Pages

Wednesday, May 25, 2016

cerita STC '16

assalamualaikum, bismillah

it's 11.46 p.m now.

help me, in denial nak kena kemas barang nak pindah :( so yeah, here i am.. writing this post..

hari ni hari terakhir STC, tapi bukan untuk aku. hari terakhir STC aku semalam :)
hari ni jadi tukang masak untuk orang balik STC confirm ah lapar.. hoho
sebab, yes, kena panggil untuk oral for modul medicine and surgery as an additional assessment.

masa tu dekat kaki bukit Currauntoohil. Semangat ni nak hiking guna Devil's Ladder route. dan aku diamanahkan untuk lead the group duduk depan sekali. sampai kaki bukit check email, dan minta maaf pada semua, kena balik terus ambil bas ke Cork. sebab oralnya esok (hari ni)

deep inside, i was hoping for this oral. expecting this. sebab aku tahu paper aku tak okay, then aku berharap pada osce dan it turned out jadi tak berapa okay juga. station emergency, blank! walaupun baca banyak kali. alhamdulillah, terima dengan sangat redha. alhamdulillah. dan bisik pada diri 'aku cuma tak tahu ini nikmat atau musibah tapi aku bersangka baik dengan Allah'  'kalau Allah takdirkan ini yang terbaik, aku tinggal tsiqah billah, insyaAllah semuanya baik'

aku bukan nak sedapkan diri. tapi struggle tahun ni is real. (macam yang lain tak real. lol) kalau aku terlalu banyak cerita pasal indahnya belajar medicine ni di Ireland ni, mungkin itu cuma sedikit. aku cuma belum pernah cerita tahun ni masa-masa aku rasa give up dengan medicine. selalu rasa nak ambil law atau physic je, tak pun genetics. medicine tak pernah terfikir pun nak pursue. itu masa down, lepas tu rationalisekan diri sendiri, motivatekan diri sendiri balik. belum masuk cerita masa shift malam emergency, balik dari hospital sampai rumah menangis je sepanjang malam. esoknya rasa tak nak bangun tak nak pergi hospital dah. (malas nak cerita panjang-panjang penuh drama pulop. hehe, don't worry.. what doesn't kill you, makes you stronger. yeazzeah...)

tapi dalam banyak-banyak perasaan tak nak tu, alhamdulillah Allah bagi kekuatan untuk tetap teruskan..tak ponteng ikut perasaan. pergi juga, walaupun struggle nak luruskan niat tu. sebab rasa menanggung amanah tu outweigh rasa beratnya perasaan sendiri. (tak tahulah orang faham ke tak. haha). bila Allah bantu dah sampai tahap ni, alhamdulillah.

dan banyak sangat pengajaran dan muhasabah. haruslah lebih mantap pengurusan masa dan study kuat sikit. no last minit please..  nak final year dah ni (insyaAllah)..huhu

so that's my story pasal STC,
Tarbiyah kaw kaw.
nak sangat hiking lepas exam,
tapi tak dapat. siapa tak sedih..
tapi
Allah ajar hiking menuju Allah. (wah gitew pulaks)

tarbiyahnya bukan specific pada event STC tu, tapi sekitar sebelum, semasa dan selepasnya. 

jadi, tak ada lah amazing view masa mendaki..hehe
ada sekitar aktivity di camp site jelah.

'ala kulli haal alhamdulillah :)
Inna ma'al 'usri yusra..




No comments: