Pages

Tuesday, May 31, 2016

summer elective, last daurah

assalamualaikum, bismillah.

it's 3.42 p.m now 

break study jap. aku ngantuk -.-

hari ni hari kedua aku start summer elective dekat CUH- join team endocrinology. sebelum ni, jumpa intern dan SHO lain, kali ni dah tukar orang. tapi alhamdulillah still team sangat membantu dan banyak sangat belajar walaupun baru 2 hari.

hari ni agak panas. bahang. sampai2 je pagi2, tak hilang peluh lagi Dr Danny (sho) dah bagi arahan;

'okay now, grab your gloves'
'i'll show you foot wound'

macam biasa lah kena describe etc. then dia explain more on osteomyelitis etc. Antibiotics semua kena tanya, huaaaaaa. tak ingat sangat. hari ni dia ajar jugak central line vs picc line. bagus and best sangat Dr Danny ni walaupun macam scary sebab dia akan keep on tanya soalan.. akan grill and drill siap2..tak ada chance wehh dia dah siap kata everyday kena ambil h(x), buat exam, and present dekat dia, nanti sambung investigation and management pulak. alhamdulillah, syukur. aku rasa aku akan terhutang budi dengan dia ni, sebab memang dia ajar betul2 one to one. ajar fikir betul2. suruh buat exam itu ini. i really need this. tapi homework banyak juga, hehe. (tak ada summer holiday sangat pun uolls)

tapi tak ada intense sangat. lek lek je. break coffee macam biasa. aku cakap aku tak minum coffee sangat.

'okay you want plain tea / fruit tea?'
'plain'
'okay, i'll buy you a plain tea. you go outside and find a seat'

berjemur la sekejap sebelum sambung lagi jumpa patient. budaya diorang ni sikit2 coffee break. huhu. habis session tu tak lupa pesan 'enjoy the sun!' enjoy the sun? aku nak balik rumah je duduk dalam bilik. bukak semua tingkap. huuu. boleh tahan panas hari ni. jangan complaint please.

*  *  *  * *  *

last weekend, last daurah aku semester ni. gerak sorang from Cork airport. masa balik sorang-sorang tu sayu la juga sikit-sikit. macam terbayang kalau k.aini and k.nadia ada sekali. huhu. tapi bila naik flight tak sempat fikir apa, tidur je..luls

dalam banyak2 slot, antara yang aku terkesan adalah perbincangan forum Rukun Bai'ah, bab : taat. mula2 tu literally termenangis sebab masa forum tu, ust ; one of the panel tertidur. i know, it might be a bit embarassing for some people.. tapi aku jadi lagi malu dengan diri sendiri. 2 hari daurah, aku ni asyik struggle tahan ngantuk je. padahal ustaz dah tour beberapa tempat sambung lagi pengisian daurah 2 hari.. sepatutnya jauh lagi penat and deserve rehat pun. tiba-tiba tersentuh ternangis tak pasal-pasal. adoyy huda.

back to taat. huraian definisi, apa kata Al-Banna tentang taat?

apa yang aku maksudkan dengan taat adalah : mematuhi perintah dan melaksanakannya dengan segera sama ada dalam keadaan kesusahan mahupun kesenangan, perkara yang disukai ataupun dibenci.

very holistic. jangan cakap pasal benda lain.. tapi kalau evaluate taat kita seorang hamba kepada Allah, boleh nangis juga. contoh perintah solat je lah..

kita tak cukup taat lagi kalau kita ni tak cuba solat awal waktu. taat ni.. melakukan sesuatu perintah dengan segera. segera. ada orang buat juga, tapi lambat. taatnya masih belum sempurna. ada orang boleh taat kalau benda tu dia suka. kalau tak suka tak taat. itupun belum sempurna. dan ada orang dia boleh buat perintah tu, tapi pokpekpokepke complaint dekat belakang.. tak sempurna juga taat tu. dan boleh jadi orang buat perintah dengan segera, suka mahupun duka, tapi bukan seperti exactly apa yang diperintahkan.. itu juga belum sempurna taatnya.

kena exactly seperti apa yang diperintahkan, buat dalam keadaan segera, penuh redha. tak ke berat tu? huhu. okay tu sebahagian je lah gistnya. faghfirlana ya rabb!

balik dari daurah, gerak ke airport dengan 2 kakak senior doctor. kami jalan dulu dari masjid ke Rusholme road, Manchester. hehe apa lagi, cari makanla. boleh tahan jauh juga jalan kaki. dalam 30 minit jalan tu, sepanjang jalan k.Radz duk cerita pasal politik dunia dan masa depan negara. masa depan anak-anak. fuh fuh. rasa macam lama tak bincang topik serius gini. i like~

sambil makan pula. huhu bincang topic BM (baitul muslim) hukhuk. macam-macam mutiara keluar. walaupun macam krik-krik.. i have to admit, aku kadang tu kalau boleh topic BM ni agak last2 nak bincang. sekali kena 'basuh' free-free. lols. tapi dapat new insights juga serba-serbi (tak berniat nak kupas pun ;p) then kami singgah kedai buku.. macam2 buku suggestion dapat..

lepas tu kami gerak ke airport awal. sebab haha comel je k.radz and k.rina, nak berjalan dalam kedai kat airport tu. hahaha manusiawi tau akhawat ni. and of course aku belajar banyak benda. 

depa bawa pi tengok perfumes, handbags, jewelery. ya Allah aku memang tak endah pun sangat benda ni. lol

'akak suka jenama escada'

sekali tu k.radz spray 2-3 kali perfumes tester tu

'kita kan tak mandi 2 hari, so kita gunalah kesempatan ni' lol

'boss and Giorgio Armani pun best'

bawak gi kedai pulak. test lagi..
'Jo Malone pun best, Bobbi Brown pun. tapi brand ni kena banned'

hahaha, wehh brand apa pun aku tak tahu. brand yang kena banned pun lagi lah tak tahu. belum masuk perkenalkan jenama Davidoff, Balenciaga lah... out of place je rasa. kuang3

anyway, mereka tahulah serba serbi benda tu, tapi bukanlah maksudnya they own all of that. depa kata, survey2 lah, nanti kalau ada offer bila2 tahu nak beli yang mana ;p awkward pun ada, aku kalau survey2 dekat airport ni survey coklat je. hoho. nampak tak kebudak-budakannya tu -.-

orang kata, nak kenal akhawat, tak cukup kenal masa daurah atau aktiviti tarbawi je. kena tahu juga sisi-sisi manusiawi. kena juga belajar, bergaul dengan yang lebih senior. mereka banyak pengalaman, dan banyak hikmahnya. dan indahnya ukhuwah di jalan Allah ni, aku rasa mula-mula macam pelik statement ni, tapi ada benarnya ; mencintai dalam kekurangan itu adalah kenikmatan. sampai ada ukhti pernah cakap

'lagi saya tahu kelemahan  dia, lagi saya jatuh cinta dengan akhawat ni'

padu.

tapi kena tengok context, takut orang salah faham pula. heh
alhamdulillah, pergi daurah, bukan dapat pengisian daurah je
pakej tambahan duduk bergaul dengan akhawat pun dapat sekali.

to acquire knowledge, one must study
but to acquire wisdom, one must observe.

hamdulillah.
;')

Friday, May 27, 2016

Kenangan di Hannan

assalamualaikum, bismillah.

it's 2.08 p.m now.

tengah tunggu mover datang nak pindah barang ke rumah baru..dan seperti kami decide bersama, by today barang dah kena keluarkan dan pindah.. ghupanya emo juga nak pindah rumah pun.. dah 2 tahun duduk hannan ni..

bab pindah barang, tak risau sangat, barang aku memang sikit. aku suka konsep minimalism.. so keep your space simple. benda perlu je simpan. tapi buku jelah yang suka simpan dan kumpul. huhu. dan sebab aku bukan tipikal perempuan (?) barang make up, dan seadik beradiknya tu lagilah tak ada.. lagi simple hidup. heh. since aku bukan jenis kumpul barang kumpul habuk juga..so setengah hari pun dah boleh siap kemas barang.

so apa ada dengan Hannan nak emonya.. banyak sebenarnya belajar. 

masa 1st time duduk sini, masa nak decide nama rumah pun.. bila last-last dapat nama Hannan.. yang maksudnya kasih sayang, kelembutan gitu.. dengan harapan dapat hidupkan namanya- itu pun dah takut tahu tak. cets. okay je padahal.

that's true though.. dakwah kita ni dakwah kasih sayang. (ceh tetiba) aku tahu kepala siapa nak sangat nama ni.. well, i don't mind.. tapi yang penting konsep Rumah Islam (RI) yang nak dibina, membantu lagi dakwah dan tarbiyah each of us. dan sangat penting duduk dalam rumah yang not just a house. but a 'home'. bukan just balik rumah, ada tempat berlindung, nak makan tidur, study je. stress jugak lah gitu.

alhamdulillah kalau balik-balik stress ada juga orang nak tanya ' okay tak ? ' kalau stay up orang offer/buatkan air panas, dinner, tukar cerita sama-sama, solat berjemaah, okay lah sikit kan. at least tu benda basic.. alhamdulillah dapat merasa semua tu sepanjang di Hannan. tapi duduk dalam RI banyak lagi nilai-nilai baik yang nak dihidupkan dan dipelajari.. lebih dari itu ;)

tapi, bukan semua cerita indah dalam RI.. akhawat/sisters juga manusia.. tapi apa yang aku rasa lain adalah, bila semua ada tujuan yang sama (kalau lah betul tujuan sama. hihi), banyak belajar lapang dada. bukan kita ni manusia perfect juga, tapi kadang bila nak marah, nak nasihat, semua cuba cakap dengan baik (sebaik mungkin)..atas dasar kasih sayang kerana Allah. walaupun begitu, sebenarnya paling selalu masalah tak selesai sebenarnya masalah komunikasi. huhu :(

dan pada aku, kualiti paling penting dalam setiap orang adalah, nak jadi baik, sentiasa nak perbaiki diri- bersedia untuk dinasihati dan menasihati. (dengan kebenaran dan kesabaran) dan dan aku nak lengkapkan surah al-asr. lol. tanpa benda-benda ni, no point duduk sekali, tapi duk bela ego sendiri, nak buat hal sendiri. huhu.  

pada tahun pertama di Hannan, nak belajar konsep 'kasih sayang' tu susah la juga,, you know, its harder bila hang duk tak ada perasaan fefeeling sangat.  alasan.  dan susah juga bila nak bina new relationship dengan orang yang kita tak kenal? susah.. walaupun based dia sama-sama nak ikut tarbiyah dan buat dakwah.. tapi i learnt a lot pada tahun pertama..

pada tahun kedua, walaupun ada juga pertukaran ahli rumah, banyak juga belajar. kami upgrade sikit konsep rumah. nama Hannan juga tapi jadi konsep 'masjid Al-Hannan' kenapa masjid? sebab nak hidupkan konsep ibadah tu.. all the time.. 

point simple dia, threshold dia.. kalau kita rasa kita tak akan buat benda tu dekat masjid, let's respect our house (beserta ahlinya) dan tak buat benda tu di rumah. as simple as, kalau kita rasa kita pergi masjid kita tak akan pasang lagu melagha kuat-kuat, atau tengok movie... atau bila masuk waktu orang solat kita tidur... elakkan buat juga di rumah kita.

and that's very important.  Respect. kita kena respect ahli-ahli dalam rumah kita ni. dan hidup ni begitulah, nak orang tolerate dengan kita, kita belajar tolerate dengan orang.. hidup ni kena banyak memberi..bukan je harta, wang ringgit. tapi juga tenaga dan servis.

ada orang tak sempat masak, orang lain coverkan.
ada orang usrah di rumah, kita kalau free buatkan air, hantar makanan,
ada orang nak dinner dekat rumah? no problem, masak lebih.
ada orang nak jaulah.. kita offer rumah.
kita pergi shopping, tanya ada sesiapa nak kirim barang?

nak buat kebaikan itu, sederhana.
sesederhana itu..
moga kebaikannya kekal, insyaAllah.

dari kitab riyadussalihin kita telaah every subuh after ma'thurat (ada yang tersengguk jangan cerita. hehe), sampai buku tarbiyah ruhiyah, sambung buku keahawatan, dan terakhir buku cinta di rumah Hasan Al-banna.. memori 2 tahun.. cepat kan masa berlalu..

ada yang dari krik krik.. sampai boleh sembang cerita masalah sampai nangis. lepak bilik sama-sama, teman lumba-lumba buat kebaikan, teman study.. dan banyak lagilah.. bukan tak ada cerita ribut taufan, tapi aku nak simpan benda baik-baik je sepanjang kita pernah duduk di Hannan..huaaa gonna miss everyone.. cehh padahal ada akan duduk lagi sekali nanti.

sejak tahun pertama, memang nak bina dan duduk RI.

kalau orang kata kenapa nak duduk RI?
kita jawab sebab Allah sarankan.. ni skema sikit (24:36) (10:87)
kalau tak pun sebenarnya, kalau tak duduk RI...
kita akan duduk dalam sebuah rumah dengan beberapa orang juga.
bukan exclusive sangat,
cuma, kita tanya je diri sendiri...

kalau dapat duduk sekali dengan akhawat (manusia juga) yang sama-sama tujuan yang sama
yang willing to help each other
yang boleh bina diri kita jadi lebih baik,

why not kan? :)

tahun depan, tahun terakhir (insyaAllah)..last chance huda nak bina RI idaman(?) wuhhuu..

sebelum nak bebel panjang lagi, (nak tulis pasal RI buat post lain lah . haha -.-) 
baik pi sambung kemas rumah tu,
haha. o-kay. 
nak sambung kemas rumah... then nak pi UCC, graduation day final med! ambil berkat dan bau sikit. hari jumaat ni.. hehe 

start menulis semalam, baru sambung hari ni.. lots of distraction nowadays, you know... tetiba.

Wednesday, May 25, 2016

cerita STC '16

assalamualaikum, bismillah

it's 11.46 p.m now.

help me, in denial nak kena kemas barang nak pindah :( so yeah, here i am.. writing this post..

hari ni hari terakhir STC, tapi bukan untuk aku. hari terakhir STC aku semalam :)
hari ni jadi tukang masak untuk orang balik STC confirm ah lapar.. hoho
sebab, yes, kena panggil untuk oral for modul medicine and surgery as an additional assessment.

masa tu dekat kaki bukit Currauntoohil. Semangat ni nak hiking guna Devil's Ladder route. dan aku diamanahkan untuk lead the group duduk depan sekali. sampai kaki bukit check email, dan minta maaf pada semua, kena balik terus ambil bas ke Cork. sebab oralnya esok (hari ni)

deep inside, i was hoping for this oral. expecting this. sebab aku tahu paper aku tak okay, then aku berharap pada osce dan it turned out jadi tak berapa okay juga. station emergency, blank! walaupun baca banyak kali. alhamdulillah, terima dengan sangat redha. alhamdulillah. dan bisik pada diri 'aku cuma tak tahu ini nikmat atau musibah tapi aku bersangka baik dengan Allah'  'kalau Allah takdirkan ini yang terbaik, aku tinggal tsiqah billah, insyaAllah semuanya baik'

aku bukan nak sedapkan diri. tapi struggle tahun ni is real. (macam yang lain tak real. lol) kalau aku terlalu banyak cerita pasal indahnya belajar medicine ni di Ireland ni, mungkin itu cuma sedikit. aku cuma belum pernah cerita tahun ni masa-masa aku rasa give up dengan medicine. selalu rasa nak ambil law atau physic je, tak pun genetics. medicine tak pernah terfikir pun nak pursue. itu masa down, lepas tu rationalisekan diri sendiri, motivatekan diri sendiri balik. belum masuk cerita masa shift malam emergency, balik dari hospital sampai rumah menangis je sepanjang malam. esoknya rasa tak nak bangun tak nak pergi hospital dah. (malas nak cerita panjang-panjang penuh drama pulop. hehe, don't worry.. what doesn't kill you, makes you stronger. yeazzeah...)

tapi dalam banyak-banyak perasaan tak nak tu, alhamdulillah Allah bagi kekuatan untuk tetap teruskan..tak ponteng ikut perasaan. pergi juga, walaupun struggle nak luruskan niat tu. sebab rasa menanggung amanah tu outweigh rasa beratnya perasaan sendiri. (tak tahulah orang faham ke tak. haha). bila Allah bantu dah sampai tahap ni, alhamdulillah.

dan banyak sangat pengajaran dan muhasabah. haruslah lebih mantap pengurusan masa dan study kuat sikit. no last minit please..  nak final year dah ni (insyaAllah)..huhu

so that's my story pasal STC,
Tarbiyah kaw kaw.
nak sangat hiking lepas exam,
tapi tak dapat. siapa tak sedih..
tapi
Allah ajar hiking menuju Allah. (wah gitew pulaks)

tarbiyahnya bukan specific pada event STC tu, tapi sekitar sebelum, semasa dan selepasnya. 

jadi, tak ada lah amazing view masa mendaki..hehe
ada sekitar aktivity di camp site jelah.

'ala kulli haal alhamdulillah :)
Inna ma'al 'usri yusra..




Saturday, May 21, 2016

saat menghilang

assalamualaikum, bismillah.

its 6.18 a.m now.

alhamdulillah last osce khamis lepas, lepas tu semput nak kejar semua benda nak catch up. huhu. balik-balik take a nap (as i usually do everytime after exam- dengan harapan tak nak fikir apa dah. but it usually doesn't work kuang3) lepas tu terkocoh-kocoh nak masak dinner. Dah janji nak masak special sikit hari last exam, (sebenarnya kempunan nasi arab huaaa) tapi hmm again, tinggal harapan (beralasankan bahan tak ada). belasah nasi ayam dengan ayam masak merah tak berapa nak jadi.. tengah masak, bertalu mesej dan email masuk yang menuntut perhatian.

'huda meeting'

kalau sepatah dua whatsapp gini, maksudnya urgent.
ya Allah! lupa.. lagi macam lipas kudung dekat dapur.

sambil masak sambil sumbat earphone, sambil2 response sikit2, siap2 lari naik atas bukak laptop. meeting habis sampai pukul 1 pagi gitu. sambung lagi meeting lain personal sebab diri sendiri baru nak catch up. 

after subuh pukul 5 pagi sambung usrah.. habis dalam pukul 740 , sibuk nak mandi pukul 8 gerak ke Bushra ada syura. rembat breakfast dekat bushra walaupun syarat dia kena breakfast dari rumah. sorry tak sempat bro! haha. after syura, sambung perbincangan sikit dengan few akhawats, then balik rumah siap nak ziarah rumah K.Zu. aku tak siap packing barang, banyak benda pending untuk preparation hari ni,, tapi sebab hari tu terserempak dengan k.zu, masa dia hantar anak ke sekolah, tak sampai hati tak terima jemputan ziarah.. dapat makan sedap, alhamdulillah..! balik rumah, sambung kerja sikit..tersengguk je lebih, tidur lah. esok je lah sambung..

alhamdulillah ni baru dapat relax, bertenang sikit. waktu berpagi-pagi, terasa sungguh barakah. dah selesai serba serbi kerja nak buat. Dan hari niii InsyaAllah akan start Summer Training Camp Ireland (STC)! aku memang excited bab camping. suka sangat nak buat guana. tak sabar nak hiking, tak sabar nak escape, nak interact with nature je..heh

bila renung balik, i never regret jalan yang aku pilih. never (moga tak terbersit rasa itu). aku pun yang pilih jalan ni. kadang rasa macam chill lah~ baru habis exam. i have to admit, it's tiring.. tapi i believe.. at the end of the day, kalau Allah redha, it really worth the pain..

setahun yang lalu, sebelum cuti summer, kami ada retreat sikit untuk plan program tarbiyah semester hadapan (tahun ni lah 15/16). at that time i was assigned to be the masulah for this coming STC. okay je lah..bukan buat kerja sorang,  ada akhawat around. tak risau pun. Setahun kot dah diberi tugas.. tapi masa tu jadual exam tak keluar lagi. dan takdirnya, among committees, aku yang akan habis exam lambat. 2 hari sebelum tarikh STC, dan aku masulah. perbincangan mesti berlaku awal.. gila jugak lah nak start after aku habis exam.

i've tried my best to handle both of it. (with the stress of exam, i was hoping i could handle it well) cuba start perbincangan awal, sambil2 break study sambil fikir.. tapi tak mampu nak menzalimi..

dan dengan penuh rasa rendah diri dan malu  ; aku meminta pendapat dan izinlah sebenarnya untuk dicarikan pengganti masulah. kalau itu lebih baik untuk menggerakkan STC kali ni. cuma tak mahu menzalimi kalau tak gerak-gerak (dan memang agak lambat pun) sekelumit pun tak kisah tak jadi masulah. jawatan? it doesn't matter! (minta Allah jauhkan) i can be the kuli je. hehe. dan Alhamdulillah k.Fara (new doctor woot woot) willing to take the job. alhamdulillah, i thank Allah for that.

dan meeting demi meeting berlalu, banyaknya tanpa kehadiran aku. pada aku, ia agak menyakitkan sikit. you wish to contribute more but you just can't. sampai pernah down, 'can i be the peserte je? tak membantu team langsung' mestilah tak ada orang nak layan kan..

jadi, aku berjanji pada diri, akan catch up everything after exam. walaupun tak tercatch up lah sangat. huhu. 'kerehatan' yang diberikan atas prioriti dakwah juga (study pun dakwah juga ya.) bukanlah harus dibayar dengan kerehatan yang lainnya.. huhu, jangan ambil kesempatan. at the end of the day, kita je kan tahu ihsan masa yang kita gunakan..

for future me, orang kata kan medic ni banyak exam, nak naik pangkat, nak jadi consultant semua tu banyak exam. berderet-deret kuarantinnya. back to back. tapi once you become someone, can contribute more to dakwah dengan opportunity yang ada, nak jadi consultant contohnya untuk ummah. jangan pula semakin lari dari dakwah ini.. jangan semakin cinta pada dunia ni.. sebab kalau kita tak buat kerja dakwah ni, believe me, ada sejuta lagi manusia yang ikhlas memikul dakwah ni sekudrat yang mereka ada..

remember this future Khalilah Alhuda.. ingat balik masa-masa you 'disappeared' for a while, daurah tak dapat pergi, meeting itu ini tak dapat join, ikhwah akhawat tak marah, they keep working.. naqibah pun tak marah, semua cuba memahami tolerate and accomodate.. could you pay it forwand? dearest me, could you? sobs faghfirli ya Allah.

will be back in 4 days time!

wehoo, moga Allah lancarkan urusan STC tahun ni, moga Allah redha atas segala usaha, ikhlas kan hati-hati kami. Tema tahun ni : Rijalul Quran. moga tarbiyahnya membekas. Allahumma ameen!

'dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya: tetapi Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu infakkan di jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dizalimi (dirugikan) ' (8:60)

Sunday, May 15, 2016

nasihat kepada akhawat muslimah (II)

assalamualaikum, bismillah.

it's 8.57 now. and it's sunday everbodeyh! haha. tapi sat lagi pukul 1015 ada lagi tutorial heh :)

for the past few days, cuaca cantik sangat dekat Cork ni, Alhamdulillah. panas dia, hang pakai selapis je baju dan tak payah pakai sweater. bukak tingkap bilik, mandi air sejuk. kiki. tapi sayu bila menikmatinya dari tingkap bilik la kadang2 tu en.. takpe sikit lagi..hang in there Huda..

sikit lagi nak habis exam, tapi lambat-sebulan lagi nak balik Malaysia. apa aku teringat2 dan nak sekarang hanya Malaysia je. lol. tapi buat elective pula dekat sini, tapi tak ada benda pun nak dikesalkan, bertabahlah sikit. dan kalau ada satu benda yang aku kesalkan, seriously...adalah ni ;

'huda nak ikut tak pergi umrah?'
'umi,, mestilah naaaaak! bila tu?'
'30 May ni, tapi tak balik lagi kan?'
'Noooooooooooo T___T'

*  *  *  *   *  *

anyway aku sambunglah habiskan siri nasihat untuk akhawat muslimah sebelum tergendala dan ada banyak lagi benda aku nak tulis. to keep the mind flows...

Kewajipan ketiga mereka adalah memerhatikan perbaikan anggota keluarga, saudara-saudara lelaki, saudara-saudara perempuan mereka. Perhatian kepada mereka dalam hal ini harus lebih besar ketimbang perhatian kepada orang lain. Adapun akhawat kita yang telah dikarunia cucu, sepertinya Allah telah memberi mereka kertas-kertas ujian. Jika gagal dalam ujian ini, dan tidak berhasil mendapatkan tingkat kesuksesan yang seharusnya maka kertas-kertas ujian yang lainnya tidak akan bisa dilewatinya dengan baik. Karena, anak-anak dan cucu adalah orang-orang pertama kali berhak mendapat perhatian mereka. Mereka harus memerhatikan keislaman anak cucu tersebut dengan memberikan tarbiyah tentang agama dan akhlak. 

Diantara kewajipan akhawat kita yang telah menikah adalah berusaha mengarahkan suami-suami mereka ke jalan yang benar, atau membantu mereka dalam menempuh jalan kebenaran jika mereka tengah menempuhnya. Setiap remaja muslimah , dengan tetap menjaga adab dan menghormati aturan,  harus menyampaikan kalimat kebenaran kepada bapa dan ibunya. Minimal ia bisa menyampaikan kepada keduanya isi buku yang mengajak kepada kebenaran dan menganjurkan amal.

Kewajiban yang terakhir adalah dengan menyampaikan ilmu agama kepada wanita-wanita yang ada di sekitarnya pada waktu-waktu luang setelah melakukan tugas-tugas rumah tangga. Mereka harus mengajari anak-anak tentang dasar-dasar Islam dan ajaran-ajaran yang utama. Mengajari agama kepada wanita-wanita awam dan menghadiahi buku-buku kepada wanita terpelajar. Mereka juga harus mengadakan pertemuan-pertemuan wanita untuk membahas agama, atau membaca beberapa buku agama, jika tidak bisa berceramah. Intinya, mereka harus bekerja dengan jalan apa saja yang memungkinkan dan berusaha keras untuk menghapuskan kebodohan dan jahiliyah dari kaum wanita.

Ada kewajipan lain yang harus dilakukan oleh wanita-wanita terpelajar secara khusus dan kewajipan ini memiliki urgensi tersendiri di dalam kondisi sekarang ; iaitu kewajipan menghadapi arus besar dari kesesatan, dekadansi (penurunan) moral dan pemikiran yang memengaruhi kalangan wanita yang terpengaruh oleh budaya barat, Wanita-wanita yang sesat dan menyesatkan ini memanfaatkan semua sarana yang dimiliki pemerintah.

Karena itu, akhawat yang terpelajar tidak boleh menyerahkan kewajipan ini kepada kaum laki-laki sahaja. Karena, jika kaum laki-laki yang mengingatkan wanita-wanita liberal tentang bahaya arus kesesatan ini, dan akibat-akibatnya yang buruk pasti para provokator dan penyesat kaum wanita akan berteriak ' sesungguhnya bapak-bapak itu hanya ingin memperbudak kaum wanita dan memperkuat dominasi mereka atas wanita' Mereka tidak ingin kaum wanita keluar dari tembok-tembok rumah, menghirup udara kebebasan dan melihat cahaya.

Karena itu, kita sangat memerlukan bantuan akhawat untuk menghadapi fitnah. (.)

*  *  *  *  *

wish to elaborate more, tapi point macam dah cukup jelas. Tapi still kena tengok juga setting masa dan waktu.. but if i am about to summarise it : akhawat ni kena 'bekerja' dan 'keluar' cari ilmu, bina manusia, didik masyarakat. and this is serious matter. huhu walaupun adalah few points yang belum relevan, we can get the picture..

taknak lah buat kupasan buku dengan menulis. tak best. tak feel sangat. kuikuikui. 

off

Friday, May 13, 2016

last paper

assalamualaikum, bismillah..

it's 2.29 p.m now.
alhamdulillah.. tadi last written paper OnG & Paeds. nak jadi Paediatrician tapi soalan paeds tak dapat jawab ni macammana ni huda T___T, next week ada 2 OSCE lagi. dan InsyaAllah nak habis untuk 4th year . aamin! 

semalam result seniors final med keluar. bercampur baur perasan, next year around this time, where am I? semalam literally nak nangis penat stress study. (padia huda, baru sikit) rasa macam bipolar sangat. kejap semangat, kejap down... (nasib ada Zack ni nak layan. dah jadi watak utama dah makcik ni dalam blog aku. huhu) kejap cakap dekat Zack  'saya nak grad tahun depan dengan honours' 'ok, InsyaAllah' pagi tadi sebelum pergi exam cari zack , 'zack, tolong cakap dekat saya saya boleh nak exam ni' ' okay huda, awak boleh!' tadi sebenarnya nak tidur sat tapi tak boleh tidur , turun bawah cari zack yang tengah sidai baju.. tetiba.. ' Zack, macam mana kalau saya kena re-sit exam autumn?' 'apa awak ni, exam belum habis lagi kan'  huhu okay pastu aku chow macam tu je..

sejak masuk med school ni, selalu rasa diri tak pandai, banyak gila cabang ilmu medicine ni. semakin belajar, semakin rasa bodoh.. semakin exam semakin lagilah rasa tak bijaknyanya tu.. (huahua) tapi i love it bila dia buat kita rasa lagi humble, lagi nampak besarnya Allah, lagi tahu rasa lemah tu. Dengan ilmu Allah tu sendiri dan dengan sentuhan Allah dalam kita nak menuntut ilmu ni. kadang rasa tak boleh jawab sangat dah loser habis, tapi Allah bagi result 1st class, ada exam yang rasa confident, tak risau sangat, Allah bagi lepas paras hidung je. sungguhlah Allah nak ajar banyak sangat benda..yang berkuasa memang Dia je,, tu baru satu bab..

anyway, kita tinggalkan bab exam..

dan sedar tak sedar lagi 24 hari je lagi nak Ramadhan. aku memang tak zabarr nak Ramadhan.. walaupun kadang rasa perasaan membuak-buak tapi terperangkap dalam tuntutan lain. nervous juga dah cukup preparation ke. nak ramadhan.. apapun, Ramadhan (macam orang lain juga) sentiasa ada tempat special di dalam hati aku sendiri. aku rindu perasaan tak sabar dia tu macam nak jumpa kekasih.. (macam kau pernah bercinta pulak huda? lols)..prepare yang terbaik, teringat-teringat. rindu perasaan terharu dengar azan maghrib masuk 1 Ramadhan sampai nangis, alhamdulillah Allah sampaikan.....

i don't know orang lain rasa macammana.. tapi special sangat ramadhan ni. kesan previous ramadhans sangat banyak menjadikan aku siapa aku sekarang, tak kesahla kadang perasaan tu pasang surut. kalau rasa fake.. tak kisahlah.. fake it until you make it. rugi Ramadhan datang kita rilek, lepak je. alhamdulillah since masuk syaaban ni baru dapat puasa 4 hari...(tak termasuk hari ni) nak train, kena prepare untuk ramadhan.. not too bad.. walaupun subuh pukul 3, maghrib pukul 9malam.. sebenarnya okay je, nak tak nak je.. tapi flat jugaklah sikit.. cuma sebab nak exam kan.. so banyak masa study, tak ingat benda lain.. kalau tak agaknya tidur je. ish3 -.-' 

kalau Ramdhan kali ni Ramadhan last, kita nak perform macammana?
ni tak ada repeat2 dah ni...huhu
ni bukan soal nak grad, ni soal ladang akhirat..

last month, ada sister mesir (bestie zaman sek rendah ni, kuikui) whatsapp aku, dia tanya apa plan ramadhan aku kali ni. dia approach, dia nak cari RamadhanMate, untuk sama-sama mengingatkan untuk fastabiqul khairat.. T__T so plan nak sama2 lumba hafazan quran, hafalan doa, lumba buat kebaikan, lumba tilawah dan saling mengingatkan..kita jadi ramadhanmate nak?

nangis T_T
sebab masa tu tak ada proper plan lagi..
tahu mindset nak ramadhan.. tapi tak jot down nak target apa. prepare pun banyakkan puasa, banyak baca quran, tilawah tapi tanpa target tersusun. ikut flow je lah..
orang yang tak plan ni, biasanya tak kisahlah macammana perasaan dia, akan tend to fail..if you fail to plan, you plan to fail.. remember? huu

so kalau nak dijadikan tema personal Ramadhan aku kali ni --> (productivity + spirituality).. ala, sendiri-sendiri ikut suka lah kan.. productivity tu memang spesifickan sebab since Ramadhan aku tahun ni, aku akan ada buat elective, kena pergi hospital, hampir sebulan ni, di Ireland & India InsyaAllah.. aku tak nak jadikan Ramadhan ni sebab kita jadi lembik tak produktif, nak merasakan tuntutan kerja itu juga ubudiyah kepada Allah yang tidak terkecuali, dan of course lah kalau masuk Ramadhan tak nak mantapkan spititual.. hang nak apa sebenarnya ? hihi

yang tak panas enjin lagi nak Ramadhan ni, 
jom? 
InsyaAllah masih ada masa.

Allahumma ballighna ramadhan.
Allahumma ballighna Ramadhan.

Tuesday, May 10, 2016

nasihat kepada akhawat muslimah (I)

assalamualaikum, bismillah.

it's 5.14 p.m now.
break study sekejap. hee

banyak sangat benda nak tulis, oh well memang time exam lah dia banyak nak tulis, nak share (sebab nak escape study lettew -.-')

anyway, terstop dekat topik ni. just nak share satu sub-topic dalam tazkiratudduat ; karya al-maududi. untuk rujukan diri sendirilah of course tertutamanya..

have you ever wonder, kita ni nak jadi muslimah daiyah ni nak kena jadi macam mana?
sesetia- seagung pengorbanan Khadijah r.a, secerdik sepintar Aisyah r.a, sehebat Fatimah r.a? segagah seberani Nusaibah?

atau lebih kontemporari di zaman ini, hebat di pentas dakwah seteguh Zainab Al-Ghazali..
atau tak banyak terkedepan,
seperti Latifah isteri Al-Banna tetapi tetap menjadi tulang belakang perjuangan beliau sekaligus madrasah tarbiyah anak-anak yang ulung?

ada sekali masa ke daurah, adalah perbincangan ikhwah akhawat - tentang kupasan peranan wanita buku tulisan Al-Qardhawi.

ada gambaran yang a bit distorded tentang peranan akhawat.

ada ikhwah nak akhawat kalau aktif, sesama akhawat je, tak keluar ke medan aktivism, pentas masyarakat sangat..
tak kurang ramai yang membayangkan akhawat nilah yang ke depan, berani mengeluarkan pendapat, memperjuangkan pelbagai isu juga sebaris dengan ikhwah

cuba cakap nak kena jadi macammana? obviously tak mampu nak jadi semua. hehe. nak jadi apa yang Allah redha je. *jawapan selamat betul ni*

so nasihat yang dalam buku ni, i found it very useful. general je, tapi besar peranannya. so share 2 points je dulu..

*  *  *  *  *

Di sini saya ingin menyampaikan kepada akhawat yang berinteraksi dengan jemaah dan mengemban risalah yang ingin diwujudkan oleh jemaah.

Kewajipan pertama mereka adalah berusaha keras untuk memahami agama mereka. Tidak cukup dengan hanya membaca Al-Quran dengan pemahaman dan tadabbur saja, tetapi juga harus mempelajari hadits dan fiqh sesuai kesempatan waktu yang ada. Mereka tidak hanya berkewajipan memahami dasar-dasar agama mereka dan konsekuansi keimanan mereka yang utama, tetapi mereka juga harus berusaha memberikan perhatian untuk memahami hukum-hukum agama yang berkaitan dengan kehidupan peribadi, keluarga, dan sosial mereka.

Sesungguhya, kebodohan wanita tentang hukum-hukum agama mereka menjadi sebab penting di antara sebab-sebab besar yang membuat perkara-perkara yang tidak syar'ie marak di rumah-rumah kaum muslimin, dan menjadikan tradisi-tradisi jahiliyah menemukan jalannya untuk masuk ke rumah-rumah mereka. Kerana itu, akhawat kita harus berfikir untuk menyusuli kekurangan ini sebelum segala sesuatu yang lain.

Sedangkan jemaah akan memberikan perhatian yang layak dalam masalah ini dengan mengadakan daurah-daurah tersendiri untuk menarbiah kaum wanita, InsyaAllah. Hanya di sana ada sebahagian hambatan yang dihadapi jemaah sehingga belum bisa mewujudkan langkah ini, sekalipun kami telah memutuskan untuk mengikutsertakan kaum wanita bersama kaum lelaki dalam berbagai daurah  yang diadakan untuk menrbiyah mereka. Daurah-daurah ini diadakan sedapat mungkin dengan tetap menjaga batas-batas hijab yang harus diperhatikan. Kerana itu, akhawat kita harus memanfaatkan setiap kesempatan yang diberikan untuk mengikuti daurah tarbawiyah seperti ini. Semoga Allah memberikan hasil yang signifikan dan kita bisa menyelenggarakan berbagai daurah tarbawiyah khusus untuk mereka.

kewajipan kedua mereka adalah berfikir dan berusaha keras untuk menyesuaikan kehidupan peribadi, keluarga, sosial, akhlak dan perilaku mereka dengan pengetahuan agama ynag telah mereka dapatkan melalui kajian Al-Quaran, hadith, dan fiqh dan melalui daurah-daurah  yang mereka ikuti. Menjadi kewajipan muslimah untuk memiliki akhlak yang kuat. Apabila telah meyakini kebenara sesuatu maka ia akan terus istiqamah di atasnya dan tidak akan meninggalkannya. Apabila meyakini kebatilan maka ia akan menolak untuk cenderung kepadanya dan enggan menerima sekalipun mendapat penentangan dari individu-individu anggota keluarganya. Hanya saja, bapak, ibu dan suami berhak untuk tetap dihormati dan ditaati. Masing-masing sesuai kedudukannya.

Perlu diketahui bahawa hak mereka semua tidak bererti apa-apa di hadapan hak-hak Allah dan RasulNya yang harus dipenuhi. Akhawat harus menolak taat kepada setiap orang yang mengajak bermaksiat kepada Allah dan rasulNya. Mereka harus siap menghadapi segala kemungkinan yang terjadi seraya bertawakal kepada Allah dan mengharap pahala dari sisiNya.

Demi Allah, jika mereka bisa menjaga istiqamah dan tegar berada di atas kebenaran maka hal ini kaan memberikan pengaruh yang baik kepada anak-anak dan anggota keluarganya. Bahkan menjadi kesempatan untuk memperbaiki keluarga-keluarga yang rusak di dalam masyarakat. Tetapi jika akhawat menyerah kepada tuntutan mereka yang menyimpang dan memperturutkan perbuatan mereka yang bertentangan dengan syariah Allah maka mereka tidak akan mendapatkan keberkahan Islam di dalam kehidupan mereka. Bahkan, menjadi contoh yang tidak baik tentang kelemahan iman dan akhlak bagi anak-anak, anggota keluarga dan masyarakat mereka.

* * * * *

last few points sambung nanti insyaAllah.. ada juga khusus untuk peranan dalam keluarga dan bagaimana seharusnya golongan terpelajar beraksi... ohoi, nota psych pun banyak tak baca lagi. kuikui

aku bukan feminist bila sangat menyokong pengukuhan tarbiyah akhawat... serius sahajalah meski jurang kalau in general agak besar dengan ikhwah. hatta dari sudut kuantitinya ikhwah agak terkebelakang (sedikit) not knowing much about the quantity though..

sebab memang tahu hakikat bilangannya tak sama..
tapi tak patut jadi sebab akhawat kena slow down sikit..huu

lantas bila ada *kofkofkof* mutarabbi tanya atau perbincangan sesama akhawat perihal boleh tak nak kahwin dengan bukan ikhwah. Dah ikhwah memang seciput sangat, (tak bermaksud mengatakan bukan ikhwah itu tidak baik berbanding ikhwah ya)

kita boleh jawab tanpa ragu.. tanpa serba salah. tanpa perlu nak berasional banyak..

'ya silakan.. kerana kita sudah lama persiapkan seorang ukhti yang ditarbiah dan siap mentarbiyah'

haa camtu haa..
mampu?

pertamanya akhawat, program tarbiyah, program ilmu jangan malas nak hadir. phew

pandang cermin
tak jumpa bayang
luls.
fuh.

Thursday, May 5, 2016

ayohla semangat.

assalamualaikum, bismillah.

it's 7.32 a.m now.

dari subuh, seperti halnya hari biasa, usai ma'thurat, tilawah sikit, ulang hafazan sikit..lepas tu tak tahu sebenarnya apa yang berhasil sampai sekarang. rasa teruk dengan diri sendiri :(

bukak laptop.. scroll fb, blog, youtube, selit buat soalan. tapi study tak banyak gerak. lompat buku tu, buku ni.. pusing2 soalan sama. Allahu, terasa bila dicabut keberkahan pagi tu, rasa dia rugi.

alhamdulillah thummalhamdulillah semalam dah selesai 1 paper. alhamdulillah not too bad. it's not the time pun nak down ke apa. stay positive.. ada lagi 4 paper dan 2 osce! InsyaAllah, boleh huda *biceps* aku suka ingatkan diri aku, keberadaan aku di sini, di mana aku berada adalah jawapan doa2 aku, orang2 sekeliling aku terdahulu. dan Allah tak pernah silap meletakkan kita di mana kita berada. teruskan usaha dan doa..

walaupun selalu jugak lah tak yakin dengan diri sendiri, ada banyak sangat ketakutan , keresahan dalam hati ; takut kena repeat paper (nauzubillah) takut nanti rasa bersalah summer dapat spend masa dengan family sikit je sebab buat elective 2 minggu dekat Ireland dan 2 minggu dekat India (InsyaAllah), takut nanti bagi kesan tak cukup tenaga nak gerakkan summer di Malaysia, lepas tu takut tak dapat attend walimah akhawat (haha), takut itu ini, macam-macamlah.. tapi when He brings you to it, He definitely will bring yo trough it. chin up huda.

bila nak lemah semangat tu kena ingat kisah Dr Waseem. 
aku personally memang touched, moved and inspired dengan beliau

bila tempoh hari acah2 nak deactivate FB for a while, untuk lebih focus exam, k.aini kata awak tak boleh buat macam tu.. ada banyak benda study boleh dapat dari FB. huu okay kak~

bukak-bukak timeline penuh #Aleppoisburning. tersedarlah aku betapa pentingkan diri sendirinya aku ni. malunya :( dan kisah pengeboman hospital Al-quds dan syahidnya Dr waseem as a last paediatrician dekat aleppo memang mengena pap sebijik dekat muka.

asyik terfikir. sampai-sampai aku luahkan pada Zack masa tunggu solat jemaah dekat living room tempoh hari..

'kan saya baru on balik Fb, tengok2 penuh timeline pasal Syria ni. saya memang terkesan sangatlah insiden yang kali ni' 

'hmmm.. kenapa kali ni?'

pendek je. tapi aku dah dapat agak dah kali ni, mesti aku akan kena balik.  

'maksud awak sebab... selama ni Syria memang diserang pun ke?' aku teka. padahal aku dah agak dah. masuk perangkap sendiri.

'haah'

'sebab saya rasa dekat kot, sebab dia hospital..tempat saya pergi almost every day lah kalau nak kata. dan syahidnya Dr Waseem tu terasa sebab saya nak jadi Paediatrician jugak'

' hmm tulah.. saya pun rasa sebab tu' T__T

okay. tak nak dengar dah sapa2 sambung (haha). huuuu, tahulah aku kini betapa (again) selfishnya diri ini. nak ambil kisah apa yang ada kaitan je. yang related je.. walhal kita dah lama terhubung dengan tali aqidah kot. astaghfirullah..

Allah, ampuni kami dalam tenggelamnya kami dalam urusan sendiri,
kami melupakan saudara2 kami..

minggu lepas masa liqa usrah, kami tadabbur satu page surah Ibrahim (m/s 260) dan tersedarlah betapa miskinnya kapasiti doa kita ni.... 

ya Allah, ampuni kami jika dalam merasa tercengkamnya dari urusan duniawi, kami terlari dari memaknai ubudiyah kepada Allah dalam segala hal.. hatta urusan study ni ya Allah terimalah ia sebagai amal seorang hamba dalam mengesakanMu.

ya Allah ampuni kami, dalam doa-doa kami, tersisa keinginan-keinginan mendalam kami kepada dunia persinggahan ini :( sungguh ya Allah, kadang cinta kami kepada dunia ini kami menggunakan kebaikanMu mencurahkan segala nikmat, memanjat doa kepadamu sehingga kadang tersirna amal untuk akhirat..

kena belajar ni, dari kisah2 para pejuang.. lagi ditekan, lagi bersemangat. kata nak jadi doktor umat? huu

Jangan pernah kau gantikan ruh jihadmu kerana buaian keindahan dunia yang palsu, 
akan datang nanti pada saatnya Allah akan menagih janji
atas kerinduanmu untuk menjadi syuhada.

apakah hanya sekadar kata-kata,
atau engkau memang layak menyandangnya. 

ayohla semangat!


gonna miss this view. hijrah bilik baru tahun depan. takyah nak attach sangat le

selalu in denial, 
tak nak keluar duvet,
tak nak exam,

nak graduate je.
haha

c'mon nak makan pun kena ada usaha kot?