Pages

Thursday, April 28, 2016

merayau di dunia

assalamualaikum, bismillah

its 3.15 p.m now.

hari ni last day of rotation. marks the end of 4th year, ya Allah, habis punnnnn.

tadi after MDT meeting (MultiDiciplinaryTeam) Dr O'connor jumpa dia cakap, 'I'm sorry I didn't realize your final is next week, you can go now if you want to'

Dr, kalau esok pun Dr suruh datang, dan kalau itu tanggungjawab saya, saya datang je. hewhew. that's my responsibility.. tahu je, orang suka mengelat last-last ni sebab nak exam. tapi hmm, i'm not like that. aku tak suka skip kelas, hospital, kalau semata sebab exam. tak settle rasa dalam hati ni. huhu

Dan hari ni, aku kononnya nak tamatkan buku ke -4 yang aku baca sepanjang 3 minggu ni ulang alik ni. mainly masa tunggu bas, dan dalam bas on the way ke Blackrock. dan, buku yang nak dihabiskan ni, apparently buku paling nipis antara 3 buku lain. tapi padu. padu. berat sangat.

tazkiratud duat - Al-maududi. mahu tak nangis? 
so aku decide tak nak rushing pun untuk habiskan.
buku lain agak light-light je ; ingatlah untuk bercermin (salim A.fillah), pelukis jalanan (teme), dan satu lagi on9 book.. hmm aci lah..buat hilang bosan menunggu, sambil ada isi sikit. 

okay, one of the point yang aku rasa terkesan sangat
bila bab menjaga hubungan dengan Allah - ni kita je tahu sejauh mana hubungan kita dengan Allah. buatlah macammana pun kita je tahu hati kita terhubung dengan Allah tu macammana.

it's so saad, kalau tengok hati sendiri.
it's so intense lately 

tadi saja share dengan zack, sebab affected sangat.. tu takdan nak continue baca. walaupun cliche, dalam buku tu pesan, penting sangat nak mantapkan hubungan dengan Allah. lagi-lagi daie. cara utama dia; ingat akhirat. Dan tahu tak nak ingat akhirat tu macammana? 

Tadabbur quran tu.*tahanairmata* 
sebab every single page akan ada peringatan untuk kita directly/indirectly tentang akhirat.
when was the last time nangis tadabbur quran? sobs

sudahlah...sesak-sesak study buku medic macam nak rak. 
quran take it easy, rutin tilawah, literally baca maksud, ulang hafazan gitu je..
takkanlah? sobs. faghfirlana ya Allah

bila next week nak final, tahu rasa berat.
orang kata 4th year ni paling berat lah sebenarnya.
duration exam ada 19 hari..hmm, jangan panic sudahlah huda, nauzubillah.

bila macamtu, selalunya kita pandai nak focus apa, study apa..based on tarikh exam. sebab kita berfocus dengan baki masa yang ada, ada matlamat.

macam tulah hidup ni, (i have to remind myself again and again and again and again) matlamat kita akhirat.. akhirat je. dunia dan seisinya alat, tapi kena perform lah juga. kalau kita lupa benda basic ni, kita macam merayau je dekat dunia ni.. banyak melagha je. ikut-ikut suka nak buat apa. kesukaan kita, minat kita kalau Allah tak redha, ya Allah banyak lagi makhluk Allah yang lain yang lagi taat daripada kita, yang Allah boleh nak sayang lebih dari kita.

tapi tanpa kasih sayang Allah kita nak jadi apa dekat dunia ni? 

aku dah pernah rasa sesak, lost, kosongnya dan sedihnya merayau dekat dunia ni. buat benda kita suka tapi makin jauh dari Allah, sedih tau perasaan tu. tak mampu nak tipu.. tak nak orang lain rasa juga.
kita pun bukan bagus sangat, hekelleh memang tak bagus pun, huuu, sentiasa ada jatuh bangun. tapi minta Allah jauhkan dari kembali ke jahiliyah tu. setiap orang ada jahiliyah dia masing2 hatta sampai sekarang, tapi everyday tu sentiasa ada peluang untuk jadi lebih baik. nak atau tak nak je. susah. aku tahu. memang, memang kadang kita ni degil sangat kan nak ikut diri sendiri je. huu

bila tengok ramai orang berhijrah.. tak tersentuh ke tengok..
lately ni kan banyak artis berhijrah.. kita malah sangat gembira kan.. 

cahaya Allah tu terang benderang sangat..
cinta Allah tu, tak bertepi..
pintu taubat Allah tu luas..
selagi ada masa, back to Him.

cari jalan balik. jangan merayau. sudah, orang kata jangan merayau huda ni kan (!)

okay, sudah, jangan membebel huda *ops*

okay, esok jumaat, i love jumuah
biasanya malam khamis dah start baca kahfi sikit.
pagi jumaat suka pasang lagu raef; it's Jumuah
dan hari jumaat kalau nak specific lagi lepas asar :P nak bisik doa macam2 dekat Allah.
nak kejar berkatnya jumaat tu. kadang rasa sangat angin berhembus, hujan menitik tu penuh berkat (hopefully aku tak ada penyakit mental dengan all the delusions ni. haha)
dan dari satu jumaat ke satu jumaat yang lain aku percaya adalah penyucian. banyak sangat dosa ni ;(
(okay sebenarnya takyah nak tunggu jumaat sangat oi. dari satu solat ke satu solat satu detik ke satu detik sebenarnya pun -.-) biasalah tu, manusia ni memang suka ada checkpoint. herher
ramadhan yang kita rindu pun dah semakin dekat ni..

so let's back to Him.
shall we?
:)

hari ni turn masak. ingat nak masak lepas subuh, tapi tak ada serai, kempunan nak makan ayam percik untuk berbuka. ingat nak cari dekat Aldi lepas habis rotation. kot2 ada serai, tapi tak ada. kecewa betul.. hang ingat supermarket sini macam Malaysia??? terus rasa nak balik Malaysia. sobs. apa kaitan? okay, aku cuba lagi. nak cakap i miss home :)

No comments: