Pages

Wednesday, April 13, 2016

apa syurga bayangan semua orang?

assalamualaikum, bismillah.

semalam kami berbincang tentang ayat 4-22 dari surah Al-Insan; di bawah tajuk, Menuai Hasil Ujian Kehidupan, (rujuk tafsir fi zilaalil quran , syed Qutb)

alhamdulillah
refreshnya rasa bila di remind semula tentang syurga.
very details Allah cerita dalam Al-insan ni
dari layanan, minuman, buah2an, perasaan..etc
rasa macam, lama 'terlupa' / buat-buat lupa wujudnya syurga.. huhu
kan penat lelah di dunia tak sebanding nikmatnya syurga.
worry not please?

pass semula liqa' pada emcee...

'okay, sebelum kita teruskan, rasanya nak la tanya pada semua orang, apa bayangan syurga semua orang. iyalah kan, semua orang kan mesti ada syurga yang berbeza-beza yang dia nak'

maka bermulalah sesi yang boleh tahan meriah. 
kemain semua orang pun.
gelak tawa penuh fantasi juga.

' okay saya mula. saya bayangkan dia macam ada padang hijau yang luas, macam scene The Lord of The Ring, and ada banyak rumah-rumah macam hobbit '

'bayangan saya, syurga tu penuh dengan kenikmatan yang mudah. dan saya suka ada cottage'

'apa yang saya suka, syurga penuh dengan kenikmatan, dan kita boleh nikmati semuanya tanpa rasa guilty'

'haah laaa... best3'

'saya pun rasa sama juga best la kenikmatan yang mudah tu. tapi saya tak terbayangla macam mana syurga tu yang not bounded by time and space..'

'kan...'

' saya bayangkan syurga tu saya ada istana, ada laman dan saya jadi macam queen la '

' saya pun samalah, bayangan saya istana....

' yeay sama, istana, nanti kita boleh berjiran..' menyampuk je

'dan the fact that perasaan kita tu happy je, tak sedih, tak lonely..'

'haa awak kan suka pergi jalan, awak mesti ada jet peribadi , tak perlu dah pening2 fikir harga tiket lepas ni'

wah, semakin rancak.. disambung gelak tawa.

' saya bayangkan syurga tu ada Taj Mahal. and Taj Mahal banyak2...saya nak naik perahu (buat gaya orang naik perahu) dan nak berenanag dalam sungai muesli'

'hahaha takke berenang dalam sungai tu macam kasarkasar jadinya'

disambut hila tawa. tambah meriah. 

dan perbincangan here and there semua benda yang best2. mood pun semua ceria. surprisingly, semua macam adrenaline rush gamaknya. tak ada pun yang tak beria-ia cerita tentang syurga bayangan masing-masing.

ya Allah, bestnya syurga tu..
tak terbayang..

dan liqa mingguan ni adalah taman-taman syurga. merasakannya kah?

Dan Anas Ibn Malik radiyallaahu 'anhu, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ; "jika kamu lewati taman-taman Syurga, maka singgahlah dengan senang." Para sahabat bertanya, "apakah taman-taman syurga itu?" Beliau menjawab, "halaqah-halaqah dzikir." (HR Tirmidzi) - hadith sahih. 
perbahasan lanjut tentang hadith tu mudah sahaja boleh google. huuu :P (tak berniat nak tulis sini)

Allah,
sungguh, aku mencintai mereka semuanya lillahi taala.
kumpulkan kami semua semula di jannahMu, Allah.
dalam perhimpuan yang lebih indah dan mulia daripada ini.

dan apa yang kami bincangkan di dunia saat ini
alangkah manisnya menjadi bahan bual-bualan si Syurga.

izinkan ya Allah?

No comments: