Pages

Friday, July 29, 2016

bibit-bibit kefuturan

Assalamualaikum, bismillah.

Hidup ini beginilah, ada naik dan ada turunnya. Saat kita adukan susahnya hidup ini, kita tertanya ‘lebih susah daripada apa?’

Bila kita di saat hammasah dan himmah melangit tinggi, kita tak rasa analisa-analisa kefuturan dekat dengan kita..

Kita rasa insyaAllah kita masih bertahan dan  akan tsabat..

Tapi bila saat kita meretak, semua analisa kefuturan make sense sangat, terasa dekat.

Tiada kebersamaan.
semalam aku terhenyak bila ada sahabat cerita, ada sahabat yang aku sayangi di jalan ini, menghilang katanya ada sedikit masalah kebersamaan. Ikhwah akhwat kurang merasa berat susah senang dirasa bersama. tak rasa diguide? tak diambiltahu khabarnya? Sebab ini, dekat sekali rasanya.


Kemerajukan.
Di saat kita sukar untuk terbuka,suka memendam rasa.. bila kita mengadu kesusahan (ah cengeng, dengan air mata) dibalasnya dengan senda ketawa. Kita tak rasa benda tu lawak. At all. Untuk merajuk, terasa, sangat mudah. Sebab ini juga, dekat sekali rasanya.


Sejak boleh drive, alhamdulillah lebih memudahkan, tapi ada episod rasa selalu terfikir bila otw balik sorang, susahnya hidup dekat kl-selangor ni. (malaysialah umumnya) duit minyak, tol banyak perlu dihabiskan. Nak ziarah mad’u pun makan masa berjam kalau merempuh jammed. Pulang usrah jam 12 malam dengan perjalanan lebih lama daripada pengisian, yang kita tahu hitamnya hati ; apa yang disuburi dengan liqa’ ini ; lalu pertanyaan paling tak pernah terfikir : worth ke nak perjuangkan semua ini?

Di saat kita rasa sebelum ini, jumlah kita ramai, lalu menghilang, senyap kebanyakannya.. mana pergi semua orang? Mana? Kita rasa semakin terbeban, kita punya ‘dendam’ pada yang meninggalkan saat kita juga tekontang-kanting, terhuyung-hayang. Rasa dizalimi..

Kenapa sekarang kita baru nak persoalkan.. kita juga punya keluarga, kita juga punya urusan, berbagilah.. takkan semua kita nak buat. Yang tahu ditanya ; apa updatenya program itu ini?? Pedih, seolah kita ini robot tanpa perasaan ..

Di saat dahulu kita pernah diajar bersangka baik pada yang berkeluarga punya pasangan, tapi dalam nasihat yang sama, yang berkeluarga, punya pasangan juga harus bersimpati pada bujangan. Kerja ini kerja bersama, susah dan senang, bukan sampingan..

Allahu…

Peduli vs Bertanya.
Mungkin orang tak sengaja, tapi pertanyaan.. ‘mana mutarabbi yang lain?’ saat kitalah masulah daurah, benar2 satu tikaman pada hati. Membunuh motivasi..kita berharap pertanyaan itu dimulai dengan rentak yang kurang intensenya. tapi who cares?

Kita rasa kenapa kita susah payah kejar orang sana sini nak ajak jumpa, nak tanya khabar sedang kita punya circle of friends/family yang insyaAllah lebih sering availablenya. Tak perlu terhegeh-hegeh dikejar. Kita je susah-susah, orang mungkin tak kisah.. boleh sangat nak geram; ‘yang tak nak tu sudahlah.. pandai2lah’

Tak pernah terfikir astaghfirullah.. tapi terkeluar juga. rasanya nak jadi doktor muslimah yang cemerlang, yang berakhlak mulia, cukuplah kot. Jaga solat, puasa, pendek kata jadi muslim yang baik sudahlah. susah2 buat apa..

Bekerja pada saat hati kita terasa semakin dikotori dengan prasangka, ketidakikhlasan, expectation yang membuahkan bermacam lagi keburukan...why not berhenti dari semua ni? Focus pada penjagaan hati. Kan.. make sense tak?

Beginikah rasanya ingin futur?
Bibit kefuturan beginikah ya Allah…?
Sehalus ini ya bisikan syaitan?
Seberat ini ya godaan dan hentakannya?
Faghfirlana ya Allah..

Bacaan kahfi hari ini yang membasahkan. Di tengah keserabutan perasaan yang terpendam, penuh emosi..

‘dan bersabarlah engkau bersama orang-orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan senja dengan mengharap keredhaanNya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan perhiasan kehidupan dunia; dan janganlah engkau mengikuti orang yang hatiNya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami, serta menuruti keinginannya dan keadaannya sudah melewati batas’

Semakin dibaca semakin ketemu jawapan..

‘sungguh, mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan, Kami benar-benar tidak akan menyia2kan pahala orang yang mengerjakan perbuatan yang baik itu’

Semakin dibaca semakin rasa terhina, malu, dengan jawapan Tuhan..

Faghfirlana ya Allah..

Jika yang diperlukan untuk mengemban dakwah ini, hati daie yang suci maka kau berilah aku hati yang baru. Aku lebih rela berkerja dengan penuh kelemahan, daripada berhenti di saat punya keupayaan. Aku malu menjadi hamba tidak kenal erti kesyukuran.

:(

Faghfirlana ya Allah..

Monday, July 18, 2016

fight for it

Assalammualaikum, bismillah

2-3 hari awal dah dapat peringatan.

'Huda minggu depan aku exam, nanti ajar tau'

'Yeee'

Minggu pertama balik sebenarnya dah nak veto; 'bila aku free setiap hari kena belajar ye. Zaim sejam. zaid sejam.'

(Kami memang beraku-kau)

'Mengaji la. Orang nak berjaya kena mengaji'

Sempat monitor mengaji sekali, belajar pun sekali kot. 

Lain masa, liat.
Jadi mungkin permintaannya aku jadi tak serius mengambilnya.

Walaupun banyak kali dia ingatkan.

'Yeee'

Jawapan sama.

10 p.m- missed call dari umi.

Call balik.

Zaim : 'ko dekat mana, bila nak balik ?  Bila nak ajar aku ni?'

'belajarlah dulu dengan zaid. Sejam lagi kot'

Unplanned. Kena hantar 3 akhawat ke rumah masing2. Dan diri sendiri pun nervous baru bawak kete seminggu gitu. Dekat2 bolehlah. Ni kena masuk KL, dan malam. Err. 

No choice.

Hampir 12 a.m sampai rumah. Zaim dah merengek. Tak tidur lagi

'Nape ko balik lambat'

Aku pun dah penat. Post event semalam pun tak habis lagi. Huhu.

'Nak belajar kee? dah malam ni'

Suruh dia ambil kertas soalan. Ambil buku. 

I'm exhausted. Huhu

'Tidurlah zaim, tak masuk pun belajar'
'Kenapa kau balik lambat........'

Dia merajuk. Nangis.

'Esok kita cubalah bangun awal sikit'

Aku pun bukannya tough sangat.

Ternangis juga. 
Pada rukuk dan sujud.
Pada pembaringan.

I'm so sorry.

Everytime orang ada kekangan keluarga, untuk keluar ke mana2 program. Aku cuba bersangka baik. I know it's hard. Emotionally lebih2 lagi.

Orang ingat kita senang keluar program sebab mak ayah ikhwah akhawat.

Tapi aku nak pandang parents aku, family aku, dengan mata manusia biasa juga.

Menyantuni juga, spend time. Quality, if possible quantity juga. Setiap kali summer, properly plan and put into actions (even sebelum summer) improve macammana nak santuni family. Mutabaahkan. Fardhi lah.. takkan nak kena monitor juga huhu. Tu family siapa, tarbiyah siapa yg nak diperjuangkan? Semua base nya kefahaman.

Kena juga cancel plan yg kita dah inform awal, sebab kalau umi kata 'takkan nak lebihkan orang lain' takkan sanggup nak dengar?

Outing2 lepak2, kena kurangkan sebab kadang banyak program.

Nikmat dapat bekal disiapkan,
Dihantar meski tengah malam ke program,
Ditunggu kepulangannya bila balik lewat,

Semua bukan percuma.
Bukan semata tiket parents ikhwah akhawat.
Tak sesimple itu.
Ingat kita tak fikir family apatah lagi.

Mari berlaku adil sesama kita?

Aku cuba bersangka baik pada orang yang sukar berkorban kerana risau family 'terkorban'

I'm fighting.
Lets fight for it too?

Please. Pray to Allah and please them.

Ternangis.
Akhirnya tiada summer yg tak nangis.

Tiada yg lebih menyedihkan pada yg berciciran, jika lemah keinginan, tiada usaha dilakukan.

Faghfirlana ya Allah.

Sunday, July 10, 2016

Selamat hari raya

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah hari ni dah masuk syawal 5. Hari ni dah bungkus barang balik Gombak. Dan satu family dah (baru) start puasa 6. Eloklah tu bagi rehat sikit perut ni. Ya Allah dari 1st syawal, tanpa gagal hari2 akan end up dekat toilet. Pakai sumbat je semua makanan.

paling favourite lontong. Semua rumah hidang lontong pun takpee T_T bertambah makannya huhu. Tak masuk lemang lagi, siap rendang arnab. Jumpa pedal ayam pun bertambah, tak masuk tapai tak cukup satu :( cuma tak makan sangat kuah kacang sebab kurang gemar. Yang lain memang layann~

Jadi udah2 lah tu. Pakcik makcik support baik sangat 'makanlah hudaaa, nanti ko tak jumpa dah' hahahha ini baru dikato family pendokong. 

Tahun ni beraya k.pilah. Den dari dulu memang ingat subject geografi k.pilah ni kawasan paling sikit menerima hujan. Jadi den interpret kawasan panehh bebenor. Bahang. Hari pertama balik, terperap dalam bilik yo. (Tengah adapt. Konon) Rasa nak botakkan kepalo. Haha. Sebab pakcik makcik sedara ramai, keluar kena berpakaian lengkap long sleeves, bertudung. (Struggle muslimah kan. Hihi. May Allah bless) dan2 petang tu juga tambah lagi 1 aircond dalam bilik. Melengkapkan 5 buah (biji?) airconds dekat rumah nenek tu. Nenek pun 'habihlah den nak bayar bil letrik' aku pandai pujuk, 'takpelah nek, setahun sekali kan' :P

Memandangkan sepupu sepapat pun ramai dah besar dan berkeluarga, memang kena kerah la anak2 dara yang tinggal ni. Hehe. Redha je. Dari tahun lepas, aku chop kerja basuh pinggan yo kat dapur. Paling tak suka kerja tambah lauk dan layan tetamu. Sebab maluuuu. (Ini serius) kalau keluar kena pandai menyembang. Dan ramai orang :O

'Ni ko anak zurai yang belajar obersea tu?'
(Belum masuk soalan tambahan)
'Ado dah ko calon dari sana?'

Haha, tak annoyed pun orang tanya, biasalah kan makcik pak sedara lama tak jumpa kita. Tapi huhu tak ada bakat lah menyembang T__T jadi biarlah orang lain yang ke depan. Especially biarlah mak2 yg layan ye. Walaupun kadang tu terpaksa juga keluar. Huhu

Tapi duk dapur pun ada je nak menyakat.

'Wahhh jauh kita import tukang basuh pinggan dari Ireland' ni tahun lepas punya ayat

Tahun ni, bila bertambah pinggan orang bawak dapur ;

'Okay ke doc?' 
'Okay je'

Haha apo yang tak okaynya. Berdiri dalam OT lagi lama (&lebih membosankan. Hewhwe)

Esoknya 2nd syawal dapat diskaun tak dipanggil mengemas. Nama orang lain naik. Haha biasalah kan nanti orang suruh menyuruh. 'Huda mana huda?'

'Dia dah habiskan mengemas basuh pinggan semalam' 

Yeah I lebiu lah sapo backup tu :P (padahal tak penat pun)

Kemeriahan raya dekat pilah memang tak dapat dinafikan, sebab adik beradik umi je dah 14 orang. Semua dah kawen, anak masing2 min 2 orang. Tak masuk sepupu yang dah kawen. Separuh bilangan orang balik pun dahh penuh. 

Aku raya ni asyik lost count. Haha asyik wonder

'Ni anak sape?'
'Ko ni anak sape?'

Nak tanya nama tu tak payah ceritalah..

Alhamdulillah,,untuk nikmat family dapat berkumpul pun dah besar sangat kan. Alhamdulillah juga atas nikmat masih dapat duit raya! :)

Dalam kemeriahan berhari raya, jangan kita lupa orang yang kurang bernasib baik. Huhu

Tahun ni tak beli baju raya. Pinjam je baju aminah, tudung ambil ummi punya. Yang lain recycle je tahun lepas. Aku bukannya pakai sangat dah baju kurung :/

Tak ada gambar raya full lagi satu family. Sebab ye lah adik kakak dah kawen, bila nak kumpul tu clash macam2. Banyak benda akan berubah..

Dan wafda pun dah balik kuantan next week dah start kerja.. tinggallah aku anak perempuan tunggal dekat rumah ni. Kena behave dan bertabah sikit ngan kerja rumah. dan siaplah adik2 lelaki aku dengan sister's rules(!)  Haha

Selamat hari raya maaf zahir batin,
Taqabbalallahu minna wa minkum!

*nak cerita pasal rayaaaa banyak sangat, boleh tulis lagi buat kenang2an. I love hari raya! :*