Pages

Wednesday, March 16, 2016

pagi yang bahagia

assalamualaikum, bismillah..

semalam sebenarnya tak pasti tertidur pukul berapa, awal jugaklah sebenarnya.
apa yang penat sangat pun tak tahulah..huhu
baca buku pun dah tersengguk2..
dengar talk pun dah samar-samar dengar..

last-last tidur jugak.. tidur mati betul..

pagi-pagi..
dengan earphone masih tersumbat dalam satu telinga..
orang bawah naik atas..

'Huda... bangun, kalau awak nak qiyam..'


mahu tak nak qiyam??
what a blessed! ada orang kejutkan..

sebenarnya, i feel so intense lately..
too much things to handle.. to much thing to cater..dakwah tarbiyahnya..akademiknya..

semakin kena mantap mujahadah qiyam dan puasa sunatnya..
just because, tak jumpa cara lain melainkan kekuatan dalam pengabdian pada Allah. sobs
just because tak jumpa kekuatan lain melainkan minta dari Dia.
despite of hinanya hamba ini..

belum 430 lagi rasanya masa tu..
tapi subuh pagi ni 4:53!

bangkit.
jangan nak mengada semalam dah tertidur awal..

alhamdulillah..what a blessed today,
subuh pagi ni rumah macam hidup..
semua dah bangun, tak tunggu lama.. terus boleh solat subuh.
dan jemaah 6 orang full semua housemates :)
(jarang nak dapat semua boleh solat dan semua ada dekat rumah) 
sampai ada housmemate excited sangat, 'jom tangkap gambar!' padiaa la... haha -.-

alhamdulillah..
walaupun after subuh, ma'thurat dan tazkirah rumah dah sunyi balik. baru 530 pagi pun. haha
2 orang tumbang dekat ruang tamu dengan telekung2 sekali. 
siap pesan..
'huda after awak habis baca qur'an, kejut saya tau'

dan, not as usual..
panjangkan sikit bacaan 
sebab tengok sedap sangat semua tidur 
tak sampai hati pula nak kejut :)
after murajaah, sambung tilawah.., buat hafazan sikit..

selesai, gerakkan.
'saya dah habis baca quran'

dan bangkitlah 2 orang tu..
memulakan semula kehidupan.. dengan nikmat hari yang baru.
alhamdulillah

nikmat suasana saling mengingatkan dan ketaatan pada Allah.
small things, tapi nikmatnya besar..
bila direnung semula.
alhamdulillah..

No comments: