Pages

Tuesday, January 19, 2016

bahagia & gembira bersama dakwah

assalamualaikum, bismillah.

" katakanlah, Dengan karunia dan rahmat Allah lah hendaknya mereka bergembira (berbahagia). kerana ia lebih baik daripada semua apa yang bisa mereka kumpulkan " ( 10 :58)

come across tafsir, tadabbur ayat ni masa Jaulah ke Scotland winter lepas.
terngiang-ngiang, terbayang-bayang. masa tu baru sampai Edinburgh. lapar, sejuk, gelap.

bila usrah kena tadabbur ayat ni, 
rasa macam, Ya Allah, ni bukan kebetulan kan? 
2nd shot.

kita tahu something wrong inside,
bila bacaan quran kita, tadabbur kita tak basah.
mata tak bertakung airmata baca ayat Allah, hati tak bergetar.
bila 'cuti' kita (aku je kot)  tak mujahadah langsung nak bangun awal sikit sebelum subuh untuk zikir.
malam ambil peluang stay up lama.
alasan sebab tak boleh solat, tak tahajud.
selalu bangun orang kejut nak ma'thurat pagi.
bila murajaah qurannya lembab macam tak boleh ampun.
Allah.. something wrong inside..

hati aku sakit.
Allahummaghfirli dzunubi ya Allah..

bila dalam sakit, tempang rasa dalam beramal :(

rasa nak nangis sorang-sorang. ada masanya rasa serabut.
banyaknya benda nak fikir, nak kena buat.
tapi nak push orang takut..

kadang-kadang kita rasa penat kan? memang sunnatullah nya bukankah begitu?
dengan pengorbanan masa, tenaga, harta, fikiran (yang Allah... cuma sedikit).., 
kita tahu di situlah nilai dan harga sebuah dakwah yang sangat mahal...

kadang tertanya.. 
menyertai dakwah ni memang nak bagi kita rasa penat-memenatkan, berkorban-mengorbankan? begitukah?

tapi Allah kata, sunnatullah nya juga dakwah ini akan menang. kemenangan dan keberhasilan dakwah juga adalah sunnatullah. bekerjalah, kemenenangan akan tiba.. dan kita juga akan merasa bahagia bila dakwah kita berhasil. tak happy ke, mutarbbi membesar? program menyentuh hati mad'u? semakin ramai yang masuk saf perjuangan.. of course la happy..

tapi bahagia para daie merentasi semua itu.

Ayat tadabbur menjengah.. diulang kesekian kalinya..

" katakanlah, Dengan karunia dan rahmat Allah lah hendaknya mereka bergembira (berbahagia). kerana ia lebih baik daripada semua apa yang bisa mereka kumpulkan " ( 10 :58)

kegembiraan yang paling besar adalah bila Allah memberi hidayah kita masuk di saf ini. kita admit, kita happy untuk itu, kita happy jika kerja berhasil. tapi kita tak mampu merasai kebahagian tersebut tanpa rahmat  & kurniaan daripada Allah.

para daie, mengembalikan perasaan bahagianya kepada Allah yang hanya dengannya kita merasakan semua itu. kita sesungguhnya bahagia bila Allah memilih kita memikul beban dakwah ni.

bahagialah..
berbahagialah..
huda, kau bahagia kan?

kata ibnul Qayyim, kata 'Al-Farh' dalam ayat tu merupakan bentuk kenikmatan tertinggi bagi hati, kerana berbahagia dengan sesuatu bererti redha dengan keberadaannya, bahkan di atas sikap redha. padahal redha sendiri akan bisa memberi memberikan ketenangan, kedamaian dan lapang dada bagi para daie.

bagaimanakah rasanya bahagia di atas rasa redha?

Allah,

bimbing hati aku,
agar sentiasa
sentiasa.

tanpa ragu,
dan padu..
mengatakan pada diri..
memujuk hati..

sesungguhnya.
aku bahagia dan gembira bersama dakwah ini.



2 comments:

Anonymous said...

Salam 'alaik,
murajaah tu apa ? :D

Khalilah Alhuda said...

wasalamun alaik,

dalam konteks post ni, murajaah tu,,
mengulang bacaan surah2 / ayat2 Al-Quran yang kita dah hafal :)