Pages

Saturday, May 21, 2016

saat menghilang

assalamualaikum, bismillah.

its 6.18 a.m now.

alhamdulillah last osce khamis lepas, lepas tu semput nak kejar semua benda nak catch up. huhu. balik-balik take a nap (as i usually do everytime after exam- dengan harapan tak nak fikir apa dah. but it usually doesn't work kuang3) lepas tu terkocoh-kocoh nak masak dinner. Dah janji nak masak special sikit hari last exam, (sebenarnya kempunan nasi arab huaaa) tapi hmm again, tinggal harapan (beralasankan bahan tak ada). belasah nasi ayam dengan ayam masak merah tak berapa nak jadi.. tengah masak, bertalu mesej dan email masuk yang menuntut perhatian.

'huda meeting'

kalau sepatah dua whatsapp gini, maksudnya urgent.
ya Allah! lupa.. lagi macam lipas kudung dekat dapur.

sambil masak sambil sumbat earphone, sambil2 response sikit2, siap2 lari naik atas bukak laptop. meeting habis sampai pukul 1 pagi gitu. sambung lagi meeting lain personal sebab diri sendiri baru nak catch up. 

after subuh pukul 5 pagi sambung usrah.. habis dalam pukul 740 , sibuk nak mandi pukul 8 gerak ke Bushra ada syura. rembat breakfast dekat bushra walaupun syarat dia kena breakfast dari rumah. sorry tak sempat bro! haha. after syura, sambung perbincangan sikit dengan few akhawats, then balik rumah siap nak ziarah rumah K.Zu. aku tak siap packing barang, banyak benda pending untuk preparation hari ni,, tapi sebab hari tu terserempak dengan k.zu, masa dia hantar anak ke sekolah, tak sampai hati tak terima jemputan ziarah.. dapat makan sedap, alhamdulillah..! balik rumah, sambung kerja sikit..tersengguk je lebih, tidur lah. esok je lah sambung..

alhamdulillah ni baru dapat relax, bertenang sikit. waktu berpagi-pagi, terasa sungguh barakah. dah selesai serba serbi kerja nak buat. Dan hari niii InsyaAllah akan start Summer Training Camp Ireland (STC)! aku memang excited bab camping. suka sangat nak buat guana. tak sabar nak hiking, tak sabar nak escape, nak interact with nature je..heh

bila renung balik, i never regret jalan yang aku pilih. never (moga tak terbersit rasa itu). aku pun yang pilih jalan ni. kadang rasa macam chill lah~ baru habis exam. i have to admit, it's tiring.. tapi i believe.. at the end of the day, kalau Allah redha, it really worth the pain..

setahun yang lalu, sebelum cuti summer, kami ada retreat sikit untuk plan program tarbiyah semester hadapan (tahun ni lah 15/16). at that time i was assigned to be the masulah for this coming STC. okay je lah..bukan buat kerja sorang,  ada akhawat around. tak risau pun. Setahun kot dah diberi tugas.. tapi masa tu jadual exam tak keluar lagi. dan takdirnya, among committees, aku yang akan habis exam lambat. 2 hari sebelum tarikh STC, dan aku masulah. perbincangan mesti berlaku awal.. gila jugak lah nak start after aku habis exam.

i've tried my best to handle both of it. (with the stress of exam, i was hoping i could handle it well) cuba start perbincangan awal, sambil2 break study sambil fikir.. tapi tak mampu nak menzalimi..

dan dengan penuh rasa rendah diri dan malu  ; aku meminta pendapat dan izinlah sebenarnya untuk dicarikan pengganti masulah. kalau itu lebih baik untuk menggerakkan STC kali ni. cuma tak mahu menzalimi kalau tak gerak-gerak (dan memang agak lambat pun) sekelumit pun tak kisah tak jadi masulah. jawatan? it doesn't matter! (minta Allah jauhkan) i can be the kuli je. hehe. dan Alhamdulillah k.Fara (new doctor woot woot) willing to take the job. alhamdulillah, i thank Allah for that.

dan meeting demi meeting berlalu, banyaknya tanpa kehadiran aku. pada aku, ia agak menyakitkan sikit. you wish to contribute more but you just can't. sampai pernah down, 'can i be the peserte je? tak membantu team langsung' mestilah tak ada orang nak layan kan..

jadi, aku berjanji pada diri, akan catch up everything after exam. walaupun tak tercatch up lah sangat. huhu. 'kerehatan' yang diberikan atas prioriti dakwah juga (study pun dakwah juga ya.) bukanlah harus dibayar dengan kerehatan yang lainnya.. huhu, jangan ambil kesempatan. at the end of the day, kita je kan tahu ihsan masa yang kita gunakan..

for future me, orang kata kan medic ni banyak exam, nak naik pangkat, nak jadi consultant semua tu banyak exam. berderet-deret kuarantinnya. back to back. tapi once you become someone, can contribute more to dakwah dengan opportunity yang ada, nak jadi consultant contohnya untuk ummah. jangan pula semakin lari dari dakwah ini.. jangan semakin cinta pada dunia ni.. sebab kalau kita tak buat kerja dakwah ni, believe me, ada sejuta lagi manusia yang ikhlas memikul dakwah ni sekudrat yang mereka ada..

remember this future Khalilah Alhuda.. ingat balik masa-masa you 'disappeared' for a while, daurah tak dapat pergi, meeting itu ini tak dapat join, ikhwah akhawat tak marah, they keep working.. naqibah pun tak marah, semua cuba memahami tolerate and accomodate.. could you pay it forwand? dearest me, could you? sobs faghfirli ya Allah.

will be back in 4 days time!

wehoo, moga Allah lancarkan urusan STC tahun ni, moga Allah redha atas segala usaha, ikhlas kan hati-hati kami. Tema tahun ni : Rijalul Quran. moga tarbiyahnya membekas. Allahumma ameen!

'dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya: tetapi Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu infakkan di jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dizalimi (dirugikan) ' (8:60)

No comments: