Pages

Tuesday, June 7, 2016

1st day of Ramadhan in Cork

Assalamualaikum, bismillah

it's 8.42 p.m now.
lebih kurang sejam lebih sikit nak berbuka. masih menanti :')

Alhamdulillah Allah masih lagi bagi peluang merasai Ramadhan Tahun ni. beberapa tahun ni merasa Ramadhan di tempat berbeza, banyak dapat belajar. Mahalnya nikmat satu aqidah ni dengan muslim yang lain. I'll be travelling to Malaysia and to India this ramadhan, hopefully masih dapat mengekalkan focus dan merasakan ruh yang sama. mungkin agak mencabar sebab tahun ni Ramadhan penuh dengan buat elective. dengan Final year Project. huhu. gaya macam kena berkurung ni nak settlekan fyp sebelum balik.  Moga2 Allah mudahkan InsyaAllah.

semalam kami pergi Togher Mosque untuk terawih. buat gaya Malaysia pakai telekung gi masjid, haha. kena berpegang pada prinsip. lol. 11 p.m baru azan Isyak. habis terawih dalam pukul 1230 a.m. balik macam orang kebulur lapar nasi. kami bertiga (aku, k.nana, k.dayah) makan nasi.. pokpekpokpek pukul 130 a.m dah. subuh 2.59 pagi ni. aku decide nak nap sekejap, pukul 2 pagi baru bangun balik nak ready sahur.. rasa macam baru makan nasi haha, aku buat oat tambah berries semangkuk.. lepas subuh rumah sunyi!

pukul 11 pagi gitu perut dah bunyi, tapi tak lapar pun. Hari ni cuti bank holiday. OhAllah, jangan bagi perut bunyi masa hospital nanti. tu je terfikir dalam kepala hoho. after zuhur aku kemas rumah baru sampai asar. lepas asar, ngantuk lagi (huhuhu too much sleep huda!) bangun2 adik-adik dekat rumah  ni panggil

'k.hudaaaa kami nak make upkan k,huda'

walaupun tak nak mengecewakan mereka, tapi aku ni so far belum berjaya lagi orang nak make upkan. haha sisters suka gak buat make up2 ni. aku tengok ja. tak larang pun, hehe. well, dah perempuan tu perempuan juga kan..

'takpeee akak dah cantik dah' (jawapan bajet aku. haha)
'nak letak blusher je'
'takpe dah ada blusher semula jadi' 

haha ni sebab panjang sangat siang, macam2 pula depa nak buat (aku dah jadi oghang utagha duk dengan depa ni). nak distract mereka juga. 19 hours of fasting! Btw, dekat rumah ni ada 2 families dan anak2 tumpang sampai 9hb. ramai la budak2 :) then tak berjaya make up kan, mereka nak mengaji sebelum tunggu berbuka. layan~

Alhamdulillah, walaupun belum berakhir 1 Ramadhan, everything is good. kena adjust lagi body ni & adjust juga jadual hidup. tapi yang paling penting kena control hati kot.. kalau hati tak berubah, diri tak berubah jadi lebih baik after Ramadhan ni, tak tahu lah. huhu

ready for terawih? ~
off. jom ready berbuka! lets make lots of dua!

No comments: