Pages

Thursday, May 5, 2016

ayohla semangat.

assalamualaikum, bismillah.

it's 7.32 a.m now.

dari subuh, seperti halnya hari biasa, usai ma'thurat, tilawah sikit, ulang hafazan sikit..lepas tu tak tahu sebenarnya apa yang berhasil sampai sekarang. rasa teruk dengan diri sendiri :(

bukak laptop.. scroll fb, blog, youtube, selit buat soalan. tapi study tak banyak gerak. lompat buku tu, buku ni.. pusing2 soalan sama. Allahu, terasa bila dicabut keberkahan pagi tu, rasa dia rugi.

alhamdulillah thummalhamdulillah semalam dah selesai 1 paper. alhamdulillah not too bad. it's not the time pun nak down ke apa. stay positive.. ada lagi 4 paper dan 2 osce! InsyaAllah, boleh huda *biceps* aku suka ingatkan diri aku, keberadaan aku di sini, di mana aku berada adalah jawapan doa2 aku, orang2 sekeliling aku terdahulu. dan Allah tak pernah silap meletakkan kita di mana kita berada. teruskan usaha dan doa..

walaupun selalu jugak lah tak yakin dengan diri sendiri, ada banyak sangat ketakutan , keresahan dalam hati ; takut kena repeat paper (nauzubillah) takut nanti rasa bersalah summer dapat spend masa dengan family sikit je sebab buat elective 2 minggu dekat Ireland dan 2 minggu dekat India (InsyaAllah), takut nanti bagi kesan tak cukup tenaga nak gerakkan summer di Malaysia, lepas tu takut tak dapat attend walimah akhawat (haha), takut itu ini, macam-macamlah.. tapi when He brings you to it, He definitely will bring yo trough it. chin up huda.

bila nak lemah semangat tu kena ingat kisah Dr Waseem. 
aku personally memang touched, moved and inspired dengan beliau

bila tempoh hari acah2 nak deactivate FB for a while, untuk lebih focus exam, k.aini kata awak tak boleh buat macam tu.. ada banyak benda study boleh dapat dari FB. huu okay kak~

bukak-bukak timeline penuh #Aleppoisburning. tersedarlah aku betapa pentingkan diri sendirinya aku ni. malunya :( dan kisah pengeboman hospital Al-quds dan syahidnya Dr waseem as a last paediatrician dekat aleppo memang mengena pap sebijik dekat muka.

asyik terfikir. sampai-sampai aku luahkan pada Zack masa tunggu solat jemaah dekat living room tempoh hari..

'kan saya baru on balik Fb, tengok2 penuh timeline pasal Syria ni. saya memang terkesan sangatlah insiden yang kali ni' 

'hmmm.. kenapa kali ni?'

pendek je. tapi aku dah dapat agak dah kali ni, mesti aku akan kena balik.  

'maksud awak sebab... selama ni Syria memang diserang pun ke?' aku teka. padahal aku dah agak dah. masuk perangkap sendiri.

'haah'

'sebab saya rasa dekat kot, sebab dia hospital..tempat saya pergi almost every day lah kalau nak kata. dan syahidnya Dr Waseem tu terasa sebab saya nak jadi Paediatrician jugak'

' hmm tulah.. saya pun rasa sebab tu' T__T

okay. tak nak dengar dah sapa2 sambung (haha). huuuu, tahulah aku kini betapa (again) selfishnya diri ini. nak ambil kisah apa yang ada kaitan je. yang related je.. walhal kita dah lama terhubung dengan tali aqidah kot. astaghfirullah..

Allah, ampuni kami dalam tenggelamnya kami dalam urusan sendiri,
kami melupakan saudara2 kami..

minggu lepas masa liqa usrah, kami tadabbur satu page surah Ibrahim (m/s 260) dan tersedarlah betapa miskinnya kapasiti doa kita ni.... 

ya Allah, ampuni kami jika dalam merasa tercengkamnya dari urusan duniawi, kami terlari dari memaknai ubudiyah kepada Allah dalam segala hal.. hatta urusan study ni ya Allah terimalah ia sebagai amal seorang hamba dalam mengesakanMu.

ya Allah ampuni kami, dalam doa-doa kami, tersisa keinginan-keinginan mendalam kami kepada dunia persinggahan ini :( sungguh ya Allah, kadang cinta kami kepada dunia ini kami menggunakan kebaikanMu mencurahkan segala nikmat, memanjat doa kepadamu sehingga kadang tersirna amal untuk akhirat..

kena belajar ni, dari kisah2 para pejuang.. lagi ditekan, lagi bersemangat. kata nak jadi doktor umat? huu

Jangan pernah kau gantikan ruh jihadmu kerana buaian keindahan dunia yang palsu, 
akan datang nanti pada saatnya Allah akan menagih janji
atas kerinduanmu untuk menjadi syuhada.

apakah hanya sekadar kata-kata,
atau engkau memang layak menyandangnya. 

ayohla semangat!


gonna miss this view. hijrah bilik baru tahun depan. takyah nak attach sangat le

selalu in denial, 
tak nak keluar duvet,
tak nak exam,

nak graduate je.
haha

c'mon nak makan pun kena ada usaha kot?