Pages

Saturday, April 30, 2016

kind thoughts

assalamualaikum, bismillah

it's 5.00 a.m now

'kalau masa break study, tekan k pastu enter'

LOL Tim, tak payah nak announce.
i is malu. tak kesah pun orang baca tapi tak yah mention :P

anyway maybe awak tengah break study sekarang, 
so.. this is (partially. haha) for you.
thanks for the kind thoughts.. it's really reflect how kind your heart is :)
May Allah and the world be kind to you and "verily Allah is kind and He loves kindness" -Bukhari

ada satu hari tu, masa break study group di Ayyash, check phone. senyum. simple act of kindness...

'untuk huda yang tetiba melintas kat otak saya.. Hmm cuba nak distract saya lettew, tapi this is me relaying what Allah wanted you to know..'

 



3 keping gambar masuk.

'tak tahu kenapa tetiba nak hantar mesej gini.. Allah wants you to stay strong i guess..
take one thing at a time
He's near. He is a good listener
okay, bye Assalamualaikum'

masa tu memang sengih, Tim ni duk teringat aku ni tak sedar lah tu aku ada dekat ruang tamu rumah dia je ni. haha. lawak. just beberapa minit lepas tu, bila Tim turun jenguk kat bawak 'oh.. ada study group eh.' haha awkward~ okay mungkin tak awkward mana ;p

dan tim dengan menjadi timnya, buatkan air, potongkan kuih, siap ada jemput-jemput panas uolls~ A simple act of kindness and caring creates a ripple that will surely comes back to you Tim. jzkk! :)

ada satu pagi tu, masa bangun subuh, bukak whatsapp, bertubi-tubi gambar masuk. 

 

'Pray for a clear pass for all subjects this year insyaAllah let's :)
Night :)'

the pictures were sent last night at 1:10 a.m lol, tak jadi night lah bila aku duk baca pagi2.  harus dah tertidoq.. anyway, that was a good day to start with those kind thoughts from k.beila wasn't it? :)

ada satu hari tu, balik bilik ada coklat dengan of course notes kat atas coklat.

turun bawah.. 'Zack, awak tahu tak coklat atas meja saya tu sapa bagi? chop.... jangan kata tu tulisan awak'

lol huda, dan tu memang tulisan Zack. padia tulisan housemate pun tak kenal. dah bila masanya aku nak kenal tulisan dia pun? (alasan). termalu di situ sebenarnya. huu Zack yang coverkan  ' haha memang tulisan saya berubah-berubah pun'  -..-

mesti orang kecam aku tangkap gambar macam hmmmm
dan semalam dapat study pack, yeah ada air ada kopok, ada cekelat. from k.isya..jzkk! tim kata update2 blog.. -.-' sebenarnya tak nak pun okay, tapi post lah buat hilang ngantuk sikit pagi ni. hewhew

dan aku ada boyfriend sorang ni. sadis cinta kitorang dah 2 bulan jarak jauh.. ada sekali tu umminya kata ' nufail dah tidur tadi, dia tunggu huda reply akak ckp esok je la kak huda mesti ada kelas tu.. esok nufail reply nanti.. excited sangat dia nak text huda.. buku huda ulang2 dia baca, suka betul..'

sian nufail... masa tu memang aku kat clinic packed

ada sekali nufail mesej after about a week dia tak text ' i did not get to text you in a really long time because ummi went to Seremban from last Wednesday till 9:45 today. But i am already on a new surah. Surah Maryam.'

aku tak reply..tak ingat dah kenapa. mungkin sebab dia just information. esoknya dia mesej lagi ; 'were you busy yesterday' 

tu teguran paling deep, paling sentap pernah aku dapat dari seorang budak 7 tahun. thanks nufail.. insaf terus, terus teringat mesej2 dan emel orang yang tak terbalas :(

nufail ni Allah izinkan aku ajar dia mengaji almost two years masa dia dekat sini.
very nice and brilliant student. cuma jauh sangat beza kita 16 tahun, Nufail muda sangat.. kalau tak dah buat suami je. okaylah ada chance calon menantu kot? lols

dan nufail sangat rajin text sampai hari ni
kadang mengadu tak ada kawan
cerita belajar word bm apa
mengaji surah apa
dia nak solat maghrib pun bagitahu.
aku akan reply kejap lagi aku pun nak solat zohor (cinta merentasi benua kan..hoho)

dan,
boyfriend sorang ni lah kalau mesej, aku akan dapat banyak sangat smiley.. mencurah-curah ke ladang gandum (tetiba) . tapi those kind thoughts always made my day, alhamdulillah :)


cer kira berapa smiley in total? ni baru sikit. hehe

dan musim exam ni, kata2 positif semua tu sangatlah bermakna. tapi tak cukup jelah kan kita nak dari orang, so kita spread the vibes to others juga insyaAllah.

ingat kita je cuak, tak yakin nak exam, ramai je rasa macam tu. okay tak adalah rasa miserable sangat. hehe. tak pernah secuak ni. tapi insyaAllah dari Allah jua jalan masuk dan keluarnya *biceps* this is the only exam untuk tahun ni. boleh bayangkan tak intense dia. dan nak assess semua benda dalam medicine ni. like SEMUA..why UCC why.. T_T

so.. to you my beloved readers, 
kalau sudi, mohon titip doa sikit?
:)

dah nak sunrise! bismillah, lets start our day!
off .

2 comments:

TiM said...

Nak boifren jugak...
yg macam nufail..


btw, takyah nak mention sgt dlm blog hahaha..
kantoi sahajok.

kbye.

Khalilah Alhuda said...

boifren macam nufail limited edition,
i'm very sorry Tim :(

hahaha

btw, mungkin awak sorang je kot yang baca blog ni. luls