Pages

Monday, February 29, 2016

Keep inspiring me,

Assalamualaikum, bismillah.

Kita mula dengan taaruf dululah ya..

' ana tak bekerja, zauj bekerja, 3 orang anak'

'3rd year phD Imperial College London'

'3rd year phD Oxford university'

'1st year phD Univ of Manchester'

'PhD univ of Birmingham'

' ana bekerja sekarang,,Doctor di Dublin'

'bekerja juga, doctor di Galway'

K.nadia kat sebelah dah cuit.

'Siapa je kita ni?'
'Haha'

list bersambung

'bekerja sebagai oncology registrar di Dublin..'

'pakar sakit puan, bekerja 30 minit from Birmingham'

The list goes on..

Dan aku? Paling cikai, nak perkenalkan diri pun malu.

'4th year medic, Cork'

Dan ada hati nak cakap struggle dah cukup banyak. Walhal perjalanan kita masih panjang!

Inspiring sangat duduk dengan akhawat ni. So much things to learn. Kalau kita buka hati kan. Sobs.

'akak single eh sekarang? Hehe'
Saja sakat akak beranak 5 ni, (ada anak belum boleh jalan pun) gaya lenggang!

'Hehe, tulah.. tapi memang rindulah anak2'

Bila solat sebelah akak yang solat kendongkan anak yang belum lagi 2 bulan. Merah lagilah orang kata. Tak ke rasa macam, Allah..

ada Yang sakit2 tapi masih datang, siap jadi tenaga kerja..

Ada sorang kakak ni, lama aku perasan, kalau datang daurah, tinggal anak2 dekat rumah, ada sela waktu belek gambar anak.. rindu agaknya.

belum masuk yang pregnant sempoi jadi urusetia, uruskan game, jadi peserta juga. lepas subuh ternampak dia terbaring. meluruskan lega sakit belakang agaknya..Allah.. kita period pain pun banyak songeh..

ada juga yang program habis pukul 130 petang je, sampai tempat masing2 malam, atau esoknya..

Ada 2 kakak, masing2 bawak anak sorang.. 2-2 tertinggal flight dari UK.
Tapi beli juga tiket baru on the spot. Dan sampai juga.. meski separuh hari pertama berlalu!

It's not the matter of apa yang kita nak berkira2 sangat kan apa yang kita dapat setimpal tak dengan apa yang kita beri, apa yang telah kita korbankan.. masa, tenaga etc..

Tapi pengorbanan untuk Allah, Rasul, dan dakwah ini tak ada bayaran yang paling setimpal melainkan dari Allah. unlimited rewards dekat sana je yang paling setimpal selayaknya.

Belum cerita sharing asatizah, yang telah lalu jalan ini lebih awal daripada kita.. lagi macam-macam ranjau berduri... yet, Allah masih tsabatkan.

despite of kita rasa mungkin sana sini kekurangan, melihat kebaikan dengan mata hati sebenarnya banyak yang boleh diambil ibrah,

'Kena ingat, kita kena hormat syuyukh kita, sebab mereka dah pernah jadi muda. kita belum pernah jadi tua. Dekat situ pun kita dah kalah dah' T.T

keep inspiring me please..
Allah, terus2lah mengirimkan manusia2 ini, cerita2 ini, yang membuatkan kita tak ada alasan melainkan untuk niat mati atas jalan ni. Tak jumpa satu reason pun untuk berlasan :(

kalau cerita tokoh2 wanita ; saidatina Khadijah pun dah cukup sangat jadi idola. kalau nak tambah sahabiah lain, tokoh sekarang memang banyak sangat sampai mengecil kita jadinya..

masa session QnA ada kakak tanya personal question (yang anak dah 4) tanya Dr Hafizah yang medical Dr, anak 8; how to balance aktif DnT dengan kehidupan ..

'macammana nak perform? jawapan dia memang buat dakwah, InsyaAllah perform'

jika niat ikhlas, faham betul2 dakwah, Allah akan mudahkan.. kita nak 'perform' di mata Allah kot. mana mungkin jadi 'biasa-biasa' (tapi panjang la juga perbincangan faktor lain tu. hihi)

pernah hari tu aku tanya personal K.Di (Dr Diana, Consultant Palliative Care, anak 6 orang) - masa Final Year dekat Ireland, siap pegang masuliyat K.Wanita Ireland. yang bermula ambil medic sebab tak minat pun. 

'macammana akak handle? macam mana akak survive?'
'kita niatkan kerana Allah, kita kena yakin dengan Allah , dan Allah akan susun hidup kita'

kita kadang banyak sangat fikir,
mampu ke, mampu ke..
ni baru 4th year medik, single lagi..
macammana kalau dah bekerja, berkeluarga..

kena stop kot tanya soalan gitu kalau akhirnya tak berbuah amal...just stop it
time is too precious to be wasted..

had a great weekend,
Alhamdulillah SubhanaAllah.

banyak belajar memerhati je kali ni :)

buat dakwah, InsyaAllah perfom.
kena yakin, Allah yang akan susun hidup kita.
ikhlaslah.

sebelum pulang, hangat pelukan ukhuwah dari seorang asatizah. yang sambil duduk2 sembang sempat tanya, 'study okay?' masa ma'thurat tersengguk2 sebab jetlag, tapi join juga. She inspires me, mashaAllah. pesannya;

'huda, teruskan ya.. moga istiqamah insyaAllah'

ameen! 
just some of them <3 td="">
Multaqa Akhawat,
Drogheda Dublin.

'Perkasa ukhuwah, Tunaikan Amanah' :)

Thursday, February 18, 2016

There is no straight line

assalamualaikum bismillah.

kelmarin aku paksa diri stay up sampai lebih kurang 2 a.m. (tak lama mana pun) minum kopi bagai. jarang aku buat -.-
Tapi, memang kena put extra effort, and work extra hard.. Aku ada daurah hujung bulan ni, dan tu lah weekend sebelum due date submission Literature Review.

so citenya, target nak siapkan literature review sebelum tu. so I can focus on daurah weekend tu.

but...
my pace... is very slow... huahuhua T_T

disebabkan semalam, shift emergency medicine aku start at 12 p.m, tu yang konon berani nak stay up..
but, that was a bad decision. ngantuk gila lepas subuh.
then after ma'thurat, memang masuk duvet tidur. which, tidur lepas subuh adalah pantang larang aku.. dan jarang sangat aku buat..

and that's really a bad decision.
guilty habis dengan diri sendiri.

ahh takpelah benda dah jadi.
life is getting hard, no?

otak okay sikit after tidur, bangun makan mandi blabla., pukul 11 lebih aku siap keluar pergi bus stop. shift kali ni, hospital jauh sikit, tak pernah aku pergi..so kena ambil 2 bas to get there.

sampai bus stop ada makcik tua (aku judge ikut warna rambut. hoho) tengah tunggu juga. katanya lama juga dia tunggu. kami borak mula2 pasal jadual bas.. then she asked me

' are you student?'
'yes I am'
'good, that's great. ye know, i always told my grandson, the greatest thing in your life is education. so that's good'
'that's very true'
' you might need my umbrella so you're not getting wet'
masa tu hujan sikit je. romantik gila makcik ni offer payung. :P

borak-borak.. sampai terkeluar..

'I'm medical student. and that's tough ...'
' you know dear, most people expect their life will be on the straight line.. but that's not. ups and down is normal..' 
(gaya makcik siap buat straight line, and ups and down berombak tangan dia. ulang2 juga lah point tu dia cakap)

'that's very true'
pasrah. tepek senyum, angguk. aku rasa aku agak low mood lah lately. hewhew 
'and you know, all the obstacles and challenges will make you stronger dear'
'woah, i'm becoming a philosopher now' gelak2 makcik ni

'but you're right, that's very true. 
hopefully'

seputar falsafah hidup gitu isinya..
berselang beberapa minit, bus yang ditunggu pun datang...
sempat aku snap gambar makcik ni after turun bas (kanan)
 ingat kalau boleh nak gambar romantik bawah payung dalam hujan renyai2. 
and thank you Allah for sending her...to assure me you're fine.... sometimes it's okay to not be okay. huhu

balik semalam pukul 5 lebih gitu, masa tunggu bas adalah 20 minit, tak muncul-muncul jugak bas ni.. malam ni aku ada usrah..gulp., then, ada pakcik lalu dengan anjing dia tolong... dia cakap bas tak lalu situ, so dia bawak kitorang pergi tunggu tempat bas lain yang bas lalu. ridicilously nice pakcik makcik sini. tapi sebenarnya, last-last tak naik bas pun ke city centre.. jalan kaki about 30 minutes jugak..then baru ambil bas balik rumah..

and I thank Allah for helping me trough this...
sometimes, 
random people..
with random act of kindness..
touch your deepest heart.

and
thank you Allah for all of that :)

Friday, February 12, 2016

pakcik tua librarian

assalamualaikum, bismillah.


' are you okay lady?'

sapa pakcik tua librarian. langkah mati. haa tu lah mundar-mandir dekat rak buku.




'ya yaa i'm okay. i'm just looking for eerr book'

' what book are you looking ?'

' erm emergency medicine'

' have you checked where is it?'

' ya yaa its on HS 616...errr'


okay sebenarnya tak ingat spesific dekat rak mana masa check catalogue library tu . 2 x pergi check dengan pakcik tu. siap pakcik tu ajar cari dekat rak mana. Lol huda..almost  4 tahun dah,,. 

then sebenarya..


' there's just 1 copy here. and it's a reference copy downstairs...
....but its available in CUH'

' oh okay then, i'll find it there later..'

' no no okay,, i can reserve it for you '
'ye know, i don't want you to go there but don't get the book'

dia heret aku pi information desk. call kan siap library CUH untuk reserve kan. makcik sebelah sana macam tak nak reservekan sebab nanti student tak ambil kot. tu lah yang pakcik tu cakap dekat aku. dia pun nak make sure aku ambil.


' she'll go there. here's a kind and serious student with me' sebenarnya alaa kalau tak ada tak apa je. saja je nak cari.. tapi pakcik ni yang serius sangat -.-

hold call sekejap. tanya aku


' when will you go there? will you go there today, by quarter past 2?'

'ya ya i can go there right after this'

err memang jadi rajin sangat lah nak pergi CUH (Cork Univ Hosp) tu. sebenarnya niat nak study dekat Brookfield ni je sampai petang tapi sebab pakcik ni beria tolong reserve kan buku tu, siap book kan dengan student card aku semua. memang tak sampai hati nak kata no.

panjang pula urusan nak reserve kan. ada la gaya macam pakcik tu tak buat hati dengan reaksi orang sebelah sana. bila dah selesai book kan, letak phone.. lega pakcik tu.. yeah.. *sambil angkat sebelah tangan gaya minta hi - 5* pakcik ni betul-betul serius nak hi 5 . aiyoo...


aku sebenarnya beria keluar awal pukul 8 dah keluar rumah, tak sempat pun duduk betul2 dekat brookfield kena berangkat ke CUH. sebenarnya malas la juga. tak nak pergi hospital...(btw aku research block, so memang tak perlu pergi hospital ya :P)  dah la pakai kasut sukan je, seluar jeans, tudung sarung je pulak. adoyy memang tak proper nak pergi hospital.. cuma sebab usaha pakcik ni, aku gagahkan menapak ke CUH.. 1.5 km je pun.. tapi still... berpeluh gak. haha

dan memang sebenarnya.. dalam kepala teringat satu kisah ni je...kisah seorang pemuda yang menepati janji zaman khalifah Umar. memang cerita tu dan ketulusan pakcik tua librarian lah yang buat kan aku tetap juga ke CUH..


' agar jangan sampai ada yang mengatakan dalam kalangan kaum muslimin.. tak ada lagi ksatria.. yang menepati janji '

*  *  *  *  *  *  *  *
nah.. copy paste je cerita famous penuh inspirasi ni


Inilah True Story yang terjadi pada zaman kekhalifahan Umar bin Khattab.

Suatu hari Umar sedang duduk di bawah pohon kurma dekat Masjid Nabawi. Di sekelilingnya para sahabat sedang asyik berdiskusi sesuatu. Di kejauhan datanglah 3 orang pemuda. Dua pemuda memegangi seorang pemuda lusuh yang diapit oleh mereka

Ketika sudah berhadapan dengan Umar, kedua pemuda yang ternyata kakak beradik itu berkata,

"Tegakkanlah keadilan untuk kami, wahai Amirul Mukminin!" "Qishashlah pembunuh ayah kami sebagai had atas kejahatan pemuda ini!".

Umar segera bangkit dan berkata,

"Bertakwalah kepada Allah, benarkah engkau membunuh ayah mereka wahai anak muda?"

Pemuda lusuh itu menunduk sesal dan berkata, "Benar, wahai Amirul Mukminin."

"Ceritakanlah kepada kami kejadiannya.", tukas Umar.
Pemuda lusuh itu memulai ceritanya,

"Aku datang dari pedalaman yang jauh, kaumku memercayakan aku untuk suatu urusan muammalah untuk kuselesaikan di kota ini. Sesampainya aku, kuikat untaku pada sebuah pohon kurma lalu kutinggalkan dia. Begitu kembali, aku sangat terkejut melihat seorang laki-laki tua sedang menyembelih untaku, rupanya untaku terlepas dan merusak kebun yang menjadi milik laki-laki tua itu. Sungguh, aku sangat marah, segera kucabut pedangku dan kubunuh ia. Ternyata ia adalah ayah dari kedua pemuda ini."

"Wahai, Amirul Mukminin, kau telah mendengar ceritanya, kami bisa mendatangkan saksi untuk itu.", sambung pemuda yang ayahnya terbunuh.

"Tegakkanlah had Allah atasnya!" timpal yang lain.

Umar tertegun dan bimbang mendengar cerita si pemuda lusuh.

"Sesungguhnya yang kalian tuntut ini pemuda shalih lagi baik budinya. Dia membunuh ayah kalian karena khilaf kemarahan sesaat', ujarnya.

"Izinkan aku, meminta kalian berdua memaafkannya dan akulah yang akan membayarkan diyat atas kematian ayahmu", lanjut Umar.

"Maaf Amirul Mukminin," sergah kedua pemuda masih dengan mata marah menyala, "kami sangat menyayangi ayah kami, dan kami tidak akan ridha jika jiwa belum dibalas dengan jiwa".
Umar semakin bimbang, di hatinya telah tumbuh simpati kepada si pemuda lusuh yang dinilainya amanah, jujur dan bertanggung jawab.

Tiba-tiba si pemuda lusuh berkata,"Wahai Amirul Mukminin, tegakkanlah hukum Allah, laksanakanlah qishash atasku. Aku ridha dengan ketentuan Allah" ujarnya dengan tegas,

"Namun, izinkan aku menyelesaikan dulu urusan kaumku. Berilah aku tangguh 3 hari. Aku akan kembali untuk diqishash".

"Mana bisa begitu?", ujar kedua pemuda.

"Nak, tak punyakah kau kerabat atau kenalan untuk mengurus urusanmu?" tanya Umar.

"Sayangnya tidak ada Amirul Mukminin, bagaimana pendapatmu jika aku mati membawa hutang pertanggungjawaban kaumku bersamaku?" pemuda lusuh balik bertanya.

"Baik, aku akan meberimu waktu tiga hari. Tapi harus ada yang mau menjaminmu, agar kamu kembali untuk menepati janji." kata Umar.

"Aku tidak memiliki seorang kerabatpun di sini. Hanya Allah, hanya Allah lah penjaminku wahai orang-orang beriman", rajuknya.

Tiba-tiba dari belakang hadirin terdengar suara lantang, "Jadikan aku penjaminnya wahai Amirul Mukminin".

Ternyata Salman al Farisi yang berkata..

"Salman?" hardik Umar marah, "Kau belum mengenal pemuda ini, Demi Allah, jangan main-main dengan urusan ini".

"Perkenalanku dengannya sama dengan perkenalanmu dengannya, ya Umar. Dan aku mempercayainya sebagaimana engkau percaya padanya", jawab Salman tenang.

Akhirnya dengan berat hati Umar mengizinkan Salman menjadi penjamin si pemuda lusuh.

Pemuda itu pun pergi mengurus urusannya.

Hari pertama berakhir tanpa ada tanda-tanda kedatangan si pemuda lusuh. Begitupun hari kedua.
Orang-orang mulai bertanya-tanya apakah si pemuda akan kembali. Karena mudah saja jika si pemuda itu menghilang ke negeri yang jauh.

Hari ketiga pun tiba. Orang-orang mulai meragukan kedatangan si pemuda, dan mereka mulai mengkhawatirkan nasib Salman. Salah satu sahabat Rasulullah saw yang paling utama.

Matahari hampir tenggelam, hari mulai berakhir, orang-orang berkumpul untuk menunggu kedatangan si pemuda... Matahari hampir tenggelam, hari mulai berakhir, orang-orang berkumpul untuk menunggu kedatangan si pemuda lusuh. Umar berjalan mondar-mandir menunjukkan kegelisahannya. Kedua pemuda yang menjadi penggugat kecewa karena keingkaran janji si pemuda lusuh.

Akhirnya tiba waktunya penqishashan, Salman dengan tenang dan penuh ketawakkalan berjalan menuju tempat eksekusi. Hadirin mulai terisak, orang hebat seperti Salman akan dikorbankan.

Tiba-tiba di kejauhan ada sesosok bayangan berlari terseok-seok, jatuh, bangkit, kembali jatuh, lalu bangkit kembali.

"Itu dia!" teriak Umar, "Dia datang menepati janjinya!".

Dengan tubuh bersimbah peluh dan nafas tersengal-sengal, si pemuda itu ambruk di pangkuan Umar.

"Hh..hh.. maafkan.. maafkan.. aku.." ujarnya dengan susah payah, "Tak kukira.. urusan kaumku.. menyita..banyak.. waktu..".

"Kupacu.. tungganganku.. tanpa henti, hingga.. ia sekarat di gurun.. terpaksa.. kutinggalkan.. lalu aku berlari dari sana.."

"Demi Allah", ujar Umar menenanginya dan memberinya minum, "Mengapa kau susah payah kembali? Padahal kau bisa saja kabur dan menghilang?"

"Agar.. jangan sampai ada yang mengatakan.. di kalangan Muslimin.. tak ada lagi ksatria.. tepat janji.." jawab si pemuda lusuh sambil tersenyum.

Mata Umar berkaca-kaca, sambil menahan haru,

lalu ia bertanya, "Lalu kau Salman, mengapa mau-maunya kau menjamin orang yang baru saja kau kenal?"

"Agar jangan sampai dikatakan, di kalangan Muslimin, tidak ada lagi rasa saling percaya dan mau menanggung beban saudaranya", Salman menjawab dengan mantap.

Hadirin mulai banyak yang menahan tangis haru dengan kejadian itu.

"Allahu Akbar!" tiba-tiba kedua pemuda penggugat berteriak,

"Saksikanlah wahai kaum Muslimin, bahwa kami telah memaafkan saudara kami itu".

Semua orang tersentak kaget.

"Kalian.." ujar Umar, "Apa maksudnya ini? Mengapa kalian..?" Umar semakin haru.

"Agar jangan sampai dikatakan, di kalangan Muslimin tidak ada lagi orang yang mau memberi maaf dan sayang kepada saudaranya" ujar kedua pemuda membahana.

"Allahu Akbar!" teriak hadirin.

Pecahlah tangis bahagia, haru dan bangga oleh semua orang.

Wednesday, February 10, 2016

Tak ada ikhwah (akhawat) yang tak retak.

assalamualaikum bismillah..



Pernah tak rasa, macam a bit (kalau tak a lot :P) kecewa dengan orang. (walhal orang lagi banyak agaknya kecewa dengan kita -.-) dan lagi-lagi kita akan lebih kecewa bila ada expectation dengan akhawat lah especially. sebab dalam fasa sama-sama ditarbiyah dan sama-sama membesar. tak cari benda lain, melainkan redha Allah.

Atau pernah tak rasa sedih sikit (kalau tak banyak :P) dengan binaan kita bila satu hari kita gembira dengan prestasinya sampai kita terlupa menyediakan penghadang dalam hati untuk menerima saat terburuknya..

dan, tiba-tiba (takdir Allah)

datang usrah.. tadabbur kisah sikap dan kesalahan kaum muslimin dalam perang uhud.. dalam surah Ali -imran.. kita pun boleh rasa macam, macammana jadi macam tu kan.. dengan lari dari medan perang, ada persangkaan jahiliyah terhadap Allah..

lalu, Allah kepilkan sekali.. dalam surah yang sama tentang mereka ini Khairu Ummah... Khairu Ummah...Lalu kita termuhasabah.. dalam pada masa yang sama, semakin cinta la pada liqa' usrah sebab sentiasa ada aspek sepak terajangnya yang mengena..

Khairu Ummah pun, bukan terlepas dari kesalahan kan.. 

jika kesalahan adalah sesuatu yang tak terhindarkan : jika kita juga manusia: jika kita adalah manusia: jika kita adalah manusia yang kerap melakukan kesalahan : jika kita tak sebaik generasi terdahulu: jika kita tak bersama-sama secara langsung dengan Nabi Muhammad yang maksum: masihkah kita bermimpi bahawa tak akan ada pelanggaran dalam barisan kita? sobs

*  *  *  *  *
Dalam dakwah kita inilah, kita berhimpun dengan ahli ibadah, para ulama,profesional, ahli bisnes, orang soleh, orang baik-baik..dan dari keberkahan biah solehah inilah kita menumbuhkan iman2 kita yang lesu..
tapi tidakkah mereka (kita) juga punya sisi hitam yang seringkali kita cuba hilangkan dan baiki..


of course lah en!

sedangkan sebahagian kaum mukminin dengan tarbiyah Rasul juga disindir Allah kerana tidak suka mengikut jejak rasul (8:5) mereka juga turut berdebat hal pembahagian ghanimah (8:1-2) juga ada yang ditegur tentang masalah pelanggaran rumah tangga (58 : 1-6) Abu Bakar juga ditegur Allah agar sumpah tidak menghalangi seseorang dari berbuat baik (2:224) kita juga tidak lupa bagaimana kisah perang uhud..tersingkapnya kesalahan kaum munafik, ditambah perlanggaran arahan oleh kaum muslimin.

dan satu kisah abadi saat Allah menegur nabi s.a.w kerana mengabaikan Abdullah B. Ummi Makhtum..

semua ini dirakam rapi dalam AQ untuk kita sentiasa melakukan muhasabah dan koreksi diri secara individu mahupun jamaie. (bukan alasan boleh buat eh ;P) moga2 dengannya kita lebih adil dalam menatap kesalahan saudara kita,mutarabbi kita, murabbi kita, dan pastinya kesalahan kita sendiri.

DAN, kualiti yang tak tertandingi dari sedikit kisah sahabat ini adalah kesetiaannya dengan Tarbiyah ini (!) untuk terus memperbaiki diri.

Dengan keragaman kita dalam barisan ini..
inilah realiti kita..smile emoticon

seorang ikhwah(atau akhawat la) yang sangat disiplin ketika liqa' mungkin bukan pemenang hubungan baik dengan tetangga. seorang yang menonjol dakwahnya, mungkin bukan sosok yang baik dengan keluarganya, yang hebat bermuayasyah mungkin lemah dalam mengisi liqa' mahupun taklim. seorang kader yang mungkin dipandang tinggi dalam masyarakat, mungkin kerap mengabaikan tugas2 jamaienya. Yang menonjol dalam bidang akademik mungkin lemah dalam interaksi sesama ikhwah. seorang akhawat yang kuat berfikir mungkin lemah dalam mengimplementasikan rencananya.

atau ada sahaja kader yang sangat bersih sekelilingnya, begitu juga jumlah anak binaannya (aka 0 anak binaan hihi) Ada juga yang berapi-api bincang isu ummat dan isu kontemporari tetapi berkeringat bila harus mentasmik hafalan..

ah.. banyak lagi ragamnya..

dan daripada variasi ini, pasti banyak persoalan yang timbul. huhu kenapa tak itu ? kenapa dia macam tu? huhu. tak salah pun punya sikap mengkritik sedemikian.

cuma dari mana kita memulai sikap itu.. adakah dari kecurigaan, kemarahan, ketersinggungan ataukah dari kasih sayang, mahabah atau kepedulian?

Mari kita buang bersama2 sikap arrogant, bongkak dan sombong dan degil tidak mahu menerima nasihat. ataupun merasa mulia tidak patut dipersalahi.. kita bangkit dari kelemahan kepada keunggulan kerana banyak lagi hal umat yang terbebankan..

Mari kita hargai ikhwah akhawat kita kerana keunggulannya, bukan menilai sekadar dari kelemahannya.. kerana itulah tanda-tanda bahawa kita sudah ditarbiyah...

Thursday, February 4, 2016

Basic Life support

Assalamualaikum, bismillah.



apa yang Allah takdirkan aku lalui hari ni, buat aku termenung panjang. fikir panjang...

Selama ni rasa kalau training basic life support ni tak adalah buat beria sangat. Ala, zaman 1st year lagilah, chill~

Cuma kali ni rasa mmg nak all out. Sebab nervous dah 4th year ni...you'll face the reality soon..ni bukan main2 huda. It's about saving someone's life and bring back hope. No joke man..no joke.. 

Rasa macam, bagi sepenuh tenaga, asyik kena ulang je. Ada juga rasa instructor tu suka aim aku. huhu. Letih la juga. And huhu lapar jugak. Tapi kalau doctor, dia mmg akan all out pun for the sake of the patient. And because that's her job and amanah..not a privilege. No matter how tired she is..she'll keep on trying..trying hard.

And the time will come...no matter you like it or not. no matter how hard you've tried .. The time will come...where you can't do anything.. literally can't do anything. AT ALL. you definitely can't bring back what have gone.. walaupun itu orang yang kau sayang. you'll feel useless..sad, dissapointed, defeated..name it. Name all the terrible words. Is she a loser/failure? Is she...? 

Takut nak hadapi masa tu, terbayang dengan segala perasaan berkecamuk,,kita hanya mampu terduduk pasrah dengan menghinakan diri. Dari Allah kita dtg, kpd Allah kita kembali.. 

Now,

Tell me

Tell me

Would I face the same situation, the same disappointment on this path? Would I?

Tell me.... would I? Or should I ?

Tell me.... 

Faghfirli ya Rabb. Faghfirlana..




Tuesday, February 2, 2016

kerana donut.

assalamualaikum, bismillah..

dalam train.
tiba2 Tim mesej;

' Huda ada cerita kelakar untuk awak' ......


ini kisah semalam, usai berdaurah di masjid Notts, mereka ber-6 naik taxi, aku dengan k.dayah jalan kaki (jimat duit sikit + sihat. kahkah) then kami jumpa di Nottingham Train Station.

dan again, berpecah lagi;

aku berseorangan naik train tukar di Leicester, k.dayah tukar di Derby. kami plan jumpa semula di Birmingham airport. mereka ber6 gang ke Manchester airport.

tengah sorang2 dalam train, senyum dapat mesej ni :)

alkisahnya, aku suka sangat makan donut.

benda besar memang tak suka shopping. bag ke kasut ke baju ke tudung ke baju ke tak suka sangat.(kalau kata tak shopping langsung menipu pulak) tapi selalu berkira kalau nak beli benda2 lain tu. rasa tak perlu. bag pack memang ada satu je, tu pun orang hadiahkan. tak beli bag lain. sling bag ada lah satu uzur sangat dah. huhu. kasut sukan adalah sepasang, kasut formal untuk ke hospital ada sepasang tapi dah uzur juga (dah kena bebel dan bawa ke kedai kasut untuk beli kasut baru tapi refused. huhu) so far boleh survive. kasut kalau 60-70 euro mahal lah gak pada aku :( kasut casual adalah satu, tapi tak berani pakai kalau cuaca tak okay. licin, tapak dah haus,

okay tu bukan pointnya.

selalu boleh tahan lah nafsu shopping, tak minat sangat shopping. membeli-belah kalau tak perlu, tak buat. kalau setakat nak show off mampu beli barang berjenama, huhu tak perlu kot. lebih baik simpan duit untuk benda lain. tapi duit aku laju lah juga mengalir kalau beli buku T____T memang boleh pokai beli buku. huhu (tapi ni exceptional tak rasa bersalah sangat sebab goood investment lah aku rasa)

tapi ada juga satu benda selalu juga kalah.
donut.
haha, ye doughnuts.

hari tu jaulah duit bajet sengkek jugalah. tapi jumpa Krispy Kreme. Kalah.
kalau pi tesco tu, selalu jugak lah beli donut, huhu
mungkin sebab donut tak lah costly sangat, so kurang sikit rasa bersalah.

then...

I challenged myself not to buy doughnut anymore.. (for some time yang tak dispesifikkan.hoho)
tak ingat last time makan/beli donut bila.
memang saja ja, nak train diri sikit jangan nak ikut nafsu sangat walaupun remeh je.

then,
terbocor pasal challeng ni masa usrah last week. mungkin, kesian kot, tu yang k.munirah nak surprisekan walaupun tak jadi. (k.munirah tak tahu kot tim mesej aku. dan Tim pun mungkin tak tahu kenapa k.munirah nak surprisekan dengan donut. haha)

anyway,
walaupun tak dapat donut tu,

I'm so blessed, alhamdulillah.
Alhamdulillah.

tadi tengah tengok youtube, tengah study sikit pasal jaundice. then pakcik tu bagi contoh ' now, when you eat donut or something your gallbladder secretes bile...'

why donut pakcik?
heh, terus teringat kisah donut semalam.
terus terstop study jap.
terus jadi post kerana donut.

alahaiiii Khalilah Alhudaa.... pleaseeeee jangan nak cepat terdistracted sangat =..= semua donut punya pasal. lol

* * * * * * *

No way mannnn...

Aku tulis post atas tu masa dekat campus.. lepas balik je...


Alhamdulillah.
Thank you Allah.