Pages

Thursday, January 26, 2017

jangan hilangkan nikmat berdakwah dalam hati kami

assalamualaikum, bismillah.

semalam usai liqa usrah dan meeting Daurah untuk weekend ni, dalam hati rasa bercampur baur sangat. not so sure apa sebenarnya..

dah few days, duk belek2 kewajipan Al-akh, sosok seorang daie itu sebenarnya apa ya?
mencari-cari juga pesan orang terdahulu dalam memperjuangkan jalan ini. lalu aku menjumpai (sebenarnya memang spesifik cari semula pesan Sheikh Jumuah Amin ni. hee) ;
(1) Jangan terlalu fokus dengan sebab-sebab materi untuk mencapai kemenangan, tapi kurang fokus pada رَبُّ الْاَسْبَاب "Rabbul Asbaab" (Allah yang menjadi Tuhan/Pemilik dari sebab-sebab) 
(2) Jangan terlalu fokus dengan manajemen, idariyah, takhtith (perencanaan), tapi kurang fokus dalam hak-hak Allah. Takhtith dan manajemen baru efektif kalau dilakukan oleh tangan yang berwudhu, kening yang banyak sujud, jiwa yang khusyu', hati yang tenang dan tunduk pada Allah. Tanpa itu, sehebat-hebatnya manajemen dan takhtith yang dilakukan takkan memberi kemenangan.

(3) Apa yang dianggap orang adalah nafilah (sunah), bagi antum bernilai faridhah (wajib). Di mana posisi antum dalam tilawah minimal 1 juz sehari? Di mana posisi antum dalam raka'at-raka'at saat malam? Di mana posisi antum dalam infak? Di mana posisi antum dalam raka'at dhuha? 
(4) Lawan politik uang yang biasa dijadikan senjata lawan-lawan politik antum dengan akhlak, dengan ukhuwwah, dan dengan ubudiyah.... Bukan dengan uang juga. 
(5) Senjata antum hanya dua: hubungan baik dengan Allah dan akhlak dengan manusia. Dengan itu, dua cinta berhimpun, cinta Allah dan cinta manusia. Ustadz al-Banna mengatakan: nahnu nuqaatil an naas bil hubb (Kita menaklukan manusia dengan cinta).
*panas*

dalam hati ada kerisauan yang barangkali tak mampu diungkapkan.
ada kesedihan yang tak mampu dibendung
kekecewaan yang tak tertahan

memang nak tulis sebelum ni, tapi tinggal dalam draft.
ah, dan kononnya busy ya

akhawat PMC dah balik Malaysia; bersama membawa pulang takungan permata dakwah di bumi Ireland.
kasihan aku melihat adik2 junior 4th year ke bawah yang aku tahu penuh struggle memikul masuliyat untuk Daurah Muhib, Ummah week lagi, menggerakkan lokaliti masing2, dalam masa yang sama nak juga maintain study,
juga konflik2 ukhuwah, masalah personal, cara fikir dan gerak kerja berbeza..

dan kami; bilangan terbesar 'pendokong dakwah' di Ireland merupakan tahun akhir. 2 bulan lebih sebelum final exam :(

Allahu, rasa helpless sangat..

semalam lepas pukul 12 malam sampai rumah post oncall, meeting, dan usrah rasa nak tidur je terus..

tapi sungguh rasa menzalimi :( sambung study sikit kalau itulah tuntutan yang kami pikul sekarang sedang akhawat (&ikhwah) lain menampung kelompongan kami. dan mujahadah kami, (kita) adalah tetap menjaga mutabaah dengan baik semampunya.

mengetahui;

k.aini, minggu ni, bawa 3 liqa usrah, 
k.nawwar, k.radz, bawa 2 usrah,
Abin, bawa usrah luar kawasan, monitor banyak benda
k.emi baru dilantik jadi JKT (JK tarbiyah) yang baru..
dan struggle akhawat lain..

aku tak doubt, mereka dengan ikhlasnya akan memikulnya meski punya apa2lah keterbatasan,
tapi tak sayu ke hati.. huu

dan daurah hujung minggu ni, adalah daurah termahal sepanjang sejarah daurah nasional menghimpunkan peserta UK dan Ireland. ~7600euro = RM36 K! dengan jangkaan peserta ~150 orang, dan, buat di Ireland..(!) dengan tempat mewah, selesa, chef orang putih, masyaAllah.

we had a long discussion, pro and cons nak buat dimana, tanggung segala risiko, cuba accomodate dan mudahkan urusan peserta, prepare segala pengisian, aktiviti. Walapun tak terlibat banyak secara langsung, tengok update whatsapp group, menguruskan hal itu ini, mengingatkan tentang kiriman2 doa, pada kelancarannya..Allah, terimalah dan berkatilah amal ini. we want nothing, only Your Redha. kami bukan mahu penghargaan manusia, tapi ingin membesarkan dan mengagungkanMu.. 

aku sangat look forward untuk weekend ni, to revive myself huu
mungkin ada sedikit kekecewaan pada yang tidak menghargai wasilah daurah kali ini
(tapi bukan salah siapa2 -.-) - kita jugalah perlu muhasabah bersama. 
mengembalikan segala pengharapan pada Allah, memohon ampun atas segala dosa, maksiat diri :(

Moga Allah berkenan menjadikan kami besar jiwanya, sebesar cita2 penjuangan ini,
murni hatinya, semurni perjuangan ini,

dan tetap merasakan nikmat berdakwah di jalanmu sekecil apa pun hasilnya.
sesukar apapun ujiannya, seberat apapun rasanya, selemah apapun daya usahanya..

to please You is all we want.

Friday, January 20, 2017

benarkah ukhuwah kerana Allah?

assalamualaikum, bismillah.

petang itu, emosi sungguh.
baru sudah bertikam lidah.
dada naik turun juga, dalam mahu sabar dan tak sabar. teruji juga.

nak maghrib, berhenti.
buka puasa sorang-sorang dalam kekesalan yang sangat mendalam.
nak rushing ke usrah pula.
apa kau dah buat ni.
puasa ni, useless kalau kau tak mampu kawal emosi. failed.

menyesal sungguh, kutuk diri sendiri tak sudah
aku buat benda betul ke ni ya Allah.

dia turun ke dapur,
aku tak angkat muka. senyap. teruskan makan.
tiba-tiba dia duduk di meja makan.

aku berdebar. kalau nak sambung, please jangan.

' V minta maaf, tak patut marah huda macam tu'
' saya minta maaf juga, tak patut marah awak juga'

dan kami berbaik, sambung berborak macam biasa,
macam tak ada apa yang berlaku. respect aku sikit pun tak jatuh pada dia.
it's normal, kita semua buat silap. aku buat silap, dia buat silap.
dari situ kita belajar untuk jadi lebih baik.

aku dah cuba nak conveykan benda yang aku nak sampaikan, pada masa yang sunyi, ruangnya personal, tidak terlihat orang.

tapi mungkin tak sesuai pada ketika itu. aku tak expect akan jadi setegang itu.
tapi alhamdulillah.. ego masing-masing pecah dengan perkataan maaf. simple, but it works.

siapa yang tak pernah gaduh?
teruskan hidup. jangan simpan dalam-dalam. nanti jadi beban.

rupanya tak habis sampai situ.
lagi ribut taufan teruji.

i was so stressed back then.
struggled dengan study, nak kena pula settlekan benda-benda yang remeh temeh.
(pada aku saat itu, whylahhhh semua benda nak jadi complicated)

Zack tanya, ahh barangkali she can sense ada something berlaku.
nope, kami tak gaduh besar-besar, solat sama, makan sama. tapi tahu ada benda tak settle. adalah tu yang terbuku di mana-mana. tapi semua nak ignore je. hmm

' huda, awak ada masalah ke dengan V?'
'saya tak rasa ada masalah'
' itulah masalahnya, awak rasa tak ada masalah, tapi bagi V masalah besar'

again?
diuji pada titik terlemah.

'emotion' - i'm bad at handling this. mine, and worst if i have to handle others'
;(

satu pagi lepas subuh weekend,
' huda, boleh kita cakap sekejap?'

i wasn't in a mood.

'lama ke nak cakap? err saya ada benda nak kena settle sebenarnya'

dan itu bukan penipuan. i have lots of thing to do. plan bersusun weekend tu.
aku jenis orang kena plan semua benda, dan easily get stressed kalau tak ikut plan. huuu haha

'hmmm okaylah kalau macam tu takpelah' 

no, i shouldn't say no, my bad :(
mesti V ingat perihal tu tak penting.

'okay jom kita cakap'
'takpelah huda kalau ada hal takpelah'

dah tarik tali dah. hmm, ikut hati kalau main-main macam ni, sudahlah. nak katakan nak?
tapi kalau ikut hati sangat nanti semua dah malas nak make an effort untuk perbaiki apa-apa yang perlu. in a relationship yang too precious to be wasted ni, gila ke nak give up?

kami duduk menghadap. tak ada orang lain dalam bilik tu.

tone pun up and down.
tapi masing-masing control cakap baik-baik
nooo, discussion kalau bincang who is right, who is wrong tak akan pergi ke mana.
i started to feel drain.. so intense.

masanya aku pula cakap.

' okay, V nak huda cakap apa? huda minta maaf sebab buatkan semua salah faham ni. minta maaf sebab buatkan benda ni nampak kecil, tapi besar untuk V, bukan tak penting untuk huda, tapi kita ada banyak benda penting lagi. V nak huda cakap apa lagi?? kalau huda ada salah apa-apa huda minta maaf, huda tak bermaksud nak buat V rasa teruk ke.. that's not my intention..'

V tunduk, aku je pandang dia.
dan air mata aku dah tak dapat dibendung lagi.
kita kena stop semua benda yang rosakkan lagi ukhuwah ni.

' V nak tak kita baik macam dulu tak? benda ni semua kecil.jangan terlalu ikutkan perasaan, syaitan memang suka kalau kita tak baik. kita bukan tak selalu gaduh, tapi takkan benda kecik macam ni, kita tak nak berbaik. kalau nak give up, memang kita ada banyak benda boleh give up. tapi kita tak pernah kawan sebab benda lain kan?'

V tunduk lagi tak angkat muka.
aku je emo lagi, hmm (lagi macam2 kami argue.. the rest is history..)

' V rasa selama ni huda kawan nak buat V rasa teruk ke? itu ke? cuba ingat balik.. kalau benda tu terjadi, huda minta maaf, but that's not my intention. dah lah, jomlah, kita jaga ukhuwah ni kerana Allah. kita balik macam biasa'

Diam. sunyi.
aku pun dah gaya membebel sangat dah huuu
(aku tak bertanggungjawab nada pembaca nak baca macammana)

'okay V, ada nak cakap apa2 lagi? ada nak huda cakap apa2?'

 'tak ada. V minta maaf, sebab semua ni salah faham'

'huda pun minta maaf juga. dahlah tak ada apa dahlah..'

dah macam tak ada reaksi tu, aku pun nak geraklah. mata pun dah sembab lol

sampai depan pintu..

'huda...'

apa lagi ni..

'nak peluk...'

ah sudah, ni paling aku lemah ni.

dia peluk. aku awkward.
awkward yang sama macam first time kita jumpa dulu masa nak bawak student baru shopping barang. dan itulah yang dia complaintkan.. i'm bad dengan sentuhan ni. pastu dia memang suka buli aku dengan pelukan dia. lol rimas..

'V sayang huda..'
'hmmmm ok'
'kenapa huda tak cakap sayang V jugak?'  haha sempat pula, mengada.

adoylaaa, takyahlah paksa

' hmmm ye, ye..'

tu je mampu. sampai sudah tak keluar juga word tu.
haha sorry. i'm bad at this. but it doesn't mean i don't love you. err

dan, since that (baru sebulan kot lol), alhamdulillah our friendship is getting better.
berterus terang, minta maaf ; it  really works.

walaupun sumpah la pecah ego nak terus terang, nak minta maaf.

aku sentiasa percaya ; pada titik yang sama, yang kekal.. ukhuwah sentiasa boleh diperbaiki.
tiada ruang untuk terluka, untuk membenci.

selagi kita tak lupa kerana Allah kita berukhuwah.

dua-dua pun jenis straight forward.
orang mungkin tak faham macammana kami handle each other. lol
cakap biasa pun orang boleh ingat gaduh.

aku pun dah terbayang saat kita jaulah sama,
zaman V suruh aku check bacaan quran dia bila singgah ziarah
jumpa dekat malaysia masa summer
teringat V ajak aku layan movie yang sumpah aku sebenarnya takkan buat,
tapi kenalah layan. haha

kalau ada seseorang, yang kita doa sungguh2 Allah limpahkan kebaikan, V lah one of them.

cerita kami tak sweet
tapi
tak ada benda sweet melainkan
rasa nikmat ukhuwah di jalan Allah.
aku tak kisahlah cacat sana sini.

tulis,
semoga bila lupa, bila malas nak kisah, ingat balik tujuan.

Monday, January 9, 2017

2017

assalamualaikum, bismillah

setiap kali bertukarnya angka tahun,
ada orang mungkin tak kisah,
tapi aku kisah. 
significant pada aku sebab umur aku pun secara rasminya bertambah selepas 6 hari tahun baru. heh

so yeah, alhamdulillah, dah 24 tahun.
i'm a lady now. lol.
aku tak bother sangat umur, kalau bukan bersamanya adalah tanggungjawab, amanah dan amal.
fuhh.

' dalam genggam tanganmu itulah masa depan ummah, wahai pemuda! ' -sheikh mustafa Al-ghulayaini

24 tahun dah buat apa?
jiwa kepemudaan, penuh energi, optimum kesihatan ; terpenuhi dengan apa?
ni yang aku selalu fikirkan. dan risaukan.  huhuuu

aku balik Cork 31/12 lepas, balik tu unpacked barang, nap sekejap dan kami ada mabit. sebabkan jetlag aku masih bersisa, pukul 10 malam tu masa tadarrus aku dah tak betul, habis tu, terus check in tidurzzzz. pukul 3-4 pagi aku dah terkebil2 segar haha. so i woke up freshh alhamdulillah.

sampai hari ni, jetlag yang aku layankan ni, satu nikmat yang aku taknak sia-siakan. hee.
dulu aku merindui zaman di aucms dan masa 1st year.. berpagi-pagi pukul 5 camtu dah bangun mandi, ada plenty time nak study ke nak bertafakkur ke (lol) dan start my day dengan sangat fresh.

bila aku pernah mengomel sebab dah susah nak tidur awal dan start balik habit bangun awal mandi study bersiap.. ada ukhti cakap;

'dulu zaman 1st year awak mana ada banyak meeting, liqa malam2'

haha. yelah. dulu 'free'.
tak ada benda sangat, bolehlah tidur lebih awal, bangun awal.
kalau dah ada meeting, liqa, nak kena study juga macam biasa, would you expect banyak 'masa free'?heh

tapi sekarang bila dah 'direhatkan' untuk prioriti final exam,
(dan last jumaat secara rasminya aku dah buat liqa wida' usrah yang aku bawa)
hari minggu aku sepatutnya tinggal 1 malam untuk liqa usrah aku. yang lain patutnya tak ada alasanlah kan hehe.

so since balik seminggu yang lepas memang pukul 3-4-5 pagi aku dah terkebil2 tu, aku layankan jelah. masuk teruslah aim 2017  (1) tidur  lebih awal, bangun awal, berpagi-pagian. moga bertambah barokah! insyaAllah

*  *  *  *  * 
sambung rotation surgery di CUH, sangat mencabar, masanya packed dengan tutorial dan kena masuk theatre. aku keluar gelap balik pun gelap lagi2 winter ni. kalau balik dah lewat tu, aku memang nak tidur awal je la.. mesej2 kebiasaannya sedikit terabai. huuu.. sampailah hari khamis otw jalan kaki balik rumah, dapat mesej dari cg shikin 'happy birthday'  yelah, waktu malaysia dah jumaat. cepatnya masa berlalu... sampai tak sedar. fuuhh

aku dah mula giving up dengan social media (FB, instagram..) haha sebab i have less interest dengan FB, insta sekarang, sebenarnya dah tahu tak cukup masa lol. memang tahu pun banyak masa boleh bazirkan kalau tak boleh control. selain aku rasa too much time spend on social media buatkan hari tak productive sangat. tapi still rasa worth untuk still online/active when needed. sebab tu alat untuk banyak benda. so aim (2) limitkan masa/control penggunaan media sosial. make your day more productive.

tak banyak benda aku nak tambah untuk tahun baru, tapi nak aim untuk FOKUS. Dunia tanpa sempadan sekarang (ceh ayat) membuatkan kita mudah distracted, dan hasilnya berterabur. hakikatnya islam mengajar kita untuk focus. kita hidup di dunia, tapi bermisi akhirat. jadilah kaya, tapi tidak terikat dengan harta contohnya. Islam ajar untuk khusyuk dalam solat, beramal dengan ikhlas, membetulkan niat. Semua tu, kena betulkan basic, dan kena fokus. Dan banyak amal2 yang kita lakukan hilang 'ruhnya' bila kita hilang fokus. kena tingkatkan/mantapkan kualiti. so aim (3) fokus; menghayati, menghidupkan amalan seharian. be it ibadah khusus macam solat, baca quran, ma'thurat, mahupun ibadah umum as a whole ; study, target DnT etc. 

disebabkan hidup yang semakin hectic (sikit jelah) aku dah perasan aku dah mula mengabaikan makan. last week banyak sangat skip dinner. kalau dekat rumah dolu2 adalah Husna kuat membebel ingatkan untuk jaga makan, ada juga dia ingatkan sekarang hihi. kat rumah ni ada Tim kot aku boleh nak harapkan. sebab tadi dia masuk bilik tanya ' have you eaten your lunch?' errrr aku tak perasan dah 1 lebih. 'sebenarnya saya tunggu awaklah nak makan sekali' ciacia haha. well, kalau aku penat tapi lapar, aku akan tidur. kalau aku penat tapi kena study, kadang aku study juga. tapi kalau penat, nak study vs nak makan less likely aku nak makan. unless lapor sangat. hahahhaha. so nilah sebabnya huda kau makanlah protein shake ke apa, lepas tu suka skip makan, takkan gemuks. lol. so aim (4) jaga pemakanan & exercise! look after yourself huda, please >.<

pernah tak rasa kalau busy sangat, dan tak sempat nak layan apa yang kita enjoy buat , rasa macam nak banyak masa. nak cuti. manusia ni bila nak pandai bersyukur, hailaaa. aku kadang2 kurang mengerti kalau orang bosan tak tahu nak buat apa kalau cuti. sebab kalau cuti, bagilah aku buku, duit (untuk beli buku lol) aku rasa dah heaven sangat. cuti summer lepas aku habiskan berbelas buku yang ada dekat rumah tu. balas dendam la tu kononnya banyak masa sikit. sekarang semput juga nak habiskan satu buku sebulan pun. tapi kena fight juga for it ; demi memartabatkan ilmu, memuliakan akal...(err ayat kau ni macam dah lama tak buat karanagan BM, pastu nak balas dendam) so aim (5) banyakkan membaca (at least satu buku sebulan- tahap malas) & menulis (at least 2 minggu sekali. Ya Allah berilah kekuatan -..-)

dah beberapa kali dah, adoy hari ni pun ada orang suruh aku tulis buku. sebab aku suka sembang idea, thoughts dan theory kot haha.  jawapan aku mestilah NO. lol jangan paksa. sebab aku tak ada plan. kadang aku kecewa dengan buku yang 'kurang nilai ilmiah' - ni kritikan peribadi huhu. masuk kedai buku (kat malaysia) rasa macam geram pun ada tengok buku yang ada. bukan aku tak menyokong orang menulis tapi untuk aku menulis buku pun tunggulah nanti bila dah 50 tahun ke (kalau panjang umur). malu lah, kalau ilmuwan hebat ni menulis... berguru dia berapa banyak, pengembaraan dia berapa jauh, pembacaan dia berapa dalam..banyak lagi perbezaan bagai langit dengan bumi!

buat masa sekarang, biarlah aku bebas merepek meroyan melatah mengkritik mengekspresi berkongsi di sini sahaja sebanyak yang aku mahu. Zzz

sekian (5) aims untuk tahun baru 2017.

kenapa panjang pulak tulis hari ni? ni namanya escapism minggu depan nak long case surgery T_T

have faith, trust Him.
never stop dreaming
hope for the best
prepare for the worst.

may Allah bless.