Pages

Monday, February 29, 2016

Keep inspiring me,

Assalamualaikum, bismillah.

Kita mula dengan taaruf dululah ya..

' ana tak bekerja, zauj bekerja, 3 orang anak'

'3rd year phD Imperial College London'

'3rd year phD Oxford university'

'1st year phD Univ of Manchester'

'PhD univ of Birmingham'

' ana bekerja sekarang,,Doctor di Dublin'

'bekerja juga, doctor di Galway'

K.nadia kat sebelah dah cuit.

'Siapa je kita ni?'
'Haha'

list bersambung

'bekerja sebagai oncology registrar di Dublin..'

'pakar sakit puan, bekerja 30 minit from Birmingham'

The list goes on..

Dan aku? Paling cikai, nak perkenalkan diri pun malu.

'4th year medic, Cork'

Dan ada hati nak cakap struggle dah cukup banyak. Walhal perjalanan kita masih panjang!

Inspiring sangat duduk dengan akhawat ni. So much things to learn. Kalau kita buka hati kan. Sobs.

'akak single eh sekarang? Hehe'
Saja sakat akak beranak 5 ni, (ada anak belum boleh jalan pun) gaya lenggang!

'Hehe, tulah.. tapi memang rindulah anak2'

Bila solat sebelah akak yang solat kendongkan anak yang belum lagi 2 bulan. Merah lagilah orang kata. Tak ke rasa macam, Allah..

ada Yang sakit2 tapi masih datang, siap jadi tenaga kerja..

Ada sorang kakak ni, lama aku perasan, kalau datang daurah, tinggal anak2 dekat rumah, ada sela waktu belek gambar anak.. rindu agaknya.

belum masuk yang pregnant sempoi jadi urusetia, uruskan game, jadi peserta juga. lepas subuh ternampak dia terbaring. meluruskan lega sakit belakang agaknya..Allah.. kita period pain pun banyak songeh..

ada juga yang program habis pukul 130 petang je, sampai tempat masing2 malam, atau esoknya..

Ada 2 kakak, masing2 bawak anak sorang.. 2-2 tertinggal flight dari UK.
Tapi beli juga tiket baru on the spot. Dan sampai juga.. meski separuh hari pertama berlalu!

It's not the matter of apa yang kita nak berkira2 sangat kan apa yang kita dapat setimpal tak dengan apa yang kita beri, apa yang telah kita korbankan.. masa, tenaga etc..

Tapi pengorbanan untuk Allah, Rasul, dan dakwah ini tak ada bayaran yang paling setimpal melainkan dari Allah. unlimited rewards dekat sana je yang paling setimpal selayaknya.

Belum cerita sharing asatizah, yang telah lalu jalan ini lebih awal daripada kita.. lagi macam-macam ranjau berduri... yet, Allah masih tsabatkan.

despite of kita rasa mungkin sana sini kekurangan, melihat kebaikan dengan mata hati sebenarnya banyak yang boleh diambil ibrah,

'Kena ingat, kita kena hormat syuyukh kita, sebab mereka dah pernah jadi muda. kita belum pernah jadi tua. Dekat situ pun kita dah kalah dah' T.T

keep inspiring me please..
Allah, terus2lah mengirimkan manusia2 ini, cerita2 ini, yang membuatkan kita tak ada alasan melainkan untuk niat mati atas jalan ni. Tak jumpa satu reason pun untuk berlasan :(

kalau cerita tokoh2 wanita ; saidatina Khadijah pun dah cukup sangat jadi idola. kalau nak tambah sahabiah lain, tokoh sekarang memang banyak sangat sampai mengecil kita jadinya..

masa session QnA ada kakak tanya personal question (yang anak dah 4) tanya Dr Hafizah yang medical Dr, anak 8; how to balance aktif DnT dengan kehidupan ..

'macammana nak perform? jawapan dia memang buat dakwah, InsyaAllah perform'

jika niat ikhlas, faham betul2 dakwah, Allah akan mudahkan.. kita nak 'perform' di mata Allah kot. mana mungkin jadi 'biasa-biasa' (tapi panjang la juga perbincangan faktor lain tu. hihi)

pernah hari tu aku tanya personal K.Di (Dr Diana, Consultant Palliative Care, anak 6 orang) - masa Final Year dekat Ireland, siap pegang masuliyat K.Wanita Ireland. yang bermula ambil medic sebab tak minat pun. 

'macammana akak handle? macam mana akak survive?'
'kita niatkan kerana Allah, kita kena yakin dengan Allah , dan Allah akan susun hidup kita'

kita kadang banyak sangat fikir,
mampu ke, mampu ke..
ni baru 4th year medik, single lagi..
macammana kalau dah bekerja, berkeluarga..

kena stop kot tanya soalan gitu kalau akhirnya tak berbuah amal...just stop it
time is too precious to be wasted..

had a great weekend,
Alhamdulillah SubhanaAllah.

banyak belajar memerhati je kali ni :)

buat dakwah, InsyaAllah perfom.
kena yakin, Allah yang akan susun hidup kita.
ikhlaslah.

sebelum pulang, hangat pelukan ukhuwah dari seorang asatizah. yang sambil duduk2 sembang sempat tanya, 'study okay?' masa ma'thurat tersengguk2 sebab jetlag, tapi join juga. She inspires me, mashaAllah. pesannya;

'huda, teruskan ya.. moga istiqamah insyaAllah'

ameen! 
just some of them <3 td="">
Multaqa Akhawat,
Drogheda Dublin.

'Perkasa ukhuwah, Tunaikan Amanah' :)

No comments: