Pages

Thursday, June 30, 2016

she's like a pearl

assalamualaikum, bismillah.

kalau di Malaysia hari ni 26 Ramadhan, di India baru 25 Ramadhan. jadi perkiraan malam-malam ganjil kita berbeza. hehe. lalu membuat aku benar2 termuhasabah, betapa miskinnya aku sebagai hamba mahu mengejar malam-malam ganjil sahajakah di baki-baki ramadhan yang tersisa ini? 

di sini, (menurut mereka) orang perempuan tidak ke masjid. hanya solat di rumah. jadi kerinduanku pada masjid; lebih-lebih lagi 10 malam terakhir Ramadhan membuak . jiwa ini mahu berkepompong pada indahnya beriktikaf. Ya, di mana2 kita boleh beribadah, tetapi beribadah di rumah Allah itu kebanyakan rasanya indah :(

jadi tak sabar nak balik ke Malaysia. walaupun suka juga di sini. huhu

semalam semasa kami buat last minute shopping, untuk buah tangan balik Malaysia, singgah ke kedai pakaian tradisional sini lah. aku beli 1 anarkali buat umi (haha umi pakai ke tak tak tahula). masa nak membayar tu, tauke kedai ni (yang dah diceritakan sebelumnya; orang muslim, orang-orang 'dakwah' kata mereka) ajak kami iftar di rumahnya. bersungguh betul.

saat menceritakan alamat rumahnya, dia sempat bercerita tentang isterinya ;

'her name is Gauhar, do you know what does it means? it's a pearl. she's like a pearl. for me, she's beyond than that'

sambil mata bersinar-bahkan berair ; tanda penuh cinta pada isterinya. dahsyat betul pakcik ni. (sebetulnya atuk? hehe) jadi kami bertiga bersetuju memenuhi undangannya. lagi pun kami dah nak balik. bila lagi nak berukhuwah merentasi bangsa (gitu).

kami berpusing-pusing nak cari rumah. berbuka sikit di tengah jalan. sampai di rumah beliau, makcik Gauhar dalam sepersalinan anarkalinya (hihi) dah menanti di luar rumah. menyantuni kami masuk, disuanya kurma. (cantiknya makcik ni.)

'eat. eat, because it's time'

lepas tu bagi lagi kuih, ala-ala vade (oh favorit!) tapi bukan vade, dan satu lagi kuih apa tah. sedap, kena dengan selera. tambah lagi segelas susu dan air. kemudian kami solat dulu bersama2. rumahnya sederhana. sederhana amat. sebuah rumah 2 bilik, sederhana besar ruang tamunya. nina kata ; 'rumah dia ni macam kisah hasan al banna kan? kecil. bila dia selalu ajak tetamu, isteri dia pun kata kita mampu besarkan rumah, tapi hasan Al-Banna refused' sedangkan pakcik ni, tauke 2 buah kedai. (aku terbayang banglo lah rumahnya. hehe). itulah, yang penting besar jiwa! 

aunty layan beria. terasa dialu2kan..
'our house is small, sorry'

it doesn't matter aunty, because you have such a big heart! yang melayan hanya aunty tu dan pelayannya. dan kami makan di dalam salah satu biliknya, di lantai. bersila. 

'aunty, come lets eat with us'

dia jeda seketika. 

'u all are not married yet. i'm married. I will wait untill uncle come, then i will eat. if not, the food can't pass my stomach' 

dengan english simple aunty bercerita dengan senyumnya, sambil menggayakan 'makanan tak boleh lalu tekaknya' ah begitulah alasannya, tak selera kalau tak makan dengan suaminya.. jadi sepanjang makan tu aunty tu melayan je kami makan. katanya pakcik balik pukul 11 habis kerja dekat kedai dan terawih. no wonder sayang sangat uncle ni dekat isteri dia nih. ada isteri setia macam ni. hoho

kenyang sangat iftar semalam. lepas makan pasta, sambung 2 lauk ayam dan roti, then makcik tambah nasi briyani (banyak betul) dalam pinggan dengan salad. lepas tu dessert. huuu full. dia kata dia nak muliakan kami sebab kami tetamunya, jadi kena makan banyak2. 

sambil makan aunty bercerita mana dia jumpa pakcik. ahh lebih kurang juga aura sayangnya bersinar mata bererita.

' we've been married for 25 years. i am married when i was 17, got engaged at 16. and we're 13 years different of age. i never seen him until the day i got married'

okay, kami dengar je. panjang lagi lah ceritanya. (sambil makan)

' i was crying and frighted to open my eyes.' 

ala drama arranged marriage sikit lah. kitorang pun macammana lah makcik ni boleh terima, dan yakin. dahla tak pernah jumpa. tapi dia adalah cakap kalaulah suami dia hodoh dan gemuk dia plan nak suicide masa tu (hahaha) but then dia kata

'you know, if we'r allowed to sujud to human, we need to sujud to husband. till then for me, after my God, my husband (dia ada sebut words in hindi, tapi aku tak ingat apa)'

tengah2 makan pakcik telefon. 'uncle call and he wants to speak to you (nina)' rupanya pakcik tanya ' is she's like a pearl or even more?' haha just to make sure isterinya terbukti like a pearl. of course lah nina jawab ' ya, ya she's better than a pearl' :)

amazing betul this couple. expressive betul masing-masing pun. but this is 'halal'. hehe dan dan beberapa hari lepas kecoh kan pasal cerita bf sambut birthday gf. huhu

banyaklah aunty ni cerita, anaknya ada 4 orang semua lelaki, uzair, umayr, uwais, usamah. (nama pun sahabat) dia everyday memasak untuk dihantar ke kedai pakcik untuk makanan pekerja2 sekali. hari raya katanya busy sangat sebab akan masak dan hantar ke keluarga pakcik. cerita juga pengajian2 yang dia hadiri.

suri rumah. tapi busynya fuh fuh fuh. kitornag duk amazad lah dengan pakcik makcik ni. 

lebih kurang 3 jam bersama, nampaklah dan belajar tentang kebesaran jiwa, kesatuan aqidah, betapa iman seseorang itu terpancar dengan kehebatannya melayan tetamu. Dan, wanita solehah itu, kuncinya taat; taat pada Allah, taat pada Rasul ibubapa, suami (kalau yang ada) etc. dan sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita solehah.. tak terbatas pada bangsa, keturunan, umur..

ziarah yang tidak diplan, tapi disyukuri.

ayuhla kembali menyuburkan taat pada keberkatan ramadhan yang berbaki :)

No comments: