Pages

Monday, January 11, 2016

selagi ada waktu..

assalamualaikum, bismillah.

siang tadi, call umi. masa tu umi dalam kereta dengan abi..hah, senang tak perlu call dua kali. lol. tak tahu nak cakap apa sebenarnya. cakap dekat umi.. 'saja je call sebab bosan'

nak dengar suara je..
literally cakap dengan abi untuk dengar suara je.. hahaha

'okaylah abi umi, nanti huda call lagi'

letak phone, apa lagi.. banjir. pastu mestilah tidur after tu. drama.

abi selalu juga tanya okay tak, sebab tu kena lagi kerap call supaya mereka tak risau sangat. tula cari pasal acah2 tanya 'macammana kalau huda nak quit medic ni?'

risau anaknya stress ke depressed ke apa. tapi tulah lain kali jangan cari pasal. sikit lagi huda, InsyaAllah setahun setengah lagi nak grad dengan flying colors! InsyaAllah. *bagisemangatsikitdekatdirisendiri*

semangat sikit supaya abiumi datang lagi masa convo, insyaAllah

*  *  *  *  *


'enti punya language of love apa eh?' random betul makcik sebelah ni

'ohh tahu benda tu.. apa eh option yang ada? lupa' 

' dia ada act of service, gift, words..'

'oh haa, act of service'

' sama. ana kalau words cakap la macammana pun..'

'sama lah'

random conversation pagi2 sambil heret Didi pergi hospital. kesian betul kena pi hospital. Tadi bila balik rumah, rasa bilik kosong rasa macam pelik. 6 hari didi datang sini, jadi teman borak, membahan sekali la of course (haha), teman motivasila juga especially bila amal fardhi, rasa kosong pula bila didi balik. I thank Allah for this ukhuwah, Almost 13 years!.. and counting..

'dee, nti ana minta maaf kalau jadi fitnah pula enti datang sini'

biasalah kena la kacau sikit... Uuuuu datang Cork sebab birthday Huda keee. lol

'dee, enti rasa salah ke? maksud ana hubungan kita ni? (okay jangan salah faham) sekarang kan selalu isu attachment among akhawat. faham kan?'

'ana rasa tak. as long as ianya membantu tarbiyah. tak menghalang. tak ada pun nak kena ada selalu. .'

dan rasa bersalah juga la sebab didi 'dipergunakan' betul lah dekat sini. haha pakat follow je. Paksa rela juga la..

Dee, tolong eh bagi pengisisan tambahan muntalaq bab 6 usrah ana.
Dee, tolong bagi pengisian mabit eh weekend ni
Dee, tolong sikit aktiviti pagi mabit
Dee malam ni ana usrah di Ansar, nak ikut? tidur sana
Dee ana nak tidur Bushra , nak jumpa anak usrah sikit. tidur sana.
Dee usrah ana dekat Iman, kita tidur sana.

on sokmo. buat itu ke sana ke mari dalam masa 6 hari heret sekali. terhutang budi :) sebenarnya kesian juga, tapi dee pasrah je. haha. Alhamdulillah.

At the same time,

Didi pun ada malamnya aku meeting dia; dia pun ada dia punya usrah. esoknya bawak usrah lagi satu, esoknya bawak usrah lagi 1. pengsan wo bawa 2 usrah. jzkk sebab share himmah jadi rijalul 'Amal. dengan final year nya lagi. huhu.

Taknak fikir, tapi terfikir.. tahun ni Dee akan balik... dan would our ukhuwah be the same? InsyaAllah, as long as atas jalan ini, aku tak risau bab tu :)

Tu Dee, kalau shee lagi banyak juga belajar. waqi' Malaysia bawa 2 usrah. mampu? hewhew. shee.. bila nak datang sini? ;p

belum lagi orang2 lain yang kita jumpa jalan ni sama2, membesar sama. banyak sangat boleh belajar dengan each other.

* * * * *

pagi tadi habis mabit akhawat Cork. Tema kali ni Muhasabah, so bila buat aktiviti nasihat/teguran among akhawat malam tadi, memang tak sabar nak ditegur.

tema samala dah agak;
bab keseriusan-kegarangan , cakap direct, err dan adik beradik emo-emo. hewhew. tak berubah la huda ni T.T. astaghfirullah.. dan banyak lagi kena belajar faham akhawat nii. kita sesama kita adalah lapangan tarbiyah sesama.

rasalah sedih sikit, normal la kan, sebab down la tengok lompongnya akhlak sendiri, tapi kata daie? huu. tapi sebenarnya kita lagi teruk daripada apa yang akhawat katakan. hanya Allah yang tahu betapa lompongnya diri kita.

dengan usrah hari sebelumnya teremo sebab anak usrah lambat (lek la huda) pastu spoil kan mood orang nak sambut birthday, huhuu. pastu rasa down,, mula la datang perasaan tak nak bawak usrah balik. huhu. bukan sebab down dengan anak usrah, tapi down dengan diri sendiri. rasa tak layak nak mentarbiyah :(

so instead, aku la yang sangat belajar banyak daripada 7 orang murabbi ni. yang setiap satunya dengan keistimewaanya tersendiri. moga Allah tsabatkan insyaAllah. aamin!


kena belajar lagi ni siap ada pesanan ikhlas.

' kena belajar usaha akhawat nak sweet dengan awak' 
'moh le belajar berkasih sayang'

aha! okay noted.
i should know their language of love perhaps? resolusi tahun baru ke Huda? haha
supaya tak la communicate dengan bahasa yang berbeza. susah nak faham kalau gitu. kan?

Ya Allah, moga Kau kurniakan kami jiwa yang sering mengakui kesilapan sendiri, sering berusaha memperberbaiki diri , sering memperbaharui taubat, yang menghisab diri sendiri, hati yang lembut dan sering memaafkan dan memohon maaf. InsyaAllah. Aaminn!

dengan tarbiyah, kita belajar untuk lawan arus kan? 
always.
belajar untuk tidak ikut keinginan sendiri
belajar untuk ikut acuan Allah
belajar berubah...
meskipun bertahun2 masa yang diperlukan,
moga2 kita tak menyerah/mengalah dengan tarbiyah :)

selagi masih ada masa,
nak kena belajar appreciate orang sekeliling,
sebelum tak punya masa lagi...

4 comments:

sevenNeedLes said...

Entilah rijal 'amal tu! Jazakillahukhayr huda, selalu menjadi qudwah untuk ana bercermin melihat rendahnya diri. InsyaAllah, nak ukhuwah sampai jumpa Allah!

Cik tipah said...

Lepas Dee balik akan "teeet" tu apa? Betul ke sangkaan ana ni..Omaii tak sabarnya yeyeahh :D

Khalilah Alhuda said...

cik tipah niiiiiiii.. geramnya..
tu pulak yang dia terlebih excited nya :P

sevenNeedLes said...

Terima kasih huda kerana menimbulkan kontroversi di sini. Tipahhhhh, tolong aminkan la eh -,-''