Pages

Wednesday, February 10, 2016

Tak ada ikhwah (akhawat) yang tak retak.

assalamualaikum bismillah..



Pernah tak rasa, macam a bit (kalau tak a lot :P) kecewa dengan orang. (walhal orang lagi banyak agaknya kecewa dengan kita -.-) dan lagi-lagi kita akan lebih kecewa bila ada expectation dengan akhawat lah especially. sebab dalam fasa sama-sama ditarbiyah dan sama-sama membesar. tak cari benda lain, melainkan redha Allah.

Atau pernah tak rasa sedih sikit (kalau tak banyak :P) dengan binaan kita bila satu hari kita gembira dengan prestasinya sampai kita terlupa menyediakan penghadang dalam hati untuk menerima saat terburuknya..

dan, tiba-tiba (takdir Allah)

datang usrah.. tadabbur kisah sikap dan kesalahan kaum muslimin dalam perang uhud.. dalam surah Ali -imran.. kita pun boleh rasa macam, macammana jadi macam tu kan.. dengan lari dari medan perang, ada persangkaan jahiliyah terhadap Allah..

lalu, Allah kepilkan sekali.. dalam surah yang sama tentang mereka ini Khairu Ummah... Khairu Ummah...Lalu kita termuhasabah.. dalam pada masa yang sama, semakin cinta la pada liqa' usrah sebab sentiasa ada aspek sepak terajangnya yang mengena..

Khairu Ummah pun, bukan terlepas dari kesalahan kan.. 

jika kesalahan adalah sesuatu yang tak terhindarkan : jika kita juga manusia: jika kita adalah manusia: jika kita adalah manusia yang kerap melakukan kesalahan : jika kita tak sebaik generasi terdahulu: jika kita tak bersama-sama secara langsung dengan Nabi Muhammad yang maksum: masihkah kita bermimpi bahawa tak akan ada pelanggaran dalam barisan kita? sobs

*  *  *  *  *
Dalam dakwah kita inilah, kita berhimpun dengan ahli ibadah, para ulama,profesional, ahli bisnes, orang soleh, orang baik-baik..dan dari keberkahan biah solehah inilah kita menumbuhkan iman2 kita yang lesu..
tapi tidakkah mereka (kita) juga punya sisi hitam yang seringkali kita cuba hilangkan dan baiki..


of course lah en!

sedangkan sebahagian kaum mukminin dengan tarbiyah Rasul juga disindir Allah kerana tidak suka mengikut jejak rasul (8:5) mereka juga turut berdebat hal pembahagian ghanimah (8:1-2) juga ada yang ditegur tentang masalah pelanggaran rumah tangga (58 : 1-6) Abu Bakar juga ditegur Allah agar sumpah tidak menghalangi seseorang dari berbuat baik (2:224) kita juga tidak lupa bagaimana kisah perang uhud..tersingkapnya kesalahan kaum munafik, ditambah perlanggaran arahan oleh kaum muslimin.

dan satu kisah abadi saat Allah menegur nabi s.a.w kerana mengabaikan Abdullah B. Ummi Makhtum..

semua ini dirakam rapi dalam AQ untuk kita sentiasa melakukan muhasabah dan koreksi diri secara individu mahupun jamaie. (bukan alasan boleh buat eh ;P) moga2 dengannya kita lebih adil dalam menatap kesalahan saudara kita,mutarabbi kita, murabbi kita, dan pastinya kesalahan kita sendiri.

DAN, kualiti yang tak tertandingi dari sedikit kisah sahabat ini adalah kesetiaannya dengan Tarbiyah ini (!) untuk terus memperbaiki diri.

Dengan keragaman kita dalam barisan ini..
inilah realiti kita..smile emoticon

seorang ikhwah(atau akhawat la) yang sangat disiplin ketika liqa' mungkin bukan pemenang hubungan baik dengan tetangga. seorang yang menonjol dakwahnya, mungkin bukan sosok yang baik dengan keluarganya, yang hebat bermuayasyah mungkin lemah dalam mengisi liqa' mahupun taklim. seorang kader yang mungkin dipandang tinggi dalam masyarakat, mungkin kerap mengabaikan tugas2 jamaienya. Yang menonjol dalam bidang akademik mungkin lemah dalam interaksi sesama ikhwah. seorang akhawat yang kuat berfikir mungkin lemah dalam mengimplementasikan rencananya.

atau ada sahaja kader yang sangat bersih sekelilingnya, begitu juga jumlah anak binaannya (aka 0 anak binaan hihi) Ada juga yang berapi-api bincang isu ummat dan isu kontemporari tetapi berkeringat bila harus mentasmik hafalan..

ah.. banyak lagi ragamnya..

dan daripada variasi ini, pasti banyak persoalan yang timbul. huhu kenapa tak itu ? kenapa dia macam tu? huhu. tak salah pun punya sikap mengkritik sedemikian.

cuma dari mana kita memulai sikap itu.. adakah dari kecurigaan, kemarahan, ketersinggungan ataukah dari kasih sayang, mahabah atau kepedulian?

Mari kita buang bersama2 sikap arrogant, bongkak dan sombong dan degil tidak mahu menerima nasihat. ataupun merasa mulia tidak patut dipersalahi.. kita bangkit dari kelemahan kepada keunggulan kerana banyak lagi hal umat yang terbebankan..

Mari kita hargai ikhwah akhawat kita kerana keunggulannya, bukan menilai sekadar dari kelemahannya.. kerana itulah tanda-tanda bahawa kita sudah ditarbiyah...

No comments: