Pages

Saturday, March 26, 2016

directly proportional

assalamualaikum wbt, bismillah.

up to this day, aku rasa bila orang yang passion dia menulis, tapi dia tak menulis ada 2 sebab;

1) busy sangat - banyak benda nak tulis, atau nak kena buat. - end-up tak menulis pun -.-

atau

2) futur - banyak je masa, tapi tak berkah mungkin. mungkin sebab tak banyak input, membaca pun kurang, hati pun kering, then nak tulis apa?

hew. okay mungkin banyak je sebab lain, aku summarise je.

dan sometimes aku jatuh pada sebab (1) dan tak kurang juga pada sebab yang ke (2) astaghfirullah :(

dan sebenarnya ada lebih banyak sebab kenapa orang boleh menulis (when compared to tak menulis), ikutlah menulis blog/diary or anything similar sama ada itu passion dia atau tidak :) antaranya ;

1) kena juga luahkan beban emosi/ feeling dia. kalau bukan pada orang yang sudi mendengar (you know sometimes memang orang tak nak cerita dekat random people?) so menulis ni jadi therapy. macam ada orang therapy dia exercise, dengar music,  makan, shopping.. so ada manusia therapy dia menulis. menarik dan unik kan Allah jadi manusia ni bermacam-macam.. tapi hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang ok? ;P 

2) share her/his thoughts (freely).  kalau nak cerita dekat orang, belum tentu orang nak dengar.. dan mungkin orang tak setuju dan banyak komen in between.. dengan menulis, (depends la neraca orang menulis tu apa) lebih 'merdeka'(?) tulislah apa yang ada dalam fikiran dan apa yang dirasa.. walaupun memang ramai je orang menulis untuk please orang lain, (haha) tapi that kind of writer tak cukup sejati. (suka hati je ni). aku memang tabik spring dengan semua penulis sejati yang tetap menulis no matter what happens.. tanpa takut di judge.. tapi kita pun kena beringat juga kan ada Dia yang judge. huuu

3) ...

okay chopp.. i'm not supposed to write about writer, writing.. or so... errr

sebenarnya, i've been thinking about life quite deeply lately.. perghh bajet philosopher pula aku ni..

i've been wondering about lots of thing..
i've lots of questions in my mind..
sometimes, aku fikir itu ini.. theory itu ini..makan masa jugalah..
dan bertambah buangmasa  runsing, bila pemikiran tu dia berselirat dalam satu ruang dan tak keluar kepada apa2 gerak amal..
dan bila kitaran itu berpusing, 'ruang' itu semakin tinggi tekanannya.. dan boleh explode bila2! that kind of thing yang kita kena halang.. sebelum action to control the damage lebih menyesakkan..

okay.. nampak tak sedikit kekompleksannya..
(aku rasa aku dah semakin menjadi perosak bahasa.. huaaa. no..)

anyway..

mestilah kita terfikir kan hidup kita ni akan menjadi semakin kompleks dan sukar... orang kata that's life..tapi, apa yang kita boleh buat untuk sustain hidup yang mencabar..

okay, kalau tengok lah hidup sendiri yang aku rasa boleh tahanlah mencabar. in term of academic life. 4th year medik ni, macam dahsyat jugalah benda nak kena cover. banyaakkkkk.. memang semua benda nak sumbat, medicine, surgery, OnG, paeds, emed, research, dermatology, opthtalmology, anaesthetic, ah senang cerita semua benda kena belajar tahun ni.. huaaaa. tapi, if we choose to be here, to stay here, no matter what.. kita akan cubalah usahalah buat apa2, to go through this phase.. just because- quit from this course is not an option!

okay, that's fine.. dan benda lain akan fit in jadual aku as medical student.. apa yang aku rasa membantu, aku rasa aku boleh handle, masuklah bakul aku, apa yang tak boleh nak handle, ermm, sorry~ gitulah lebih kurang.. okay. that's fair...sebab status medical student tu..

tapi, tu baru satu cabang of life.. academic.. banyak lagi benda kan.... nak kena balance kan dalam hidup ni..

lets talk about kehidupan kita dalam lingkungan tarbiyah. which i believe, nilah yang akan sustain keberadaan aku dalam hidup ni - dalam ruang menyempurnakan tujuan hidup...

if we believe so, mungkinkah akan ada masanya, tarbiyah terpaksa ditinggalkan?
itu tak logic.. kalau sebenarnya fuel dalam kehidupan kita tu adalah tarbiyah..

okay, tapi itu theory..

what i've been seen in this life..

kerana terpaan hidup yang semakin kuat, bebanan study yang semakin bertambah, tuntutan hidup yang semakin mencengkam.. mehnah dan ujian semakin meningkat.. akhirnya tarbiyah ditinggalkan..

that's very sad.. but very true..
i'm not judging those who did that..i'm not blaming them.. actually i have no right to talk about them in the first place,,sebab i'm not living in their shoes obviously..

tapi that kind of incidence yang aku perhatikan, lihat dan dengar..buat aku berfikir tentang diri sendiri :( dan aku menjadi takut.. dan kerana takutkan diri sendiri, dan orang yang aku sayangi, aku tak nak benda tu terjadi..

saat awal-awal kita ditarbiyah, kita penuh dengan perasaan yang takut, bimbang, penuh berhati-hati takut kita ini ditapis oleh Allah dari jalan ini..tapi mungkin tak memerlukan puluhan tahun untuk kita melihat tapisan itu berlaku dalam kalangan orang yang kita kenal.. yang used to be in our circle of tarbiyah.. dan itu sungguh-sungguh menyempitkan dada..

hari tu aku pernah meluahkan pada seorang ukhti ;

sebab kami akhawat Cork mostly dah semakin naik tahun akademiknya.. mostly 4th year..

'macammana ya kita nak buat ni.. macammana kita nak pastikan tarbiyah kita mampu sustain akhawat kita untuk kehidupan yang akan datang..kita tahu, kehidupan (tengok budak medik je lah) semakin susah, tapi kita tahu tarbiyah itu penting'

lagi dahsyat terpaan hidup, patut lagi mantap tarbiyah, (demand yang tinggi, kita kena supply banyak juga.. ) bukan lagi longgar atas tiket 'memahami'- oh ya apa batas kita accomodate dan tolerate dengan keinginan orang dalam tarbiyah...? no definite answer! sekitar itulah perbincangan penuh emosi.. i just can't hold it dah.. dan, tahu apa jadi... end up, tak ada konklusi.. berakhir dengan takungan air mata. dua-dua tahan suara sebak dan airmata..

kami menyayangi dakwah ini sepenuh hati and we love our akhawats and we want all of us to stay in this path.. till our last breath, insyaAllah. but what can actually we do?

tapi sudahkah kita sendiri berlaku adil..dengan tarbiyah ini... mampukah sustain keperluan kader duat ini..? apa yang kita nak pun, banyaknya kita tak mampu pun buat..kita tahu, we can do our best, kita boleh letak setinggi pengharapan pada sesiapa, tapi akhirnya Allah yang menentukan segalanya. hatta diri kita sendiri pun di dalam genggamanNya..aku pun tak tahu apa takdir aku :(

atau akhirnya adakah dengan usaha, ahh barangkali sikit..
kita serahkan pada Dia.. untuk memilih sesiapa yang dia nak tetap berada di jalan ini..
dan berserah juga...sebenarnya lama-lama kita memang akan tahu siapa je yang sebenar-benarnya nak dengan tarbiyah ni..susah mahupun senang, lapang mahupun sempit, berkorban mahupun terkorban!
jika akhirnya terpaksa memilih, dan dalam banyak2 pilihan, pilihnnya adalah dengan meninggalkan gerabak ini..
kita akur.. itu mungkin cara Allah membuat pilihanNya..

because we don't have any control of it....???

ya muqallibalqulub, tsabbit qulubana ya Allah!

okay..i need to stop writing..sebelum lagi macam2..
and i think i need to stop thinking too much.. huaaa

sebab tu aku tulis ni. heh

Sunday, March 20, 2016

Apabila tarbiyah diri dikompromi

Assalamualaikum, bismillah.

aku masih ingat, saat qodhoya pada liqa' malam tu.. di Iman.

'saya nak tanya, boleh ke kalau saya tak pergi STC (Summer Training Camp)'

begitulah ayatnya lebih kurang. (aku tahu dia tak benar2 memaksudkannya)

dan aku masih teringat, i was speechless at that time. terkedu seketika. jeda

how could i answer that question.. that's a really hard question, I swear!

sebab dia datang dari orang yang aku tahu, kalau bab kesihatan, dia jauh lebih layak untuk dapatkan pengecualian. Bila dia cerita, dan aku tahu serba sedikit, result MRInya, progress physiotherapynya, macammana saban hari kesihatannya ups and downnya. and even berjalan pun jadi satu struggle kadang2, tell me, apa yang patut aku jawab?

bertambah susah nak bagi jawapan, sebab all this while, aku tahu, dia tak perlu dipaksa hadir segala wasilah yang disusun untuknya..komited. Dia adalah antara orang yang consciously aware, tarbiyah diri, tanggungjawab sendiri. Kalau nak kena paksa tu macam tak pernah kot. Siap pernahlah dihalang daripada datang program adik, tapi muncul juga,, nak marah pun kadang hmmm.. adoy, susah nak 'ikat' kaki dia ni.

lalu, bagaimana aku harus menjawabnya?
patutkah aku mengecualikannya?
ni ada lagi 6 ahli usrah lain yang menunggu jawapan..

and my answer was..(dengan berat hati, berbaur tanpa diskaun)

'By default, semua wasilah tarbiyah untuk kita, kita wajib pergi'

aku tahu, bunyinnya macam tak manusiawi langsung, macam tiada simpati.

'Tapi untuk case M* ni nanti kita boleh bincang lagi'

Dan aku bercerita sedikit tentang arwah Ustazah Marhamah. Kalau dapat beri pengajaran pada semua, yang 'berat' alasannya pun patutnya tak boleh ada excuse.. apatah lagi excuse yang dibuat2? nak beri mesej yang clear.

(berangan) kalau selaku murabbi, aku boleh minta satu hal daripada mutarabbi, aku terlalu ingin agar aku boleh meminta 'kamu jangan beralasan untuk tidak hadir program tarbiyah diri kamu. mabit, daurah, mukhayyam, nadwah ke.. apatah lagi usrah.. Allah.'

kerana permintaan mutarabbi yang sedemikian, jujurnya aku rasa terlalu berat untuk dijawab. walaupun deep inside, kita tahu.. siapalah kita ni.. 

dan aku juga bukan sempurna, kerana itu, akulah yang pertama2nya kena belajar untuk memaknainya, cuba tidak kompromi dengan program tarbiyah sendiri. I'm not sure, aku ni kena doktrin ke apa, tapi setelah meyakini jalan ini, terlalu malu, untuk meminta izin memohon keuzuran(!)

Tapi, luluh hati jika melihat kader2 sekitar yang mudah2nya meminta keuzuran.
kalau yang maklum pada murabbi sekurang2nya alhamdulillah, yang tanpa berita, kecewa dia tersisa.

I can cry all night sampai tertidur kalau asyik fikir pasal ni je.
kalau in general..tarbiyah sendiri dikompromi, murabbi pun tidak dihormati.. banyak lagi kerja kita ni.

Aku share dengan few akhawats, dengan few anak usrah saat sambil borak-borak..

'minta maaf kalau saya jujur, tapi kalau tarbiyah diri pun kita kompromi, meskipun awak buat dakwah, sebenanrya belum layak dipanggi muayyid(pendokong dakwah) Muhib pun bukan. hanya RA'

am i too strict? syadid whatsoever?
don't get me wrong, jadi murabbi tetap kena belajar accomodate dan tolerate dengan mutarabbi..:)
cuma sometimes,...

Allahummaghfirlana ya rabb!
yang terlalu banyak bermain-main dengan tarbiyah dan dakwah ini :(

* * * * * *

(meskipun bukan berada di zaman itu, nak fefeeling juga, kata2 KH Rahmat ni)

Aku rindu dengan zaman itu
Aku rindu ketika 'halaqoh' adalah kebutuhan,
bukan sekadar sambilan apalagi hiburan.

Aku rindu zaman ketika 'membina' adalah kewajipanm
bukan pilihan apalagi beban dan paksaan

Aku rindu zaman ketika 'dauroh' menjadi kebiasaan
bukan sekadar pelengkap pengisi program yang dipaksakan

Aku rindu zaman ketika 'tsiqoh' menjadi kekuatan
bukan keraguan apalagi kecurigaan

Aku rindu zaman ketika 'tarbiyah' adalah pengorbanan,
bukan tuntutan dan hujatan

Aku rindu zaman ketika 'nasihat' menjadi kesenangan
bukan su'udzon atau menjatuhkan

Aku rindu zaman ketika kita semua memberikan segalanya untuk dakwah ini
Aku rindu ketika 'nasyid ghuraba' menjadi lagu kebangsaan
Aku rindu zaman ketika hadir liqo' adalah kerinduan, dan terlambat adalah kelalaian

Aku rindu zaman ketika malam gerimis pergi ke puncak mengisi dauroh
dengan ongkos ngepas dan peta tak jelas

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah benar-benar jalan kaki 2 jam di malam buta sepulang tabligh dakwah di desa sebelah.
Aku rindu zaman ketika akan pergi liqo selalu membawa uang infak, alat tulis, buku catatan dan Qur'an terjemahan ditambah sedikit hafalan
Aku rindu zaman ketika seorang binaan menangis kerana tak bisa hadir liqo'
Aku rindu zaman ketika tengah malam pintu depan diketuk untuk mendapat berita kumpul subuh harinya
Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah berangkat liqo dengan ongkos jatah belanja esok hari untuk keluarganya
Aku rindu zaman ketika seorang murabbi sakit dan harus dirawat, para binaan patungan mengumpulkan dana apa adanya

Aku rindu zaman itu,
aku rindu..

ya Allah,
jangan Kau buang kenikmatan berdakwah dari hati-hati kami
Jangan Kau jadikan hidup ini hanya berjalan di tempat yang sama.

Wednesday, March 16, 2016

pagi yang bahagia

assalamualaikum, bismillah..

semalam sebenarnya tak pasti tertidur pukul berapa, awal jugaklah sebenarnya.
apa yang penat sangat pun tak tahulah..huhu
baca buku pun dah tersengguk2..
dengar talk pun dah samar-samar dengar..

last-last tidur jugak.. tidur mati betul..

pagi-pagi..
dengan earphone masih tersumbat dalam satu telinga..
orang bawah naik atas..

'Huda... bangun, kalau awak nak qiyam..'


mahu tak nak qiyam??
what a blessed! ada orang kejutkan..

sebenarnya, i feel so intense lately..
too much things to handle.. to much thing to cater..dakwah tarbiyahnya..akademiknya..

semakin kena mantap mujahadah qiyam dan puasa sunatnya..
just because, tak jumpa cara lain melainkan kekuatan dalam pengabdian pada Allah. sobs
just because tak jumpa kekuatan lain melainkan minta dari Dia.
despite of hinanya hamba ini..

belum 430 lagi rasanya masa tu..
tapi subuh pagi ni 4:53!

bangkit.
jangan nak mengada semalam dah tertidur awal..

alhamdulillah..what a blessed today,
subuh pagi ni rumah macam hidup..
semua dah bangun, tak tunggu lama.. terus boleh solat subuh.
dan jemaah 6 orang full semua housemates :)
(jarang nak dapat semua boleh solat dan semua ada dekat rumah) 
sampai ada housmemate excited sangat, 'jom tangkap gambar!' padiaa la... haha -.-

alhamdulillah..
walaupun after subuh, ma'thurat dan tazkirah rumah dah sunyi balik. baru 530 pagi pun. haha
2 orang tumbang dekat ruang tamu dengan telekung2 sekali. 
siap pesan..
'huda after awak habis baca qur'an, kejut saya tau'

dan, not as usual..
panjangkan sikit bacaan 
sebab tengok sedap sangat semua tidur 
tak sampai hati pula nak kejut :)
after murajaah, sambung tilawah.., buat hafazan sikit..

selesai, gerakkan.
'saya dah habis baca quran'

dan bangkitlah 2 orang tu..
memulakan semula kehidupan.. dengan nikmat hari yang baru.
alhamdulillah

nikmat suasana saling mengingatkan dan ketaatan pada Allah.
small things, tapi nikmatnya besar..
bila direnung semula.
alhamdulillah..

Tuesday, March 15, 2016

berjalan tanpa cahaya

assalamualaikum, bismillah.

'korang boleh bawak laju kan? kita kena pecut ni, dah gelap okay kan?'

memang dah gelap sangat. melepasi waktu maghrib. alhamdulillah yang tertinggal ni semua otai bikerzz boleh merempit lol.

bila diamanahkan kena duduk belakang sekali- memang tarbiyah sangatlah. sebab selalu suka nak benda cepat-cepat. bayangkan cycle dengan 40 orang, dan kau duduk belakang sekali? haha

bila berturut-turut basikal rosak, dan kena tunggu. okay je.
cuma last2 tu... dah gelap, tinggal kami berempat.

'huda lead lah kitorang tak ingat sangat jalan'


melalui jalan ni + ada lah ala2 hutan sikit lebih kurang 6 km, sebelum jumpa jalanraya. dan, tak expect pun sampai malam, lampu, safety jacket memang tak ada.

dan masa tu dalam kepala, kita kena sampai sebelum lagi gelap and lagi bahaya. jalan tak nampak pun, sebatas beberapa metre jelah. Aim masa tu, fokus jalan yang nak dilalui ke. asal jangan terlanggar kiri kanan tak pun masuk sungai ke, cukuplah. 

tak bercakap sangat, dalam hati memang minta Allah mudahkan . huhu. pecut je masa tu. mengahlah jugak wey. haha.
handphone berbunyi2 orang call. tak boleh nak angkat, memang nak kejar masa.

dan alhamdulillah selamat sampai accomodation just beberapa minit sebelum isyak. Had a great time, amazing ride with fantastic nature view. alhamdulillah.. lama sangat tak berpeluh, dapat balas dendam sikit.

dan dan habis Spring Camp dan nadwah ni, habis tilawah surah An-nur dalam bas otw balik.

kalau belajar ophthalmology tu rasa dah kompleks sangat dah structure mata ni, tapi sesempurna mana pun mata tu, theory kita dapat melihat tu sebenarnya sebab cahaya. cahaya.

takkan tak nak?

dah rasa sikit nervousnya jalan dalam gelap tanpa cahaya, ni macammana nak hidup kalau tanpa cahaya Allah dalam hidup ni.

tak mampu T__T

dan buta hakiki, adalah buta hati, bukan penglihatan..berapa kali dah Allah ingatkan

'Maka, tidak pernahkah mereka berjalan di muka bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati didalam dada' (22:46)

segelap mana pun persekitaran, as long as Allah hadirkan cahayaNya menyuluh hidup kita. itu je lah yang kita nak sebenarnya kan..

kalau kat dunia dah meraba2 kebutaan, apalah pula nasib di sana?

'dan barangsiapa buta (hatinya) di dunia ini, maka di akhirat dia akan buta dan tersesat jauh dari jalan (yang benar) (17:72)

nau'dzubillahi min dzalik.

Allahu waliyyul ladzi na 'amanu yukhrijuhun mina dzzulumaati ilan nur...