Pages

Monday, July 18, 2016

fight for it

Assalammualaikum, bismillah

2-3 hari awal dah dapat peringatan.

'Huda minggu depan aku exam, nanti ajar tau'

'Yeee'

Minggu pertama balik sebenarnya dah nak veto; 'bila aku free setiap hari kena belajar ye. Zaim sejam. zaid sejam.'

(Kami memang beraku-kau)

'Mengaji la. Orang nak berjaya kena mengaji'

Sempat monitor mengaji sekali, belajar pun sekali kot. 

Lain masa, liat.
Jadi mungkin permintaannya aku jadi tak serius mengambilnya.

Walaupun banyak kali dia ingatkan.

'Yeee'

Jawapan sama.

10 p.m- missed call dari umi.

Call balik.

Zaim : 'ko dekat mana, bila nak balik ?  Bila nak ajar aku ni?'

'belajarlah dulu dengan zaid. Sejam lagi kot'

Unplanned. Kena hantar 3 akhawat ke rumah masing2. Dan diri sendiri pun nervous baru bawak kete seminggu gitu. Dekat2 bolehlah. Ni kena masuk KL, dan malam. Err. 

No choice.

Hampir 12 a.m sampai rumah. Zaim dah merengek. Tak tidur lagi

'Nape ko balik lambat'

Aku pun dah penat. Post event semalam pun tak habis lagi. Huhu.

'Nak belajar kee? dah malam ni'

Suruh dia ambil kertas soalan. Ambil buku. 

I'm exhausted. Huhu

'Tidurlah zaim, tak masuk pun belajar'
'Kenapa kau balik lambat........'

Dia merajuk. Nangis.

'Esok kita cubalah bangun awal sikit'

Aku pun bukannya tough sangat.

Ternangis juga. 
Pada rukuk dan sujud.
Pada pembaringan.

I'm so sorry.

Everytime orang ada kekangan keluarga, untuk keluar ke mana2 program. Aku cuba bersangka baik. I know it's hard. Emotionally lebih2 lagi.

Orang ingat kita senang keluar program sebab mak ayah ikhwah akhawat.

Tapi aku nak pandang parents aku, family aku, dengan mata manusia biasa juga.

Menyantuni juga, spend time. Quality, if possible quantity juga. Setiap kali summer, properly plan and put into actions (even sebelum summer) improve macammana nak santuni family. Mutabaahkan. Fardhi lah.. takkan nak kena monitor juga huhu. Tu family siapa, tarbiyah siapa yg nak diperjuangkan? Semua base nya kefahaman.

Kena juga cancel plan yg kita dah inform awal, sebab kalau umi kata 'takkan nak lebihkan orang lain' takkan sanggup nak dengar?

Outing2 lepak2, kena kurangkan sebab kadang banyak program.

Nikmat dapat bekal disiapkan,
Dihantar meski tengah malam ke program,
Ditunggu kepulangannya bila balik lewat,

Semua bukan percuma.
Bukan semata tiket parents ikhwah akhawat.
Tak sesimple itu.
Ingat kita tak fikir family apatah lagi.

Mari berlaku adil sesama kita?

Aku cuba bersangka baik pada orang yang sukar berkorban kerana risau family 'terkorban'

I'm fighting.
Lets fight for it too?

Please. Pray to Allah and please them.

Ternangis.
Akhirnya tiada summer yg tak nangis.

Tiada yg lebih menyedihkan pada yg berciciran, jika lemah keinginan, tiada usaha dilakukan.

Faghfirlana ya Allah.

1 comment:

suraya0809 said...

i feel u sis huda. be tough.