Pages

Saturday, April 30, 2016

kind thoughts

assalamualaikum, bismillah

it's 5.00 a.m now

'kalau masa break study, tekan k pastu enter'

LOL Tim, tak payah nak announce.
i is malu. tak kesah pun orang baca tapi tak yah mention :P

anyway maybe awak tengah break study sekarang, 
so.. this is (partially. haha) for you.
thanks for the kind thoughts.. it's really reflect how kind your heart is :)
May Allah and the world be kind to you and "verily Allah is kind and He loves kindness" -Bukhari

ada satu hari tu, masa break study group di Ayyash, check phone. senyum. simple act of kindness...

'untuk huda yang tetiba melintas kat otak saya.. Hmm cuba nak distract saya lettew, tapi this is me relaying what Allah wanted you to know..'

 



3 keping gambar masuk.

'tak tahu kenapa tetiba nak hantar mesej gini.. Allah wants you to stay strong i guess..
take one thing at a time
He's near. He is a good listener
okay, bye Assalamualaikum'

masa tu memang sengih, Tim ni duk teringat aku ni tak sedar lah tu aku ada dekat ruang tamu rumah dia je ni. haha. lawak. just beberapa minit lepas tu, bila Tim turun jenguk kat bawak 'oh.. ada study group eh.' haha awkward~ okay mungkin tak awkward mana ;p

dan tim dengan menjadi timnya, buatkan air, potongkan kuih, siap ada jemput-jemput panas uolls~ A simple act of kindness and caring creates a ripple that will surely comes back to you Tim. jzkk! :)

ada satu pagi tu, masa bangun subuh, bukak whatsapp, bertubi-tubi gambar masuk. 

 

'Pray for a clear pass for all subjects this year insyaAllah let's :)
Night :)'

the pictures were sent last night at 1:10 a.m lol, tak jadi night lah bila aku duk baca pagi2.  harus dah tertidoq.. anyway, that was a good day to start with those kind thoughts from k.beila wasn't it? :)

ada satu hari tu, balik bilik ada coklat dengan of course notes kat atas coklat.

turun bawah.. 'Zack, awak tahu tak coklat atas meja saya tu sapa bagi? chop.... jangan kata tu tulisan awak'

lol huda, dan tu memang tulisan Zack. padia tulisan housemate pun tak kenal. dah bila masanya aku nak kenal tulisan dia pun? (alasan). termalu di situ sebenarnya. huu Zack yang coverkan  ' haha memang tulisan saya berubah-berubah pun'  -..-

mesti orang kecam aku tangkap gambar macam hmmmm
dan semalam dapat study pack, yeah ada air ada kopok, ada cekelat. from k.isya..jzkk! tim kata update2 blog.. -.-' sebenarnya tak nak pun okay, tapi post lah buat hilang ngantuk sikit pagi ni. hewhew

dan aku ada boyfriend sorang ni. sadis cinta kitorang dah 2 bulan jarak jauh.. ada sekali tu umminya kata ' nufail dah tidur tadi, dia tunggu huda reply akak ckp esok je la kak huda mesti ada kelas tu.. esok nufail reply nanti.. excited sangat dia nak text huda.. buku huda ulang2 dia baca, suka betul..'

sian nufail... masa tu memang aku kat clinic packed

ada sekali nufail mesej after about a week dia tak text ' i did not get to text you in a really long time because ummi went to Seremban from last Wednesday till 9:45 today. But i am already on a new surah. Surah Maryam.'

aku tak reply..tak ingat dah kenapa. mungkin sebab dia just information. esoknya dia mesej lagi ; 'were you busy yesterday' 

tu teguran paling deep, paling sentap pernah aku dapat dari seorang budak 7 tahun. thanks nufail.. insaf terus, terus teringat mesej2 dan emel orang yang tak terbalas :(

nufail ni Allah izinkan aku ajar dia mengaji almost two years masa dia dekat sini.
very nice and brilliant student. cuma jauh sangat beza kita 16 tahun, Nufail muda sangat.. kalau tak dah buat suami je. okaylah ada chance calon menantu kot? lols

dan nufail sangat rajin text sampai hari ni
kadang mengadu tak ada kawan
cerita belajar word bm apa
mengaji surah apa
dia nak solat maghrib pun bagitahu.
aku akan reply kejap lagi aku pun nak solat zohor (cinta merentasi benua kan..hoho)

dan,
boyfriend sorang ni lah kalau mesej, aku akan dapat banyak sangat smiley.. mencurah-curah ke ladang gandum (tetiba) . tapi those kind thoughts always made my day, alhamdulillah :)


cer kira berapa smiley in total? ni baru sikit. hehe

dan musim exam ni, kata2 positif semua tu sangatlah bermakna. tapi tak cukup jelah kan kita nak dari orang, so kita spread the vibes to others juga insyaAllah.

ingat kita je cuak, tak yakin nak exam, ramai je rasa macam tu. okay tak adalah rasa miserable sangat. hehe. tak pernah secuak ni. tapi insyaAllah dari Allah jua jalan masuk dan keluarnya *biceps* this is the only exam untuk tahun ni. boleh bayangkan tak intense dia. dan nak assess semua benda dalam medicine ni. like SEMUA..why UCC why.. T_T

so.. to you my beloved readers, 
kalau sudi, mohon titip doa sikit?
:)

dah nak sunrise! bismillah, lets start our day!
off .

Thursday, April 28, 2016

merayau di dunia

assalamualaikum, bismillah

its 3.15 p.m now.

hari ni last day of rotation. marks the end of 4th year, ya Allah, habis punnnnn.

tadi after MDT meeting (MultiDiciplinaryTeam) Dr O'connor jumpa dia cakap, 'I'm sorry I didn't realize your final is next week, you can go now if you want to'

Dr, kalau esok pun Dr suruh datang, dan kalau itu tanggungjawab saya, saya datang je. hewhew. that's my responsibility.. tahu je, orang suka mengelat last-last ni sebab nak exam. tapi hmm, i'm not like that. aku tak suka skip kelas, hospital, kalau semata sebab exam. tak settle rasa dalam hati ni. huhu

Dan hari ni, aku kononnya nak tamatkan buku ke -4 yang aku baca sepanjang 3 minggu ni ulang alik ni. mainly masa tunggu bas, dan dalam bas on the way ke Blackrock. dan, buku yang nak dihabiskan ni, apparently buku paling nipis antara 3 buku lain. tapi padu. padu. berat sangat.

tazkiratud duat - Al-maududi. mahu tak nangis? 
so aku decide tak nak rushing pun untuk habiskan.
buku lain agak light-light je ; ingatlah untuk bercermin (salim A.fillah), pelukis jalanan (teme), dan satu lagi on9 book.. hmm aci lah..buat hilang bosan menunggu, sambil ada isi sikit. 

okay, one of the point yang aku rasa terkesan sangat
bila bab menjaga hubungan dengan Allah - ni kita je tahu sejauh mana hubungan kita dengan Allah. buatlah macammana pun kita je tahu hati kita terhubung dengan Allah tu macammana.

it's so saad, kalau tengok hati sendiri.
it's so intense lately 

tadi saja share dengan zack, sebab affected sangat.. tu takdan nak continue baca. walaupun cliche, dalam buku tu pesan, penting sangat nak mantapkan hubungan dengan Allah. lagi-lagi daie. cara utama dia; ingat akhirat. Dan tahu tak nak ingat akhirat tu macammana? 

Tadabbur quran tu.*tahanairmata* 
sebab every single page akan ada peringatan untuk kita directly/indirectly tentang akhirat.
when was the last time nangis tadabbur quran? sobs

sudahlah...sesak-sesak study buku medic macam nak rak. 
quran take it easy, rutin tilawah, literally baca maksud, ulang hafazan gitu je..
takkanlah? sobs. faghfirlana ya Allah

bila next week nak final, tahu rasa berat.
orang kata 4th year ni paling berat lah sebenarnya.
duration exam ada 19 hari..hmm, jangan panic sudahlah huda, nauzubillah.

bila macamtu, selalunya kita pandai nak focus apa, study apa..based on tarikh exam. sebab kita berfocus dengan baki masa yang ada, ada matlamat.

macam tulah hidup ni, (i have to remind myself again and again and again and again) matlamat kita akhirat.. akhirat je. dunia dan seisinya alat, tapi kena perform lah juga. kalau kita lupa benda basic ni, kita macam merayau je dekat dunia ni.. banyak melagha je. ikut-ikut suka nak buat apa. kesukaan kita, minat kita kalau Allah tak redha, ya Allah banyak lagi makhluk Allah yang lain yang lagi taat daripada kita, yang Allah boleh nak sayang lebih dari kita.

tapi tanpa kasih sayang Allah kita nak jadi apa dekat dunia ni? 

aku dah pernah rasa sesak, lost, kosongnya dan sedihnya merayau dekat dunia ni. buat benda kita suka tapi makin jauh dari Allah, sedih tau perasaan tu. tak mampu nak tipu.. tak nak orang lain rasa juga.
kita pun bukan bagus sangat, hekelleh memang tak bagus pun, huuu, sentiasa ada jatuh bangun. tapi minta Allah jauhkan dari kembali ke jahiliyah tu. setiap orang ada jahiliyah dia masing2 hatta sampai sekarang, tapi everyday tu sentiasa ada peluang untuk jadi lebih baik. nak atau tak nak je. susah. aku tahu. memang, memang kadang kita ni degil sangat kan nak ikut diri sendiri je. huu

bila tengok ramai orang berhijrah.. tak tersentuh ke tengok..
lately ni kan banyak artis berhijrah.. kita malah sangat gembira kan.. 

cahaya Allah tu terang benderang sangat..
cinta Allah tu, tak bertepi..
pintu taubat Allah tu luas..
selagi ada masa, back to Him.

cari jalan balik. jangan merayau. sudah, orang kata jangan merayau huda ni kan (!)

okay, sudah, jangan membebel huda *ops*

okay, esok jumaat, i love jumuah
biasanya malam khamis dah start baca kahfi sikit.
pagi jumaat suka pasang lagu raef; it's Jumuah
dan hari jumaat kalau nak specific lagi lepas asar :P nak bisik doa macam2 dekat Allah.
nak kejar berkatnya jumaat tu. kadang rasa sangat angin berhembus, hujan menitik tu penuh berkat (hopefully aku tak ada penyakit mental dengan all the delusions ni. haha)
dan dari satu jumaat ke satu jumaat yang lain aku percaya adalah penyucian. banyak sangat dosa ni ;(
(okay sebenarnya takyah nak tunggu jumaat sangat oi. dari satu solat ke satu solat satu detik ke satu detik sebenarnya pun -.-) biasalah tu, manusia ni memang suka ada checkpoint. herher
ramadhan yang kita rindu pun dah semakin dekat ni..

so let's back to Him.
shall we?
:)

hari ni turn masak. ingat nak masak lepas subuh, tapi tak ada serai, kempunan nak makan ayam percik untuk berbuka. ingat nak cari dekat Aldi lepas habis rotation. kot2 ada serai, tapi tak ada. kecewa betul.. hang ingat supermarket sini macam Malaysia??? terus rasa nak balik Malaysia. sobs. apa kaitan? okay, aku cuba lagi. nak cakap i miss home :)

Tuesday, April 26, 2016

better days ahead

assalamualaikum, bismillah. 

it's 6.42 a.m now
dah hampir 3 jam lepas subuh.
after subuh macam biasa lah, rutin ma'thurat... mengaji..
rasa macam nak tunggu pukul 8 pun ada 5 jam la juga.. *paksadiritaknaktidurbalik*
fefeeling nak productive hari ni, InsyaAllah. hew

mula cari kerja..
okay, haruslah lunaskan hutang lipat baju (haha, tergendala dari semalam sebab konon nak tunggu masa tak productive- bila mengantuk ke baru lipat/break study..tapi habuk pun tak ada) *sambil dengar lecture Nouman & Omar Suleiman*, kemas2 sikit bilik, tolonglah susun cantik sikit buku bertimbun tu huhu, potong kuku (lols ni absolute distraction) , pastu meroyan sebab cari pendrive tak jumpa yang ada satu2nya copy essay psychiatry aku :( sabar sikit huda, ada tu InsyaAllah.

anyway,
sekarang dah nak merasa summer! :)

I used to hate summer season. sebab subuh dia awal dan malam dia lewat. dan aku suka rasa badan aku akan cepat letih masa summer. sleep deprivation, fatigue.. (ke sebab exam ni? haha)

dan of course i love winter so much, sebab timing dia best..dan boleh jalan-jalan masa winter break. hew

tapi sebenarnya dalam tak suka summer, suka je kan summer sebab nanti cuti-cuti malaysia..?
dan dalam suka-sukanya winter, tak suka je kan bila sejuk sangat, kulit kering (dah lah pemalas nak pakai moisturizer kan? -,-) dan kalau boleh nak duduk dalam duvet je. berkelubung..

seee....

kita sangatlah melimitkan apa yang sebenarnya kita boleh grab kalau tak buka minda, lapangkan dada tu.. untuk setiap keadaan kita..semua benda ada balance pro and cons nya.

tapi, semua benda insyaAllah kita kena consider yakin ianya baik. kalau kita positif, selalu doa dekat Allah, dan bersangka baik.. bersangka baik dengan siapa lagi kalau bukan ultimate husnudzon dengan Allah..

pergh, dose positif penangan lecture nouman sikit. kuikuikui
tinggal seminggu nak final ni, memang kena positif2 je, kena stress free, jangan negatif2.. *bagisemangatdekatdirisendiri*

dan bila kita lihat semula journey kita dalam tarbiyah ni, 
sama je macam hidup sehari-hari..
kadang kita tak dapat pergi jauh sebab kita yang limitkan diri kita. 
kita nak ada keadaan yang kita nak je, baru kita suka.. baru kita rasa best

walhal hidup kita pun bukan kita dapat semua yang kita nak, 
pastu takkan tak boleh enjoy hidup ni? C'mon!

then,
kita anggap tarbiyah ni kena layan kita macam kita nilah tetamu penting dalam gerabak tarbiyah ni. huhu tak malunya kita ni kan..

bila dulu selalu rasa out of place lah dengan orang-orang dalam tarbiyah ni.
suka judge orang ni itu ini. huhu astaghfirullah.. kadang tu persoalkan kenapa dia tak macam tu? kenapa dia macam ni?..

tapi semakin lama, bila Allah ajar kita secara tidak langsung untuk sekarang..selalu lihat side positive sesuatu benda dan orang.. dan mashaAllah, dari situlah islam menyentuh hati orang dan mengubah perspective kehidupan kita..

aku selalu amazed macammana Rasulullah s.a.w sentiasa melihat yang terbaik dan mampu mengeluarkan yang terbaik dari diri seseorang. lihatlah para sahabat yang hebat-hebat. murabbi agung betul.. kita ni dok tak habis kecewanya.. tapi kalau kita tak ada kacamata melihat yang baik melebihi yang buruk dalam diri seseorang, kita akan sentiasa kecewa selamanya.. terluka. itulah orang kata, kena jiwa besar, supaya benda-benda kecil tak buat kita mudah kecil hati, sebab jiwa kita cukup besar menampung semua tu.

pernah sekali kecewa dan sedih sangat ; bila ada ukht pesan 'jangan berharap sangat' dengan dia. Allah.. katalah tak ada benda lain yang kita ada; percayalah kita tetap ada harapan. dan tu benda paling basic. tapi aku chill je, kalau aku ni, tak punya harapan (bukan expectation ya) pada mutarabbi, aku lebih baik tak payah berharap jadi murabbi. hehe

'farmers who wait for perfect weather never plant. If they watch every cloud, they never harvest'

dan begitulah tarbiyah mengajar kita sedikit demi sedikit..
jangan menanti keadaan yang ideal.. suasana yang sempurna..
kalau dulu suka tengok orang/benda dari side negatifnya.. pastu easily turn down..
sekarang kalau susah juga, kena paksa juga nampak benda yang positifnya.

macammana nak bring out of the best in everyone/everything, kalau looking at a good side pun kita susah kan? kena banyak lagi belajar ni..

detik 6.35 pagi ni :)
moment bila pagi-pagi...
kita dah boleh tutup lampu bilik dan buka blinds.. 
(sebab kalau nak buka blinds dan buka lampu nanti orang luar nampak)

dan menjemput sinar mentari masuk, 
just SubhanAllah...
better days ahead, InsyaAllah.

choww~~ breakfast dulu, laparnyaa...

Friday, April 22, 2016

birthday shout out ; learn to appreciate

Assalamualaikum, bismillah.

minggu lepas dan minggu ni, ada jumpa patient ni, yang balik tu aku rasa sangat affected dengan keadaan mereka.

dan benda tu buat aku asyik fikir je. huhu

patient ni perempuan, ada schizophrenia, hallucination, delusions semua. kesian sangat. dan her husband pulak suffered from depression. lagi bertambah kesian. yang lagi sedih, bila consultation tu, patient tak nak ada suami dia dalam bilik tu. hmmm, untuk first visit aku rasa macam lahai..kenapa.. itu kan your soulmate? gaduh ke... benci ke.. 

but you've been living together for soo long kan...?

bila patient keluar, panggil suami dia masuk.. okay dia cerita la itu ini. her wife sekarang dengan her health issues yadayadaya. husbandnya okay je walau nampak macam terbeban sikit. he does all the cookings, kemas rumah, shopping etc.. how nice this man. i can feel how deep this gentleman's love towards his wife bila dia cakap.. says his concerns..

' i love her dearly.. (pause)
she loves me too, but sometimes she forgot' 
(sedih gak masa tu aku dengar. dengan tengok muka dia sobs)

'we have a happy marriage,
but now she seems becoming a child now. she's much dependent to me. 
but i didn't own slave. and she is not'

(okay sayu sikit) her health issues yang banyak menyebabkan dia jadi macam tu. deteriorating.. tapi loyalnya this man, buat aku salute, walaupun tak tahu deep down apa dia rasa. minggu ni visit rumah mereka.

bila dengar cerita when they were young.. seems so happy. wedding masuk paper kot, siap ada sponsor. sebab patient tu atlet yang hebat once upon a time. (boleh ternganga tengok scrap book achievement dia, dengan keratan2 akhbar..)

tapi, masa consultation, bila bercakap, tak pandang sangat muka each other. ada je macam salah faham. dan apparently, eventhough they live together, sleep together, bila tanya tak tahu sebenarnya apa masing2 buat sehari2. si isteri selalu duduk dapur je..si suami buat apa pun mungkin isteri tak tahu... that's soo sad. 

tapi this man, banyak back up juga, cakap la isteri dia sometimes buat kan air, not too bad i suppose. He's trying (not to blame the wife, due to her health issues) to make their marriage work. i can feel there's pure love in this man's heart! and i know, his wife must loves him so much... it must be.

dan tu lah yang aku sangat affected dengan.. i've been thinking about it. how could this happened. i'm very3 sure they love each other.. but why it seems that their relationship macam tak hidup..so dull and bold.. huuu. 

dan apa conclusionnya huda oi,.. penat fikir. lol

In a relationship.. i think, the most important thing is the effort to sustain the relationship. both sides need efforts to make it work. no matter what happens..

and... the foundation is faith. it's not just love. because love can fade away. it's the faith that make it stay. ada satu quoote ni, i can't remember dari siapa, imam syafie or so gitu.. tapi dia cakap, kalau nak kahwin, pilih yang beriman, kalau dia suka kamu, dia akan hormat kamu, kalau dia tak suka dia tak akan menghinakan kamu. okay apply both ways la juga.. 

anyway, bukan nak cakap pasal kahwin (obviously not) tapi on how do we appreciate a relationship. with love or if not, with faith.

dan i have this pure, beautiful sister yang teach me a lot how to appreciate a relationship.. hahahhaha. sounds weird haa? it's true, eventhough it takes me years to realize and appreciate it. 

and today is her birthday :)

rasanya kenal dia ni masa 1st year, tapi gitu-gitu je, i'm not interested in making close friend, BFF whatsoever. for me, it's just hard. it's really hard. so kita kawan je lah dengan semua orang, baik je dengan semua orang.. masuk 2nd year, okay rapat lah juga, sebab dia ni suka jugak lah datang rumah, tidur rumah. tapi, aku buat biasa je.. 

dan aku mula rasa dia ni jenis clingy, full of feelings, yang kadang-kadang aku tak faham kenapa. selalu jugak salah faham, kadang tu benda kecik je pun boleh jadi gaduh. haha, aku boleh jadi stress. tapi itulah, gaduh baik, gaduh, baik.. funneyh..

masuk 3rd year, bila nak susun rumah, (i know bukanlah akak nak sangat kan? ;p) tapi bila dia tulis request nak roommate dengan huda, little did i know, it would be the most stressful year for you ? heww. mesti akak menyesal.. 

lagi jadi complicated. aku jadi lagi makin tak faham. tak boleh ke kalau tak reply mesej? tu benda kecil yang boleh buat aku stress juga. dia pun cam selalu juga marah aku part ni. tapi still being so nice, keep on texting me, randomly / intentionally..tanya itu ini (tak penat ke kak?) hahha. dan yang teruknya saya, ya, you should blame me kak. little did i know, it hurts you, bila saya suka2 malas nak reply. ikut sedap hati je sebab malas kadang tu. dan paling tak boleh terima bila saya dah rimas sangat saya blocked akak dekat whatsapp. (do you remember this?) dan haruslah saya kena marah dengan kakak-kakak lain. perangai tu.. :(

i'm insensitive, but you're sensitive. saya banyak ikut logic, akak ikut perasaan. lol. akak lah paling effort semangat nak suruh orang buat personality test. and that's sooo funny, when it turned out to be ; we are extremely different to each other. akak ESFP saya INTJ, memang tak sama , tak kena langsung. akak suka jumpa orang, saya tak suka. you love to create memories, but i don't really bother. aaah banyak sangatlah yang contradictnya.

dan that's so weird, kita duduk satu bilik, tapi hmm kadang tegur gitu2, tak support each other sangat. (sorry kak) sayalah yang paling keras kepala. you made so much efforts, saya suka hmm gitu je. bukan akak tak tanya, saya yang suka jawab basa basi. kalau saya stress, you tried to help, tapi saya suka being alone- 'jangan ganggu saya'  (this is because of our different personality i supposed? lol)

dan akak juga yang suka nak suruh buat test 5 language of loves kot kalau tak silap. dan again, it's so funny bila your highest language of love is gift (which is my lowest), and my highest language of love is act of service (which is your lowest?) haha. it's ridiculous macam mana kita boleh hidup sekali.

akak suka bagi itu ini, which kadang2 saya suka refuse, little did i know that's your language of love. dan saya ni jarang bagi akak hadiah itu ini, mesti rasa kurang disayangi.. haha dan i thought i can show my love dengan tolong kemas meja akak sikit2, basuhkan baju, lipatkan baju..(padahal tak buat selalu pun.) dan tu mungkin akak tak perceive as my language of love..kahkah 

wallahi, we are two different species. menarik ar jugak manusia ni sebenarnya. saya rasa we have millions reason to give up on each other, (saya rasa akak dah selalu give up lah juga dengan saya) tapi baik je kan lagi sampai hari ni, alhamdulillah. hihi. dan ni pada saya, nilainya besar., kalau bukan sebab Allah, sebab tarbiyah ni, mesti dah lama kita gaduh, ignore each other and give up je kan? huhu.

tapi sebab saya rasa akak baik sangat dengan saya, and it's just me yang too bad.
tak pandai express, tak pandai appreciate.. saya suka nak ambil jalan mudah.
ingat tak kita pernah gaduh besar jugak lah, when i refused to confront, i refused to talk to you, i just don't know (too bad) to handle my emotion, to solve the problem, last2 pilih suka nak senyap je. bila jumpa tapi tak cakap apa-apa and you talked to me trough your writing..and end up I burst into tears dekat luar bushra, ingat tak? adoyaii lawak je bila ingat.

saya suka nak avoid dari masalah. dengan harapan not hurting you anymore. 
tapi tu mesti tak solvekan problem. ingat tak (lagi), bila saya bagi akak coretan tangan cinta matahari kepada bumi? haha

Matahari tidak pernah meninggalkan bumi 
sekalipun bumi tidak mampu melihatnya. 
Entah oleh mendung gelap atau hujan lebat. 
Sekalipun bumi tidak bisa merasakan kehadirannya dimalam hari. 
Matahari titipkan cintanya kepada Bulan. 
Memberi ruang kepada bumi agar bumi paham, bahwa ada atau tiadanya matahari, 
langit tetaplah menawan.


Matahari tidak pernah meninggalkan bumi, 
pada jarak yang sama bertahun-tahun. 
Matahari dan Bumi adalah dua hal yang memang berlainan. 
Terlalu dekat membuat keduanya akan saling meniadakan. 
Mungkin cukup seperti ini hubungan antara Matahari dan Bumi. 
Tidak untuk saling berdekatan 
namun dengan jarak yang cukup aman untuk saling mencintai.

bajet fefeeling sangat uolls. bila saya rasa kita dah semakin menjauh. (ececeh poyo. sangat). saya rasa susah sangat nak expresskan perasaan saya ni. tapi i'm not ignoring you, you always in my prayers, worry not! (i hope you're not leaving me as well ;P) complicated pulak rasa hidup ni. herherher

I know you're happy now, tanpa gangguan saya yang suka buat akak stress ni ;p

and i'm more than happy to see you happy :)
thanks for always have faith in me.

you've been so nice, semua orang can feel your loves when you're around..
sorry for everything.. sorry for not appreciating you,

You are very significat to me, because you teach me how to appreciate. (atleast saya belajar sikit ok)

last,
mungkin saya tak pernah cakap,
i love you fillah :*

selamat Dr Issha Nadziha!
moga Allah panjangkan umur dalam ketaatan dan kebaikan :)

saya cari gambar kita dua tapi saya dah agak mesti saya tak ada simpan -.-'. ohmy! 
*hadiah tunggu dapat elaun. hahaha, don't worry, i still love you.

jumpa malam nanti.

off to library (.)

Monday, April 18, 2016

keep calm

assalamualaikum, bismillah.

its 2.35 a.m now.
apa aku buat? hehe haruslah dah tak boleh tidur -.-

tadi petang lepas balik library, makan sokseksoksek aku cuba lah bertahan buat case report psychiatry ni..target aku nak settlekan minggu ni jugak. last week of this rotation i would dedicate it as my study week untuk final. (haha, sebab medschool tak bagi, jadi aku buat sendiri) tapi mata tak tahan dah tersengguk2, aahh tidur jelah nanti bangun semula. masa tu around 8 p.m. memang too sleepy.

pukul 10 gitu, housemate kejut (lain macam je kan huda ni senyap je. huuu) 

'huda bangun...kalau awak nak study ke.. tadi k.yuli dan sudir datang hantar Merry'

kami ada tetamu dari Indonesia, she is christian tumpang 4 hari di sini. bagus sekali sih, aku bisa praktis bahasa indonesianya. hihi

aku bangun dah macam orang tak betul. jauh terlajak. astaghfirullah tahulah tak boleh solat kot ye pun nak bantai tidur pernah je meroyan gini. ingat dah pagi! sebab plan nak tidur sekejap jeee, nak sambung study dan nak tambah sikit hafazan quran malam ni (ni plan awal janji diri sendiri kononnya sebelum tidur untuk nak sedapkan hati nak tidur) 

haaa tulah! tidur lagi lepas asar! btw, 8p.m pun masih asar ye -.-

pastu otak tak function juga tidur balik. around pukul 1 bangun balik. 

'huda, awak ni okay tak pagi-pagi buta ni?' -ada juga housemate tak tidur lagi -.-

hidup aku lately berputar dari rumah - blackrock (tempat Psych rotation) dan library, tu jelah tempat paling menarik sekarang. kalau lewat pukul 6 p.m pun aku usahakan juga ke library, bila dah nak tutup library baliklah. atau kalau lapar tak ada makanan, baliklah. haha. (cam selalu je ni?)

'huda memang rajin pergi library sekarang'

komen housemate

previously soalan housemate

'huda, saya nak tanya awak boleh tak?'
' apa? '
'awak memang ada mutabaah ke ziarah anak usrah every week? sebab awak selalu tak ada di rumah'
' erk? err kind of ' 

katalah.. satu malam tidur rumah orang lain sebab usrah sendiri, satu malam lain sebab usrah yang dibawa, satu malam lagi sebab ziarah anak usrah. kalau weekeend pun tak ada, so dekat rumah ada 2 malam je lah.

wow, okay sebenarnya tak perasan kalau itu menimbulkan kerinduan oleh housemate, lol. i know they understand, cuma ahha okay tu mungkin masa minggu-minggu yang intense kot. 

tapi akhawat, 
apalah ertinya dakwah tanpa ukhuwah 
dan apalah ertinya ukhuwah tanpa ziarah kan?

(ni paling struggle, sebab aku introvert sejati (haha) sebenar2nya i love to spend my time alone- to recharge and regain my energy) tapi kadang kalau dakwah memerlukan, kena ubah sikit.

i'm trying my best..
lagi tengah single mingle ni 'enjoy' lah dulu banyak masa free. 

tapi sekarang wa cakap sama lu,
nak ziarah, berlama-lama pun semua intense study.. 
dan that's among our top priority juga for now.
we do respect each other.
lepas rindu dalam liqa' lah..
jadi aku bawa lah diri ke library..

huhu

kalau duduk rumah, believe me, tangan aku ni gatal, sat lagi dia ambil buku (non medic lah ofkos!) ni, nak baca satu chapter.. nanti ambil buku lain dekat rak, hmm nak tengok lah sikit..nak baca satu artikel lah dekat blog ni.. hmm apa update news eh.. terfikir itu lah, terfikir inilah..last3 tak jadi kerja!

so to avoid all the distractions, duduk lah library. 
not escapism, just my coping strategy to keep calm nak exam ni. 
duduk library, walaupun malam tu tak cukup tidur 6-7 jam pun boleh study! magic betul library. haha

intensenya ya Allah :(
desperatenya rasa ya Allah
sekarang ni, tengah usaha organise diri.. 
bukan study je nak kena fikir sekarang, dengan plan summernya...
focus satu satu, tenangkan diri..insyaAllah everything will be fine :)
Allah tahu kita mampu sebab tu dia bagi kita keadaan ni..
dan dont worry semua benda akan berakhir...
susah pun akan berakhir, risau pun akan berakhir..

aku takut, aku tahu aku tak ready.
tapi pada siapa kan nak berharap selain Allah?

lagi stress, lagi banyak kena baca quran
lagi stress, lagi kena padu doanya,
doakan juga please? :)

lately,
memang asyik ulang je, bila stress, ulang lagi. ulang lagi dan lagi..

ya hayyu ya qayyum
birahmatika astagheethuu
aslihliy sya'ni kullahu
wa la takkilni ila nafsi  torfata aini..
-sahih

O Living, O Sustaining, in Your Mercy I seek relief!
O Ever Living One, O Eternal One by Your Mercy I seek assistance..

correct for me all my affairs and do not entrust me
to my Nafs (myself) for the moment of a blink of an eye..

Wednesday, April 13, 2016

apa syurga bayangan semua orang?

assalamualaikum, bismillah.

semalam kami berbincang tentang ayat 4-22 dari surah Al-Insan; di bawah tajuk, Menuai Hasil Ujian Kehidupan, (rujuk tafsir fi zilaalil quran , syed Qutb)

alhamdulillah
refreshnya rasa bila di remind semula tentang syurga.
very details Allah cerita dalam Al-insan ni
dari layanan, minuman, buah2an, perasaan..etc
rasa macam, lama 'terlupa' / buat-buat lupa wujudnya syurga.. huhu
kan penat lelah di dunia tak sebanding nikmatnya syurga.
worry not please?

pass semula liqa' pada emcee...

'okay, sebelum kita teruskan, rasanya nak la tanya pada semua orang, apa bayangan syurga semua orang. iyalah kan, semua orang kan mesti ada syurga yang berbeza-beza yang dia nak'

maka bermulalah sesi yang boleh tahan meriah. 
kemain semua orang pun.
gelak tawa penuh fantasi juga.

' okay saya mula. saya bayangkan dia macam ada padang hijau yang luas, macam scene The Lord of The Ring, and ada banyak rumah-rumah macam hobbit '

'bayangan saya, syurga tu penuh dengan kenikmatan yang mudah. dan saya suka ada cottage'

'apa yang saya suka, syurga penuh dengan kenikmatan, dan kita boleh nikmati semuanya tanpa rasa guilty'

'haah laaa... best3'

'saya pun rasa sama juga best la kenikmatan yang mudah tu. tapi saya tak terbayangla macam mana syurga tu yang not bounded by time and space..'

'kan...'

' saya bayangkan syurga tu saya ada istana, ada laman dan saya jadi macam queen la '

' saya pun samalah, bayangan saya istana....

' yeay sama, istana, nanti kita boleh berjiran..' menyampuk je

'dan the fact that perasaan kita tu happy je, tak sedih, tak lonely..'

'haa awak kan suka pergi jalan, awak mesti ada jet peribadi , tak perlu dah pening2 fikir harga tiket lepas ni'

wah, semakin rancak.. disambung gelak tawa.

' saya bayangkan syurga tu ada Taj Mahal. and Taj Mahal banyak2...saya nak naik perahu (buat gaya orang naik perahu) dan nak berenanag dalam sungai muesli'

'hahaha takke berenang dalam sungai tu macam kasarkasar jadinya'

disambut hila tawa. tambah meriah. 

dan perbincangan here and there semua benda yang best2. mood pun semua ceria. surprisingly, semua macam adrenaline rush gamaknya. tak ada pun yang tak beria-ia cerita tentang syurga bayangan masing-masing.

ya Allah, bestnya syurga tu..
tak terbayang..

dan liqa mingguan ni adalah taman-taman syurga. merasakannya kah?

Dan Anas Ibn Malik radiyallaahu 'anhu, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ; "jika kamu lewati taman-taman Syurga, maka singgahlah dengan senang." Para sahabat bertanya, "apakah taman-taman syurga itu?" Beliau menjawab, "halaqah-halaqah dzikir." (HR Tirmidzi) - hadith sahih. 
perbahasan lanjut tentang hadith tu mudah sahaja boleh google. huuu :P (tak berniat nak tulis sini)

Allah,
sungguh, aku mencintai mereka semuanya lillahi taala.
kumpulkan kami semua semula di jannahMu, Allah.
dalam perhimpuan yang lebih indah dan mulia daripada ini.

dan apa yang kami bincangkan di dunia saat ini
alangkah manisnya menjadi bahan bual-bualan si Syurga.

izinkan ya Allah?

Friday, April 1, 2016

Bila diri teruji..

assalamualaikum, bismillah.

aku tahu dan selalu takut, aku akan diuji dengan kata-kata sendiri. Dan benar2 mengetahui, memang Allah akan selalu uji kita sebegitu. Untuk mengetahui dalam kalangan hambanya siapakah yang benar-benar siddiq.

Sering, aku demotivated nak bercakap, nak menyampaikan, nak beri nasihat, aargh apalagi taujihat. kadang tu ya Allah, boleh tak taknak bagi pengisisan usrah minggu ni. huhu. bendanya berat. once, i made a confession (apa pulak ni) dengan sisters, yang sebenarnya aku memang suka je public speaking, debat, pidato, jadi MC gitu okaylah, tapi tak suka jadi muwajih.. bajet disclaimer; so jangan salah faham. sebenarnya nak cakap plishh, taknak jadi muwajih

begitulah, manusia memang tak suka diberatkan dengan tanggungjawab. walaupun kata-kata.
tapi walhal, segala apa benda yang kita lakukan, cakapkan, tuliskan, semuanya dipertanggungjawabkan ke atas kita.  nak lari mana sebenarnya? 

this weekend (esok) insyaAllah akan ke UK- ada Majlis Perwakilan Nasional, dan next 2 weeksnya lagi, aku kena terbang lagi ke UK sebab ada daurah. I'm not fully aware sebenarnya pasal daurah ni (walaupun ada je dalam takwim)

dalam mindset, iyalah.. daurah sendiri, kenalah pergi..

cuma, kerana begitulah juga manusia yang tergoyah pegangannya, banyaknya kerisauan yang memenuhi jiwanya.

mana tak goyah, (Allahummaghfirli), seminggu cuti easter break ni, tak ramai pun jalan. sebab mesti nak focus exam finals yang lagi sebulan! hehe, tapi aku berjalan sebab cikgu dan didi janji lama dah nak datang sini. dan aku more than happy nak santuni..

terbersitlah rasa beratnya nak pergi daurah nanti. dan aku tahu, aku sorang je yang akan pergi kalau dari Cork nanti. K.nadia & K.aini dah start final exam.. rasa insecure dia Allah je yang tahu..exam nanti besar juga..

'saya risaulah jugak, orang lain ada banyak masa study easter break ni. dan nanti diorang ada extra weekend masa saya pergi daurah. dahlah saya lagi tak pandai dari orang lain'

okay ayat sadis drama sikit.. tak cerita dengan batchmates pun, cerita dekat adik. hahahah padia kau ni huda. cakap je camtu, tapi aku tahu apa2pun kalau kena aku memang akan usahakan je nak cover study dan financial jugak (tiket mahal wo)

orang selalu kata aku overthink. (sheee paling suka cakap aku overthink dari sekolah. haha)
penat menidakkan, akhirnya sebenrya ya. lalala~
ye arr, aku spesis orang suka overthink huaaaaa camne nak hilangkan ni T_T

dan mata aku nak berair (tapi macam biasa cover) bila adik tu cakap;

'sebenarnya Allah nak uji awak benda basic je, trust in Allah. bersangka baik dengan Allah'

sentap sangat.

mana huda yang dulu, yang drivenya bersangka baik dengan Allah. Allahu..

okay, pergilah huda. dengan yakin. tanya usrahmates, sebenarnya mereka suggest tak pergi. exam dah dekat sangat. Dan baru balik dari UK. mereka suruh tanya naqibah..tanya je pendapat. dan naqibah suggest tak pergi. dapat rukhsah katanya

masa tu serious rasa nak nangis (again, cover lagi sikit je nak tewas) sebab sebenarnya nak pergi sangat-sangat. serabut sangat bila jadi contemplating dan beratnya external factor kata tak perlu pergi. masa tu tengah jalan dengan didi dan cikgu..

'Dee, enti boleh bersaksi tak, yang ana sebenarnya nak pergi. kalau ana tak pergi ni sebab dapat izin. ana tak meminta izin'

punyalah desperate i need something to sooth my heart.

'enti sebenarnya takut Allah tapis enti ke?'
'dah-dah tak payah pergi. fokus study-tu pun dakwah juga, tapi janjilah optimisekan masa tu'

takdak sapa nak layan~
lepas tu duk overthink je lagi (alahai hudaa)
ni sebenarnya sebab awal-awal tu aku rasa 'berat', jadi Allah sebenarnya memang tak perkenan pun nak bagi aku pergi

astaghfirullah,
astaghfirullah..

huda, please istighfar dan bersangka baiklah dengan Allah.

'awak janganlah sempitkan ruang tarbiyah tu, ini mungkin caranya Allah mentarbiyah awak, look at a different side' 

astaghfirullah. bersangka baiklah dengan Allah. 

aku tak tahu ini baik atau buruk bagiku, tapi aku hanya bersangka baik kepada Allah.

sekarang tengah muraja'ah surah at-taghabun. kaw-kaw Allah bagi direct T__T

'tidak ada kesusahan yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan ingatlah, Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu'

ampuni kami ya Allah.
teruslah sirami hati kami dengan cahaya Al-Quran.
suburkan hati kami dengan cintaMu.


*  *  *  *  *  *
cliffs of moher.

'huda ni, senyap je... cubalah cakap cantik ke..'
'ana berzikir cikgu'
(selain cover nak buat guana aku orangnya memang kurang expressive. haha)

Allah buat aku speechless.
dan segala pujian aku kembalikan pada Allah.

Alhamdulillah 'ala kulli nikmah.
macammana tak jatuh cinta berkali-kali dengan Allah ni? huu


last visit didi sebelum BFG :(



move on lah huda..
off to study~!