Pages

Friday, May 27, 2016

Kenangan di Hannan

assalamualaikum, bismillah.

it's 2.08 p.m now.

tengah tunggu mover datang nak pindah barang ke rumah baru..dan seperti kami decide bersama, by today barang dah kena keluarkan dan pindah.. ghupanya emo juga nak pindah rumah pun.. dah 2 tahun duduk hannan ni..

bab pindah barang, tak risau sangat, barang aku memang sikit. aku suka konsep minimalism.. so keep your space simple. benda perlu je simpan. tapi buku jelah yang suka simpan dan kumpul. huhu. dan sebab aku bukan tipikal perempuan (?) barang make up, dan seadik beradiknya tu lagilah tak ada.. lagi simple hidup. heh. since aku bukan jenis kumpul barang kumpul habuk juga..so setengah hari pun dah boleh siap kemas barang.

so apa ada dengan Hannan nak emonya.. banyak sebenarnya belajar. 

masa 1st time duduk sini, masa nak decide nama rumah pun.. bila last-last dapat nama Hannan.. yang maksudnya kasih sayang, kelembutan gitu.. dengan harapan dapat hidupkan namanya- itu pun dah takut tahu tak. cets. okay je padahal.

that's true though.. dakwah kita ni dakwah kasih sayang. (ceh tetiba) aku tahu kepala siapa nak sangat nama ni.. well, i don't mind.. tapi yang penting konsep Rumah Islam (RI) yang nak dibina, membantu lagi dakwah dan tarbiyah each of us. dan sangat penting duduk dalam rumah yang not just a house. but a 'home'. bukan just balik rumah, ada tempat berlindung, nak makan tidur, study je. stress jugak lah gitu.

alhamdulillah kalau balik-balik stress ada juga orang nak tanya ' okay tak ? ' kalau stay up orang offer/buatkan air panas, dinner, tukar cerita sama-sama, solat berjemaah, okay lah sikit kan. at least tu benda basic.. alhamdulillah dapat merasa semua tu sepanjang di Hannan. tapi duduk dalam RI banyak lagi nilai-nilai baik yang nak dihidupkan dan dipelajari.. lebih dari itu ;)

tapi, bukan semua cerita indah dalam RI.. akhawat/sisters juga manusia.. tapi apa yang aku rasa lain adalah, bila semua ada tujuan yang sama (kalau lah betul tujuan sama. hihi), banyak belajar lapang dada. bukan kita ni manusia perfect juga, tapi kadang bila nak marah, nak nasihat, semua cuba cakap dengan baik (sebaik mungkin)..atas dasar kasih sayang kerana Allah. walaupun begitu, sebenarnya paling selalu masalah tak selesai sebenarnya masalah komunikasi. huhu :(

dan pada aku, kualiti paling penting dalam setiap orang adalah, nak jadi baik, sentiasa nak perbaiki diri- bersedia untuk dinasihati dan menasihati. (dengan kebenaran dan kesabaran) dan dan aku nak lengkapkan surah al-asr. lol. tanpa benda-benda ni, no point duduk sekali, tapi duk bela ego sendiri, nak buat hal sendiri. huhu.  

pada tahun pertama di Hannan, nak belajar konsep 'kasih sayang' tu susah la juga,, you know, its harder bila hang duk tak ada perasaan fefeeling sangat.  alasan.  dan susah juga bila nak bina new relationship dengan orang yang kita tak kenal? susah.. walaupun based dia sama-sama nak ikut tarbiyah dan buat dakwah.. tapi i learnt a lot pada tahun pertama..

pada tahun kedua, walaupun ada juga pertukaran ahli rumah, banyak juga belajar. kami upgrade sikit konsep rumah. nama Hannan juga tapi jadi konsep 'masjid Al-Hannan' kenapa masjid? sebab nak hidupkan konsep ibadah tu.. all the time.. 

point simple dia, threshold dia.. kalau kita rasa kita tak akan buat benda tu dekat masjid, let's respect our house (beserta ahlinya) dan tak buat benda tu di rumah. as simple as, kalau kita rasa kita pergi masjid kita tak akan pasang lagu melagha kuat-kuat, atau tengok movie... atau bila masuk waktu orang solat kita tidur... elakkan buat juga di rumah kita.

and that's very important.  Respect. kita kena respect ahli-ahli dalam rumah kita ni. dan hidup ni begitulah, nak orang tolerate dengan kita, kita belajar tolerate dengan orang.. hidup ni kena banyak memberi..bukan je harta, wang ringgit. tapi juga tenaga dan servis.

ada orang tak sempat masak, orang lain coverkan.
ada orang usrah di rumah, kita kalau free buatkan air, hantar makanan,
ada orang nak dinner dekat rumah? no problem, masak lebih.
ada orang nak jaulah.. kita offer rumah.
kita pergi shopping, tanya ada sesiapa nak kirim barang?

nak buat kebaikan itu, sederhana.
sesederhana itu..
moga kebaikannya kekal, insyaAllah.

dari kitab riyadussalihin kita telaah every subuh after ma'thurat (ada yang tersengguk jangan cerita. hehe), sampai buku tarbiyah ruhiyah, sambung buku keahawatan, dan terakhir buku cinta di rumah Hasan Al-banna.. memori 2 tahun.. cepat kan masa berlalu..

ada yang dari krik krik.. sampai boleh sembang cerita masalah sampai nangis. lepak bilik sama-sama, teman lumba-lumba buat kebaikan, teman study.. dan banyak lagilah.. bukan tak ada cerita ribut taufan, tapi aku nak simpan benda baik-baik je sepanjang kita pernah duduk di Hannan..huaaa gonna miss everyone.. cehh padahal ada akan duduk lagi sekali nanti.

sejak tahun pertama, memang nak bina dan duduk RI.

kalau orang kata kenapa nak duduk RI?
kita jawab sebab Allah sarankan.. ni skema sikit (24:36) (10:87)
kalau tak pun sebenarnya, kalau tak duduk RI...
kita akan duduk dalam sebuah rumah dengan beberapa orang juga.
bukan exclusive sangat,
cuma, kita tanya je diri sendiri...

kalau dapat duduk sekali dengan akhawat (manusia juga) yang sama-sama tujuan yang sama
yang willing to help each other
yang boleh bina diri kita jadi lebih baik,

why not kan? :)

tahun depan, tahun terakhir (insyaAllah)..last chance huda nak bina RI idaman(?) wuhhuu..

sebelum nak bebel panjang lagi, (nak tulis pasal RI buat post lain lah . haha -.-) 
baik pi sambung kemas rumah tu,
haha. o-kay. 
nak sambung kemas rumah... then nak pi UCC, graduation day final med! ambil berkat dan bau sikit. hari jumaat ni.. hehe 

start menulis semalam, baru sambung hari ni.. lots of distraction nowadays, you know... tetiba.

No comments: