Pages

Monday, January 9, 2017

2017

assalamualaikum, bismillah

setiap kali bertukarnya angka tahun,
ada orang mungkin tak kisah,
tapi aku kisah. 
significant pada aku sebab umur aku pun secara rasminya bertambah selepas 6 hari tahun baru. heh

so yeah, alhamdulillah, dah 24 tahun.
i'm a lady now. lol.
aku tak bother sangat umur, kalau bukan bersamanya adalah tanggungjawab, amanah dan amal.
fuhh.

' dalam genggam tanganmu itulah masa depan ummah, wahai pemuda! ' -sheikh mustafa Al-ghulayaini

24 tahun dah buat apa?
jiwa kepemudaan, penuh energi, optimum kesihatan ; terpenuhi dengan apa?
ni yang aku selalu fikirkan. dan risaukan.  huhuuu

aku balik Cork 31/12 lepas, balik tu unpacked barang, nap sekejap dan kami ada mabit. sebabkan jetlag aku masih bersisa, pukul 10 malam tu masa tadarrus aku dah tak betul, habis tu, terus check in tidurzzzz. pukul 3-4 pagi aku dah terkebil2 segar haha. so i woke up freshh alhamdulillah.

sampai hari ni, jetlag yang aku layankan ni, satu nikmat yang aku taknak sia-siakan. hee.
dulu aku merindui zaman di aucms dan masa 1st year.. berpagi-pagi pukul 5 camtu dah bangun mandi, ada plenty time nak study ke nak bertafakkur ke (lol) dan start my day dengan sangat fresh.

bila aku pernah mengomel sebab dah susah nak tidur awal dan start balik habit bangun awal mandi study bersiap.. ada ukhti cakap;

'dulu zaman 1st year awak mana ada banyak meeting, liqa malam2'

haha. yelah. dulu 'free'.
tak ada benda sangat, bolehlah tidur lebih awal, bangun awal.
kalau dah ada meeting, liqa, nak kena study juga macam biasa, would you expect banyak 'masa free'?heh

tapi sekarang bila dah 'direhatkan' untuk prioriti final exam,
(dan last jumaat secara rasminya aku dah buat liqa wida' usrah yang aku bawa)
hari minggu aku sepatutnya tinggal 1 malam untuk liqa usrah aku. yang lain patutnya tak ada alasanlah kan hehe.

so since balik seminggu yang lepas memang pukul 3-4-5 pagi aku dah terkebil2 tu, aku layankan jelah. masuk teruslah aim 2017  (1) tidur  lebih awal, bangun awal, berpagi-pagian. moga bertambah barokah! insyaAllah

*  *  *  *  * 
sambung rotation surgery di CUH, sangat mencabar, masanya packed dengan tutorial dan kena masuk theatre. aku keluar gelap balik pun gelap lagi2 winter ni. kalau balik dah lewat tu, aku memang nak tidur awal je la.. mesej2 kebiasaannya sedikit terabai. huuu.. sampailah hari khamis otw jalan kaki balik rumah, dapat mesej dari cg shikin 'happy birthday'  yelah, waktu malaysia dah jumaat. cepatnya masa berlalu... sampai tak sedar. fuuhh

aku dah mula giving up dengan social media (FB, instagram..) haha sebab i have less interest dengan FB, insta sekarang, sebenarnya dah tahu tak cukup masa lol. memang tahu pun banyak masa boleh bazirkan kalau tak boleh control. selain aku rasa too much time spend on social media buatkan hari tak productive sangat. tapi still rasa worth untuk still online/active when needed. sebab tu alat untuk banyak benda. so aim (2) limitkan masa/control penggunaan media sosial. make your day more productive.

tak banyak benda aku nak tambah untuk tahun baru, tapi nak aim untuk FOKUS. Dunia tanpa sempadan sekarang (ceh ayat) membuatkan kita mudah distracted, dan hasilnya berterabur. hakikatnya islam mengajar kita untuk focus. kita hidup di dunia, tapi bermisi akhirat. jadilah kaya, tapi tidak terikat dengan harta contohnya. Islam ajar untuk khusyuk dalam solat, beramal dengan ikhlas, membetulkan niat. Semua tu, kena betulkan basic, dan kena fokus. Dan banyak amal2 yang kita lakukan hilang 'ruhnya' bila kita hilang fokus. kena tingkatkan/mantapkan kualiti. so aim (3) fokus; menghayati, menghidupkan amalan seharian. be it ibadah khusus macam solat, baca quran, ma'thurat, mahupun ibadah umum as a whole ; study, target DnT etc. 

disebabkan hidup yang semakin hectic (sikit jelah) aku dah perasan aku dah mula mengabaikan makan. last week banyak sangat skip dinner. kalau dekat rumah dolu2 adalah Husna kuat membebel ingatkan untuk jaga makan, ada juga dia ingatkan sekarang hihi. kat rumah ni ada Tim kot aku boleh nak harapkan. sebab tadi dia masuk bilik tanya ' have you eaten your lunch?' errrr aku tak perasan dah 1 lebih. 'sebenarnya saya tunggu awaklah nak makan sekali' ciacia haha. well, kalau aku penat tapi lapar, aku akan tidur. kalau aku penat tapi kena study, kadang aku study juga. tapi kalau penat, nak study vs nak makan less likely aku nak makan. unless lapor sangat. hahahhaha. so nilah sebabnya huda kau makanlah protein shake ke apa, lepas tu suka skip makan, takkan gemuks. lol. so aim (4) jaga pemakanan & exercise! look after yourself huda, please >.<

pernah tak rasa kalau busy sangat, dan tak sempat nak layan apa yang kita enjoy buat , rasa macam nak banyak masa. nak cuti. manusia ni bila nak pandai bersyukur, hailaaa. aku kadang2 kurang mengerti kalau orang bosan tak tahu nak buat apa kalau cuti. sebab kalau cuti, bagilah aku buku, duit (untuk beli buku lol) aku rasa dah heaven sangat. cuti summer lepas aku habiskan berbelas buku yang ada dekat rumah tu. balas dendam la tu kononnya banyak masa sikit. sekarang semput juga nak habiskan satu buku sebulan pun. tapi kena fight juga for it ; demi memartabatkan ilmu, memuliakan akal...(err ayat kau ni macam dah lama tak buat karanagan BM, pastu nak balas dendam) so aim (5) banyakkan membaca (at least satu buku sebulan- tahap malas) & menulis (at least 2 minggu sekali. Ya Allah berilah kekuatan -..-)

dah beberapa kali dah, adoy hari ni pun ada orang suruh aku tulis buku. sebab aku suka sembang idea, thoughts dan theory kot haha.  jawapan aku mestilah NO. lol jangan paksa. sebab aku tak ada plan. kadang aku kecewa dengan buku yang 'kurang nilai ilmiah' - ni kritikan peribadi huhu. masuk kedai buku (kat malaysia) rasa macam geram pun ada tengok buku yang ada. bukan aku tak menyokong orang menulis tapi untuk aku menulis buku pun tunggulah nanti bila dah 50 tahun ke (kalau panjang umur). malu lah, kalau ilmuwan hebat ni menulis... berguru dia berapa banyak, pengembaraan dia berapa jauh, pembacaan dia berapa dalam..banyak lagi perbezaan bagai langit dengan bumi!

buat masa sekarang, biarlah aku bebas merepek meroyan melatah mengkritik mengekspresi berkongsi di sini sahaja sebanyak yang aku mahu. Zzz

sekian (5) aims untuk tahun baru 2017.

kenapa panjang pulak tulis hari ni? ni namanya escapism minggu depan nak long case surgery T_T

have faith, trust Him.
never stop dreaming
hope for the best
prepare for the worst.

may Allah bless.

No comments: