Pages

Monday, October 3, 2016

another walimah (insyaAllah)

assalamualaikum bismillah.

semalam ada tutorial dekat hospital. well, final year..hmm sabtu pun ada tutorial (kahkahkah gelakkan diri sendiri)

masa lunch break aku decide balik rumah nak makan nasi. kata tekak melayu kan..(selain daripada nak jimat duit la of course.)

so masa tengah break tu, dapat mesej dalam group family


' huda nnt wafda kawen ko xde jugak (muka monyet tutup mulut. Lol) '

aku macam whatttt?! apa cerita ni,

tetiba berbelas gambar masuk. amboi korang memang cani kaaaann bertunang semua bukan nak bagitahu aku. daripada Husna, Minah, dan Wafda. nak surprisekan aku pun agak2lah. memang aku terjelopok lah dari kerusi dapat adik beradik perempuan macam ni. hmm

' 30/31 Dis InsyaAllah '

seriuslah wehhhh. sesuka hati je tak consider aku T__T aku dah fefeeling adik-beradik tiri dah rasa. hmm. nasa tu memang tengah Christmas Break, kalau nak kira duit untuk tiket flight, sekarang pun boleh beli. cuma, aku ada exam after tu, ada submission report Final Year Project. 

aku pun tak tahu nak buat apa. pasrah je ke macam masa missed nikah/walimah Husna dan Aminah :'(

tiap tahun balik ada hadiah ; adik ipar baru, anak buah, abang ipar... ni nak balik nanti iA another anak buah dan abang ipar. woah berkembang biak keturunan Kamilen. ahaha! alhamdulillah 'ala kulli haal. 5 tahun di perantaun ini kesannya huda! hihi

i've said to someone who are very dear to me ; 'in any circumstances, kalau boleh nak tunggu Wafda kawen dulu kot. sebagai kakak sulung' cehh bajet berkorban kasih sayang adikberadik bagai air yang dicincang takkan putus. gituhh. but I am serious. one of my dua, and plan. (sebenarnya one of my alasan juga kalau orang nak tanya tak fikir ka? kononnya tak nak fikir kalau tak ada dalam plan. ceh)

masa tu tak ada khabar pun wafda ni macam ada calon. 

dan...

aku tak sangka akan secepat ni.
oh myyyy.. kena cari alasan lain ni bahaha!

'ala kulli haaal,
alhamdulillah. aku doakan urusannya dipermudahkan.
rasa feeling dia dapat berita ni kali ni macam sayu semacam hmm..

pastu ada pulak housemate sakat

'so awak dah tahu ke awak anak angkat ke anak pungut?' LOL

umiabi, balik tahun depan InsyaAllah Huda bawa balik degree ya, InsyaAllah. ekekeke


*  *  *  *  *  *

everytime adik beradik nak kawen (baru 2x je huda) aku akan sentiasa teringat munajat abi. abi share dengan aku masa kami pergi umrah bersama. dan, sentiasa akan sebak kalau baca. especially bila Wafda pulak ni haa nak kawen..

4/6/2014
12:11

MUNAJAT HAMBAMU DI MAKKAH, DENGAN KEMULIAAN BAITULLAH DAN DALAM KEMULIAAN BULAN SYAABAN
Ya Allah, Kau Tuhanku yang telah menciptakan kesempurnaan kejadian manusia, Kau Jualah Tuhanku yang menentukan hamba-hambaMu yang mencintai agamaMu, mencintai kehidupan yang diperjuangkan oleh kekasihMu dan junjungan kami, baginda Rasulullah SAW. 
Ya Allah, anak-anak kami adalah hamba-hambaMu yang telah hambaMu berikan pendidikan semampu hambaMu untuk menjadi penerus perjuangan mencintai kehidupan yang ditunjuk ajar oleh kekasihMu, junjungan kami baginda Rasulullah SAW, ampunkan hambaMu ini ya Allah atas segala kesalahan,kecuaian,kekurangan dan ketidakkesempurnaan hambaMu mendidik mereka untuk menjadi hamba-hambaMu yang berpegangan teguh,sabar dengan cabaran dan istiqamah dalam cara  hidup berpegang dengan melaksanakan segala perintah agamaMu,mengikut jejak sunnah NabiMu. 
Ya Allah kurniakan kepada anak-anak kami pasangan hidupnya di kalangan hamba-hambaMu yang menurut jejak kehidupan keturunan orang-orang yang soleh,dari keturunan orang-orang yang soleh dan cekal menanggung amanah menjadi orang -orang yang berjuang melahirkan keturunan orang-orang yang soleh hingga akhir keturunan kami tetap di kalangan hamba-hambaMu yang soleh. 
Ya Allah, mereka adalah penyambung zuriat kami untuk menjayakan cara hidup menurut Ketetapan agamaMu hingga sempurna untuk menjadikan Islam memimpin dunia.
Ya Allah, pilihlah seluruh zuriat keturunan kami di kalangan mereka daripada hamba-hambaMu yang mempunyai peranan penting menyempurnakan kehidupan umat Islam menjadi Khilafah di dunia. 
Ya Allah, Kaulah pemutus menentukan pasangan hidup anak-anak kami. Kurniakan kepada anak-anak kami pasangan hidup yang mampu menyempurnakan kehidupan rumahtangga yang Kau redhai, permudahkan ketentuanMu itu dengan bantuan-bantuan dariMu jua untuk memelihara perhubungan sesama mereka agar tetap terpelihara agama dan terpelihara hubungan silaturahim antara keluarga hingga akhir zaman. 
Ya Allah, sesungguhnya Engkau telah mencipta kejadian manusia dengan sebaik-baik kejadian dan sesungguhnya Engkau telah menyempurnakan agama Islam untuk ikutan cara hidup umat Muhammad hingga akhir zaman. 
Ya Allah, kurniakan kekuatan dan kesungguhan mereka dan pasangan mereka untuk menyempurnakan amalan ajaran agama dalam kehidupan rumahtangga menepati kesempurnaan agamaMu. Jauhkan mereka daripada perbuatan dosa dan kemungkaran sepanjang perjalanan membina kehidupan rumahtangga dan melahirkan keturunan dari kalangan orang-orang yang soleh. 
Ya Allah, mereka adalah contoh-contoh hamba-hambaMu yang mencintai ajaran agamaMu. Ya Allah, bimbinglah mereka untuk melaksanakan perbuatan-perbuatan yang boleh mendekatkan manusia untuk cinta dan melaksanakan ajaran agamaMu, istiqamah dengan sunnah Nabi Muhammad SAW.Jangan Engkau mendatangkan ujian dan fitnah dalam cara hidup mereka yang menjadi hijab kepada manusia untuk mencintai agamMu,lindungi tingkah laku mereka daripada menjadi penyebab menjauhkan manusia daripada mengamalkan ajaran agamaMu, sebaliknya Kau anugerahkan kepada mereka kepakaran dalam pekerjaan mereka yang dapat menarik manusia tunduk dan patuh kepada agamaMu. 
Ya Allah,kukuhkan keimanan mereka dan pegangan hidup mereka untuk istiqamah hanya membesarkan keagongan dan kekuasaanMu hingga akhir zaman.Juga kukuhkan keimanan mereka untuk tetap berpegang mengimani NabiMu dengan penuh yakin membenarkan dengan menerima dan patuh terhadap apa yang dibawanya hingga akhir zaman.
rindu rumah.
rindu mereka.

bertabahlah Huda! Esok akan start rotation medicine. setelah sebulan mereput masa tutorial block tak jumpa patient -.- huh, moga Allah mudahkan semuanya InsyaAllah.

No comments: