Pages

Tuesday, June 21, 2016

hari ke-3 di India

assalamualaikum, bismillah.

it's 11.20 p.m India time. hew

Alhamdulillah hari ni masuk hari ke-3 di India & hari pertama start rotation. Turun airport Bangalore kelmarin, then baru gerak naik bas 8 jam ke Belgaum. Penuh drama lah juga nak sampai ke sini. Terhutang budi dengan Nabila, Amirah dan Atiqah, yang accidentally (planned by Allah of course) yang kami jumpa masa 'merayau' dekat Bangalore.. dari tak kenal tak pasal2, merekalah yang banyak tolong kami, tumpangkan rumah, delaykan bas. huhu . thanks uolls~

sleeper bas. kitorang duk tingkat atas. not too bad.
Alhamdulillah selamat semuanya. Dah biasa dulu ulang alik penang-KL naik KTM yang sleeper coach. so, naik sleeper bus ni, aku rasa okay je alhamdulillah 8 jam pun. selesa lah nak katanya boleh je tidur lena walaupun berpeluh badan, berlengas. tapi malu la nak complain..Allah bagi nikmat jauh lebih banyak kan. c'mon kalau kaki travel tapi nak selesa je, rugi sangat..

Dekat Belgaum ni kami (aku dan tira) tinggal di guest room hostel usm-kle. alhamdulillah selesa semuanya. cuma huaaa sedikit kecewa dengan internet dekat sini, wifi dekat luar bilik okaylah, dalam bilik krikrikrik. tu kadang jadi malas nak update apa2, dan study pun depends on textbook jelah. (nampak tak sebenarnya terlalu depend dengan google website je kan selama ni. haha) dahlah pinjam diorang punya sebab tak bawak buku sendiri. grrr

more than what we expected. alhamdulillah selesa.
tolong explain kenapa tv tu dengan dia punya tempat bawah tu tak centre?
haha. stressnya tengok T___T
1st impression aku dekat India ni, lebih kurang macam mesirlah India ni. especially traffic dia. crazy.. lane ada 3 pun boleh jadi 6, hon2 tak payah cerita memang hobi agaknya. pemanduan mereka.. kalau kita as passenger rasa lah macam bahaya, tapi apparently, cekap je diorang ni.

what i love the most about travelling ni, dia ajar kita untuk lebih bersyukur. selain daripada aku rasa dengan bermusafir; boleh menghidupkan hati. sebab bila keluar dari comfort zone, bergerak- tak adalah 'membusuk' dan 'mengepam' hehe. tapi tak adalah bermakna kalau tak travel tu hati mati. lol

medic life in India...
Aku rasa dekat sini, student mereka power2 lah. inferior pulak sekejap. hehe

semalam sampai2, masa konon nak study sekejap (nervous punya pasal) tetiba;

'okay kak, kalau dekat ultrasound ada snow-storm appearance indicates apa?'

'errr'

dan tu budak 2nd year yang tanya weh..seriuslah 2nd year dah belajar OnG???!

lepas tu, tadi masa singgah dekat surau (surau sebelah bilik je) tegur budak 1st year yang tengah study.. nak tanya pasal wifi je (haha), lepas berbasa-basi..tetiba, bila dia tahu je aku 4th year dari Ireland buat elective kat sini

'akak, boleh tak akak explain beza AML and CML punya histology'

terkebil-kebillah aku. ohoi nak test aku ke apa.. haha
seriuslah korang baru 1st year dah belajar pathology???!
pastu ada osce jugak. advance betul -.-'

Aku join group 4th year OnG. adalah dalam 14 orang dalam group ni. join skill labs diorang topic Instrumental delivery hari ni, first few minutes tu memang aku struggle nak tangkap slang Dr ni..tapi lepas tu okay dah alhamdulillah.

student sini sangat proactive, banyak tanya soalan, tutorial pun banyak praktikal juga..duk ulang2 sampai faham.
which aku rasa kalau boleh diputar masa, aku harap aku boleh jadi se-proactive itulah dalam tutorial (angan-angan). mesti boleh gain more.

cuma aku tak tahulah jadi inferior sebab aku ni kelas campur dengan Irish ke? jadi cam malu2 kucing pulak..
mereka tak campur dengan local people...sesama melayu, selamba jelah belasah apa pun..

tapi i guess semua tu alasan je kan. hee
banyak boleh belajar sebenarnya dengan compare tengok orang lain.
boleh discover apa lagi yang perlu di improve.

yang penting, it doesn't matter where are you studying, knowledge tu bukan pada tempat belajar. tapi pada diri kita sendiri. *ketuk kepala* 

in some aspects, belajar dekat Ireland ada lah banyak pros nya, tapi belajar dekat India ni pun banyak juga pros nya yang tak dapat masa belajar dekat Ireland.

jadi bukalah hati dan akal untuk grab sebanyak2nya dari tempat orang ni.
not just academically, tapi jugak in general about life.

moga Allah terus menerus dengan rahmatNya, mengurniakan hati yang tanpa jemu nak belajar, InsyaAllah.

lama tak pakai lab coat. lama juga tak naik bas pergi sekolah.. hehe.
rajin2 aku sambung lagi..
adios~

No comments: