Pages

Friday, January 20, 2017

benarkah ukhuwah kerana Allah?

assalamualaikum, bismillah.

petang itu, emosi sungguh.
baru sudah bertikam lidah.
dada naik turun juga, dalam mahu sabar dan tak sabar. teruji juga.

nak maghrib, berhenti.
buka puasa sorang-sorang dalam kekesalan yang sangat mendalam.
nak rushing ke usrah pula.
apa kau dah buat ni.
puasa ni, useless kalau kau tak mampu kawal emosi. failed.

menyesal sungguh, kutuk diri sendiri tak sudah
aku buat benda betul ke ni ya Allah.

dia turun ke dapur,
aku tak angkat muka. senyap. teruskan makan.
tiba-tiba dia duduk di meja makan.

aku berdebar. kalau nak sambung, please jangan.

' V minta maaf, tak patut marah huda macam tu'
' saya minta maaf juga, tak patut marah awak juga'

dan kami berbaik, sambung berborak macam biasa,
macam tak ada apa yang berlaku. respect aku sikit pun tak jatuh pada dia.
it's normal, kita semua buat silap. aku buat silap, dia buat silap.
dari situ kita belajar untuk jadi lebih baik.

aku dah cuba nak conveykan benda yang aku nak sampaikan, pada masa yang sunyi, ruangnya personal, tidak terlihat orang.

tapi mungkin tak sesuai pada ketika itu. aku tak expect akan jadi setegang itu.
tapi alhamdulillah.. ego masing-masing pecah dengan perkataan maaf. simple, but it works.

siapa yang tak pernah gaduh?
teruskan hidup. jangan simpan dalam-dalam. nanti jadi beban.

rupanya tak habis sampai situ.
lagi ribut taufan teruji.

i was so stressed back then.
struggled dengan study, nak kena pula settlekan benda-benda yang remeh temeh.
(pada aku saat itu, whylahhhh semua benda nak jadi complicated)

Zack tanya, ahh barangkali she can sense ada something berlaku.
nope, kami tak gaduh besar-besar, solat sama, makan sama. tapi tahu ada benda tak settle. adalah tu yang terbuku di mana-mana. tapi semua nak ignore je. hmm

' huda, awak ada masalah ke dengan V?'
'saya tak rasa ada masalah'
' itulah masalahnya, awak rasa tak ada masalah, tapi bagi V masalah besar'

again?
diuji pada titik terlemah.

'emotion' - i'm bad at handling this. mine, and worst if i have to handle others'
;(

satu pagi lepas subuh weekend,
' huda, boleh kita cakap sekejap?'

i wasn't in a mood.

'lama ke nak cakap? err saya ada benda nak kena settle sebenarnya'

dan itu bukan penipuan. i have lots of thing to do. plan bersusun weekend tu.
aku jenis orang kena plan semua benda, dan easily get stressed kalau tak ikut plan. huuu haha

'hmmm okaylah kalau macam tu takpelah' 

no, i shouldn't say no, my bad :(
mesti V ingat perihal tu tak penting.

'okay jom kita cakap'
'takpelah huda kalau ada hal takpelah'

dah tarik tali dah. hmm, ikut hati kalau main-main macam ni, sudahlah. nak katakan nak?
tapi kalau ikut hati sangat nanti semua dah malas nak make an effort untuk perbaiki apa-apa yang perlu. in a relationship yang too precious to be wasted ni, gila ke nak give up?

kami duduk menghadap. tak ada orang lain dalam bilik tu.

tone pun up and down.
tapi masing-masing control cakap baik-baik
nooo, discussion kalau bincang who is right, who is wrong tak akan pergi ke mana.
i started to feel drain.. so intense.

masanya aku pula cakap.

' okay, V nak huda cakap apa? huda minta maaf sebab buatkan semua salah faham ni. minta maaf sebab buatkan benda ni nampak kecil, tapi besar untuk V, bukan tak penting untuk huda, tapi kita ada banyak benda penting lagi. V nak huda cakap apa lagi?? kalau huda ada salah apa-apa huda minta maaf, huda tak bermaksud nak buat V rasa teruk ke.. that's not my intention..'

V tunduk, aku je pandang dia.
dan air mata aku dah tak dapat dibendung lagi.
kita kena stop semua benda yang rosakkan lagi ukhuwah ni.

' V nak tak kita baik macam dulu tak? benda ni semua kecil.jangan terlalu ikutkan perasaan, syaitan memang suka kalau kita tak baik. kita bukan tak selalu gaduh, tapi takkan benda kecik macam ni, kita tak nak berbaik. kalau nak give up, memang kita ada banyak benda boleh give up. tapi kita tak pernah kawan sebab benda lain kan?'

V tunduk lagi tak angkat muka.
aku je emo lagi, hmm (lagi macam2 kami argue.. the rest is history..)

' V rasa selama ni huda kawan nak buat V rasa teruk ke? itu ke? cuba ingat balik.. kalau benda tu terjadi, huda minta maaf, but that's not my intention. dah lah, jomlah, kita jaga ukhuwah ni kerana Allah. kita balik macam biasa'

Diam. sunyi.
aku pun dah gaya membebel sangat dah huuu
(aku tak bertanggungjawab nada pembaca nak baca macammana)

'okay V, ada nak cakap apa2 lagi? ada nak huda cakap apa2?'

 'tak ada. V minta maaf, sebab semua ni salah faham'

'huda pun minta maaf juga. dahlah tak ada apa dahlah..'

dah macam tak ada reaksi tu, aku pun nak geraklah. mata pun dah sembab lol

sampai depan pintu..

'huda...'

apa lagi ni..

'nak peluk...'

ah sudah, ni paling aku lemah ni.

dia peluk. aku awkward.
awkward yang sama macam first time kita jumpa dulu masa nak bawak student baru shopping barang. dan itulah yang dia complaintkan.. i'm bad dengan sentuhan ni. pastu dia memang suka buli aku dengan pelukan dia. lol rimas..

'V sayang huda..'
'hmmmm ok'
'kenapa huda tak cakap sayang V jugak?'  haha sempat pula, mengada.

adoylaaa, takyahlah paksa

' hmmm ye, ye..'

tu je mampu. sampai sudah tak keluar juga word tu.
haha sorry. i'm bad at this. but it doesn't mean i don't love you. err

dan, since that (baru sebulan kot lol), alhamdulillah our friendship is getting better.
berterus terang, minta maaf ; it  really works.

walaupun sumpah la pecah ego nak terus terang, nak minta maaf.

aku sentiasa percaya ; pada titik yang sama, yang kekal.. ukhuwah sentiasa boleh diperbaiki.
tiada ruang untuk terluka, untuk membenci.

selagi kita tak lupa kerana Allah kita berukhuwah.

dua-dua pun jenis straight forward.
orang mungkin tak faham macammana kami handle each other. lol
cakap biasa pun orang boleh ingat gaduh.

aku pun dah terbayang saat kita jaulah sama,
zaman V suruh aku check bacaan quran dia bila singgah ziarah
jumpa dekat malaysia masa summer
teringat V ajak aku layan movie yang sumpah aku sebenarnya takkan buat,
tapi kenalah layan. haha

kalau ada seseorang, yang kita doa sungguh2 Allah limpahkan kebaikan, V lah one of them.

cerita kami tak sweet
tapi
tak ada benda sweet melainkan
rasa nikmat ukhuwah di jalan Allah.
aku tak kisahlah cacat sana sini.

tulis,
semoga bila lupa, bila malas nak kisah, ingat balik tujuan.

No comments: