Pages

Tuesday, March 15, 2016

berjalan tanpa cahaya

assalamualaikum, bismillah.

'korang boleh bawak laju kan? kita kena pecut ni, dah gelap okay kan?'

memang dah gelap sangat. melepasi waktu maghrib. alhamdulillah yang tertinggal ni semua otai bikerzz boleh merempit lol.

bila diamanahkan kena duduk belakang sekali- memang tarbiyah sangatlah. sebab selalu suka nak benda cepat-cepat. bayangkan cycle dengan 40 orang, dan kau duduk belakang sekali? haha

bila berturut-turut basikal rosak, dan kena tunggu. okay je.
cuma last2 tu... dah gelap, tinggal kami berempat.

'huda lead lah kitorang tak ingat sangat jalan'


melalui jalan ni + ada lah ala2 hutan sikit lebih kurang 6 km, sebelum jumpa jalanraya. dan, tak expect pun sampai malam, lampu, safety jacket memang tak ada.

dan masa tu dalam kepala, kita kena sampai sebelum lagi gelap and lagi bahaya. jalan tak nampak pun, sebatas beberapa metre jelah. Aim masa tu, fokus jalan yang nak dilalui ke. asal jangan terlanggar kiri kanan tak pun masuk sungai ke, cukuplah. 

tak bercakap sangat, dalam hati memang minta Allah mudahkan . huhu. pecut je masa tu. mengahlah jugak wey. haha.
handphone berbunyi2 orang call. tak boleh nak angkat, memang nak kejar masa.

dan alhamdulillah selamat sampai accomodation just beberapa minit sebelum isyak. Had a great time, amazing ride with fantastic nature view. alhamdulillah.. lama sangat tak berpeluh, dapat balas dendam sikit.

dan dan habis Spring Camp dan nadwah ni, habis tilawah surah An-nur dalam bas otw balik.

kalau belajar ophthalmology tu rasa dah kompleks sangat dah structure mata ni, tapi sesempurna mana pun mata tu, theory kita dapat melihat tu sebenarnya sebab cahaya. cahaya.

takkan tak nak?

dah rasa sikit nervousnya jalan dalam gelap tanpa cahaya, ni macammana nak hidup kalau tanpa cahaya Allah dalam hidup ni.

tak mampu T__T

dan buta hakiki, adalah buta hati, bukan penglihatan..berapa kali dah Allah ingatkan

'Maka, tidak pernahkah mereka berjalan di muka bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati didalam dada' (22:46)

segelap mana pun persekitaran, as long as Allah hadirkan cahayaNya menyuluh hidup kita. itu je lah yang kita nak sebenarnya kan..

kalau kat dunia dah meraba2 kebutaan, apalah pula nasib di sana?

'dan barangsiapa buta (hatinya) di dunia ini, maka di akhirat dia akan buta dan tersesat jauh dari jalan (yang benar) (17:72)

nau'dzubillahi min dzalik.

Allahu waliyyul ladzi na 'amanu yukhrijuhun mina dzzulumaati ilan nur...

No comments: