kenikmatan tertinggi bagi hati, kerana berbahagia dengan sesuatu bererti redha dengan keberadaannya, bahkan di atas sikap redha. padahal redha sendiri akan bisa memberi memberikan ketenangan, kedamaian dan lapang dada bagi para daie.

bagaimanakah rasanya bahagia di atas rasa redha?

Allah,

bimbing hati aku,
agar sentiasa
sentiasa.

tanpa ragu,
dan padu..
mengatakan pada diri..
memujuk hati..

sesungguhnya.
aku bahagia dan gembira bersama dakwah ini.



Monday, January 11, 2016

selagi ada waktu..

assalamualaikum, bismillah.

siang tadi, call umi. masa tu umi dalam kereta dengan abi..hah, senang tak perlu call dua kali. lol. tak tahu nak cakap apa sebenarnya. cakap dekat umi.. 'saja je call sebab bosan'

nak dengar suara je..
literally cakap dengan abi untuk dengar suara je.. hahaha

'okaylah abi umi, nanti huda call lagi'

letak phone, apa lagi.. banjir. pastu mestilah tidur after tu. drama.

abi selalu juga tanya okay tak, sebab tu kena lagi kerap call supaya mereka tak risau sangat. tula cari pasal acah2 tanya 'macammana kalau huda nak quit medic ni?'

risau anaknya stress ke depressed ke apa. tapi tulah lain kali jangan cari pasal. sikit lagi huda, InsyaAllah setahun setengah lagi nak grad dengan flying colors! InsyaAllah. *bagisemangatsikitdekatdirisendiri*

semangat sikit supaya abiumi datang lagi masa convo, insyaAllah

*  *  *  *  *


'enti punya language of love apa eh?' random betul makcik sebelah ni

'ohh tahu benda tu.. apa eh option yang ada? lupa' 

' dia ada act of service, gift, words..'

'oh haa, act of service'

' sama. ana kalau words cakap la macammana pun..'

'sama lah'

random conversation pagi2 sambil heret Didi pergi hospital. kesian betul kena pi hospital. Tadi bila balik rumah, rasa bilik kosong rasa macam pelik. 6 hari didi datang sini, jadi teman borak, membahan sekali la of course (haha), teman motivasila juga especially bila amal fardhi, rasa kosong pula bila didi balik. I thank Allah for this ukhuwah, Almost 13 years!.. and counting..

'dee, nti ana minta maaf kalau jadi fitnah pula enti datang sini'

biasalah kena la kacau sikit... Uuuuu datang Cork sebab birthday Huda keee. lol

'dee, enti rasa salah ke? maksud ana hubungan kita ni? (okay jangan salah faham) sekarang kan selalu isu attachment among akhawat. faham kan?'

'ana rasa tak. as long as ianya membantu tarbiyah. tak menghalang. tak ada pun nak kena ada selalu. .'

dan rasa bersalah juga la sebab didi 'dipergunakan' betul lah dekat sini. haha pakat follow je. Paksa rela juga la..

Dee, tolong eh bagi pengisisan tambahan muntalaq bab 6 usrah ana.
Dee, tolong bagi pengisian mabit eh weekend ni
Dee, tolong sikit aktiviti pagi mabit
Dee malam ni ana usrah di Ansar, nak ikut? tidur sana
Dee ana nak tidur Bushra , nak jumpa anak usrah sikit. tidur sana.
Dee usrah ana dekat Iman, kita tidur sana.

on sokmo. buat itu ke sana ke mari dalam masa 6 hari heret sekali. terhutang budi :) sebenarnya kesian juga, tapi dee pasrah je. haha. Alhamdulillah.

At the same time,

Didi pun ada malamnya aku meeting dia; dia pun ada dia punya usrah. esoknya bawak usrah lagi satu, esoknya bawak usrah lagi 1. pengsan wo bawa 2 usrah. jzkk sebab share himmah jadi rijalul 'Amal. dengan final year nya lagi. huhu.

Taknak fikir, tapi terfikir.. tahun ni Dee akan balik... dan would our ukhuwah be the same? InsyaAllah, as long as atas jalan ini, aku tak risau bab tu :)

Tu Dee, kalau shee lagi banyak juga belajar. waqi' Malaysia bawa 2 usrah. mampu? hewhew. shee.. bila nak datang sini? ;p

belum lagi orang2 lain yang kita jumpa jalan ni sama2, membesar sama. banyak sangat boleh belajar dengan each other.

* * * * *

pagi tadi habis mabit akhawat Cork. Tema kali ni Muhasabah, so bila buat aktiviti nasihat/teguran among akhawat malam tadi, memang tak sabar nak ditegur.

tema samala dah agak;
bab keseriusan-kegarangan , cakap direct, err dan adik beradik emo-emo. hewhew. tak berubah la huda ni T.T. astaghfirullah.. dan banyak lagi kena belajar faham akhawat nii. kita sesama kita adalah lapangan tarbiyah sesama.

rasalah sedih sikit, normal la kan, sebab down la tengok lompongnya akhlak sendiri, tapi kata daie? huu. tapi sebenarnya kita lagi teruk daripada apa yang akhawat katakan. hanya Allah yang tahu betapa lompongnya diri kita.

dengan usrah hari sebelumnya teremo sebab anak usrah lambat (lek la huda) pastu spoil kan mood orang nak sambut birthday, huhuu. pastu rasa down,, mula la datang perasaan tak nak bawak usrah balik. huhu. bukan sebab down dengan anak usrah, tapi down dengan diri sendiri. rasa tak layak nak mentarbiyah :(

so instead, aku la yang sangat belajar banyak daripada 7 orang murabbi ni. yang setiap satunya dengan keistimewaanya tersendiri. moga Allah tsabatkan insyaAllah. aamin!


kena belajar lagi ni siap ada pesanan ikhlas.

' kena belajar usaha akhawat nak sweet dengan awak' 
'moh le belajar berkasih sayang'

aha! okay noted.
i should know their language of love perhaps? resolusi tahun baru ke Huda? haha
supaya tak la communicate dengan bahasa yang berbeza. susah nak faham kalau gitu. kan?

Ya Allah, moga Kau kurniakan kami jiwa yang sering mengakui kesilapan sendiri, sering berusaha memperberbaiki diri , sering memperbaharui taubat, yang menghisab diri sendiri, hati yang lembut dan sering memaafkan dan memohon maaf. InsyaAllah. Aaminn!

dengan tarbiyah, kita belajar untuk lawan arus kan? 
always.
belajar untuk tidak ikut keinginan sendiri
belajar untuk ikut acuan Allah
belajar berubah...
meskipun bertahun2 masa yang diperlukan,
moga2 kita tak menyerah/mengalah dengan tarbiyah :)

selagi masih ada masa,
nak kena belajar appreciate orang sekeliling,
sebelum tak punya masa lagi...

Thursday, January 7, 2016

kita bermula kerana Allah..

Assalamualaikum , bismillah.


makin hari hentakan akhawat (or ikhwah)
datang dan pergi..
layu dan bertenaga..
yang terlihat dan tersembunyi..
yang diketahui yang tidak diketahui..
yang wujud yang hilang..

yang tenggelam, lalu timbul..
lalu tenggelam..
lalu timbul..
lalu tenggelam..
lalu timbul...

diasak ombak ganas..
dibuai ombak lembut..
mendapatkan cruise mewah..
pelayan indah,,


lalu tenggelam..
lalu timbul..
lalu tenggelam..
lalu timbul..
lalu tenggelam..

lalu..

l
e
m
a
s
!

itu pedih.

' Huda, nak nasihat sikit, sebelum BFG, macammana nak tsabat '

' Saya pun belum BFG. huhu, dan saya tak terbukti tsabat. saya belum mati(!)

(nak bagi kata semangat, ayat  quran, dah quite banyak dah dapat dalam proses pentarbiyahan kita selama ni)

tapi satu benda je kot, kena keep on remind diri kita..

kita bermula kerana Allah,

dan kita tak akan berhenti kerana manusia mahupun suasana.

Allah. 

reasonnya dah cukup besar kot? '



kalau saya sendiri 
tenggelam timbul
tak nampak dah tujuan..
do remind me please.
atau bagi je se-das
'huda, awak futur ni..'