Pages

Friday, May 13, 2016

last paper

assalamualaikum, bismillah..

it's 2.29 p.m now.
alhamdulillah.. tadi last written paper OnG & Paeds. nak jadi Paediatrician tapi soalan paeds tak dapat jawab ni macammana ni huda T___T, next week ada 2 OSCE lagi. dan InsyaAllah nak habis untuk 4th year . aamin! 

semalam result seniors final med keluar. bercampur baur perasan, next year around this time, where am I? semalam literally nak nangis penat stress study. (padia huda, baru sikit) rasa macam bipolar sangat. kejap semangat, kejap down... (nasib ada Zack ni nak layan. dah jadi watak utama dah makcik ni dalam blog aku. huhu) kejap cakap dekat Zack  'saya nak grad tahun depan dengan honours' 'ok, InsyaAllah' pagi tadi sebelum pergi exam cari zack , 'zack, tolong cakap dekat saya saya boleh nak exam ni' ' okay huda, awak boleh!' tadi sebenarnya nak tidur sat tapi tak boleh tidur , turun bawah cari zack yang tengah sidai baju.. tetiba.. ' Zack, macam mana kalau saya kena re-sit exam autumn?' 'apa awak ni, exam belum habis lagi kan'  huhu okay pastu aku chow macam tu je..

sejak masuk med school ni, selalu rasa diri tak pandai, banyak gila cabang ilmu medicine ni. semakin belajar, semakin rasa bodoh.. semakin exam semakin lagilah rasa tak bijaknyanya tu.. (huahua) tapi i love it bila dia buat kita rasa lagi humble, lagi nampak besarnya Allah, lagi tahu rasa lemah tu. Dengan ilmu Allah tu sendiri dan dengan sentuhan Allah dalam kita nak menuntut ilmu ni. kadang rasa tak boleh jawab sangat dah loser habis, tapi Allah bagi result 1st class, ada exam yang rasa confident, tak risau sangat, Allah bagi lepas paras hidung je. sungguhlah Allah nak ajar banyak sangat benda..yang berkuasa memang Dia je,, tu baru satu bab..

anyway, kita tinggalkan bab exam..

dan sedar tak sedar lagi 24 hari je lagi nak Ramadhan. aku memang tak zabarr nak Ramadhan.. walaupun kadang rasa perasaan membuak-buak tapi terperangkap dalam tuntutan lain. nervous juga dah cukup preparation ke. nak ramadhan.. apapun, Ramadhan (macam orang lain juga) sentiasa ada tempat special di dalam hati aku sendiri. aku rindu perasaan tak sabar dia tu macam nak jumpa kekasih.. (macam kau pernah bercinta pulak huda? lols)..prepare yang terbaik, teringat-teringat. rindu perasaan terharu dengar azan maghrib masuk 1 Ramadhan sampai nangis, alhamdulillah Allah sampaikan.....

i don't know orang lain rasa macammana.. tapi special sangat ramadhan ni. kesan previous ramadhans sangat banyak menjadikan aku siapa aku sekarang, tak kesahla kadang perasaan tu pasang surut. kalau rasa fake.. tak kisahlah.. fake it until you make it. rugi Ramadhan datang kita rilek, lepak je. alhamdulillah since masuk syaaban ni baru dapat puasa 4 hari...(tak termasuk hari ni) nak train, kena prepare untuk ramadhan.. not too bad.. walaupun subuh pukul 3, maghrib pukul 9malam.. sebenarnya okay je, nak tak nak je.. tapi flat jugaklah sikit.. cuma sebab nak exam kan.. so banyak masa study, tak ingat benda lain.. kalau tak agaknya tidur je. ish3 -.-' 

kalau Ramdhan kali ni Ramadhan last, kita nak perform macammana?
ni tak ada repeat2 dah ni...huhu
ni bukan soal nak grad, ni soal ladang akhirat..

last month, ada sister mesir (bestie zaman sek rendah ni, kuikui) whatsapp aku, dia tanya apa plan ramadhan aku kali ni. dia approach, dia nak cari RamadhanMate, untuk sama-sama mengingatkan untuk fastabiqul khairat.. T__T so plan nak sama2 lumba hafazan quran, hafalan doa, lumba buat kebaikan, lumba tilawah dan saling mengingatkan..kita jadi ramadhanmate nak?

nangis T_T
sebab masa tu tak ada proper plan lagi..
tahu mindset nak ramadhan.. tapi tak jot down nak target apa. prepare pun banyakkan puasa, banyak baca quran, tilawah tapi tanpa target tersusun. ikut flow je lah..
orang yang tak plan ni, biasanya tak kisahlah macammana perasaan dia, akan tend to fail..if you fail to plan, you plan to fail.. remember? huu

so kalau nak dijadikan tema personal Ramadhan aku kali ni --> (productivity + spirituality).. ala, sendiri-sendiri ikut suka lah kan.. productivity tu memang spesifickan sebab since Ramadhan aku tahun ni, aku akan ada buat elective, kena pergi hospital, hampir sebulan ni, di Ireland & India InsyaAllah.. aku tak nak jadikan Ramadhan ni sebab kita jadi lembik tak produktif, nak merasakan tuntutan kerja itu juga ubudiyah kepada Allah yang tidak terkecuali, dan of course lah kalau masuk Ramadhan tak nak mantapkan spititual.. hang nak apa sebenarnya ? hihi

yang tak panas enjin lagi nak Ramadhan ni, 
jom? 
InsyaAllah masih ada masa.

Allahumma ballighna ramadhan.
Allahumma ballighna Ramadhan.

No comments: