Pages

Sunday, July 10, 2016

Selamat hari raya

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah hari ni dah masuk syawal 5. Hari ni dah bungkus barang balik Gombak. Dan satu family dah (baru) start puasa 6. Eloklah tu bagi rehat sikit perut ni. Ya Allah dari 1st syawal, tanpa gagal hari2 akan end up dekat toilet. Pakai sumbat je semua makanan.

paling favourite lontong. Semua rumah hidang lontong pun takpee T_T bertambah makannya huhu. Tak masuk lemang lagi, siap rendang arnab. Jumpa pedal ayam pun bertambah, tak masuk tapai tak cukup satu :( cuma tak makan sangat kuah kacang sebab kurang gemar. Yang lain memang layann~

Jadi udah2 lah tu. Pakcik makcik support baik sangat 'makanlah hudaaa, nanti ko tak jumpa dah' hahahha ini baru dikato family pendokong. 

Tahun ni beraya k.pilah. Den dari dulu memang ingat subject geografi k.pilah ni kawasan paling sikit menerima hujan. Jadi den interpret kawasan panehh bebenor. Bahang. Hari pertama balik, terperap dalam bilik yo. (Tengah adapt. Konon) Rasa nak botakkan kepalo. Haha. Sebab pakcik makcik sedara ramai, keluar kena berpakaian lengkap long sleeves, bertudung. (Struggle muslimah kan. Hihi. May Allah bless) dan2 petang tu juga tambah lagi 1 aircond dalam bilik. Melengkapkan 5 buah (biji?) airconds dekat rumah nenek tu. Nenek pun 'habihlah den nak bayar bil letrik' aku pandai pujuk, 'takpelah nek, setahun sekali kan' :P

Memandangkan sepupu sepapat pun ramai dah besar dan berkeluarga, memang kena kerah la anak2 dara yang tinggal ni. Hehe. Redha je. Dari tahun lepas, aku chop kerja basuh pinggan yo kat dapur. Paling tak suka kerja tambah lauk dan layan tetamu. Sebab maluuuu. (Ini serius) kalau keluar kena pandai menyembang. Dan ramai orang :O

'Ni ko anak zurai yang belajar obersea tu?'
(Belum masuk soalan tambahan)
'Ado dah ko calon dari sana?'

Haha, tak annoyed pun orang tanya, biasalah kan makcik pak sedara lama tak jumpa kita. Tapi huhu tak ada bakat lah menyembang T__T jadi biarlah orang lain yang ke depan. Especially biarlah mak2 yg layan ye. Walaupun kadang tu terpaksa juga keluar. Huhu

Tapi duk dapur pun ada je nak menyakat.

'Wahhh jauh kita import tukang basuh pinggan dari Ireland' ni tahun lepas punya ayat

Tahun ni, bila bertambah pinggan orang bawak dapur ;

'Okay ke doc?' 
'Okay je'

Haha apo yang tak okaynya. Berdiri dalam OT lagi lama (&lebih membosankan. Hewhwe)

Esoknya 2nd syawal dapat diskaun tak dipanggil mengemas. Nama orang lain naik. Haha biasalah kan nanti orang suruh menyuruh. 'Huda mana huda?'

'Dia dah habiskan mengemas basuh pinggan semalam' 

Yeah I lebiu lah sapo backup tu :P (padahal tak penat pun)

Kemeriahan raya dekat pilah memang tak dapat dinafikan, sebab adik beradik umi je dah 14 orang. Semua dah kawen, anak masing2 min 2 orang. Tak masuk sepupu yang dah kawen. Separuh bilangan orang balik pun dahh penuh. 

Aku raya ni asyik lost count. Haha asyik wonder

'Ni anak sape?'
'Ko ni anak sape?'

Nak tanya nama tu tak payah ceritalah..

Alhamdulillah,,untuk nikmat family dapat berkumpul pun dah besar sangat kan. Alhamdulillah juga atas nikmat masih dapat duit raya! :)

Dalam kemeriahan berhari raya, jangan kita lupa orang yang kurang bernasib baik. Huhu

Tahun ni tak beli baju raya. Pinjam je baju aminah, tudung ambil ummi punya. Yang lain recycle je tahun lepas. Aku bukannya pakai sangat dah baju kurung :/

Tak ada gambar raya full lagi satu family. Sebab ye lah adik kakak dah kawen, bila nak kumpul tu clash macam2. Banyak benda akan berubah..

Dan wafda pun dah balik kuantan next week dah start kerja.. tinggallah aku anak perempuan tunggal dekat rumah ni. Kena behave dan bertabah sikit ngan kerja rumah. dan siaplah adik2 lelaki aku dengan sister's rules(!)  Haha

Selamat hari raya maaf zahir batin,
Taqabbalallahu minna wa minkum!

*nak cerita pasal rayaaaa banyak sangat, boleh tulis lagi buat kenang2an. I love hari raya! :*


No comments: