Pages

Wednesday, June 22, 2016

berpisah tidak gelisah

Assalamualaikum wbt.

Semalam berpeluang iftar di RI bersama akhawat. Sempena kesyukuran juga kakak-kakak final year dah habis medschool dan nak BFG.

Jumpa akhawat di mana-mana pun, tanpa gagal akan amazed dengan macammana nikmat islam tu mampu mengumpulkan manusia yang berbeza personaliti dan background. Macammana yang bising akan cuba control sikit, yang senyap akan bersabar sikit. dan seribu macam lagi kepelbagaian

Semalam bila join ‘farewell party’ ni… rasa memang hakikat hidup ni beginilah kan.. bertemu dan akhirnya akan berpisah. dan of course lah ada drama airmata. Ada juga yang ‘rebel’ tak boleh nak move on sebab akan tukar murabbi..

Currently, aku tengah baca buku catatan cinta buat murabbi. Mengisahkan kisah-kisah inspiratif di  jalan tarbiyah. cerita luahan mutarabbi dengan tarbiyah yang mereka dapat dari sentuhan murabbi.. bila semalam ada seorang adik ni curheart, berterima kasih pada kesabaran murabbi..berkongsi sedihnya nak berpisah dengan murabbi pertama.. rasa macam boleh relate lah bila teringat kisah-kisah (benar) dari buku tu..aku yang baca dan dengar pun boleh nak tahan airmata.. belum lagi yang merasa. hehe  

Bagi yang attach/mudah attach dengan manusia ni, sakit kan bertemu untuk berpisah? awal-awal jual mahal kan.. haha. Dah sayang, ditinggalkan pula. (kalau yang meninggalkan mungkin tak sesakit yang ditinggalkan kot? lol)

‘akak sebenarnya tak risau pun meninggalkan adik2…’

tenang je, lemah lembut tutur katanya..

‘……..kalau kita , kakak-kakak dan adik-adik juga berpegang pada tali Allah yang satu. Cuma kalau kita ni terhubung dengan sebab selain itu, dari situlah sebenarnya kita telah terpisah sedikit...’

‘moga-moga, dan InsyaAllah, kita akan berjumpa dan dikumpulkan di satu pertemuan yang harapnya lebih baik dari ini,…’


Dan kami bersama-sama mentadabburi surah An-nahl 91-96..mengingatkan tentang janji-janji kita.. satu tamparan lah sebenarnya pada diri sendiri…dan diakhiri..

‘dan janganlah kamu jual perjanjian (dengan) Allah dengan harga murah, kerana sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. Apa yang ada di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah akan kekal. Dan Kami pasti akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan’

I really2 need this reminder bersama sentuhan ukhuwah.

Sejak start buat elective, sejak start cuti, minat aku, passion aku bertambah-tambah pada dunia medic. Siap sebenarnya nak tambah lagi buat elective dekat malaysia. Jadi suka sangat belajar bila balik bilik.. tak payah pulak nak kena paksa. Haha. Padahal sebenarnya kemain stress. Huhu. (okay patutnya happylah kan. Punya susah nak minat) tapi jangan Kau jadikan aku kabur dengan alat, sehingga terlupa pada matlamat, ya Allah.

tak mampu aku hidup tanpa redhaMu

Jangan Kau cabut kenikmatan menghayati ayat-ayatMu dan berkasih sayang keranaMu ya Allah.

No comments: