Pages

Thursday, June 16, 2016

Bual-bualan bersama abi.

Assalamualaikum bismillah,

Its 8.20 p.m Malaysia time.

Tak dapat ke masjid, ambil peluang menulis apa yang berlaku sehari jejak di Malaysia. Strugglenya nak menulis lately ni. Nak ambil masa nak duduk menulis tu yang susah. Rasa macam cepat sangat masa berlalu. Lepas satu, satu. Nak buat itu ini lahai... Dan dah nak 12 Ramadhan dah kita. Huuuu. Moga lebih produktif dan bermanfaat pada Ramadhan yang berbaki ni InsyaAllah.

Semalam touch down 4p.m. dan seperti kebiasaannya abi yang akan jemput di KLIA.

Masuk kereta bila tanya dengan excitednya
 ‘ siapa ada dekat rumah abi?’
‘kita tak balik rumah dulu tau..’
‘okay’

Biasanya aku akan cranky kalau tak balik rumah dulu. Haha. Sebab iyalah seharian kot travel duduk dalam flight dengan tak mandinya. Berlengas badan. Tapi kali ni dah cool sikit. I know abi lagi banyak kerja nak buat.

Mula2 jumpa ust Azhar, dari Acheh. Ust tanya

‘ belajar apa di sana?’
‘perubatan’
‘……*keluar ayat arab…..’

Laju ust ni cakap, aku faham At-tib je. Otak lambat proses. Haha.

‘apa maksudnya tu ustaz?’
‘Al-Fiqh itu kembarnya ilmu perubatan’

Ustaz sambung lagi cerita tentang imam syafie menyelesaikan masalah2 agama dengan background perubatan. Cerita pasal air mutlak.. etc. hewhew dengarkan aja.

Ustaz nak suruh saya ambil degree fiqh pula ke macammana? Hehe. I wish I have extra capacity to take double degree. Hihi

Dalam kereta abi kata nanti nak bawa jumpa siapa tah kawan dia. katanya anaknya ambil perubatan di UK, nanti kita tanya2 macammana nak dapat pengalaman , skill etc. okaykan aja juga. Abi sangat menggalakkan aku gain as much as possible skills dalam bidang perubatan ni, abi kata kena jadi specialist. Ya ya abi, InsyaAllah. (ni bukan kali pertama abi cakap)

Aku masih ingat dulu, di dapur Hannan, bila borak pasal prinsip. bila seorang kakak tanya (provok kot):

‘kalau awak tak nak jadi kaya, macammana, eventually kalau awak jadi consultant memang akan jadi kaya pun’

‘bukan tak nak jadi kaya. saya nak jadi kaya, tapi bukan untuk tingkatkan gaya hidup saya. Tapi to help others more’

Kalau orang kata nak jadi consultant sebab nak kaya, I won’t do that. Wehhh penat kot. Nangis air mata darah je. Paling minimum/cepat nak jadi specialist 11 tahun tahu tak?

Dan semalam saat aku borak dengan abi, aku semakin jumpa reason yang kukuh kenapa kena jadi Specialist. Mula2 aku cerita aku jumpa makcik ni dia consultant Emergency. Saja test abi.

‘abi tahu tak gaji dia sebulan berapa?’
‘200 ribu?’ pergh hampir tepat abi
‘300-500 ribu sebulan’
Huhuhu banyak tak banyak? -,-

Lepas tu abi cerita, kita ni nak jadi kaya bukan untuk kita. Nak jadi specialist pun. Tapi semua ni fardhu kifayah. Kita nak bantu umat islam. Abi cerita tentang kawan dia yang Pakar Bedah. Satu consultation through phone call je dapat 5ribu. Pheww. Yang dengan gaji dia, banyak bagi modal pada orang lain untuk buat projek macam-macam. Bantu orang lain. Tak ambil untung pun abi kata. Untung tu pusing buat modal lain pula. Kita kena jadi macam tu.

Dapatlah semangat sikit.  Big reason huda, bukan sekecil cita-cita peribadi. stay strong k? hee :)

lepas tu jumpa lagi sorang kawan abi di rumahnya. On the way balik rumah, saat 11p.m gitu, I was so sleepy. Tapi abi dragged me to talk about BM (baitul muslim). Tak pernah aku mulakan. You are too serious abi. Huhu. Dalam family, aku kurang sangat bercakap soal ni. Bukan tak ada interest. Cuma I don’t like small talks. Gossiping.. I don’t like it. haha kadang orang buat gurau je. Dah kena bebel few times. Adik beradik cakap banyak kali dah. Umi dah pernah sound ‘jangan cerewet sangat. Asal ikut usrah okay dah’ huhu. Sampai pernah ada masa jadi stress, terasa hati dengan orang dan don’t want to talk about it anymore. lol

Pada aku, benda ni serius, bukan benda perlu rushing pun. Kalau setakat main2, tak serius aku lagilah tak suka. Dan aku tak suka orang put pressure on me. Tak marah pun, Cuma let me think about it rationally.

Dan bila abi yang mulakan. I know you have no way to run. Alah, kalau cakap sekarang bukan suruh kawin esok. You have to start think about it seriously from now. Bila abi yang start aku banyak diamkan aja. *berfikir*

bila kita cakap pasal BM ni kan, kita punya cakap pasal benda-benda besar lagi selepas tu, tapi kita lupa benda praktikalnya. Cuba kita tengok mana anak-anak aktivis dakwah kita pergi? Buku-buku kita tu siapa nak baca?’

‘bukan nak kata tak bagus akhirnya kalau jadi orang biasa*(yang tidak beramal soleh).. cuma sayang, kelangsungan generasi tu anak cucu yang teruskan. Yang paling penting amal soleh nanti kehidupan kita dekat sana lagi panjang, anak cuculah yang nak doakan kita. Cuba kira nenek moyang kita dah berapa tahun mereka tinggalkan kita, kitalah penyambung amal soleh mereka’

'dan bila kita cakap pasal benda ni, kena buang rasa takut dan malu'  erkk. terus tersenyap je. lol

‘nak kahwin ni nak zuriat, kalau kahwin tapi tak nak anak buat apa. (lol) ada orang kata biarkan anak2 kita ikut jalan sendiri. Bahaya macam tu. Kita memang kena fikir pasal generasi kita, cucu kita, tengok sirah, hasan husin tu bukan Rasulullah juga ke yang jaga bersama? (ada sirah panjang abi cerita tak ingat sangat haha. Dapat point je) Tengok tokoh2 besar banyaknya atuk mereka yang didik. Betullah mak ayah ada, cuma kita kena fikirkan generasi’

Serius… abi banyak sangat cakap malam tadi. everything sounds serious. Dan aku banyak diam. I wasn’t expecting this..

‘nak cari orang yang perfect memang tak akan ada. Kita kena saling menampung, kena membangunkan. Tak apalah kalau sorang lagi tak menyerlah dalam dakwah ni. Dua-dua menonjol pun tak boleh sebenarnya. Kena ada fokusnya nanti anak-anak juga’

abi pun bercerita tentang contoh aktivis dakwah, kawan abi sendiri.

dan abi sambung lagi cerita pengalaman2 orang..

‘jangan bagi alasan tak nak kahwin sebab takut kena cerai dengan dia. kalau macamtu confirm kena cerai. Sebab niat dari asal tu. kalau bergaduh tu biasalah. Kalau bergaduh untuk jadi lebih baik tu biasalah. Tapi jangan bergaduh untuk berpisah’ 

Lompat sana sini.. lepas tu abi duk cakap pasal adab, cerita sikit pengalaman itu ini.

‘kalau bertunang, pada abi jangan lama-lama. 6 bulan tu dah cukup lama dah. Nanti godaan syaitan tu dahsyat sangat untuk putuskan pertunangan. nanti syaitan akan tunjukkan satu persatu kelemahan bakal pasangan, syaitan memang tak nak bagi jadi’

‘abi dulu pun pernah putus tunang’

‘kenapa? tapi tu ada pasal kekangan keluarga sikit’

‘tak apalah. Tapi kita beradab, abi datang rumah keluarga dia kan mula-mula masa nak izin pinang anaknya. Bila nak putuskan memang abi datang secara baik. Jumpa balik keluarga, minta secara baik untuk putuskan. Mana boleh hilang macam tu je. Kita minta secara baik, putus cara baik. Kan bagus macam tu. Putus tunang tak apa, jangan putus sillaturrahim tu’

Wahhh itu sejarah abi rupanya..hihi.

macam tu juga kalau dah kawin, abi pesan kalau lelaki tu dah tak nak, nak ceraikan, hantar balik rumah mak ayah dia, lagi bagus lafaz talak depan ibubapanya. Sanggup tak sanggup? Kalau tak sanggup maksudnya masih ada rasa sayang dan tanggungjawab. Kan masa nak ambil anaknya jumpa parents kan? Kalau nak ‘pulangkan’ pulangkan semula lah pada ibubapanya.’

Otak sampai rumah macam berdenyut2. Lol. untuk hari pertama belum sampai rumah lagi, that's quite too much (kwang3) too many things to digest,. Of course apa yang ditulis hanya sebahagian daripada conversation aku dan abi. hanya sebahagian dari hikmahnya. ada lagi contoh sirah abi cerita. tapi untuk ditulis i think this is enough for now kot? Untuk diri sendiri rujuk balik, kalau lupa apa yang abi pernah cakap ni.

' dah baca belum buku tarbiatul aulad karangan Abdullah nasih ulwan?'
' err belum' 
'tu kena baca dulu tu sebelum kawin'
headshot.

Dan again, big reason Huda.
stop thinking about yourself, think about the generation.

Hidup kita pendek. tapi kalau nak buat benda kecil dan fikir benda-benda kecil tak ke membazir?

No comments: