Pages

Tuesday, May 31, 2016

summer elective, last daurah

assalamualaikum, bismillah.

it's 3.42 p.m now 

break study jap. aku ngantuk -.-

hari ni hari kedua aku start summer elective dekat CUH- join team endocrinology. sebelum ni, jumpa intern dan SHO lain, kali ni dah tukar orang. tapi alhamdulillah still team sangat membantu dan banyak sangat belajar walaupun baru 2 hari.

hari ni agak panas. bahang. sampai2 je pagi2, tak hilang peluh lagi Dr Danny (sho) dah bagi arahan;

'okay now, grab your gloves'
'i'll show you foot wound'

macam biasa lah kena describe etc. then dia explain more on osteomyelitis etc. Antibiotics semua kena tanya, huaaaaaa. tak ingat sangat. hari ni dia ajar jugak central line vs picc line. bagus and best sangat Dr Danny ni walaupun macam scary sebab dia akan keep on tanya soalan.. akan grill and drill siap2..tak ada chance wehh dia dah siap kata everyday kena ambil h(x), buat exam, and present dekat dia, nanti sambung investigation and management pulak. alhamdulillah, syukur. aku rasa aku akan terhutang budi dengan dia ni, sebab memang dia ajar betul2 one to one. ajar fikir betul2. suruh buat exam itu ini. i really need this. tapi homework banyak juga, hehe. (tak ada summer holiday sangat pun uolls)

tapi tak ada intense sangat. lek lek je. break coffee macam biasa. aku cakap aku tak minum coffee sangat.

'okay you want plain tea / fruit tea?'
'plain'
'okay, i'll buy you a plain tea. you go outside and find a seat'

berjemur la sekejap sebelum sambung lagi jumpa patient. budaya diorang ni sikit2 coffee break. huhu. habis session tu tak lupa pesan 'enjoy the sun!' enjoy the sun? aku nak balik rumah je duduk dalam bilik. bukak semua tingkap. huuu. boleh tahan panas hari ni. jangan complaint please.

*  *  *  * *  *

last weekend, last daurah aku semester ni. gerak sorang from Cork airport. masa balik sorang-sorang tu sayu la juga sikit-sikit. macam terbayang kalau k.aini and k.nadia ada sekali. huhu. tapi bila naik flight tak sempat fikir apa, tidur je..luls

dalam banyak2 slot, antara yang aku terkesan adalah perbincangan forum Rukun Bai'ah, bab : taat. mula2 tu literally termenangis sebab masa forum tu, ust ; one of the panel tertidur. i know, it might be a bit embarassing for some people.. tapi aku jadi lagi malu dengan diri sendiri. 2 hari daurah, aku ni asyik struggle tahan ngantuk je. padahal ustaz dah tour beberapa tempat sambung lagi pengisian daurah 2 hari.. sepatutnya jauh lagi penat and deserve rehat pun. tiba-tiba tersentuh ternangis tak pasal-pasal. adoyy huda.

back to taat. huraian definisi, apa kata Al-Banna tentang taat?

apa yang aku maksudkan dengan taat adalah : mematuhi perintah dan melaksanakannya dengan segera sama ada dalam keadaan kesusahan mahupun kesenangan, perkara yang disukai ataupun dibenci.

very holistic. jangan cakap pasal benda lain.. tapi kalau evaluate taat kita seorang hamba kepada Allah, boleh nangis juga. contoh perintah solat je lah..

kita tak cukup taat lagi kalau kita ni tak cuba solat awal waktu. taat ni.. melakukan sesuatu perintah dengan segera. segera. ada orang buat juga, tapi lambat. taatnya masih belum sempurna. ada orang boleh taat kalau benda tu dia suka. kalau tak suka tak taat. itupun belum sempurna. dan ada orang dia boleh buat perintah tu, tapi pokpekpokepke complaint dekat belakang.. tak sempurna juga taat tu. dan boleh jadi orang buat perintah dengan segera, suka mahupun duka, tapi bukan seperti exactly apa yang diperintahkan.. itu juga belum sempurna taatnya.

kena exactly seperti apa yang diperintahkan, buat dalam keadaan segera, penuh redha. tak ke berat tu? huhu. okay tu sebahagian je lah gistnya. faghfirlana ya rabb!

balik dari daurah, gerak ke airport dengan 2 kakak senior doctor. kami jalan dulu dari masjid ke Rusholme road, Manchester. hehe apa lagi, cari makanla. boleh tahan jauh juga jalan kaki. dalam 30 minit jalan tu, sepanjang jalan k.Radz duk cerita pasal politik dunia dan masa depan negara. masa depan anak-anak. fuh fuh. rasa macam lama tak bincang topik serius gini. i like~

sambil makan pula. huhu bincang topic BM (baitul muslim) hukhuk. macam-macam mutiara keluar. walaupun macam krik-krik.. i have to admit, aku kadang tu kalau boleh topic BM ni agak last2 nak bincang. sekali kena 'basuh' free-free. lols. tapi dapat new insights juga serba-serbi (tak berniat nak kupas pun ;p) then kami singgah kedai buku.. macam2 buku suggestion dapat..

lepas tu kami gerak ke airport awal. sebab haha comel je k.radz and k.rina, nak berjalan dalam kedai kat airport tu. hahaha manusiawi tau akhawat ni. and of course aku belajar banyak benda. 

depa bawa pi tengok perfumes, handbags, jewelery. ya Allah aku memang tak endah pun sangat benda ni. lol

'akak suka jenama escada'

sekali tu k.radz spray 2-3 kali perfumes tester tu

'kita kan tak mandi 2 hari, so kita gunalah kesempatan ni' lol

'boss and Giorgio Armani pun best'

bawak gi kedai pulak. test lagi..
'Jo Malone pun best, Bobbi Brown pun. tapi brand ni kena banned'

hahaha, wehh brand apa pun aku tak tahu. brand yang kena banned pun lagi lah tak tahu. belum masuk perkenalkan jenama Davidoff, Balenciaga lah... out of place je rasa. kuang3

anyway, mereka tahulah serba serbi benda tu, tapi bukanlah maksudnya they own all of that. depa kata, survey2 lah, nanti kalau ada offer bila2 tahu nak beli yang mana ;p awkward pun ada, aku kalau survey2 dekat airport ni survey coklat je. hoho. nampak tak kebudak-budakannya tu -.-

orang kata, nak kenal akhawat, tak cukup kenal masa daurah atau aktiviti tarbawi je. kena tahu juga sisi-sisi manusiawi. kena juga belajar, bergaul dengan yang lebih senior. mereka banyak pengalaman, dan banyak hikmahnya. dan indahnya ukhuwah di jalan Allah ni, aku rasa mula-mula macam pelik statement ni, tapi ada benarnya ; mencintai dalam kekurangan itu adalah kenikmatan. sampai ada ukhti pernah cakap

'lagi saya tahu kelemahan  dia, lagi saya jatuh cinta dengan akhawat ni'

padu.

tapi kena tengok context, takut orang salah faham pula. heh
alhamdulillah, pergi daurah, bukan dapat pengisian daurah je
pakej tambahan duduk bergaul dengan akhawat pun dapat sekali.

to acquire knowledge, one must study
but to acquire wisdom, one must observe.

hamdulillah.
;')

No comments: